You are on page 1of 2

Kata Aluan Pengetua Cemerlang SMK Yam Tuan Radin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menukilkan sepatah dua kata dalam majalah ROYALIST edisi kali ke-10 bagi tahun 2013 ini. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan ROYALIST ini sehingga dapat diedarkan buat tatapan segenap warga SMK Yam Tuan Radin khasnya dan seluruh khalayak pembaca umumnya. Proses penghasilan majalah ini yang hampir serentak dengan tarikh sambutan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda ternyata ibarat sudah terang lagi bersuluh. Hal ini kerana, ikatan ukhwah antara guru dan pelajar itu amatlah erat dan utuh sekali ibarat lagu dan irama yang tidak mungkin terpisah antara satu sama lain. Justeru, melalui hubungan yang jitu ini tercernalah pelbagai aktiviti pelajar ke arah sekolah cemerlang dan pengisian pelbagai program untuk membina persekitaran sekolah yang ceria, seimbang dan menyeronokkan. Guru selaku pencetusnya sudah tentu menjadi aspirasi kepada pelajar untuk menjayakan pelbagai program di peringkat sekolah dan sebahagiannya diabadikan di dalam majalah ROYALIST ini. Saya juga ingin menyeru agar semua pelajar memberi kerjasama dalam setiap aktiviti kurikulum atau kokurikulum demi kemajuan sekolah yang kita cintai ini. Seterusnya segala monumen itu dapat diabadikan ke dalam majalah ROYALIST yang kita minati ini. Akhirkata, saya berdoa dan berharap agar SMK Yam Tuan Radin terus gemilang dan cemerlang di persada pendidikan negara. Sesungguhnya, dengan semangat Satu Malaysia dan Malaysia Boleh, segala halangan akan dapat diatasi bersama. Kejayaan pasti milik kita, InsyaAllah. Sekian, wassalam. MEMBACA JAMBATAN ILMU ......................................................... PN.AISHAH BINTI ABU BAKAR Pengetua Cemerlang SMK YAM Tuan Radin, Lukut.

You might also like