BAB 3 : Teknik Mengesan Kerosakan dan Alat-alat Pengujian Komputer
Paras Sistem
Ia merupakan paras tertinggi di mana semua paras lain berkerjasama supaya sistemkomputer dapat menjalankan fungsinya dengan sempurna.
Paras sub-sistem
Ia merupakan sebahagian daripada bahagian paras sistem. Hasil dari sambungan parassub-sistem ini membentuk satu sistem lengkap. Contoh yang sesuai adalah sepertipencetak, unit paparan, sistem unit, pemacu cakera dan lain-lain.
Paras sub-sub sistem
Paras ini merupakan bahagian yang terdapat pada paras sub-sistem. Contohnyabahagian pada unit paparan terdapat penguat video, pengayun ufuk, pengayun pugakdan bekalan kuasa tinggi.
Paras komponen
Bahagian ini merupakan komponen-komponen untuk satu sub-sub sistem. Sebagaicontoh untuk penguat video pada unit paparan; ia mengandungi transistor, penapis danlain-lain.Dalam kaedah pendekatan sistem, sesebuah sistem komputer akan disemak bermuladaripada peringkat tinggi dan terus turun ke bawah iaitu kepada bahagian komponen(sistem -> sub sistem -> sub-sub sistem -> komponen). Ia melibatkan pemerhatian danujian untuk tujuan pengesanan kerosakan bagi mengenalpasti bahagian yangbermasalah. Bagi penyenggara sistem yang berpengalaman, mereka kadangkalamampu menyelesaikan masalah sistem tanpa perlu terlalu mengikut prosedur pendekatan sistem ini. Melalui pengalaman dan kemahiran, mereka dapat menyesaikansesuatu kes kerosakan hanya dengan satu atau dua ujian sahaja.
syamsulum@yahoo.com
3
Leave a Comment