You are on page 1of 4

Pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. OBJEKTIF PENTAKSIRAN Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. 3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. 4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. 5. Mengesan keberkesanan pengajaran 6. vi. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. TUJUAN PENTAKSIRAN Tujuan pentaksiran adalah: i. Mengesan keberkesanan pengajaran. ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta. iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke semasa. vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. CIRI- CIRI PENTAKSIRAN 1. Kesahan Skor:- merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan 2. Kebolehpercayaan Skor:- merujuk kepada ketekalan dan ketepatan 3. Keobjektifan:- ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor 4. Kebolehtadbiran:- kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah 5. Kemudahtafsiran:- maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian 6. Kekomprehensifan:- Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran INSTRUMEN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL - Ujian (sejarah dan apresiasi seni) - Kaedah pemerhatian - Kaedah temubual - Kaedah anekdot - Menggunakan senarai semak - Menggunakan soal selidik - Portfolio (Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran Malaysia:1983) Michael (1998), berpendapat penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi: 1. Komunikasi / ekspresi, 2. Keyakinan diri /self-esteem, 3. Perkembangan persepsi, 4. Ketekalan organisasi estetika, 5. Pengetahuan seni, 6. Kreativiti , 7. Kemahiran , dan 8. Kepuasan / keseronokan. PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Terdapat berbagai jenis jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran penduidiakan seni visual. Antaranya juga terdapat berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar

penilaian itu akauntabel dan menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan mengikut kemahiran dan tahap pelajaran pendidikan seni visual. Penilaian juga boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh dijadikan kriteria penilaian. Rob Barnes (1987) berpendapat, terdapat lima perkara yang perlu dinilai iaitu: 1. i. proses kerja, 2. ii. pengendalian bahan, 3. iii. penggunaan media, 4. iv. kemahiran kritikal, dan 5. v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael (1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi atau ekspresi, keyakinan diri /selfesteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan atau keseronokan. Dalam penilaian pendidikan seni visual, adalah penting untuk menilai aspek yang berkaitan dengan pembelajaran, sejarah dan apresiasi seni serta perkembangan dalam estetika. Sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara-perkara berikut: 1. Mengenal pasti murid yang hendak dinilai. 2. Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. 3. Menentukan instrumen yang hendak digunakan. 4. Menentukan aspek yang hendak diperhatikan. 5. Menentukan tempoh masa pemerhatian. 6. Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran. Instrumen penilaian yang dibina juga perlu mempunyai ciri-ciri berikut: i. Tujuan yang jelas. ii. Menepati apa yang hendak dinilai. iii. Item boleh diukur. iv. Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian secara terkawal atau penilaian tidak terkawal. a) Penilaian Terkawal: Penilaian ini dijalankan dalam suasana yang terkawal, di mana pelajar menjawab soalan-soalan dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu.

Ia merupakan ujian pencapaian yang berbentuk kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama panjang, menjawab dalam masa yang sama, menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan yang sama dan diawasi oleh pengawas atau petugas sepanjang masa. (masa ujian atau peperiksan) Penilaian terkawal ini biasanya dijalankan pada setiap penggal persekolahan yang telah dimasukkan dalam takwim persekolahan sepanjang tahun. Penilaian terkawal juga ialah peperiksaan kendalian Kementerian Pelajaran seperti peperiksaan SPM dan STPM. Penilaian terkawal sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat pengetahuan dan kemahiran pelajar. b) Penilaian Tidak Terkawal: Penilaian tidak terkawal ini dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru dapat memerhatikan tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul maklumat daripada pemerhatian tersebut. Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran, guru akan sentiasa memerhati dan membuat pengujian tidak formal kepada pelajar. Hal ini dilaksanakan semasa pelajar membuat aktiviti dan projek, sama ada secara individu atau berkumpulan. Hal ini sangat penting bagi membantu mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

You might also like