You are on page 1of 4

PENYATAAN PROFESIONAL

Sebelum Praktikum Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM. Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga semester keempat. itu merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPGM sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester enam untuk mencabut undi bagi penempatan kami di sekolah. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua-tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Undi telah dicabut dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Saya bersama dengan dua orang lagi rakan kelas saya Mohd Hamidi Bin Mohd Hamin dan Nur Haslina Binti Ilham. Tidak lupa juga bersama-sama saya di sekolah yang sama ialah Yuhanis dan juga Maryam daripada Pengajian Sains.

Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, Tuan Haji......pada......di Dewan Wawasan.....jam 8.30 pagi.

Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi meninjau lokasi sekolah tersebut. kami juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja, lebih kurang 16-20 kilometer dari rumah . Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di Pusat Koperasi Guru Pelatih. Harga buku tersebut ialah RM20. Setiap guru pelatih wajib membeli buku Rancangan Pengajaran untuk dibawa ke sekolah.

Semasa Praktikum Saya Mohd Firdauz Bin Shariff telah menjalani latihan praktikum pada semester enam iaitu Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Praktikum ini mengambil masa selama dua bulan (26hb Julai 2009 20hb Ogos 2009) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk

membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Bahasa Melayu selama 9 masa dan juga 2 masa bagi subjek minor saya iaitu Pendidikan Jasmani. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang

pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2 sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas ini. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikel ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar SKKB2 iaitu Projek Top 10. Kami menjalankan tugas kami dengan baik dan guru besar berpuas hati dengan hasil kerja kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, menghias setor sukan sekolah. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun atur bahagian setor sukan itu. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu. Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini.

Selepas Praktikum

Satu ilmu baharu yang saya telah perolehi dan lalui serta mengalami pengalaman sendiri ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan, mengajar dan membina bahan bantu mengajar sendiri. Akhir sekali, data-data dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang dibuat. Satu portfolio yang lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada pensyarah Jabatan Pengajian Agama untuk Tugasan Profesional. Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil Praktikum ini.

You might also like