You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA BINA INSAN GURU: BENGKEL (ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL)

TEMPAT Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur

TARIKH 16 April 2013

ANJURAN 3 PISMP AMBILAN JANUARI 2012

PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru merupakan program yang wajib ditempuhi oleh para guru yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Bagi para guru pelatih semester tiga, program ini dibahagikan kepada dua bahagian. Program Bina Insan Guru untuk bahagian pertama berfokus terhadap perancangan dan pengendalian bengkel. Selaras dengan itu, para guru pelatih kumpulan 3 PISMP telah bekerjasama dalam merancang satu bengkel yang wajib dihadiri oleh kesemua guru pelatih 3 PISMP. Aktiviti ini dipilih sesuai dengan kehendak program selain untuk memperkasa kemahiran guru pelatih dari aspek kepimpinan serta pengurusan program di samping menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan memperkasa akauntabiliti dan sifat amanah guru pelatih. Tajuk bengkel yang telah dipilih ialah Etiket Sosial dan Protokol yang akan member pendedahan kepada para guru pelatih semester 3 tentang pengucapan awam dan etika berpakaian. Tajuk ini dipilih kerana sesuai dengan perubahan terkini dalam bidang pendidikan dan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan yang seimbang.

RASIONAL Bengkel yang akan dikendalikan ini dapat memperkasa bakat kepimpinan para guru pelatih di samping membuka ruang untuk para guru pelatih mempelajari prosedurprosedur penting yang terlibat dalam urusan mengendalikan sesuatu aktiviti. Selain itu, kemahiran interpersonal para guru pelatih juga dapat diasah menerusi proses berurusan dengan pihak IPG dan pihak penceramah jemputan. Program yang berfokuskan kepada etiket sosial dan protokol adalah wajar diperkenalkan kepada para guru pelatih PISMP agar kemahiran-kemahiran penting yang diperlukan dari aspek pengelolaan aktiviti dapat dibekalkan kepada guru pelatih di samping membantu para guru pelatih untuk menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

VISI

Mendedahkan pelajar PISMP terhadap kemahiran mengendalikan program berbentuk pengendalian bengkel menerusi Program Bina Insan Guru.

MISI Memberi guru pelatih pengalaman dalam mengendalikan aktiviti di samping memberi lebih penjelasan tentang prosedur-prosedur yang terlibat dalam mengendalikan program berbentuk bengkel.

Memperkasa kemahiran berinteraksi serta bakat kepimpinan para guru pelatih menerusi program Bina Insan Guru.

Membolehkan guru pelatih menghayati konsep kerja sebagai ibadah di samping menyemai nilai, etika dan akhlak keguruan.

OBJEKTIF Membekalkan para guru pelatih dengan pengalaman mengendalikan aktiviti.

Meningkatkan kemahiran pengurusan program yang perlu dalam diri guru pelatih.

Mengasah kemahiran para guru pelatih dari aspek kepimpinan dan cara berinteraksi.

Melahirkan semangat berpasukan dan bekerjasama dalam kalangan guru pelatih.

Melahirkan bakal guru yang sedia memberi komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih 3 PISMP Ambilan Januari 2012 (156 orang). AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BINA INSAN GURU Penaung Ketua Penasihat Pengerusi Penolong Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Kecil : Jawatankuasa Penyediaan tempat Nama Ahli Muhammad Tugas Ahli : Dr Muhammad Bin Abdul Rahman : Puan Siti Rapiah Abd Rahman : Nur Arif Bin Zainuddin : George Ling Yeong Shann : Nadiah binti Lamri : Wan Nurathirah Bt Wan Omar : Muhammad Amar Safwan Bin Hashim

Zulfadhli Memilih dan menempah tempat untuk mengendalikan bengkel.

Bin Kamarudin

Siaraya

Healery Jumput Lo Leroy Liau John

Menghebahkan pelaksanaan bengkel kepada semua pihak yang terlibat menerusi hebahan sosial) penyediaan menerusi poster dan

internet

(laman

Pengacaraan majlis

Antonious Remon

Anak Memilih pengacara majlis yang sesuai bagi mengacarakan bengkel Menyediakan teks pengacaraan majlis dan protokol

Sijil/Cenderaha ti

Nur Wahidah Bt Ismail

Menyediakan

cenderahati

kepada

tetamu/ penceramah jemputan

Menyediakan Muhammad Iqbal Bin Menyediakan Che Wil Vinothini Muniandy Jemputan Yeoh Shyi Khuan Sharmin Rosli Buku Program Sambutan Nursheila Bt Bacho Nut Atikah Bt Terjeli Zunita Bt A/P

sijil

untuk

diedarkan

kepada para peserta Dokumentasi laporan dan

mendokumentasikan kesemua aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung Memilih dan menghubungi pihak

penceramah luar

Menyediakan buku program Mengiringi tetamu/ penceramah

jemputan masuk ke dewan

TENTATIF PROGRAM 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. [8.30 pagi 10.00 pagi: Bengkel pengucapan awam] [10.30 pagi 12.00 tengah hari: Bengkel etika berpakaian]

PENUTUP Diharapkan agar Program Bina Insan Guru yang berfokus kepada pelaksanaan bengkel pada kali ini dapat memberi pencerahan kepada para guru pelatih 2 PISMP Sains 2 berkenaan prosedur-prosedur yang terlibat bagi melaksanakan bengkel. Program ini membawa seribu satu makna kepada para guru pelatih. Hal ini kerana para guru pelatih dapat memperkaya ilmu di dada di samping memperkasa kemahiran berinteraksi, kepimpinan serta keupayaan dari segi pengurusan dan perubahan diri. Semoga program ini dapat berjalan lancar dan memberi pengalaman bermakna serta membawa manfaat kepada semua guru pelatih 3 PISMP Ambilan Januari 2012.

PENGESAHAN

Ulasan Unit Kokurikulum : _______________________ _______________________ _______________________ ( ................................................. )

Ulasan Unit Kewangan : _______________________ _______________________ _______________________ ( .................................................. )

Ulasan Pengarah/Timbalan Pengarah: ________________________ ________________________ ________________________ ( .................................................... )

You might also like