Professional Documents
Culture Documents
Nama
Sekolah Aspek Tajuk/Kemahiran Tarikh Masa Kelas Bil. Murid Purata Umur
: SK Tun Fuad Stephen : Manipulasi Alatan : Membaling Bola : 18 September 2013 : 9.50 - 10.20 pagi (30 minit) : 2 Sigma : 20 orang ( L:10 / P :10) : 8 tahun
Standard pembelajaran
1.4.3 Membaling bola pada satu jarak 2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek 5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan
Objektif Pembelajaran
Murid dapat membaling bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul.
1
Pengalaman sedia ada Penerapan nilai KBKK EMK Penggabungjalinan Kesepaduan Alatan
: Murid pernah bermain permainan membaling bola. : Berdisiplin, bekerjasama, bersungguh-sungguh dan patuh kepada arahan. : Menjana idea, menghubungkait : Kreativiti dan Inovasi : Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Kesihatan : Aspek kecergasan Koordinasi dan keseimbangan : Bola sepak, bola lembut, bola tenis, gelung, tali, skital atau marker, wisel
Langkah
Tajuk -
Butiran Mengajar Murid dibahagikan kepada dua kumpulan secara sama rata. Marker digunakan sebagai penanda garisan permulaan dan garisan penamat. Jarak diantara garisan tersebut ialah 10 meter. Bola tenis diletakkan pada garisan penamat. Apabila isyarat diberikan, murid dikehendaki berlari dan mengambil bola tenis tersebut kemudian berlari kembali ke garisan permulaan. Ahli kumpulan yang lain akan melakukan lakuan yang sama. Murid berdiri bertiga. Murid A dan B berdiri pada satu jarak. Murid C berada di tengah dan memegang gelung. Murid A membaling bola kepada murid B melepasi gelung. Murid B membaling semula kepada murid A. Ulang beberapa kali dan pada jarak yang berbeza.
3
Organisasi
C M
Alat : - Bola sepak - Marker - Wisel - Gelung B Nilai : - Patuh kepada arahan - Bersungguh-sungguh
A G
Tukar peranan iaitu yang membaling bola dan memegang gelung. Murid dalam kumpulan enam orang. Berdiri dalam bentuk segi tiga. Setiap penjuru ditandakan skital. Setiap skital ada dua orang murid. Murid di skital A membaling bola ke murid di skital B dan terus bergerak ke skital B. Murid di skital B membaling kepada murid di skital C. Murid di skital C bergerak ke skital A selepas balingan. Aktiviti yang sama diteruskan oleh murid lain sehingga tamat aktiviti dan ulang beberapa kali. Bahagikan kepada dua kumpulan kecil. Kumpulan A dan B akan berbaris di kawasan masingmasing. Bola besar diletakkan di tengah-tengah antara kumpulan A dan B. Setiap murid memegang bola dan membaling ke arah bola besar di tengah melepasi
4
Nilai : - Bekerjasama
garisan pihak lawan. Pasukan yang berjaya menggerakkan bola besar melepasi garisan pihak lawan dikira pemenang. Menyejukkan badan Guru membuat rumusan tentang apa yang murid telah pelajari. Guru mengucapkan tahniah kepada murid kerana telah berjaya mengikuti pelajaran hari ini.
DISEDIAKAN OLEH,
DISEMAK OLEH,
_________________________ ( )
_______________________ ( )