You are on page 1of 27

1.

Pengenalan

Salah satu matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara pada masa depan. Maka, bagi merealisasikan hasrat KPM, sebahagian besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan. Profesion keguruan semakin mencabar. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Lemaire (2009), mendapati bahawa guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan programprogram pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-tugas pengurusan. Seterusnya, Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor dan Mohd Burhan Ibrahim (2013) berpendapat bahawa tuntutan yang tinggi dalam dunia pendidikan telah menyebabkan guru-guru semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Natijahnya, adalah amat penting bagi seseorang guru supaya

melengkapkan diri untuk menghadapi situasi yang kritikal, iaitu kejutan realiti. Hal ini kerana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari tidak mencukupi untuk seseorang guru baru menangani realiti pekerjaan sebagai seorang guru (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Kesannya, satu kerja kursus berpandukan kepada aplikasi teori, Teori Perkembangan Guru, peningkatan profesionalisme guru, cabaran dan

transformasi pendidikan telah dijalankan. Hal ini adalah untuk membantu semua siswa-siswi guru supaya didedahkan kepada situasi sebenar yang mungkin akan dihadapi agar dapat menyediakan dan memperlengkapkan diri sendiri bagi menghadapi situasi yang kian mencabar ini.

2.0

Teori Perkembangan Guru Menurut Toh Wah Seng (2005), profesion keguruan semakin mencabar. Perubahan sistem pendidikan yang sentiasa berlaku dan pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru, contohnya, guru perlu melaksanakan kurikulum yang telah disemak semula untuk menangani isu kerelevansinya dengan globalisasi dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya, penguasaan kemahiran teknologi maklumat supaya dapat menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran serta perubahan bahasa penghantar daripada Bahasa Kebangsaan kepada Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik juga merupakan perubahan-perubahan yang menyumbang kepada profesion

keguruan kian mencabar. Justeru, Teori Perkembangan Guru yang dibincangkan adalah amat penting untuk memberikan satu gambaran yang jelas tentang perjalanan hidup seorang guru untuk mencapai kejayaan. Terdapat dua Teori Perkembangan Guru yang boleh dijadikan rujukan utama bagi seseorang guru untuk memahami perjalanan hidup seorang guru untuk mencapai kejayaan, iaitu Teori

Keprihatinan (Fuller, 1969) dan juga Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986). 2.1 Teori Keprihatinan (Fuller, 1969) Fuller (1969) berpendapat bahawa keprihatinan bermaksud sebagai tanggapan guru atau sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya. Berdasarkan Teori Keprihatinan, seseorang guru akan menghadapi pelbagai kebimbangan atas fokus yang berbeza di setiap peringkat. Pada peringkat permulaan, keprihatinan guru adalah lebih fokus terhadap kemampuan diri. Kesannya, guru akan berasa bimbang dan prihatin terhadap kemampuan diri. (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

Seterusnya, guru lebih bertumpu dan prihatin kepada tugas mereka, iaitu Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas. Pada peringkat ini, guru akan lebih memberikan perhatian kepada caracara untuk beliau mengendalikan tugas pengajarannya dengan lebih baik. Peringkat ketiga pula adalah Peringkat Impak yang lebih berfokus kepada impak pengajarannya kepada muridnya. Namun, jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk mengatasi keadaan ini adalah tidak sama. Jadi, masa untuk beranjak dari satu peringkat ke peringkat yang lain bagi kali kedua biasanya mengambil jangka masa yang lebih singkat berbanding dengan kali pertama. Akan tetapi, jangka masa yang diperlukan oleh setiap guru yang berbeza juga berbeza. Fuller (1969) berpendapat bahawa peringkat

perkembangan guru bermula dari peringkat praperkhidmatan atau guru permulaan sebagai suatu proses semula jadi. Sokongan emosi, sosial dan fizikal yang diterima oleh seseorang guru pada setiap peringkat perkembangan memainkan peranan yang penting agar membolehkan seseorang guru mampu memasuki peringkat yang seterusnya sehingga ke Peringkat Impak. Konklusinya, keprihatinan guru bukan sahaja ditentukan mengikut peringkat, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor kontekstual, iaitu persekitaran di mana guru itu berada.

2.2

Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) Trotter (1986) telah mengemukakan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru. Teori ini menjelaskan tentang lima

peringkat yang akan dilalui oleh seseorang guru untuk menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010) mengemukakan lima peringkat perkembangan tersebut

iaitu Peringkat Novis, Peringkat Novis Lanjutan, Peringkat Cekap, Peringkat Mahir dan Akhir Sekali Peringkat Pakar. David Berliner (1988) telah memperluaskan pengajian beliau yang berkaitan dengan teori tersebut. Peringkat Novis merupakan peringkat pertama yang lebih berfokus kepada guru permulaan mempelajari dan menguasai fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). Peringkat kedua adalah peringkat novis lanjutan. Pada peringkat ini, guru akan menambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Seterusnya, guru juga akan membina keyakinan diri melalui pengalaman awal terhadap amalan bilik darjah melalui bimbingan dan motivasi daripada guru mentor. Untuk guru yang berada di Peringkat Cekap, beliau memiliki kelayakan ikhtisas untuk menyesuaikan diri dalam memenuhi keperluan murid dan lebih berfokus kepada

pembelajaran murid. Peringkat Mahir pula mahir dalam bidangnya. Guru-guru di peringkat ini kaya dengan pengalaman dan dapat membuat analisis serta menyusun maklumat yang kompleks secara kreatif dan unik (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). Guru yang tergolong dalam Peringkat Pakar adalah orang berautoriti dalam profesionnya, kerana mereka adalah golongan yang akan mempengaruhi polisi-polisi yang berkenaan dengan pengendalian PdP dalam bilik darjah melalui idea dan kemahiran yang dikemukakan. (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010).

3.0

Laluan yang perlu dilalui oleh Cikgu Amir Berpandukan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) Seperti yang dibincangkan di atas, Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru ini merangkumi lima peringkat. Berpandukan situasi Cikgu Amir, beliau berada di Peringkat Cekap. Ini bermaksud Cikgu Amir telah menerima tawaran lantikan ke jawatan guru dan cekap dalam pelbagai aspek serta dapat memenuhi keperluan kelayakan yang ditetapkan. 3.1 Peringkat Cekap Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), mereka berpendapat bahawa seseorang guru yang berada di peringkat ini haruslah cekap dari segi aspek-aspek yang dikemukakan di bawah:i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Kecekapan profesionalisme Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip Keutuhan keperibadian Kecekapan menggunakan teknologi maklumat Kecekapan dan kecerdasan mental dan keintelektualan Kestabilan emosi dan spiritual Kebijaksanaan dan kepemimpinan Elaine McDewen (2000) telah mengenal pasti bahawa guru yang cekap perlu mempunyai beberapa ciri, iaitu dari segi ciri peribadi, ciri mengajar dan ciri intelektual. Seseorang guru yang mempunyai ciri peribadi, beliau adalah seorang yang bermatlamat, bersikap positif, yakin kepada diri sendiri, sabar menerima kenyataan, membimbing dan juga menunjuk ajar kepada sesiapa yang perlukan bimbingan dan bantuannya (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Seterusnya, Cikgu Amir juga perlu mempunyai gaya pengendalian PdP yang tersendiri dan sesuai dengan semua situasi serta persekitaran dalam aspek ciri mengajar. Selain daripada itu, beliau juga perlu membentuk nilai dan budaya serta menekankan peraturan dan undang-undang. Justeru, patuhan kepada

Manakala ciri intelektual pula, beliau haruslah mempunyai minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam lingkup yang luas dan menyeluruh. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), seorang guru yang cekap amat dipengaruhi oleh tahap tinggi atau rendahnya ciri-ciri dan prestasi proefesionalismenya, salah satu ciri adalah intelektual. Cikgu Amir haruslah sentiasa bersifat terbuka apabila

menghadapi situasi yang berbeza supaya sentiasa bersifat positif dan optimistik. Di samping itu, Cikgu Amir juga boleh menghadiri kursus, program atau aktiviti yang dijalankan oleh KPM untuk mempertingkatkan pengaplikasian strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah. Selepas mendapati input yang baru, Cikgu Amir boleh berkongsi pengalaman dan idea dengan rakan sejawat. Dengan itu, Cikgu Amir bukan sahaja dapat mengaplikasikan strategi pelaksanaan PdP di dalam bilik darjah, malahan, beliau juga dapat membantu rakan sejawatnya mempertingkatkan strategi pengendalian PdP di sekolah. David Beliner (1988) telah mengenalpasti jangka masa yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan diri di Peringkat Cekap adalah lima tahun. Justeru, Cikgu Amir perlulah sentiasa bersiap sedia untuk mendapatkan pengalaman yang banyak dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam mengendallikan PdP di bilik darjah supaya mampu meneruskan kerjayanya ke peringkat yang seterusnya.

3.2

Peringkat Mahir Selepas Cikgu Amir berjaya mencapai peringkat kekecekapan, Cikgu Amir perlulah menyediakan diri untuk mencapai ke Peringkat Mahir. Bagi membolehkan Cikgu Amir mencapai ke peringkat ini, Cikgu Amir mestilah mempunyai mahir dalam bidangnya agar dapat membantu beliau mempunyai gaya yang lancar dan spontan untuk membuat keputusan berdasarkan intuisi.

Berdasarkan Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah (2010), guru yang mahir mampu memahami situasi yang berlainan akibat guru mahir mempunyai pengalaman yang mencukupi.kemampuan kognitif yang tinggi. Hal ini bermaksud Cikgu Amir perlu mempelajari untuk mencerakin dan menganalisis persekitaran pembelajaran secara kreatif. Di samping itu, Cikgu Amir juga perlu mempelajari untuk mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri. Pada peringkat ini, Cikgu Amir sudah mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk membimbing dan menjadi guru mentor kepada guru novis (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Wong Kiet Wah, 2010). Untuk membolehkan Cikgu Amir mempertingkatkan

pengalamannya dalam melaksanakan PdP dengan lebih baik dan kreatif, beliau boleh menggunakan bahan multimedia dalam PdP untuk membantu muridnya menjad pengguna yang kritis terhadap sumber media yang berbagai. Seterusnya, Cikgu Amir juga perlu mahir dalam berkomunikasi melalui penggunaan bahasa badan, penulisan,

penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Untuk membolehkan Cikgu Amir mempamerkan gaya pengajaran yang tersendiri, beliau haruslah mementingkan pengurusan bilik darjah yang dinamis supaya dapat menggalakkan penyertaan murid yang aktif. Beliau harus mampu membentuk suasana pembelajaran sosial yang positif supaya bilik darjah akan menjadi tempat belajar yang kondusif dan menyenorokkan. pembelajaran Dengan itu, Cikgu boleh mengaplikasikan dan teori

seperti

pembelajaran

koperatif

pembelajaran

berpandukan sumber media.

Slavin (1995) menyatakan bahawa

pembelajaran kooperatif menggalakkan interaksi yang aktif dan positif dalam satu kelompok. Dengan adanya penggunaan bahan multimedia seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sesi PdP guru akan menjadi lebih menarik. Dengan itu, komunikasi pelbagai hala dapat dibentuk dan sesi PdP akan menjadi lebih seronok.Berdasarkan Berliner (1988), Cikgu Amir memerlukan 10 tahun untuk mencapai ke Peringkat Mahir dari Peringkat Cekap.

3.3

Peringkat Pakar Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), mereka berpendapat bahawa guru pakar adalah golongan guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Mereka juga dikenali sebagai Guru Cemerlang (GC). Untuk membolehkan Cikgu Amir mengecapi matlamat beliau di Peringkat Pakar, beliau haruslah mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap subjek yang diajar. Selain daripada itu, Cikgu Amir juga perlu mewujudkan interaksi positif pelbagai hala dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti pengajarannya. Antara ciri-ciri yang perlu dipupuk dalam diri Cikgu Amir termasuklah aspek peribadi, aspek pengetahuan dan kemahiran, aspek hasil kerja, aspek komunikasi serta aspek potensi. Jadual yang didapati di bawah merupakan antara aspek dan ciri-ciri yang harus diambil perhatian oleh Cikgu Amir untuk menjadi seorang guru pakar:-

Aspek Peribadi

Ciri-ciri Sahsiah terpuji Berketrampilan Berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam Peka dan prihatin terhadap keperluan murid Menjadi role model kepada warga pendidik

Pengetahuan dan Kemahiran

Menguasai

dan

menghayati

kandungan

mata pelajaran / bidang pengkhususan dan kepakarannya Menjadi pakar rujuk PdP Bijak menguruskan masa, bahan sumber, alat PdP

Mampu masalah

mengenal

pasti

keperluan murid

dan dan

pembelajaran

menyediakan program tindakan susulan Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang ICT Hasil Kerja Berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi murid selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). Komunikasi Memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi Potensi Berwawasan, proaktif, berinisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka

menjalankan tugas sebagai pendidik. Jadual 3.1: Aspek Dan Ciri-Ciri Yang Berkualiti Untuk Seseorang Guru Pakar Dengan adanya pelantikan sebagai guru pakar, Cikgu Amir dapat memperluaskan peluang untuk naik pangkat dan seterusnya menaik pangkat ke gred yang lebih tinggi Khas Untuk Peyandang (KUP) secara laluan laju (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Untuk menjadi guru pakar, iaitu GC, Cikgu Amir perlu membuat permohonan. Antara syarat-syarat umum bagi semua gred adalah seperti berikut:i. ii. iii. Telah disahkan dalam jawatan, Telah diluluskan pengisytiharan harta, Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iv. Bersih daripada tindakan tatatertib,

v.

Memperoleh LNPT yang cemerlang bagi tiga tahun kebelakangan,

vi.

Telah lulus PTK dalam gred sekarang (kecuali Gred DG54 ke Gred Khas C).

Manakala untuk syarat-syarat permohonan bagi guru pakar di peringkat yang lain seperti Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (GC PPPLD), iaitu GC PPPLD DGA32 (KUP) dan juga GC PPPLD DGA34 (KUP). Manakala untuk Guru Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (GC PPPS) termasuklah GC PPPS DG44 (KUP), GC PPPS DG48 (KUP), GC PPPS DG52 (KUP), GC PPPS DG54 (KUP) dan GC PPPS Gred Khas C (KUP). Semua peringkat guru pakar ini mempunyai kriteria-kriteria yang berbeza. Untuk mencapai ke Peringkat Pakar, Cikgu Amir memerlukan 5 hingga 10 tahun untuk beranjak dari Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar (Berliner, 1988). Natijahnya, Cikgu Amir perlu memahami kriteria-kriteria yang diperlukan untuk memohon menjadi GC di peringkat-peringkat yang lain untuk membantunya menjadi guru pakar yang lebih gemilang dan terbilang.

4.0

Peningkatan Profesionalisme Guru Seperti yang didapati dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 (PIPP 2006-2010), pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Namun begitu, profesion keguruan dianggap sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang amat membebankan dan tanggungjawabnya yang begitu berat (Kamaruzaman Kamaruddin, 2007). Jadi peningkatan profesionalisme guru adalah amat penting untuk membolehkan semua guru meningkatkan kompetensi diri untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Raja Maria Diana bt. Raja Ali (2011) bersetuju bahawa profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.

Oleh yang demikian, Cikgu Amir haruslah sentiasa mempertingkatkan kemampuan diri dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab secara holistik dan sempurna. Menurut Johnson (1972) dalam Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), profesionalisme keguruan merujuk kepada kualiti pekerjaan atau sifat yang ada dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Untuk mempertingkatkan profesionalisme, Cikgu Amir boleh melibatkan diri dalam program, kursus, latihan atau aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme. 4.1 Peningkatan Perkhidmatan Bong Pong Ying (2005), guru mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan Profesionalisme Melalui Latihan Dalam

mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelaskan nilai-nilai profesional kita. Salah satu latihan yang boleh disertai oleh Cikgu Amir adalah Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan oleh PPD. Seperti LDP yang telah dianjurkan oleh PPD Hilir Perak pada tahun 2009, terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kursus ini untuk meningkatkan pengetahuan

profesionalisme guru dari segi ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran atau bidang pengkhususan bagi seseorang guru. Contoh-contoh aktiviti merangkumi Program Perkongsian Ilmu dalam bidang pengkhususan, Kursus Peningkatan dan Aplikasi Ilmu dan juga Pembelajaran Berasaskan Projek. Berkaitan dengan ini, Cikgu Amir akan mendapati inputinput yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya melalui penyertaan LDP.

4.2

Amalan Reeksi Dan Penulisan Jurnal Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Guru Amalan reeksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan professional (Boon Poh Ying, 2005). Reeksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) adalah batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang PdP. Justeru, Cikgu Amir boleh membuat refleksi untuk meningkatkan profesionalisme keguruan melalui penulisan jurnal atau refleksi. Reeksi dapat memberi peluang guru menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pembelajaran mereka dengan efektif. Kajian merupakan menunjukkan strategi yang penulisan terbaik jurnal atau refleksi guru

untuk

mendorong

mengamalkan penyiasatan reektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987). Natijahnya, reeksi menyediakan satu asas yang

komprehensif mengenai PdP. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru memperoleh pengertian berkaitan dengan

tanggungjawabnya, tetapi juga memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi atau dipelajari oleh guru-guru lain (Boon, 2002). Justeru, Cikgu Amir juga boleh mengamalkan penulisan refleksi dan jurnal sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.

4.3

Amalan Konsep Belajar Seumur Hidup Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang pengkhususan. Ia menajamkan kecekapan serta

keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran (Boon Poh Ying, 2005). Justeru, Cikgu Amir juga boleh haruslah mengambil usaha untuk mengamalkan Belajar Seumur Hidup agar mampu memperbaiki diri sebagai guru dalam paradigma belajar seumur hidup. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), pembelajaran berterusan penting untuk seseorang guru supaya beliau menjadi lebih profesional dan sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Dalam era transformasi pendidikan ini, penguasaan pengetahuan dan penggunaan ICT adalah amat penting. Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang memperoleh kemahiran professional adalah guru yang bertauliah dan cekap mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam sesi PdP berlandaskan teori pendidikan. Lantaran itu, Cikgu Amir juga harus meningkatkan profesionalisme diri dengan membuat jaringan dengan guru-guru di negara lain sebagai mencerminkan imej pengantaranbangsaan dan memberikan peluang untuk Cikgu Amir berkongsi ilmu dan kemahiran dengan guru-guru dari negara lain.

5.0

Cabaran dan Transformasi Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir 5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2010), peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh Cikgu Amir adalah cabaran kepimpinan. Kepimpinan pada amnya didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas supaya

mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). 5.1.1 Pelaksanaan Dasar-dasar Kerajaaan dengan berjaya Cabaran pertama adalah melibatkan diri dan

melaksanakan dasar-dasar kerajaan sehingga berjaya. Sebagai contoh, Wawasan Pendidikan Negara yang dibentangkan pada tahun 1993. Anjakan paradigm yang perlu dilakukan untuk memastikan pengisian Wawasan Pendidikan Negara perlu diamalkan melalui tujuh aspek: i. Perpaduan masyarakat. ii. Stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti dalam semua lapisan organisasi dan

mencapai tahap tiada kecacatan. iii. Perkhidmatan penyayang untuk merapatkan hubungan dan keakraban serta melahirkan warga pendidik yang prihatin. iv. Penupayaan di mana penurunan kuasa dari pusat ke pinggiran, daripada kawalan kepada perkongsian kuasa dan juga daripada technical rationality kepada reflective rationality. v. Budaya ilmu melalui melalui budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir, budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. vi. Sekolah penyayang yang memupuk harga diri pelajar supaya komitmen dan perasaan cintakan sekolah dapat diwujudkan. vii. Budaya cemerlang, mempunyai sikap berusaha ke arah kecemerlangan. Dasar ini merupakan salah satu cabaran kepimpinan Cikgu Amir kerana kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain (Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon, 2013). Menurut Mok Soon Sang (2001) dalam Mohd Azmin bin Mat

Seman (2003), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu. Jadi, menyebabkan perbezaan Cikgu antara Amir setiap individu masalah mungkin untuk

menghadapi

berkomunikasi dan membuat perbincangan dengan pihak-pihak yang lain. Seterusnya, sikap dan perangai individu yang berbeza juga akan menjadi satu cabaran bagi Cikgu Amir apabila beliau diamanahkan oleh pihak pentadbiran sekolah bagi melaksanakan sesuatu aktiviti.

5.1.2

Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah kurang tumpuan terhadap pengajaran dan

pembelajaran (PdP) Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025), satu kajian telah dijalankan untuk menilai prestasi KPM dari segi keberkesanan dan kecekapan serta faktor pengurusan organisasi yang mempengaruhi prestasi KPM dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Dapatan kajian menunjukkan salah satu kelemahan terhadap pelaksanaan dasar kerajaan yang menunjukkan pihak sekolah melaporkan bahawa mereka diarahkan untuk melaksanakan terlalu banyak program dalam setahun. Sekolah Berprestasi Tinggi (SPT) mungkin mampu menangani program-program yang diarahkan oleh KPM, tetapi sekolah-sekolah lain terpaksa bertungkus lumus menanggung beban tugas serta hilang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Akan tetapi, semua program yang diarahkan oleh KPM adalah untuk kebaikan guru dan murid di sekolah. Hal ini bergantung kepada cara kepimpinan pihak pentadbiran sekolah dan juga guru-guru. Peranan guru yang dianggap sebagai pengamal reflektif bukan sahaja sesuai terhadap aspek sesi PdP di dalam bilik darjah, malahan, guru sebgai pengamal reflektif juga perlu membuat refleksi dan memikirkan cara-cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Lantaran itu, Cikgu Amir haruslah mengamalkan amalan reflektif apabila menghadapi cabaran ini supaya dapat membuat penambahbaikan terhadap aktiviti

pengajaran yang dilaksanakan.

5.1.3

Bebanan kerja yang berlebihan Bidang tugas guru pada era ini bukan sahaja merangkumi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tetapi juga terlibat tugas di luar bilik darjah mahupun di luar waktu persekolahan. Menurut Lemaire (2009), guru-guru pada masa kini terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program murid, menguruskan karenah dan

kebajikan murid serta tugas-tugas pengurusan. Hal ini akan membebankan guru dan memberikan impak yang mendalam terhadap guru sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah tekanan emosi, seperti stres dan burn-out. Nobile dan McCormick (2005) juga mendapati bahawa tekanan yang dihadapi oleh para guru

memberikan impak yang mendalam terhadap emosi, psikomatik dan fizikal guru. Justeru, Cikgu Amir haruslah sentiasa bersikap positif dan mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan. Berdasarkan Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), guru yang dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya sekiranya seseorang guru tersebut dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan.

5.2

Transformasi Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir Dalam usaha mencapai aspirasi negara yang tinggi dalam persekitaran persaingan global, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa. Justeru, proses transformasi pendidikan Malaysia mesti dilaksanakan. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Malaysia 2013-2025 yang akan (PPPM 2013-2025), transformasi pendidikan aspek.

dilaksanakan

merangkumi

pelbagai

Contohnya, aspek pendekatan pembelajaran murid, latihan guru dan sebagainya. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013) berpendapat bahawa perubahan pendekatan pembelajaran murid

melalui perubahan kurikulum. Sekolah Bestari merupakan sekolah yang lebih bertumpu kepada proses pengembangan komputer dan dan pemupukan penggunaan

pembelajaran

dengan

menggunakan

multimedia. Strategi untuk memartabatkan pelaksanaan Sekolah Besteri termasuklah Projek Sekolah Net, Projek Smart Lab dan Projek Sekolah Vista.

Manakala aspek latihan guru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menekankan pembangunan profesionalsime. Oleh yang demikian, KPM akan membangunkan portfolio program latihan bagi setiap aspek keperluan kompetensi dalam instrumen baharu. Sesetengah modul dalam portfolio program latihan ini merangkumi kecekapan asas yang diharapkan daripada semua guru, seperti pedagogi yang menyokong pembangunan pemikiran aras tinggi murid. Kompetensi teras ini diwajibkan kepada semua guru. Inisiatif yang pertama adalah pewujudan perpustakaan video eGuru yang berpandukan teknologi ICT. Video ini dapat digunakan semasa latihan dan bimbingan kemahiran pedagogi. Inisiatif yang kedua adalah peluasan program bimbingan guru, iaitu Pembimbing Pakar Pembangunan Sekolah. Di samping itu, KPM akan bermula menyeragamkan sistem pengurusan dan pengumpulan data yang sedia ada untuk memudahkan tugas guru dan meningkatkan keberkesanan tugas utama guru, iaitu PdP. Selain itu, KPM juga akan mengkaji semula keperluan laporan

pendokumentasian dan laporan yang sedia ada bagi mengurangkan beban tugas yang tidak diperlukan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Jika cabaran yang akan dihadapi oleh Cikgu Amir dapat diatasi dan transformasi pendidikan berjaya dijalankan, maka, sistem pendidikan negara dapat berfungsi dengan berkesan. Seterusnya, mampu

menjayakan Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi kerajaan yang menjadi asas perkembangan ekonomi negara dalam persaingan ekonomi global. Natijahnya, usaha negara untuk mengecapi Wawasan 2020 bukan setakat satu laungan yang diuar-uarkan sahaja. Tetapi, ianya merupakan satu matlamat negara yang mampu dicapai pada tahun 2020. 6.0 Kesimpulan

Guru memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan tanggungjawab membina modal insan yang cemerlang dan berkualiti melalui pendidikan dan aspirasi masyarakat dan negara. Usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru adalah amat diperlukan. Natijahnya, guru haruslah sentiasa bersemangat tinggi untuk

mempertingkatkan diri sendiri supaya dapat menyediakan diri bagi menghadapi cabaran dan transformasi pendidikan negara pada masa yang akan datang. Maksudnya ialah guru haruslah berani membuat perubahan terhadap

pengurusan bilik darjah, strategi pengendalian sesi PdP di dalam bilik darjah, cara berkomunikasi dan lain-lain. Perubahan ke atas guru boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan kecekapan pengajaran para guru. Hal ini untuk memastikan anak bangsa Malaysia mampu menyahut dan mengharungi cabaran ke tahap yang lebih tinggi. Jika tidak ada peruabahan yang berlaku, ini bermakna keputusan peperiksaan akan terus kekal seperti sebelumnya atau semakin merosot. Kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri berkaitan dengan tanggungjawab professional yang disebut perkembangan

profesionalisme (Saipo bin Ayub, 2012). Ini termasuklah bidang pengajaran yang luas dan keupayaan mentadbir dan memimpin. Seterusnya, guru juga haruslah peka terhadap polisi-polisi atau dasar-dasar kerajaan agar dapat mengetahui cara untuk mempertingkatkan kemampuan diri dalam pelbagai aspek untuk menyahut cabaran dan menghadapi transformasi pendidikan negara.

7.0

Refleksi Individu Kerja kursus ini merangkumi beberapa aspek utama yang amat penting. Aspek pertama adalah menjelaskan laluan yang perlu dilalui oleh seorang guru dari Peringkat Cekap ke Peringkat Pakar dan menunjukkan hasil dapatan yang didapati melalui cara penulisan esei dalam berbagai bentuk secara kreatif. Bahagian ini telah meningkatkan kemahiran saya dan ahli kumpulan yang lain untuk memilih maklumat yang relevan dengan tugasan yang diingini. Seterusnya, penghasilan esei akademik berdasarkan Teori

Perkembangan Guru, iaitu Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986), peningkatan profesionalisme guru, cabaran dan transformasi pendidikan masa kini serta ramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya cabaran dan transformasi pendidikan berjaya dijalankan juga perlu disiapkan. Melalui proses pengumpulan maklumat, saya telah memahami proses perkembangan guru berpandukan Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986) dengan lebih jelas. Seterusnya, saya juga mempelajari ciri-ciri seorang guru dalam peringkat yang berbeza. Hal ini membolehkan saya didedahkan kepada asas kepimpinan dan profesionalisme seorang guru dalam menempuh cabaran di dunia pekerjaan yang sebenar. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya membuat bacaan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan buku, internet, jurnal dan suerat khabar. Bacaan tentang topik yang telah ditetapkan telah dijalankan. Sewaktu menjalankan proses pencarian maklumat saya berhadapan dengan pelbagai masalah yang sedikit sebanyak mengganggu kelancaran proses untuk menyempurnakan tugasan ini. Antara masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mencari maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan soalan tugasan yang diberikan serta sumber maklumat yang terhad terutamanya buku. Saya telah berusaha untukmengatasi masalah ini dengan mencari maklumat di laman dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan-rakan. Melalui tugasan ini saya melihat isu berkaitan guru adalah isu yang sering dipaparkan di media massa sama ada bercetak ataupun elektronik. Guru adalah profesion yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat dan tidak hairanlah sekiranya berlaku isu

berkaitan

guru

mendapat

liputan

yang

meluas

dari

media

massa.

Berkemungkinan isu berkaitan guru dijadikan sebagai modal untuk melariskan jualan surat khabar kerana rata-rata masyarakat bermaklumat mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan media yang senang dicapai adalah melalui surat khabar. Saya mengaitkan tugasan ini dengan diri saya di mana saya mendapati saya perlu menghayati profesion keguruan dengan bersungguh dengan mendalami ilmu melalui budaya membaca, menyelidik dan menulis. Dengan cara demikian, saya mendapat banyak pengetahuan seterusnya dapat meningkatkan asas kepimpinan dan profesionalisme sebagai seorang guru.. Saya amat bersetuju dengan idea Slavin (1995) yang berpendapat bahawa tiga konsep utama yang akan dibentuk melalui pembelajaran kooperatif ialah penghargaan kelompok, mementingkan akauntabiliti individu dan

mempunyai peluang yang sama untuk menyumbang kepada tugasan dan berhasil kepada semua ahli. Hal ini kerana tugasan ini telah mengingatkan saya supaya menghargai dan berterima kasih terhadap jasa baik orang lain sepanjang masa saya sebagai seorang guru pelatih mahupun guru yang sah pada masa depan. Tanpa penghayatan nilai-nilai murni, iaitu nilai bertanggungjawab dan juga nilai bertoleransi antara satu sama lain, hasil tugasan ini tidak akan diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, ini ialah kali pertama bagi saya dan rakan-rakan saya yang lain untuk menyiapkan kerja kursus ataupun projek sementara kami menjalani internship di sekolah. Kali ini saya telah menunjukkan peningkatan dalam pengurusan masa dalam menyiapakan projek ini. Pada masa yang sama, saya juga mendapati bahawa komunikasi antara saya dengan ahli kumpulan saya semakin banyak dan semakin baik melalui penggunaan sumber yang lain selain daripada menggunakan panggilan dan menghantar mesej melalui telefon bimbit serta menghantar email, iaitu laman Facebook. Salh seorang rakan sekumpulan saya- Wee Shan telah berhubung semua ahli kumpulan dan cuba berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan laman Facebook. Akan tetapi, saya juga mendapati kelemahan saya semasa saya membuat projek ini iaitu dalam aspek kolaborasi saya masih mempunyai kelemahan, iaitu saya tidak berkolaborasi dengan kawan saya yang menganalisis dan mensistesiskan

maklumat tentang indeks kesukaran. Hal ini kerana kami perlu memberikan contoh tentang penggubalan item-item yang tidak sesuai untuk menjadi item yang mempunyai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi yang lebih baik. Akan tetapi, dengan adanya rakan sekumpulan yang prihatin dan bekerjasama, saya dapat mengetahui keabaian saya dalam aspek ini dan mengadakan perbincangan serta mencapai kesepakatan dalam penggubalan item sebelum projek ini dihantar. Secara keseluruhan, saya telah mempelajari betapa pentingnya untuk memahami dengan mendalam tentang konsep etika, akauntabiliti dan integriti bagi mencapai asas kepimpinan dan profesionalisme yang jitu dan kukuh bagi menghadapi cabaran semasa. Saya juga perlu mengambil tindakan yang mana difikirkan baik bagi mencari jalan peningkatan profesionalisme dan membuat sempadan bagi sesuatu yang tidak baik seperti peribahasa menyebut buang yang keruh, ambil yang jernih.

Bibliografi Buku Dewey, J. (1933). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative process. Boston, MA: Heath. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., et.al. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Slavin, R. E. (1995). Cooperative learning: Theory, research, and practice (2nd ed.). Boston: Allyn& Bacon. Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Jurnal Bolin, F. S. (1988). Helping student teachers think about, Journal of Teacher Education, 39 (2), 48-54. Boon, P.Y. (2005). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Dir Guru. Kuala Lumpur: Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA). Fuller, F.F. (1969). Concepts of Teachers: A Developmental Conceptualization. American Educational Research Journal, 6 (2), 207-226. Lemaire, J. (2009). Addressing teacher workload. Education, pp. 6. Richert, A. E. (1990). Teaching teachers to reflect: A consideration of programme structure. Journal of Curriculum Studies, 22, 509-527. Tajulashikin Jumahat, Fazura bt. Mohd Noor & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktorfaktor Penentu Stres dalam kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 1-9

Toh, W. S. (2005). Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah.Kuching: Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Sri Aman dan MP Batu Lintang. Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery, Psychology Today, 20 (7), 32-38. Zeichner, K. & Liston, D. (1987). Teaching student teachers to reflect. Harvard Educational Review, 57 (1), 23-48.

Internet Kamaruzaman Kamaruddin. (2007). Tekanan Kerja di kalangan Guru Sekolah Menengah. https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad= rja&ved=0CC4QFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.management.utm.my%2Femanagement%2Fdoc_download%2F47-tekanan-kerja-di-kalangan-guru-sekolahmenengah.html&ei=LQ8dUoGxAeSIiQe5ooCwCA&usg=AFQjCNHykdOQkvVhC GyBYsMilnPVB5Rgvg&sig2=Y1WUNpqW5ga3NRu2MnCNBA&bvm=bv.5115654 2,d.aGc. Dilayari pada 15 Ogos 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012) http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf. Dilayari pada 18 Ogos 2013. Mohd Azmin bin Mat Seman. (2003). Penilaian Kesesuaian MPK yang Dihasilkan bagi Mata Pelajaran Undang-undang Binaan (C 532) bagi Topik Perubahan/ Pindaan Kerja Terhadap Pelajar Semster Enam Kursus Diploma Ukur Bahan Politeknik Kota Bahru. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn. http://eprints.uthm.edu.my/1108/1/24_Pages_from_PENILAIAN_KESESUAIAN_ MPK_YANG_DIHASILKAN_BAGI_MATA_PELAJARAN_UNDANG_UNDANG_B INAAN_(C.pdf. Dilayari pada 23 Ogos 2013.

Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak (PPD Hilir Perak). http://www.ppdhilirperak.edu.my/v2/index.php?option=com_jdownloads&Itemid= 58&task=view.download&cid=46. Dilayari pada 19 Ogos 2013. Raja Maria Diana bt. Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf. Dilayari pada 26 Ogos 2013. Saipo bin Ayub. (2012). Guru Menghadapi Perubahan. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf. Dilayari pada 29 Ogos 2013.

Isi Kandungan
Isi Kandungan
1.0 2.0 PENGENALAN TEORI PERKEMBANGAN GURU 2.1 Teori Keprihatianan (Fuler, 1969) 2.2 Teori Lima Peringkat Perkembangan Guru (Tortter, 1986) 3.0 LALUAN YANG PERLU DILALUI OLEH CIKGU AMIR BERPANDUKAN TEORI LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER, 1986) 3.1 Peringkat Cekap 3.2 Peringkat Mahir 3.3 Peringkat Pakar 4.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME 4.1 Peningkatan profesionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan 4.2 Amalan refleksi dan penulisan jurnal ke arah peningkatan profesionalisme guru 4.3 Amalan konsep belajar seumur hidup 5.0 CABARAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN YANG PERLU DIALAMI OLEH CIKGU AMIR 5.1 Cabaran Pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir 5.1.1 Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dengan berjaya 5.1.2 Terlalu banyak program menyebabkan pihak sekolah kurang tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) 5.1.3 Bebanan kerja yang berlebihan 5.2 Transformasi pendidikan yang perlu dialami oleh Cikgu Amir 6.0 KESIMPULAN 15-16 16-17 17-18 19 13-14 14-15 12 12-13 13 11 5 5-6 6-7 8-10 10-11

Muka Surat
1 2 2-3 3-4

7.0

REFLEKSI INDIVIDU BIBLIOGRAFI

20-22 23-25

You might also like