You are on page 1of 10

Penulisan Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah Saya menggunakan instrumen kajian untuk memperoleh maklumat primer untuk menyiapkan

tugasan ini. Maklumat primer boleh diperoleh melalui kaedah

pemerhatian, temu bual responden, penggunaa borang soal selidik atau tanpa soal selidik, merekod melalui gambar foto atau video. Definisi Penilaian Dalam Kurikulum: Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat membuat beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara pengajaran guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian Kendalian Sekolah:PKS) Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan sebenarnya. Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui kemajuan seseorang pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang pelajar dan kemajuan di dalam pembelajarannya. Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadang-kadang penilaian itu dilakukan dengan cara terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan cara tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). (Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan Bahasa dan Pustaka: 1983) Dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal:

Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan serius, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia merupakan ujian

pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran seperti serta ujian atau peperiksaan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat yang dengan pengetahuan dan juga kemahiran. Dalam masa yang singkat, banyak perkara yang dapat dinilaikan kerana penilaian cara ini dapat mengelakkan pelajar dari meniru, berbincang sesama mereka ketika menjawab soalan, kualiti soalan yang sama rata dan sebagai. b) Penilaian Tidak Terkawal: Sebagaimana yang diketahui, guru menilai pelajar pada setiap masa. Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti pengajaran. Penilaian tidak terkawal ini didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa perlakuan itu berlaku. Guru memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar dan dipelajari, justeru untuk menyedia dan menjalankan penilaian terkawal amat mustahil. Ini disebabkan banyak juga perkara yang bersabit dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan berkesan jika dibuat secara terkawal. Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif kepada keadaan apabila perkaraperkara yang ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar pelajar yang ingin dinilai maka keadaan tidak terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana perkara ini dapat memberi maklumat yang sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini sangat ketara tentang perkara-perkara yang bersabit dengan sikap dan nilai.(Furst,E.J.:1958) Contoh Jenis-Jenis Instrumen: - Ujian (sejarah & apresiasi seni) - Kaedah pemerhatian - Kaedah temubual - Kaedah perbincangan

- Kaedah anekdot - Menggunakan senarai semak - Menggunakan soal selidik - Pengukuran sikap - Portfolio (Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983) Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam penilaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah: a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lain-lain contoh): Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku dan menentukan punca-punca yang menimbulkan masalah itu. Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang konstruktif. Dalam prosese P&P, Ujian Diagnostik (UD) dapat memenuhi dua tujuan. Pertama menentukan kedudukan seseorang pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar perlu diketahui sebelum memulai sesuatu pelajaran. Dengan cara sedemikian barulah sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih berkesan kepada pelajarpelajar yang ditempatkan pada peringkat yang sesuai. Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud kelemahan dalam pembelajaran setelah punca kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P pemulihan dapat dirancang dan dijalankan. Dari penghasilan kerja pelajar tersebut guru mengumpul data, seterusnya sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah. Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967) Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan/membuat keputusan dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa Penilaian ialah proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya sekali. b) Ujian bertulis:

i) Ujian Objektif Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui. Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan tentang sesuatu, kemahiran di dalam bidang, sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia, minat dalm seni serta reaksi terhadap sesuatu pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini hanya dapat di infer daripada perlakuan yang ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu daripada situasi ini ialah situasi ujian. Ujian selalu digunakan untuk mendapat maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak keputusan dibuat berasaskan maklumat daripada ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang dapat diterima dan ujian itu juga boleh dipercayai bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang menggunakannya seterusnya dapat memberi maklumat tentang apa yan g ingin diketahui guru. Seseorang pelajar yang selalu mendapat kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap positif terhadap guru, sekolah dan pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu gagal akan mempunyai sikap yang negative dan aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian sama ada dalam dibentuk sendiri atau didapati daripada punca lain. Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat serta senang dijawab. Satu daripadanya adalah ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan mudah dan cepat. Pemberian markah boleh dijalankan dengan menggunakan petunjuk. Langkah cermat perlu diambil kira supaya susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang keberkesanan pembelajarannya melalui keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat menjawab dengan cemerlang atau tidak. Pembinaan item jenis objektif ini sesuai digunakan sama ada bagi pelajar di Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini disebabkan setiap satu item hanya menumpukan satu perkara dan satu peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran. Dalam erti kata lain pembinaan item jenis objektif ini tidak menguji banyak perkara sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup berstruktur bagi mengelakkan

penyelewengan semasa menjawab. Namun begitu ada juga pelajar yang menjawab secara meneka sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan item ini perlu dibincangkan supaya kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan. ii) Ujian Subjektif: Makna perkataan yang membawa maksud dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;

a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu - membaca lalu memberi pandangan berdasar perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada pandangan tadi. b) pemarkahan secara analitik - pemberian markah yang lebih relevan dan baik berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai contoh melalui markah 100%, beberapa elemen telah diberi pecahan markah mengikut kronologi kepentingan isi. Biasanya cara pemberian markah secara analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan berdasar markah yang diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh diterima akal. Maksud di sini pelajar tidak sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila dinilai penghasilannya kurang memuaskan. Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti keesahan,

kebolehpercayaan, interpretasi data dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di sebaliknya. c) Pentaksiran Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting. Namun begitu cara penilaian seperti ini mengundang beberapa isu, yang secara tidak langsung mempertikaikan corak penilaian dalam sistem pendidikan dalam negara kita. Antara persoalan yang timbul seperti berikut; a) Soalan bocor b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada c) Soalan di luar sukatan pelajaran d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan

e) Pelajar masih gagal walaupun telah menduduki peperiksaan beberapa kali. f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus ke arah pembelajaran yang berkualiti tinggi. h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk dapat markah tinggi. i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah. j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar berulang kali.

d) Menggunakan senarai semak Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai instrumen untuk menilai pelajar dalam ketiga-tiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai contoh dalam

pembelajaran di Tahun 6, guru menyediakan borang senarai semak sama ada pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan secara berperingkat mengikut sekuen yang telah ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu tajuk di samping mendapatkan maklumat daripada pelajar tentang respon mereka terhadap P&P PSK. Daripada maklumat atau data yang diperolehi guru dapat mengambil tindakan susulan sama ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P atau membuat pengubahsuaian ke arah pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh merancang aktiviti seterusnya sama ada membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau penambah baikan. Malahan daripada maklumat tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan tentang penguasaan dan pemahaman setiap tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986) Dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan bermakna, saya telah menggunakan kaedah penilaian berikut untuk menyajakan laporan ini:

i. Dalam

Pemerhatian melaksanakan kaedah pemerhatian, saya telah membuat beberapa

pemerhatian di dalam kelas semasa subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Antara guru-guru PSK yang memberi kebenaran untuk membuat pemerhatian di dalam kelas mereka ialah cikgu Rohana (Tahun 4), cikgu Malia (Tahun 5), dan cikgu Doristy (Tahun 6). Pertama sekali, semasa melakukan pemerhatian di dalam kelas, saya telah mendapati bahawa guru-guru PSK berkenaan telah melaksanakan penilaian berdasarkan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Antaranya ialah melalui penilaian secara lisan semasa di dalam kelas. Semasa pemerhatian saya, guru-guru banyak bertanya soalan kepada murid untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka dan untuk menguji tahap pengetahuan mereka di dalam sesuatu topik yang di pelajari pada hari tersebut. Semasa membuat pemerhatian dalam kelas cikgu Malia, beliau banyak berinteraksi dengan pelajar dengan bertanyakan soalan untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Pada hari pemerhatian saya, beliau telah mengajar topik Kenali Budaya Malaysia. Pada permulaan subjek beliau, beliau banyak menggunakan kaedah soal jawab untuk menilai sejauh mana pengetahuan murid mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia. Semasa pengajaran pula, beliau banyak menggunakan teknik penilaian secara bertulis untuk mengenalpasti sejauh mana pencapaian murid di dalam kelas. Soalan yang beliau kemukakan adalah mirip seperti di dalam taksonomi Bloom di mana soalan yang beliau kemukakan bermula dari aras rendah hingga aras tinggi. Selain itu, beliau juga menggunakan penilaain tidak bertulis seperti menggunakan borang rekod anekdot untuk mengenalpasti sejauh mana pencpaian murid di dalam kelas dan juga penggunaan buku rekod disiplin untuk memastikan kawalan kelas baik dan untuk memastikan aspek nilai dalam PSK tidak diabaikan semasa penilaian dilakukan di dalam kelas. Di akhir kelas pula, beliau sekali lagi menggunakan penilaian secara lisan untuk mengetahui samaada objektif pembelajaran yang cuba dicapai pada hari tersebut benar-benar tercapai dengan sesi soal jawab dengan murid. Di samping itu, beliau menggunakan kaedah berkenaan juga untuk membuat kesimpulan secara menyeluruh mengenai topik yang murid telah pelajari pada hari tersebut. Selain itu, kaedah penilaian ini juga membolehkan beliau untuk mengenalpasti sama ada terdapat salah faham yang berlaku dalam kalangan murid semasa pdp dijalankan.

ii.

Temubual

Dalam tugasan ini juga, saya menggunakan kaedah temubual untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah penilaian yang dilakukan oleh guru PSK di sekolah

tersebut. Semasa menemubual guru panitia PSK sekolah tersebut, iaitu cikgu Malia bt. Adam, saya telah banyak mendapat input mengenai cara penilaian PSK di sekolah tersebut. Antaranya ialah, penilaian dilakukan semasa pengajaran dan di akhir pengajaran untuk memastikan murid-murid tidak tersasar dari objektif pengajaran yang cuba disampaiakan pada hari tersebut. Selain itu, teknik penilaian yang digunakan juga berbeza-beza mengikut situasi pengajaran. Antara instrumen penilaian yang digunakan ialah latihan bertulis, soal-jawab, perbincangan dan kuiz. Selain itu, guru-guru berkenaan juga mengambil kira dari aspek penguasaan murid dalam pengetahuan, kemahiran dan nilai semasa membuat penilaian mereka semasa di akhir kelas. Ini penting untuk memastikan murid benar-benar menguasai objektif pembelajaran pada hari tersebut menurut guru panitia PSK berkenaan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyemai kesedaran dalam diri murid-murid mengenai nilai yang perlu mereka amalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mengenai Garis Panduan PKS pula, beliau menyatakan guru-guru mengikuti garis panduan yang ditetapkan, namun kadang-kadang akan diubahsuai mengikut keadaan dan kreativiti guru untuk membuatkan pembelajaran menjadi lebih menarik dan memudahkan guru untuk membuat penilaian secara menyeluruh terhadap sesebuah kelas. Di samping itu, pengubahsuaian ini juga dibuat untuk menjadikan ia lebih fleksibel mengikut kelas yang diajar. Sekiranya guru mengajar kelas yang lemah, maka penilaian lebih difokuskan kepada kaedah soal jawab dan bertulis. Manakala bagi kelas yang lebih pandai, penilaian yang dilakukan adalah dalam lingkungan yang lebih luas seperti pembuatan buku skrap, perbincangan, soal jawab dan kuiz. Mengenai persediaan sebelum membuat penilaian terhadap murid-murid pula, beliau menyatakan bahawa guru-guru harus memastikan topik-topik yang hendak dinilai telah diajar dan murid benar-benar bersedia untuk dinilai. Selain itu, untuk penilaian bertulis, guru-guru harus membuat soalan berlandaskan JPU dan murid-murid dimaklumkan terlebih dahulu sebelum penialain bertulis dibuat. Mengenai keberkesanan PKS pula, beliau menyatakan bahawa PKS banyak membantu dalam penilaian kemajuan murid. Guruguru dapat mengesan tahap pencapaian setiap murid sama ada mereka menunjukkan peningkatan atau kemerosotan dalam pencapaian mereka dalam subjek PSK. Selain itu, ia juga dapat membantu guru dalam menganalisis teknik pengajaran yang sesuai digunakan semasa di dalam kelas untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam subjek PSK. Antara jenis penilaian yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah terbabit ialah penilaian bertulis seperti kuiz dan ujian bulanan, penilaian secara lisan iaitu soal jawab antara

guru dan murid, dan tugasan projek seperti membuat buku skrap. Senarai-senarai jenis penilaian ini boleh dirujuk pada lampiran yang disertakan bersama laporan ini.

iii.

Soal selidik

Bagi mendapatkan hasil yang lebih konsisten, saya juga telah melaksanakan soal selidik menggunakan borang soal selidik. Ini untuk memudahkan saya untuk membuat analisis secara keseluruhan mengenai pelaksanaan Garis Panduan PKS di sekolah. Di sini, saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru PSK dan muridmurid tahun 4 untuk mendapatkan hasil yang lebih menyeluruh. Selain itu, saya menggunakan kaedah ini juga bertujuan untuk menilai sejauh mana kemahirankemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam subjek PSK mereka. Dalam dapatan soal selidik saya, saya mendapati bahawa guru mempunyai banyak kaedah penilaian yang berbeza untuk menentukan tahap pencapaian murid mereka semasa di dalam kelas. Antaranya ialah melalui penilaian bertulis seperti latihan, menulis di papan putih, dan lembaran kerja. Menurut guru panitia yang saya temu bual, banyak guru menggunakan kaedah ini kerana ia merupakan cara yang paling jelas untuk menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu topik yang mereka telah pelajari. Di samping itu, ia juga membolehkan murid mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari ke dalam soalan yang diberi. Selain itu, guru juga banyak menggunakan kaedah soal jawab untuk menentukan prestasi murid. Semasa menjalankan penilaian di dalam kelas, guru menjalankan sesi soal jawab dengna murid untuk menilai sama ada mereka mengikuti pelajaran pada hari tersebut. Kaedah tersebut banyak diimplementasikan semasa di dalam kelas kerana ianya cukup ringkas dan tidak banyak membuang masa guru untuk mereka soalan penilaian dan guru boleh bertindak lebih fleksibel semasa pengajaran sedang dilakukan. Tambahan pula, ia senang untuk dilakukan di dalam kelas dan respon pelajar pula adalah cepat dan spontan. Ini memberikan guru penilaian secara lansung dan lebih dekat kepada para pelajar. Bagi menilai aspek nilai dalam PSK pula, guru banyak menilai dari perlakuan murid di dalam kelas. Untuk tujuan itu, di dalam setiap kelas, sekolah tersebut telah menyediakan buku catatan disiplin di dalam kelas untuk guru mencatatkan kelakuan murid di dalam kelas. Dari sini guru boleh menganalisis sama ada murid telah

menguasai aspek nilai di dalam PSK yang cuba di terapkan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk membimbing murid-murid yang gagal menguasai nilai yang cuba diterapkan di dalam PSK semasa di dalam kelas. Ini kerana guru telah dapat mengesan kelemahan murid semasa di dalam kelas dan berusaha untuk membimbing mereka untuk mengamalkan nilai yang terdapat dalam

matapelajaran PSK. Bagi soal selidik murid pula, saya mendapati kebanyakannya telah banyak menguasai dari segi pengetahuan dan kemahiran tetapi hanya segelintir sahaja yang dapat menguasai kemahiran nilai. Ini mungkin kerana ada di kalangan mereka yang belum boleh berfikir dengan lebih mendalam mengenai pengamalan nilai yang murni di dalam kehidupan mereka. Di samping itu, semasa menemubual murid juga, mereka menyatakan bahawa aspek kemahiran dan pengetahuan di dalam PSK senang untuk dipelajari dan dikuasai. Namun bagi nilai pula, mereka menyatakan bahawa ia jarang dipraktikan dengan efisien di dalam kelas dan mereka merasakan bahawa subjek PSK hanya tertakluk kepada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai sahaja. Tambahan pula, nilai mengambil masa yang lama untuk dikuasai dan guru seringkali megabaikan aspek ini semasa pengajaran di dalam kelas.

Rumusan Secara keseluruhannya, memalui dapatan yang saya dapat, saya telah merumuskan bahawa penilaian PSK di sekolah SK Matang Jaya tempat saya melakukan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) telah mengikuti Garis Panduan PKS yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Biarpun begitu, saya juga mendapati bahawa guru-guru PSK di sekolah berkenaan membuat sedikit

pengubahsuaian PKS ke dalam pengajaran mereka mengikut tahap pelajar dan mengikut dinamik pelajran yang mereka sampaikan pada hari tersebut. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa guru-guru sekolah berkenaan juga membuat catatan mengenai prestasi murid-murid mereka melalui senarai semak dan borang anekdot menurut prosedur yang disediakan.

You might also like