You are on page 1of 6

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS REKA BENTUK KURIKULUM KURSUS DAN RANCANGAN INSTRUKSIONAL

Fakulti Jabatan Semester Sesi Nama Kursus Kod Kursus Jam Kredit Prasyarat : Perniagaan dan Ekonomi : Ekonomi : Satu : 2007/2008 : Prinsip Ekonomi : PEA1013 :3 : Tiada

(Bagi kursus dengan prasyarat, pelajar mestilah telah menduduki atau menduduki dan lulus berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh fakulti/pusat)

MAKLUMAT PENSYARAH: Nama E-mail Nombor Telefon No.bilik : Emilda binti Hashim : emilda@upsi.edu.my : 05-4506112 : 19, Bangunan ICT

SINOPSIS KURSUS

Prinsip Ekonomi membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan konsep asas dalam bidang mikroekonomi iaitu permintaan dan penawaran, keanjalan, gelagat pengguna dan pengeluar, kos pengeluaran serta struktur pasaran manakala bidang makroekonomi meliputi perakaunan pendapatan negara, penentuan keseimbangan pendapatan negara, peranan wang serta masalah-masalah makroekonomi serta dasar penstabilan. OBJEKTIF KURSUS Di akhir kursus, pelajar boleh 1. 2. 3. 4. menghurai dan membincangkan konsep-konsep asas ekonomi. menganalisis isu-isu ekonomi semasa dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. mengaplikasikan konsep-konsep asas ekonomi untuk mengikuti kursus ekonomi lanjutan seterusnya. menghayati hubungan antara teori dengan realiti. :

HASIL PEMBELAJARAN 1. 2. 3.

Mendefinisikan ekonomi, membincangkan masalah asas ekonomi serta menerangkan keluk kemungkinan pengeluaran. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran dan menentukan keseimbangan pasaran. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran harga.

4. 5. 6. 7. 8. 9.

Membincangkan keseimbangan pengguna dengan menggunakan kaedah utiliti kardinal dan utiliti ordinal. Menunjukkan bagaimana firma membuat keputusan pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan. Menerangkan bagaimana firma membuat keputusan mengenai harga, pelaburan dan output berdasarkan struktur pasaran dan tindakan pesaingnya. Membezakan setiap kaedah dalam pengiraan pendapatan negara. Menjelaskan bagaimana keseimbangan perbelanjaan terbentuk melalui lakaran rajah dan pendekatan matematik. Menerangkan bagaimana untuk mengatasi masalah lompang deflasi dan inflasi. :

RUJUKAN UTAMA

Mohamed Nasser, et. al. (2007). Ekonomi. (Edisi Kedua). Singapore: South-Western Thomson Learning. RUJUKAN TAMBAHAN :

Choo, et. al. (2005). Ekonomi. Singapore: South-Western Thomson Learning. Bade & Parkin. (2002). Foundation of Economics (6th ed.). Boston: Addison-Wesley Publishing Company Case & Fair (2002). Principles of Economics (6th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Deviga Vengedasalam and Karunagaran Madhavan (2007). Principles of Economics. Shah Alam: Oxford Fajar. McConnell, C.R., & Brue, S.L. (2002). Economics : Principles, Problems and Policies. Singapore: McGraw Hill/Irwin. Sebarang buku prinsip ekonomi boleh digunakan sebagai rujukan tambahan. Rujukan lain yang diberi dari masa ke semasa bagi topik tertentu dalam kursus. KAEDAH PENGAJARAN :

Kuliah, perbincangan, tutorial, projek berkumpulan, pembentangan kumpulan, rujukan jurnal, forum, internet, e-mel. KAEDAH PENERAPAN KI : AKTIVITI / KI
Tugasan

KOM

KBKM

PBPM

PSK

PIM

ETIK

KU

Laporan jurnal

Pembentangan kumpulan

Petunjuk : KOM Kemahiran Berkomunikasi KBPM Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah

PBPM Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat PSK Kemahiran Kerja Berpasukan PIM Kemahiran Kepimpinan ETIK Etika Profesional KU Kemahiran Keusahawanan PENILAIAN PRESTASI PELAJAR: Kuiz Tugasan kumpulan (bab buku) Laporan jurnal & pembentangan kumpulan Peperiksaan Pertengahan Semester Peperiksaan Akhir Jumlah 5% 15% 10% 20% 50% 100%

JADUAL PENGAJARAN 14 MINGGU :

Minggu

Tajuk

Hasil Pembelajaran

Aktiviti P & P

KI

Rujukan

1.0 Pengenalan 1.1 Definisi dan konsep asas ekonomi 1.2 Masalah asas ekonomi 1.3 Sistem ekonomi 1.4 Keluk kemungkinan pengeluaran

1. Mendefinisikan ekonomi. 2. Mengenalpasti tiga persoalan ekonomi yang perlu dijawab. 3. Mengenalpasti perbezaan antara sisitem ekonomi. 4. Menerangkan mengenai keluk kemungkinan pengeluaran. 5. Menggunakan analisis KKP untuk menerangkan tentang konsep pilihan, kos lepas, pertumbuhan ekonomi, kecekapan dan ketidakcekapan

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 1-2

2.0 Pengenalan kepada mikroekonomi 2.1 Definisi permintaan dan penawaran 2.2 Penentu permintaan dan penawaran 2.3 Perubahan kuantiti, permintaan dan penawaran 2.4 Keseimbangan pasaran

1. Mendefinisikan permintaan, penawaran, hukum permintaan dan hukum penawaran. 2. Mengenalpasti faktorfaktor yang menentukan permintaan dan penawaran. 3. Menganalisa keluk permintaan, penawaran dan keseimbangan pasaran. 4. Menjelaskan bagaimana harga dan kuantiti keseimbangan ditentukan dalam pasaran. 5. Menjelaskan dan membincangkan tentang kesan harga bumbung dan harga syiling.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan Katib, et al (2007) Bab 3

3.0 Keanjalan 3.1 Keanjalan permintaan harga 3.2 Keanjalan permintaan Pendapatan Keanjalan permintaan silang Keanjalan penawaran Penentu keanjalan permintaan & penawaran

1. Mengira keanjalan permintaan harga, keanjalan permintaan silang, keanjalan permintaan pendapatan dan keanjalan penawaran harga. 2. Menerangkan hubungan di antara anjal, tidak anjal, permintaan anjal satu / unit dan jumlah pendapatan. 3. Mengenalpasti faktorfaktor keanjalan permintaan harga. 4. Mengenalpasti keluk anjal sempurna & tidak anjal sempurna.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al (2007) Bab 4

4.0 Gelagat Pengguna 4.1 Utiliti kardinal 4.2 Utiliti ordinal 4.3 Keseimbangan pengguna: kaedah kardinal dan ordinal

1.

2. 3.

Menerangkan perbezaan di antara utiliti kardinal dan ordinal. Mengira utiliti pengguna. Membincangkan keseimbangan pengguna dengan menggunakan kaedah utiliti kardinal dan ordinal.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 5 & Appendiks C

5&6

5.0 Gelagat Pengeluar 5.1 Fungsi pengeluaran 5.1.1 Pengeluaran jangkamasa pendek 5.1.2 Pengeluaran jangkamasa panjang 5.2 Kos Pengeluaran 5.2.1 Konsep-konsep kos 5.2.2 Kos jangkamasa pendek 5.2.3 Kos jangkamasa panjang

1.

2.

3.

Membincangkan mengenai pengeluaran firma. Membincangkan mengenai kos pengeluaran dalam teori firma. Menunjukkan bagaimana firma membuat keputusan pengeluaran yang memaksimumkan keuntungan.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 6

6.0 Struktur Pasaran 6.1 Pasaran persaingan sempurna (PPS) 6.2 Ciri-ciri PPS 6.3 Keseimbangan PPS 6.4 Monopoli 6.5 Ciri-ciri monopoli 6.6 Keseimbangan pasaran monopoli

1. 2. 3.

Mengkaji bentuk struktur pasaran. Membezakan setiap jenis pasaran. Menerangkan bagaimana firma membuat keputusan mengenai harga, pelaburan dan output berdasarkan struktur pasaran dan tindakan pesaingnya.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 7 & 8

7.0 Pengenalan kepada makroekonomi 7.1 Definisi dan skop analisis makroekonomi 7.2 Petunjuk/pembolehubah makroekonomi: harga dan pengangguran

1.

2.

Menerangkan 3 matlamat utama makroekonomi. Mengukur harga dan pengangguran melalui pengiraan tertentu.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 10 & 11

8.0 Perakaunan pendapatan negara 8.1 Konsep pendapatan negara 8.2 Kaedah penghitungan pendapatan negara 8.3 Keluaran negara Malaysia 8.4 Masalah dalam penghitungan pendapatan Negara 8.5 Kelemahan dalam menggunakan data pendapatan Negara 8.6 Kegunaan data pendapatan negara

1.

2.

3.

Membezakan setiap kaedah dalam pengiraan pendapatan negara. Mengenalpasti masalah pengiraan pendapatan negara. Mengetahui kegunaan data pendapatan negara.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 11

10

9.0 Penentuan Keseimbangan pendapatan negara 9.1 Konsep keseimbangan pendapatan Negara 9.2 Penentuan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor 9.3 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor 9.4 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi terbuka 9.5 Analisis keseimbangan pendapatan negara dengan menggunakan pendekatan AD-AS

1.

2.

3.

4.

Menerangkan bagaimana fungsi penggunaan dan fungsi tabungan diterbitkan melalui pendekatan matematik. Menjelaskan bagaimana keluk perbelanjaan agregat terbentuk serta faktor yang akan mengalihkannya. Menjelaskan bagaimana keseimbangan perbelanjaan terbentuk melalui lakaran rajah dan pendekatan matematik. Menerangkan bagaimana pengganda diterbitkan melalui pendekatan matematik.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 12 - 13

11

10.0 Wang, masalah makroekonomi dan dasar penstabilan 10.1 Wang 10.2 Institusi kewangan 10.3 Wang, harga dan aktiviti ekonomi 10.4 Masalah Makroekonomi 10.5 Dasar fiskal 10.6 Dasar kewangan 10.7 Langkah-langkah untuk mengatasi masalah makroekonomi

1. 2. 3. 4.

5.

Mengetahui definisi wang. Menerangkan fungsi Bank Negara Malaysia. Mengetahui masalah makroekonomi. Membezakan dasar fiskal dan dasar kewangan. Menerangkan bagaimana untuk mengatasi masalah lompang deflasi dan inflasi.

Kuliah Tutorial Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007) Bab 15-19

12

Pembentangan kumpulan berdasarkan tugasan kumpulan iaitu laporan jurnal

1. Demonstrasi teknik penyampaian yang berkesan. 2. Kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah berdasarkan isu yang disentuh. 3. Memupuk kemahiran bekerja dalam pasukan

Pembentangan kumpulan Sesi soal jawab Penilaian

KOM PBPM PSK

13 Pembentangan kumpulan berdasarkan tugasan kumpulan iaitu laporan jurnal 1. Demonstrasi teknik penyampaian yang berkesan. 2. Kebolehan berfikir dan menyelesaikan masalah berdasarkan isu yang disentuh. 3. Memupuk kemahiran bekerja dalam pasukan. Pembentangan kumpulan Sesi soal jawab Penilaian KOM PBPM PSK

14

Ulangkaji

1. Mengingati dan mengulangkaji topiktopik yang lalu. 2. Berupaya mengaplikasi topik diajar.

Perbincangan Latihan

Katib, et al. (2007)

You might also like