You are on page 1of 4

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25

Air dicencang tiada putus Bagai harimau beranak muda Bagai itik berebutkan tembolok Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagai Belanda meminta tanah Bagai kaduk naik junjung Bagai ayam bertelur di padi Bagai hujan jatuh ke pasir Bagai tikus membaiki labu Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam Berhakim kepada beruk Bukannya diam penggali berkarat Busut juga ditimbun oleh anaianai Garam jatuh di air Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak Melepaskan anjing tersepit Melepaskan batuk di tangga Ringan tulang, berat perut Sebab buah dikenal pohonnya Seperti labah-labah cinta pada telurnya Seperti pucuk yang layu disiram hujan Seperti tikus jatuh ke beras Seperti harimau menyembunyikan kukunya Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul Takut titik lalu tumpah

Senarai Peribahasa Menengah 1 Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik semula. Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang. a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil. b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit. Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya. Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada Hal seseorang yang hidupnya senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa. Kebaikan (pertolongan) yang sia-sia (tidak berbalas) Seseorang yang cuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya. a) Seseorang yang bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai. b) Orang yang sabar dan setia, jika dihasut boleh menjadi jahat. Meminta pengadilan kepada seseorang yang tamak, akhirnya keduadua pihak akan mengalami kerugian. Diam seseorang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja. a) Orang yang kaya juga bertambah kekayaannya. b) Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika berlaku sesuatu kejahatan. Seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya. Tidak guna seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia. Menolong orang yang tidak mahu membalas budi, melainkan kadangkadang membalas dengan perbuatan jahat. Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh. Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki. Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang. Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan. a) Memperoleh barang yang sangat diharapkan. b) Orang yang susah memperoleh kesenangan, atau orang yang sakit beroleh penawar. a) Orang yang mendapat kedudukan yang mewah. b) Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain. Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya. Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu. Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar.

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Air yang dingin juga yang dapat memadam api Bagai unta menyerah diri Bagai kerakap atas batu, hidup enggan, mati tak mahu Baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut Berkerat rotan berpatah arang Besar pasak daripada tiang Biduk lalu kiambang bertaut Bodoh-bodoh sepat, tiada makan pancing emas Jadi umang-umang Jauhari juga yang mengenali manikam Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Kalau tidak ada helang, belalang menjadi helang Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Lidah bercabang bagai biawak Laksana wau melawan angin

Senarai Peribahasa Menengah 2 Perkataan yang lembut juga yang dapat mendinginkan hati orang yang sedang marah. Orang yang terlalu bodoh dan terlalu lurus menjadi mangsa orang yang lebih pintar dan cerdik. a) Perihal seseorang yang hidup dalam kemiskinan dan melarat. b) Perihal seseorang yang telah lama mengidap penyakit. c) Tanaman yang tidak tentu hidup-matinya. Ibarat orang yang berniaga baru mendapat keuntungan sedikit sudah berbelanja besar, akhirnya habislah modal. Orang yang selalu bertukar kerja tidak akan mencapai kejayaan dalam kerjanya dan sukar untuk menjadi orang kaya. Putus hubungan yang tidak dapat disambung semula. Berbelanja lebih besar daripada yang diperoleh. Perselisihan faham yang berlaku antara saudara-mara tetapi pada masa kemudian dapat berbaik semula. a) Walaupun seseorang itu bodoh tetapi dia masih tahu memilih yang mana baik atau mana yang buruk untuk dirinya. b) Orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang pandai. a) Orang yang menyamar kerana sesuatu muslihat. b) Barang yang sama jika berlainan keadaannya maka berlainanlah pula namanya. Orang yang bijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang. Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba melawan orang atau sesuatu yang besar. Seseorang yang mengaku dirinya seorang yang bijak serta pandai apabila dia mendapati tidak ada lagi orang yang lebih bijak dan pandai di tempat itu. Pengetahuan dan kelebihan itu tidak semestinya khusus pada orangorang tua sahaja tetapi ada juga pada orang-orang muda. Selalu berubah-ubah dan tidak dapat dipercayai kata-katanya. a) Kehendak orang atasan atau orang yang berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang bawahan ataupun orang yang lemah, jika dilawan, binasalah diri. b) Membuat pekerjaan yang tidak mungkin dikerjakan. Seorang yang sangat rajin dalam sesuatu pekerjaan, tiada peduli bahaya yang akan timbul pada dirinya. Perihal perbuatan yang disembunyikan tiada ketara pada orang atau berlaku secara diam-diam. Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan daripada kedua-duanya. Megah atau menyombong diri. a) Seorang yang tiada disangka, tetapi dengan sembunyi-sembunyi dan perlahan-perlahan dia melakukan perbuatannya. b) Orang yang bijak mengeluarkan kata-kata yang tajam (pedas) tetapi tidak dirasai oleh orang lain. Terhindar daripada kemalangan/musibah kecil lalu menghadapi kemalangan / musibah lebih besar. a) Seseorang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya. b) Orang yang sombong, bercakap besar tetapi tidak berisi/ tidak beerti. Memberi wang rasuah. Orang yang sangat kikir atau bakhil tidak sedikit terbuka tangannya untuk menolong orang yang hidup sengsara.

10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20 21

Pipit pekak makan berhujan Seperti api dalam sekam Seperti gergaji bermata dua Seperti seludang menolak mayang Seperti gunung makan di hujung

22 23 24 25

Terlepas daripada mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Tong kosong nyaring bunyinya Tumbuk rusuk Umpama air digenggam tiada tiris

1 2 3 4

Air pun ada pasang surutnya Ayam terlepas tangan bau tahi Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul Belum duduk berlunjur dahulu

5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tahu, berkata dengan yang pandai Besar periuk, besar keraknya Biar putih tulang, jangan putih mata Bertelingkah bagai antan dengan lesung Burung terbang dipipiskan lada Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar Ditatang bagai minyak yang penuh Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap Menegakkan benang basah Menconteng arang di muka Rumah sudah pahat berbunyi Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Senarai Peribahasa Menengah 3 Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang ada kalanya susah. Orang yang membuat perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu. Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penanggungan orang yang menderita itu sendiri. a) Menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yang pasti belum dimiliki atau dikuasai. b) Orang yang cepat marah walaupun orang yang dimarahi itu belum tentu terbukti kesalahannya. Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan eloklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yang memang ahli dalam perkara itu supaya selamat. Orang yang berpendapatan besar, besar juga perbelanjaannya. a) Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam. b) Lebih baik mati daripada menanggung malu. Orang yang sama sepekerjaan itu, jikalau berselisihan dan berkecil hati, jadi rosaklah pekerjaannya. Merancang sesuatu yang belum pasti diperolehi. Berhati-hati semasa bercakap dengan orang kerana percakapan yang sembarangan boleh membawa akibat yang buruk Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar atau kaya, akhirnya diri sendiri binasa. Peperangan atau perselisihan yang berlaku antara dua pihak yang berkuasa menyebabkan rakyat binasa atau menderita. Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabatnya jika ia merendahkan dirinya sekalipun. Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Menahan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat dipertahankan lagi. Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga. a) Mencela atau bersungut tentang sesuatu yang sudah siap. b) Mengemukakan keterangan baru atau saksi baru setelah sesuatu diputuskan oleh hakim. a) Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dari awal. b) Jika tidak boleh capai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya, supaya dapat pertimbangan yang baik. Orang bangsawan dan budiman serta berlimu itu makin tinggi martabatnya makin dia merendah diri; bukannya seperti orang yang tiada berbudi dan jahil, apabila diperolehi sesuatu kelebihan, dia pun sombong. Mengerjakan sesuatu bersama-sama, baik ringan mahupun berat. Sesuatu perkara yang tidak kekal dan akan segera hilang. a) Berada dalam kesukaran. b) Orang bodoh, tiada pula berusaha dalam apa yang dilakukannya sehingga menjadi sesat kehidupannya. Orang yang cerdik, sayang kepada semua jenis orang kerana masingmasing ada gunanya.

21 22 23 24 25

Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi Sedencing bagai besi, seciap bagai ayam Seperti embun di hujung rumput Seperti orang buta kehilangan tongkat Tukang tidak membuang kayu

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Ambil pati, buangkan hampasnya Baik membawa resmi ayam betina Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah Besar kapal besarlah gelombang Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga Dalam menyelam, cetek bertimba Di padang orang berlari, di padang sendiri berjingkit Hilang adat tegal muafakat Ikan terkilat, jala pun tiba Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya Jong pecah yu kenyang Kail sebentuk umpan seekor, sehari putus, sehari hanyut Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya Kalau tak ada berada, tak kan tempua bersarang rendah Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga Kilat dalam kilau, kabus dalam hujan Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan Meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga Muka berpandangan, budi kedapatan kasih bagai selama jua Pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak Quran Buruk Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku

Senarai Peribahasa Menengah 4 Daripada tiap-tiap cerita atau perkara jangan hiraukan yang salah atau yang buruk, ambil sahaja yang baik atau betul. Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbualan supaya tidak dibenci orang lain dan selamat dalam hidup. Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sentiasa berhati-hati. Makin besar darjat atau perniagaan seseorang makin besar pula bencana atau kerugian yang menimpanya. Bermuafakat dalam sesuatu perkara agar senang atau susah sama-sama dirasai. Melalui perbincangan atau perundingan dapatlah dicapai kata sepakat untuk melakukan sesuatu tindakan atau usaha. Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang. Jika tidak mendapat hasil yang banyak, yang sedikit pun memadai. Tabiat orang yang tamak, mahu menerima pemberian orang sahaja, tetapi memberi dia sekali-kali tidak mahu. Sesuatu adat yang telah berakar umbi dapat diubah jika ada persetujuan orang ramai. Orang yang cepat menangkap maksud cakap orang lain, sebelum habis diperkatakan sudah dapat dijawabnya. Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih. Seseorang itu wajib menepati sesuatu yang telah dijanjikannya. Kerugian yang dialami oleh orang-orang atasan tidak memberi sebarang faedah kepada orang kebanyakan. Melakukan sesuatu dengan tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan seperti berniaga dengan modal yang sedikit. Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dengan teliti dan tidak boleh setakat mendengar cakap orang sahaja. Tentu ada sebabnya sesuatu hal berlaku walaupun sebabnya itu tersembunyi. Sekeras-keras hati seseorang itu bila dipujuk dan dinasihati akan lembut juga. Dalam tutur kata dan tingkah laku seseorang ada tersimpul beberapa kehendak hati. Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan atau kesilapan. a) Seseorang yang berbudi baik itu sekali pun melarat tetap berbudi dan berhati mulia. b) Meskipun kebenaran itu belum terang, lambat laun akan menjadi kenyataan juga. Seseorang yang mengetahui perbuatan jahat orang lain terhadap dirinya tetapi tidak menghiraukannya. Tiap-tiap yang bernyawa akan mati juga sudahnya, baik tua, muda ataupun anak kecil. Orang tua yang banyak pengalaman tidak wajar disia-siakan walaupun buah fikirannya tidak dapat digunakan lagi. Penyakit yang dihadapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yang keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita.

17 18 19 20 21

22 23 24 25

You might also like