You are on page 1of 17

3.

2 Projek Luar Bilik Darjah


3.2.1 Kajian Kes 3.2.2 Khidmat Masyarakat 3.2.3 Projek Bencana Alam 3.2.4 Projek Anak Angkat 3.2.5 Lawatan Sambil Belajar

Projek Luar Bilik Darjah


Pembelajaran luar bilik darjah ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembelajaran sejak tahun 2000 lagi. Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur.

Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Fungsi
Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat Menerapkan nilai-nilai murni

3.2.1 Kajian Kes


Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantukita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah kajian biasa digunakan dengan makna pengutipan data (data collection ).

Kategori
Terdapat lima kategori kes yang terdiri daripada kes berbentuk: - Masalah/Keputusan (Problem/Decision). - Penilaian (Appraisal). - Sejarah (Case Histories). - Catatan Industri (Industry Notes). - Kes Bersiri/Berkelompok (Series Cases).

Setiap bentuk kajian kes mempunyai kelebihan tersendiri. Kes boleh ditulis berdasarkan kesesuaian bidang berkenaan dengan objektif pembelajaran.

Kelebihan
para pelajar didedahkan kepada realiti hidup yang benar-benar berlaku, yang mungkin tidak pernah dan tidak akan mereka alami. menggabungkan idea individu dan idea ahliahli kumpulan di mana para pelajar saling bergantung dan belajar daripada satu sama lain.

3.2.2 Khidmat Masyarakat


Khidmat Masyarakat ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan Menjalankan kerja amali di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah

Matlamat Khidmat Masyarakat


Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dan kewarganegaraan di luar bilik darjah Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

3.2.3 Projek Bencana Alam


PENGENALAN
Projek ini dimulakan semenjak tahun 1997. Sebanyak 113 buah kampung Orang Asli telah di kenal pasti oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana Alam Peringkat Negeri meliputi kategori kawasan berisiko tinggi, sederhana dan rendah. Kampung Orang Asli yang dikategorikan berisiko tinggi adalah yang berkemungkinan kampung berkenaan akan mengalami banjir, tanah runtuh, dipukul ombak atau ribut, perkampungan persisiran pantai negeri Johor, Pahang dan Selangor.

Jabatan ini menyediakan peruntukan bagi tujuan pemindahan mereka ke lokasi baru, tapak dan perumahan baru, termasuk kemudahan jalan, perparitan dan lain-lain manakala kampung yang dikategorikan berisiko sederhana pula peruntukan disediakan untuk memperbaiki sistem perparitan, pembetungan, pelebaran/mendalamkan sungai, benteng dan sebagainya.

Bantuan Bencana Alam


Menyediakan bantuan kepada mangsa bencana alam yang tidak diduga seperti kebakaran, banjir, rebut, tanah runtuh atau berlakunya kejadian kerosakan kemusnahan fizikal secara besarbesaran yang mengakibatkan kehilangan nyawa
Pergi ke tempat bencana alam tersebut untuk membantu mangsa-mangsa menyedia atau memasang khemah. Menderma duit, makanan, minumam, pakaiann, selimut dalan lain-lain lagi. Memberi nasihat dan semangat untuk menenangkan perasaan mangsa.

3.2.4 Projek Anak Angkat


PENGENALAN
Program ini adalah satu usaha Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga golongan keterbawahan yang tinggal di dalam dan luar bandar melalui bantuan kewangan. cuba mengadakan berbagai aktiviti bagi membantu anak angkat yang serba kekurangan

OBJEKTIF
Memastikan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dapat menamatkan pengajian sehingga ke peringkat sekolah menengah. Memberi rangsangan, nasihat serta bimbingan bagi membentuk jati diri pelajar. Memupuk nilai-nilai kemasyarakatan dan disiplin dalam diri pelajar.

3.2.5 Lawatan Sambil Belajar


Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah

TUJUAN
meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

FAEDAH
menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar

You might also like