You are on page 1of 9

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _

1.0

PENGENALAN KOMSAS ialah singkatan bagi istilah Komponen Kesusasteraan Melayu yang

diwajibkan dan menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam sistem pendidikan kebangsaan. KOMSAS merangkumi puisi Tradisional, puisi Moden, Prosa tradisional, prosa Moden, cerpen Drama dan Novel. 2.0 SEJARAH KOMSAS PRA DAN PASCA TAHUN 2000 Pengajaran secara tidak formal komponen Kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu telah berlaku semenjak sebelum tahun 2000 lagi. Komponen-komponen Kesusasteran Melayu yang telah diselitkan dalam pengajaran pada waktu itu termasuklah puisi, tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden, cerpen, drama , dan novel. Komponen-komponen Kesuasateraan Melayu tersebut hanya diajar secara sisipan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu. Bahan-bahan Kesusasteraan Melayu yang telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa melayu diambil daripada pelbagai sumber. Kurikulum KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu telah mengalami perubahan selepas tahun 2000. Ia telah mula digunakan secara formal bermula bulan Mac tahun 2001. Sebanyak lapan buah novel telah digunakan mengikut zon iaitu Zon 1, Zon 2, Zon 3 dan Zon 4 yang terdiri daripada 2 buah novel bagi setiap zon bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Di Zon 3 bagi negeri-negeri seperti Negeri Melaka, Pahang Kelantan dan Terengganu contohnya, 3 buah antologi cerpen telah digunakan iaitu Anak Laut telah digunakan pada tahun 2000 hingga tahun 2010 di Tingkatan 4 dan antologi yang bertajuk Kerusi bagi Tingkatan 5. Walaubagaimana pun pada tahun 2011, antologi cerpen tersebut telah ditukaran kepada antologi cerpen yang lain iaitu Harga Remaja di Tingkatan 4 dan Dirgahayu Bahasaku di Tingkatan 5. Bagi Novel pula, Terminal 3 dan Seteguh Karang 1

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ telah digunakan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Bermula tahun 2010 Novel Renyah dan Sutera Dalam Lukisan telah mula digunakan untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

3.0

KEWAJARAN KOMSAS DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU Dalam perpektif tersebut juga ternyata bahawa fungsi bahasa Melayu yang

semakin meluas, sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara dan seperti yang terkandung dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Murid-murid bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu disediakan bagi memenuhi keperluan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rentetan itu, kesusasteraan Melayu telah dijadikan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu mencakupi pendedahan apresiasi karya-karya kesusasteraan. Melalui pendedahan dan penelitian karya-karya seperti itu, murid diharapkan dapat mengenal dan menikmati karya-karya kesusasteraan Melayu negara. Selain menggalakkan lagi minat membaca murid, karya tersebut dapat juga menjadi wahana bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini. Murid diharapkan juga akan berminat untuk berkarya bagi melahirkan idea dan cita rasa mereka sendiri. Justeru, dengan usaha yang demikian akan mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid. Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah pembentukan individu yang 2

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Penerapan elemen-elemen ini dalam karya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu menjadikan murid insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan berbahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, keistimewaan unsur atau komponen kesusasteraan Melayu dan manfaat daripada penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM tidak dapat diragukan lagi.

4.0

KEPENTINGAN PELAJARAN KOMSAS

Komponen Kesusasteraaan Melayu tergolong dalam hasil pembelajaran bidang estetik. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Melalui aspek penguasaan bahasa telah dimasukkan dalam sukatan subjek Bahasa Melayu juga akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahanbahan sastera. Selain itu, bahan kesusasteraan Melayu yang diketengahkan itu juga memiliki unsur-unsur moral, motivasi dan , keimanan dan kerohanian, keikhlasan dan tanggungjawab dan aspirasi yang tinggi yang boleh dicontohi oleh para pembaca tanpa mengira kaum. Contohnya dalam karya Kabus di Perbukitan, seorang watak yang bernama Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia juga masih mengekalkan nama Melayunya iaitu Idah, nama yang dipanggil oleh suaminya. Begitu juga dengan Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu 3

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal akibat penyakit kanser, keberanian Kamarudin meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub. Terdapat banyak lagi pengajaran yang mempunyai jati diri yang kental boleh didapati melalui watak-watak di dalam karyakarya KOMSAS. Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu amat bersesuaian untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, untuk pembinaan sahsiah dan memperkembang potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang cuba diserapkan dalam pendidikan Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti yang mulia, jati diri, bertanggungjawab, dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan dan citra diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Selain itu, antara pandangan yang menarik tentang kepentingan kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah murid-murid berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang mulia. Di samping itu, muridmurid yang gemar dan rajin membaca karya kesusasteraan Melayu atau yang selalu terdedah dengannya didapati lebih memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu, lebihlebih lagi apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat dan nilai-nilai kehidupan seperti nilai kasih sayang, keberanian, ketabahan dan sebagainya. Ini telah terbukti tentang jati diri yang terdapat pada watak dalam karyakarya yang ditonjolkan oleh pengarang. Selalunya konsep kreatif itu merujuk perihal individu yang terpaksa membentuk semula hal tentang pemaknaan, penilaian, keilmuan waima yang tersurat mahupun yang tersirat, serta membuat pertimbangan, kesimpulan, dan keputusan. Manakala, konsep kritis pula merujuk hal-hal yang berhubungan dengan penghayatan terhadap bahan kesusasteraan Melayu yang memerlukan penilaian dan 4

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ penaakulan. Oleh itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu amat penting dalam membina manusia yang kreatif, dan kritis. Bahkan, jika mereka selalu terdedah dengannya, mereka akan memperoleh wadah pemikiran, dan erti sebenar sesuatu karya kesusasteraan Melayu. Dengan hal yang demikian, individu yang membacanya akan timbul perasaan seronok akan sesuatu karya itu. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap karya kesusasteraan Melayu menjadi punca utama baginya untuk menarik minat pembaca membaca hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu lain untuk membaca yang seterusnya. Hasrat menerapkan pembelajaran sastera dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk membolehkan pelajar meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera, iaitu novel, cerpen, drama, prosa tradisional,puisi moden (sajak), dan puisi tradisional. Seterusnya pelajar-pelajar berupaya mengenal dan menggunakan disiplin instrinsik sastera di samping menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca untuk dijadikan ikhtibar dan panduan hidup (Huraian dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat 2000). Antara nilai murni dan pengajaran penting yang dititikberatkan ialah perpaduan kaum yang menjadi matlamat dan objektif pengajaran Komsas. Objektif tersebut dipercayai akan tercapai memandangkan Komsas dipelajari oleh semua pelajar sekolah rendah Darjah 4, 5 dan 6, selain pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 sehingga 5. Kesemua mereka mendapat pendedahan asas tentang sastera Melayu, tanpa mengira kaum, agama, budaya dan aliran akademik. Ini bererti Komsas merupakan mata pelajaran yang merentasi kurikulum dan ia adalah multidisiplin. Sifat tersebut membolehkan Komsas memainkan peranannya sebagai jambatan perpaduan kaum. Kesusasteraan Melayu, khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi dan meningkatkan pemikiran pembaca kerana kesusasteraan Melayu merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan pelajar-pelajar atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni 5

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan mewujudkan jati diri murid serta berilmu pengetahuan. Sebagai contoh cerpen Tanggar Amanat memaparkan semangat patriotik. Pengarang mengemukakan watak seorang suami yang mempunyai semangat patriotik yang disuntik meneruskan warisan keluarga meneruskan perusahaan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah di Makaysia walaupun telah lama mencari rezeki di Yellowstone Amarika Syarikat. Oleh itu, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid, sekiranya murid dengan bantuan guru dapat menilai dan mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Malah, dengan demikian akan meningkatlah rasa cinta mereka kepada tanah air. Satu perkara lagi yang penting dan menariknya tentang kesusasteraan Melayu dalam pendidikan Bahasa Melayu yang ada dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah kerana kesusasteraan Melayu dapat membantu melahirkan manusia yang mempunyai sifat-sifat yang mulia dan saying akan Negara tempat tumpah darah mereka. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu akan dapat memotivasikan murid untuk belajar melalui bahan-bahan yang dibaca. Dengan ini, bahan yang dibaca atau yang didengar akan menyalurkan pemikiran positif, kreatif, dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Bahan-bahan komponen kesusasteraan Melayu akan dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Keadaan ini akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi murid dalam proses pembelajaran secara berterusan. Malahan, semangat cinta akan tanah air akan tersemat dalam dada setiap murid sekiranya mereka didedahkan dengan pengajaran komponen 6

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ kesusasteraan Melayu dalam proses pembelajaran mereka. Melalui pengajaran komponen kesusasteraan Melayu, murid akan diperkenal dengan unsur-unsur patriotik, perpaduan negara, dan kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh sajak Di Ruang Gemanya yang dinyatakan oleh penyair akan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi pada Malaysia dan cintanya tak perlu disangsikan pada Negara. Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dan jati diri dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang membentuk jati diri bangsa Malaysia yang merdeka.berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu. Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritikpengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan 7

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ pengetahuan guru. Malah pengetahuan itu akan dapat menjadi daya penarik kepada murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu yang terlatih harus sedar akan adanya perbezaan perkembangan antara sains sosial dan sains kemanusiaan. Bahkan, guru Bahasa Melayu perlu sentiasa peka bahawa terdapatnya perubahan yang radikal dan bersifat revolusioner dalam dunia sains kemanusiaan atau dalam dunia era globalisasi atau dunia tanpa sempadan berbanding dengan yang lainnya. Apabila seseorang guru itu dapat mengikuti atau menangani perkembangan dalam ilmu sains kemanusiaan yang cepat berubah itu, maka, tidaklah pula guru Bahasa Melayu itu akan ketinggalan zaman. Pandangan tentang fenomena itu sering dikaitkan oleh cerdik pandai dengan perkembangan kesusasteraan sumber kesusasteraan Melayu tidak hanya sebuah cerita tetapi mampu membawa perubahan terhadap alam pendidikan atau dunia kehidupan itu sendiri. Tanpa memahami segala hal, komponen kesusasteraan Melayu tidak akan hidup seperti sepatutnya. Oleh itu, guru Bahasa Melayu wajar bijak menangani bahawa penggunaan komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu itu bukan sekadar mengajar bahasa, seni, falsafah, sejarah, peradaban, atau agama, bahkan mengajar erti atau nilai kehidupan itu sendiri.

5.0

KESIMPULAN Kesimpulannya, pelajaran komponen kesusasteraan Melayu atau komsas ini

penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya komsas yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar subjek Bahasa Melayu dengan

Pengajaran KOMSAS Dalam Subjek Bahasa Melayu HBML3103 _______________________________________________________________________ _ yakin.

You might also like