Artikel ini melihat kesan yang dibawa oleh media massa terutamanya televisyen ke atas remaja. Penghujahan tentang isu-isu sosial remaja di negara ini mempunyai kaitan dengan isu identiti budaya dan pengaruh industri media. Umum mengetahui bahwa perkembangan psikologi remaja membuatkan mereka tidak bijak dalam membuat pilihan. Kerap kali pilihan dan keputusan yang dibuat oleh remaja adalah berdasarkan faktor keseronokan dan mengikut trend dan rakan sebaya. Disebabkan itu remaja mudah terpengaruh dengan isi kandungan yang dibawakan oleh televisyen. Untuk memahami pengaruh media dalam pembentukan identiti budaya remaja, program media perlu dilihat bukan sahaja sebagai satu komoditi komersial tetapi juga sebagai satu komoditi budaya. Berfungsi sebagai komoditi budaya, bererti lebih luas lagi peranan yang dimainkan dan impaknya terhadap remaja juga semakin kuat. Semakin kuat impaknya terhadap remaja, maka jelaslah remaja itu sendiri perlu lebih bijak dan waspada dalam memastikan impak buruk itu tidak terkena kepada diri mereka.
Artikel ini melihat kesan yang dibawa oleh media massa terutamanya televisyen ke atas remaja. Penghujahan tentang isu-isu sosial remaja di negara ini mempunyai kaitan dengan isu identiti bud…