You are on page 1of 14

BIL PERKARA HALAMAN

1 ELEMEN 1 – Mengumpul fakta sejarah


2 ELEMEN 2 – Merekod fakta sejarah
i) Penghargaan

ii) Objektif Kajian

iii) Kaedah Kajian

iv) Hasil Kajian

v) Rumusan

vi) Lampiran

vii) Rujukan
3 ELEMEN 3 – Penerapan unsur patriotisme
Saya …………………………………………. ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pengetua, Puan Fuziah binti Mahmood

yang telah memberi kebenaran kepada saya menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Hamidah binti Said,

yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga kajian ini selesai. Jutaan terima

kasih saya juga ditujukan khas kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang yang telah

banyak membantu dan memberikan dorongan sepanjang kajian ini dijalankan. Juga tidak

lupa kepada rakan-rakan yang banyak membantu.


• Menepati syarat peperiksaan PMR 2009.

• Memahami dan mengaplikasikan objektif lain yang tidak kurangnya dalam

tempoh yang ditetapkan.

• Berjaya mengenal asal-usul dan perkembangan bangunan bersejarah di Malaysia.

• Mewujudkan perasaan bangga dengan keunikan seni bina bangunan bersejarah

yang terdapat di Malaysia.

• Dapat melahirakn semangat patriotisme, rasa cinta dan bangga kepada negara.

• Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis

maklumat tentang bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia.


• Pemerhatian

o Saya melakukan kaedah pemerhatian dengan memerhati kemudahan, reka

bentuk seni bina dan pengubahsuaian terhadap bangunan stesen keretapi.

• Temu bual

o Saya melakukan kaedah temu bual dengan menemubual pengguna stesen

keretapi. Saya memperoleh maklumat yang lebih lanjut tentang pendapat

mengenai bangunan tersebut.

• Rujukan

o Saya membuat rujukan di internet.


Latar Belakang Sejarah

Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu adalah merangkumi bangunan stesen,

hotel dan pejabat pentadbiran baru yang terletak bersebelahan jalan adalah dua bangunan

terindah dan mercu tanda Kuala Lumpur. Kedua-duanya dibina dalam zaman kemuncak

ketika berlakunya pembangunan pesat dan perubahan teknologi pengangkutan kereta api

di Tanah Melayu.

Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak

di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan siap dibina pada tahun 1910 untuk menggantikan

sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab

kereta api di bandaraya ini bagi Persekutuan Keretapi Tanah Melayu (Federated Malay

States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentral mengambil

alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya,

mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory

Avenue, yang merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak

berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta dengan

mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak

sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.


Stesen sebelumnya

Sebelum pembinaan stesen ini dijalankan, dua buah stesen kereta api telah

beroperasi di bandar raya ini. Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar

sebagai Stesen Residen (Resident Station) kerana berdekatan dengan kediaman Residen

British, yang dibina di seberang Kelab Selangor ke arah barat. Dibina dengan kayu

berserta dengan bumbung nipah, stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur

yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pengkalan Batu, Klang, dengan landasan kereta

api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di

Semenanjung Melayu. Bangunan ini dirasmikan pada 22 September 1886.

Stesen kedua ialah Stesen Jalan Sultan (Sultan Street Station) yang dibina pada

tahun 1892 di Foch Avenue, yang kini merupakan Jalan Tun Tan Cheng Lock,

berhampiran dengan tapak Menara Maybank dan Hentian Puduraya pada masa kini.

Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen dan terletak pada laluan kereta api Pudu,

sebatang landasan baru yang dicawang dari Stesen Residen, dan menghubungkan

lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal

landasan mengampiri stesen yang terletak di antara dua Jalan Foch Avenue yang

memotong di sebelah kanan bandar ini.

Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan Stesen Keretapi Kuala Lumpur

yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu stesen yang lebih kecil

apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas dan dirobohkan selepas

1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh aliran LRT Ampang.

Reka bentuk, pembinaan dan operasi


Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah

Jabatan Awam, yang bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Beliau pernah

berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia

di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-

Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur

yang serupa sperti Bangunan Sultan Abdul Samad yang direka bentuk oleh A.C. Norman

yang siap dibina pada tahun 1895, Dewan Bandaraya Lama direka bentuk oleh A.B.

Hubback yang siap dibina tahun 1904 dan Masjid Jamek direka bentuk oleh A.B.

Hubback, siap pada tahun 1909. Kesemua bangunan yang tersebut dibina sebelum stesen

ini dibina.

Pada asalnya, bangunan Stesen mengandungi tiga platform. Berkonsep ringkas

dan terbuka dengan ruang legar yang luas berbumbung selari dengan platform, ruang

pejabat dan hotel terletak di tingkat mezanin dan tingkat satu. Kontrak pembinaan telah di

tawarkan kepada Archie and Phillip Russell Company dalam tahun 1910.

Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos

1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen

Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel,

Hotel Stesen (Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian daripada ruang stesen. Pada

1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini.

Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada 15 April 2001

ke Sentral Kuala Lumpur, lebih kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini

berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dimusnahkan. Apabila kerja
meninggikan pelantar sisi stesen ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter

dijalankan, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak

dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai perhentian pengangkutan untuk

penumpang KTM Komuter. Keseluruhan stesen masih lagi berkhidmat sebagai KTM

Komuter dan perkhidmatan barangan.

Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu ulang tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia, banyak

sumber yang dilaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah

gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi dipindahkan ke stesen lama

Kuala Lumpur. Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini

secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api

yang merupakan pameran yang terletak di dewan utama dan pelantar stesen, dan ketika

ini dicadangkan menjadi pusat budaya.

Pengubahsuaian dan penaiktarafan

Stesen ini telah mengalami beberapa perubahan besar dalam sejarahnya. Sayap

utara telah dijadikan kawasan pejabat pada 1967, yang menutup capaian ke beranda

lengkung dengan tingkap. Pada 1986, stesen ini diubahsuai dengan lebih menyeluruh,

dengan bahagian dalam dan tingkap yang berkenaan digantikan dengan yang lebih moden

manakala bahagian luar diperbaiki dan dipelihara. Bangunan dan kemudahan baru

ditambah termasuk dewan menunggu berhawa dingin, kaunter maklumat pelancongan

dan kedai snek. Sebahagian reka bentuk dan rangka asal dalaman stesen ini masih lagi

wujud di Hotel Stesen Warisan.


Pemodenan ini juga melibatkan binaan tambahan di sayap selatan bangunan ini,

memaparkan gaya "Raj" yang mendominasi sebahagian besar bangunan itu, dan

tambahan muka hadapan untuk sayap utara dengan unsur seni bina yang sama,

melindungi bayangan reka bentuk Barat dari hadapan. Perubahan ini menyebabkan

bangunan tersebut memiliki dua chhatri tambahan iaitu di setiap penjuru sayap bersama-

sama dengan empat yang asal.

Pengubahsuaian lain termasuklah dinding belakang stesen yang ditebuk dan

dipanjangkan untuk memuatkan pintu masuk baru, hentian teksi, pejabat dan kedai,

manakala ruang tambahan dua tingkat turut dibina di atas jalan masuk ke stesen bagi

menempatkan lebih banyak kedai.

Pembentukan semula pada 1986 ini turut menyaksikan pemanjangan pelantar ke

utara dan bangunan stesen baru di situ, yang bersambung dengan Pejabat Pos Besar di

Kompleks Dayabumi yang baru siap pada 1984.

Apabila perkhidmatan KTM Komuter dilancarkan pada 1995 dengan Laluan

Rawang-Seremban dan Laluan Sentul-Pelabuhan Klang, kaunter tiket dan lawang

tambang ditambah ke stesen tersebut, selaras dengan stesen KTM Komuter lain. Lokasi

kemudahan komuter ini bermakna cuma pelantar pulau yang baru dapat digunakan oleh

kereta api KTM Komuter.

Selepas Sentral Kuala Lumpur mengambil alih operasi kereta api antara bandar,

bahagian stesen yang digunakan untuk perkhidmatan tersebut dihapuskan.


Setelah saya menjalankan kajian ini, saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian bentuk bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Saya

juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengtahui dengan lebih lanjut tentang bangunan

bersejarah.

Seperti peribahasa melayu mengatakan tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian

dijalankan, saya dapat menghayati betapa uniknya reka bentuk bangunan bersejarah di

Malaysia. Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati terhadap bangunan

bersejarah dengan mendalam, ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormati antara

masyarakat.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu

yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat

bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang.


Pandangan Stesen Keretapi Kuala
Lumpur, ke arah tenggara.

Bahagian dalam dewan utama stesen


(gambar pada Mac 2007) mengalami
pengubahsuaian besar pada 1986,
dengan sebahagian reka bentuk asal
diubah dan dimodenkan. Kini
kawasan ini digunakan untuk meletak
pameran selepas stesen ini dijadikan
sebagai muzium kereta api

Reka bentuk depan stesen ini boleh


dibandingkan dengan gaya seni bina
bangunan tempatan lain, seperti
Masjid Jamek.
Pelan Lokasi Stesen Keretapi Kuala Lumpur
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Mempelajari sejarah merupakan satu perkara yang sangat penting. Ini


memandangkan melalui sejarah, masyarakat atau generasi muda dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa-peristiwa lampau yang dilalui oleh pejuang-pejuang negara.
Seiring dengan fokus utama folio sejarah yang bertujuan menanam semangat
patriotik bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kita perlu menghargai
raja dan pemimpin negara yang banyak memerdekakan negara kita. Oleh itu, kita perlu
menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Selain itu, kita sebagai rakyat
Malaysia harus menghormati lambing-lambang negara, antaranya bendera dan lagu
kebangsaan negara. Kita juga harus mempertahankan maruah, bangsa dan negara serta
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita
tidak seharusnya mengetepikan sejarah negara sebaliknya berbangga dengan sejarah
tanah air.
Pada masa kini, setiap rakyat harus mempunyai semangat setia negara dan cinta
akan bangsa. Ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan pemimpin negara juga mesti ada
dalam setiap diri warganegara Malaysia. Rakyat harus bertanggungjawab dan sedia
berkorban untuk bangsa dan negara. Rakyat Malaysia yang bernai dan sanggup
mempertahan kedaulatan bangsa dan negara patut dicontohi, khususnya oleh generasi
muda. Selain itu, rakyat perlu peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan tanah air.
Kita seharusnya bersyukur dilahirkan sebagai warganegara Malaysia.
Perpaduan dapat diwujudkan melalui semangat kekitaan dalam kalangan
masyarakat majmuk. Apabila matlamat ini tercapai, lahirlah masyarakat yang harmoni.
Melalui sikap tolak-ansur dan bertoleransi pula, kesejahteraan rakyat dapat diwujudkan.
Selain itu, kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dapat memupuk
perpaduan kaum. Hormat-menghormati dapat memupuk persefahaman dan
permuafakatan. Dengan ini, semangat muhibah dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum dapat disemai.
Sejarah telah membuktikan bahawa disiplin diri menanam semangat patriotik
serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Seseorang yang berakhlak
dan berbudi pekerti mulia seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
akan dipandang tinggi kerana kemuliaannya. Sepertimana tokoh mempertahankan negara,
bertindak wajar dalam sesuatu perkara serta mengunjungi Perlembagaan Negara.
Sekiranya rakyat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang, negara akan kacau bilau
dan berkemungkinan akan mencetuskan peperangan. Dengan itu, rakyat wajib mematuhi
setiap peraturan dan undang-undang yang diketatkan. Bersifat amanah, jujur, berlaku adil
dan bertimbang rasa amat penting dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini kerana
tanpa sifat-sifat tersebut, tokoh-tokoh yang telah memerdekakan negara kita tidak dapat
memajukan negara Malaysia sepertimana sekarang ini.
Usaha itu tangga kejayaan. Sekiranya ingin berjaya dalam sesuatu perkara, sifat
gigih dan rajin mesti dipegang dan fokuskan pada matlamat. Berkat kegigihan dan
kerajinan yang ditunjukkan oleh pejuang negara kita mampu mengalahkan musuh-musuh
negara sekaligus memerdekakan tanah air daripada penjajah. Sebagai rakyat Malaysia,
kita harus berdikari dan tabah mengahadapi cabaran agar matlamat untuk memajukan
nagara akan tercapai.

You might also like