“Jumpa lagi, esok!” gadis manis itu melambaikan tangan pada Azman.Azman membalas sambil melemparkan pandangannya kepada AnaSyahida. Lincah getusnya.***Hubungan mereka kian akrab dan mesra. Mereka sudah bersama-samake kantin, perpustakaan ataupun ke mana-mana saja. Mareka sudahlali dengan usikan dan ejekan rakan-rakan.“Ana, betulkah ayat saya ini?” Azman yang kurang arif dalam bahasaInggeris menyoal. Azman tidak malu bertanya. Baginya malunyabertanya sesat jalan. Mereka juga sering berbincang pelbagai topikdaripada yang paling berat hinggalah yang paling ringan.Ana juga sering bertanya kepada Azman tentang pelajaran PendidikanQuran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Baginya pelajaran ituterlalu sukar terutama mengenai Tilawatil Quran. Azman sebagaiteman akrab dan sekali gus “ustaz” banyak membantu Ana syahida.Ada juga jejaka-jejaka perasan di kelas 5 Arif itu yang cuba memikatAna. Tetapi Ana sudah terpaut pada teman disebelahnya. BaginyaAzman lain daripada yang lain. Sikapnya sederhana dan Ana senangdengannya. Azman juga pelajar cemerlang kelas itu. Jadi dapatlah diabertukar-tukar fikiran dan bertanyakan pelajaran yang sukar baginya.Samad yang gemar mengusik mereka mula berpantun :
Terbang melayang si burung merpati,Hinggap sebentar di pohon angsana,Rindu hatiku tadak terperi,Hanya kekanda buah hati adinda.
Gelak tawa pelajar-pelajar lain berderai. Mereka tidak tahu saja.Kendatipun gurauan itu menyentuh hati, namun merekamenganggapnya sebagai hiburan. Walaupun mesra, Azman tahu juga“menjaga adab”. Tak pernah dia menyentuh tangan mulus Ana, apalagimelakukan perkara yang bukan-bukan. Azman hanya berbincang danmengulangkaji pelajaran bersama-sama Ana. Sesekali mereka tertawa,tersenyum dan tersengih. Itu saja. Azman tidak mengejar ‘cinta’sebaliknya cita-cita. Suatu petang, mereka duduk santai di bangku berdekatan pinggirpadang, diteduhi pohon Melaka yang merimbun. “Ana dah sedia untukSPM?” Azman memulakan bicara. Muka Ana yang bujur sirih denganrambutnya yang ikal mayang menggerbang ditiup pawana petangyang dingin. Ana memiliki paras wanita melayu asli. Kulitnya mulusputih bersih bagaikan bidadari. Jelingannya…ahh…tajam dan menusuk
Leave a Comment