You are on page 1of 5

LIBERALISME

Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi dan seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walaubagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara. Perkataan liberal berasal daripada perkataan latin iaitu liber yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan inggeris iaitu liberty dan konsep kebebasan.

Fahaman liberalisme moden berakar umbi dari Zaman Kesedaran Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber. Liberalisme menolak kebanyakkan tanggapan asas dalam teori pembantukan kerajaan awal.

ETIMOLOGI DAN ASAL PENGGUNAAN


LIBERLISME
Oxford English Dictionary menerangkan yang perkataan liberal telah lama berada di dam bahasa Inggeris dengan makna sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati. Ia juga bermaksud bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan. Pada tahun antara 1776 hingga 1788, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik seperti bebas dari prejudis dan bertolenrasi oleh Edward Gibbon dan rakan-rakannya. Pada tahun 1801. maksud ayat mengemari kebebasan dan demokrasi mula digunakan di dalam bahasa Inggeris yang di katakan berasal dari bahasa Perancis .

ALIRAN-ALIRAN DALAM LIBERALISME


Terdapat perbezaan pendapat yang di dalam rangka liberalisme. Perbezaan ini selalunya menbawa kepada perdebatan yang hebat di antara ahli-ahli liberal sendiri. Seperti di dalam banyak perdebatan di kalangan kumpulan-kumpulan yang bertentangan., mereka mengunakkan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang yang sama dan kadang kala mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Terdapat beberapa prinsip Liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan Liberal dan di antaranya ialah:

Liberalisme Politik
aliran ini di mana mereka beranggapan bahawa sesorang itulah sebenarnya asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat adalah berfungsi untuk menperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa sahaja termasuk yang mempunyai taraf sosial yang tinggi.

Liberalisme Budaya
aliran ini menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman, dan perlindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.

Liberalisme Ekonomi
Ianya juga di kenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideologi yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis dan mahu menbuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi atau monopoli.

You might also like