You are on page 1of 17

1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?

Jawapan : KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. 2. Apakah maksud Kurikulum Standard? Jawapan : KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 3. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? Jawapan : KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estetika Sains dan Teknologi Keterampilan Diri Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras & Elektif KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum: Sukatan Pelajaran Reka bentuk kurikulum: Linear Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Elemen Kreativiti dan Inovasi,

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Kreatif & Komunikasi (TMK) secara eksplisit Fokus: Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Menaakul) 4. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Jawapan : Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. 5. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? Jawapan : Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 6. Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Jawapan : Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. 7. Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? Jawapan : Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu. 8. Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? Jawapan : KSSR tidak mengalakkan penjurusan. 9. Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? Jawapan :

Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. 10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan : Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains. 11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? Jawapan : Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu. 12. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P? Jawapan : Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. 13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan : Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. 14. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? Jawapan : Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? Jawapan : Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. 16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?

Jawapan : Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan. 17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? Jawapan : Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. 18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi? Jawapan : Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu: Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid 19. Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa? Jawapan : Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan. 20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? Jawapan : Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian

alternatif boleh digunakan. 21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? Jawapan : KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk 22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? Jawapan : KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p. 23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? Jawapan : KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR. 24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? Jawapan : Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
BARISAN KABINET MALAYSIA 2013 PERDANA MENTERI: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO) TIMBALAN PERDANA MENTERI: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) JABATAN PERDANA MENTERI: MENTERI: (1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) (2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013) (3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR) (4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS) (5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) (6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB) (7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)

(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) TIMBALAN MENTERI: (1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) (2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) MENTERI KEWANGAN: (1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) (2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: (1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) (2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS) (4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC) MENTERI PERTAHANAN: (1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO) MENTERI PENGANGKUTAN: (1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO) MENTERI DALAM NEGERI: (1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB) MENTERI KERJA RAYA: (1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: (1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO) MENTERI LUAR NEGERI: (1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO) MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: (1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO) MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA: (1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO) MENTERI SUMBER MANUSIA: (1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO) MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: (1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB) MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: (1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO) MENTERI BELIA DAN SUKAN: (1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC) MENTERI KESIHATAN: (1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO) MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: (1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: (1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO) MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: (1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO) MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: (1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO) MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN: (1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS) MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI: (1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO) MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: (1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB) MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: (1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB) TIMBALAN MENTERI: (2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO) Jumlah anggota Jemaah Menteri; > Kabinet Najib mempunyai keseluruhannya 32 menteri dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sahaja mempunyai lapan orang menteri. > Kabinet terdahulu dianggotai 30 orang menteri. Antara menteri yang mengekalkan portfolio masing-masing ialah; > Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; > Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah;

> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan; > Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Muka lama yang bertukar portfolio pula termasuklah; > Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang kini memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia; > Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S.Subramaniam kini Menteri Kesihatan. > Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan; > Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Barisan Kabinet kali ini turut menyaksikan enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh. Mereka ialah; > Bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya); > Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); > Bekas Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot (Menteri Sumber Manusia); > Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); > Bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri) dan; > Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Yang digugurkan pula ialah; > Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor dan; > Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Habuan Terbesar: > Sabah dan Sarawak yang memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada pilihan

raya yang lalu menerima habuan terbesar apabila mereka diwakili oleh 12 menteri penuh dan lapan timbalan menteri. Pemangku Menteri; > Dalam situasi yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib telah melantik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri sementara Kementerian Pengangkutan yang direzabkan untuk MCA. > Ini bermakna, MCA yang sebelum ini diwakili oleh empat orang wakil dalam kabinet telah dikurangkan kepada hanya satu kerusi sahaja. Muka baru ialah; > Datuk Seri Abdul Wahid Omar (JPM); > Datuk Paul Low Seng Kuan (JPM); > Datuk Seri Shahidan Kassim (JPM); > Nancy Shukri (JPM); > Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan); > Datuk Rahman Dahlan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan); > Idris Jusoh (Pelajaran dan Pengajian Tinggi); > Datuk Rohani Abdul Karim (Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat); > Tengku Adnan Tengku Mansor (W.Persekutuan)

Dalam mengharungi persaingan ekonomi bagi mencapai hasrat negara maju menjelang 2020, Malaysia amat bergantung kepada kualiti sumber manusia. Negara seharusnya mempunyai warganegara yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan abad ke-21. Di samping itu sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia perlu mengekalkan perpaduan bagi memacu perkembangan ekonomi. Atas dasar ini pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan murid yang bercirikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran tinggi, bijak berkomunikasi, berkepimpinan serta memiliki semangat cinta kepada negara selaras seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kita memerlukan 11 anjakan utama: (Klik untuk besar)

ANJAKAN PPPM

PPPM 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi murid iaitu;

1. Pengetahuan: Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi dan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid digalakkan menguasai pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan tekonologi. Murid juga perlu menguasai bidang seni dan sukan. 2. Kemahiran berfikir: Kemahiran berfikir perlu dikuasai murid supaya mereka dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari dan mencipta inovasi. 3. Kemahiran memimpin: Dalam kehidupan bermasyarakat kemampuan bekerja dengan berkesan dalam pasukan dan memimpin orang lain adalah penting. Setiap murid akan dibantu mencapai potensi masing-masing melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. 4. Kemahiran dwibahasa: Setiap murid akan menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Mereka juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. 5. Etika dan kerohanian: Murid perlu memiliki etika dan kerohanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan dewasa. Dengan memiliki nilai ini, mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berprinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul. 6. Identiti Nasional: Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

Mengapakah KSSR diperkenalkan? Jawapan : KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. 2. Apakah maksud Kurikulum Standard? Jawapan : KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 3. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? Jawapan : KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang: Komunikasi Kerohanian, Sikap & Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal & Estetika Sains dan Teknologi Keterampilan Diri Bahan Kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Modular Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras & Elektif KBSR Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang: Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu

Bahan Kurikulum: Sukatan Pelajaran Reka bentuk kurikulum: Linear Organisasi Kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6) Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Kreatif & Komunikasi (TMK) secara eksplisit Fokus: Fokus: 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Menaakul) 4. Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Jawapan : Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan. 5. Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan? Jawapan :

Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). 6. Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas? Jawapan : Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains. 7. Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK? Jawapan : Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu. 8. Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR? Jawapan : KSSR tidak mengalakkan penjurusan. 9. Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah? Jawapan : Ya. Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan aktiviti kokurikulum. 10. Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan : Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains. 11. Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK? Jawapan : Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.

12. Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P? Jawapan : Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian. 13. Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi? Jawapan : Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. 14. Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu? Jawapan : Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam DSK TMK.

15 Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris? Jawapan : Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. 16 Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan? Jawapan : Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan. 17. Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1? Jawapan : Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks. Walau bagaimanapun, buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini. 18. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi? Jawapan :

Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu: Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid 19. Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa? Jawapan : Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan. 20 Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer? Jawapan : Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan. 21 Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? Jawapan : KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk 22 Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p? Jawapan : KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.

23 Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR? Jawapan : KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR. 24 Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? Jawapan : Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

You might also like