• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 2
    CommentGo Back
Download
 
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data
Pemacu Storan Data
Merujuk kepada storan sekunder iaitu storan kekal. Ia bermaksud data yang disimpan didalamnya tidak hilang walaupun setelah bekalan kuasa dimatikan.3 Jenis storan:1. Storan Magnetik2. Storan Optikal3. Storan Flash
1.Storan Magnetik
 Ia menggunakan konsep gelombang magnet yang merakam kod-kod digital mewakili data.2 yang popular ialah cakera keras (hdd) dan cakera liut (fdd - disket).Contoh storan lain yang menggunakan konsep ini ialah pemacu Zip, pemacu Jaz, pemacu LS-120, dan pita magnetik.
2.Storan Optikal
Ia menggunakan konsep pantulan dan biasan cahaya bagi mewakili kod-kod 1 0 iaitu kod digitalmewakili data. Pancaran cahaya laser akan mengenai permukaan cakera optikal yang berlekuk-lekuk kecil dan seterusnya dipantul kembali ataupun terbias. Kawasan yang memantulkankembali cahaya mewakili nilai 1 dan yang membias/menghalang cahaya mewakili nilai 0.
syamsulum@yahoo.com
1
 
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data
Antara beberapa format cakera optikal yang popular ialah CD-DA (audio), CD-ROM (datakomputer), CD-R, CD-RW, DVD-ROM, DVD+R, DVD-R, DVD+RW, dan DVD-RW.
3.Storan Flash
 Ia hanya melibatkan litar terkamil yang berfungsi menyimpan data secara kekal walaupun tanpabekalan kuasa. Berbeza dengan 2 jenis storan di atas, ia digelar ingatan 'solid state' keranatidak memerlukan sebarang komponen bergerak seperti motor dan penghayun.Contoh storan Flash ialah cip BIOS, CompactFlash, SmartMedia, Memory Stick, kad PCMCIA jenisI dan II, dan Kad memori permainan video.
Cakera Keras
Ia terdiri daripada beberapa mekanisma:
o
Plat berbentuk cakera yang keras (disalut medium bermagnet)
o
Lengan penghayun (pemegang kepala baca tulis)
o
Kepala baca tulis
o
Motor (pemutar plat cakera)
o
Litar pengawal Lazimnya terdapat beberapa plat cakera dalam satu cakera keras.Cakera-cakera ini dipasang kepada motor.Kelajuan pusingan motor:
o
5400rpm(rpm - revolutions per minute - pusingan seminit)
o
7200rpm
syamsulum@yahoo.com
2
 
BAB 7 : Mengesan Kerosakan Pemacu Storan Data
o
10000rpmKepala baca tulis diletakkan dihujung lengan penghayun bagi membolehkan ia melaluikeseluruhan permukaan plat cakera. Lengan penghayun akan dihayunkan pergi-balik sepertimana sebuah diafragma pembesar suara berfungsi (konsep penolakan kutub magnet).Biasanya ada dua kepala baca tulis untuk satu plat cakera; satu atas, satu dibawah.
*jarak antara kepala baca tulis kepada cakera adalah sekitar 0.000002 inci. Jika tersentuh,cakera keras boleh rosak. Apabila cakera berputar, ia akan menghasilkan kusyen udara yangmenyebabkan kepala baca tulis seperti terapung di atasnya.
Litar pengawal berfungsi mengawal kelajuan pusingan motor, kadar hayunan lengan, ketepatancapaian data, dan kelajuan pindahan data.
Pemacu Disket
Ia menggunakan konsep yang sama dengan cakera keras.Bezanya, cakeranya tidak disertakan sekali dalam pemacu; sebaliknya ia adalah komponenberasingan. Oleh itu disket juga digelar storan 'portable' kerana ia boleh bawa keluar dandikongsi di antara PC (komputer peribadi).Cakera magnetik disket dibina dari bahan plastik yang disalut oksida logam. Apabila bahan inididedah kepada medan magnet, ia akan menyimpan aruhan tersebut secara kekal.Mekanismanya:
o
Motor pemacu
o
Kepala baca tulis
o
Motor penetapan / penganjak
o
Bingkai mekanikal
o
Litar kawalan
syamsulum@yahoo.com
3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...