223
10.3.3 Menilai dan Mengawal Aktiviti
Setiap pertubuhan/persatuan/perkumpulan mempunyai perancangankegiatan yang akan dijalankan dalam jangka waktu tertentu, biasanyadiukur dalam jangka waktu satu tahun. Kegiatan-kegiatan tersebut akandilaksanakan secara berjadual, mengikut perancangan awal yang dibuatoleh jawatankuasa kerja atau oleh jawatankuasa kecil. Siapakah yang akanmemantau perjalanan kegiatan berkenaan? Biasanya tidak pernah adapersatuan melantik seorang pemantau untuk melihat sama ada kegiatan-kegiatan persatuan dijalankan mengikut jadual atau tidak. Mesyuaratlahyang akan berfungsi untuk menilai dan mengawal aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. Melalui mesyuaratlah masalah-masalah, kekuatan dankelemahan perjalanan aktiviti akan dikenal pasti sementara keputusanpula dapat dicapai untuk mengatasi segala masalah dan kerumitan yang timbul.
10.3.4 Menyelesaikan Banyak Masalah yang Rumit
Sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 10.3.3, mesyuarat dapatmeninjau dan melihat perjalanan aktiviti-aktiviti persatuan dan dapatmencari jalan untuk memperbaiki atau mengatasinya. Melalui mesyuaratjuga, bukanlah hal-hal yang bersangkutan dengan perjalanan persatuansahaja dapat dipantau, tetapi juga individu-individu yang menjadi ahlipersatuan. Sikap dan hemah mereka dalam persatuan dapat dilihat ataudikesan ketika mereka melaksanakan projek-projek. Siapa yang jujur danikhlas, siapa yang hanya menjadi oportunis, siapa pula yang boleh diharapdan tidak boleh diharap, semuanya dapat dikesan melalui mesyuaratkerana dalam mesyuaratlah ahli-ahli akan membangkitkan segalakelemahan dan kekuatan persatuan untuk memantapkan lagi perjalanandan kemajuan persatuan. Masalah kewangan yang selalunya menjadikekangan utama dalam perjalanan persatuan dapat diatasi dengan kadarsegera melalui mesyuarat. Jika tabungan persatuan sudah hampir habisatau sudah habis, mesyuarat dapat mengatasinya dengan membuatkeputusan bagi mengisi semula tabung persatuan agar terus dapatbergerak pada masa hadapan.
10.3.5 Mencari Sokongan dan Kerjasama Sesama Ahli
“Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.” Dalamsetiap pertubuhan, setiap ahli ialah individu tersendiri yang mempunyaipersonaliti tersendiri. Ada ahli yang menyokong dan ada ahli yang menjadi pembangkang kepada perjalanan persatuan. Melalui mesyuarat,sokongan dan kerjasama ahli dapat dicari dengan cara bergaul danbekerjasama. Ketika mesyuarat, ahli-ahli yang tidak puas hati terhadap