objektif PIPP terutamanya memartabatkan profesion perguruan, maka guru perlu mengetahuiperkembangan baru dan teknologi yang sedia ada dalam bidang ini. Ini dapat membantu gurumemudahkan proses menjalankan kajian tindakan dan memainkan peranan yang lebihberkesan sebagai jurulatih utama.
PIPP:PEMBANGUNAN MODAL INSANTarikh:
Friday, August 31 @ 13:04:16 MYT
Tajuk:
Info Umum TAJUK:ULASAN ARTIKELPELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN : PEMBANGUNAN MODAL INSANOLEH :PUAN HAJAH FUZIAH BT. HAJI YOUP SALLEH, PPT.: GURU BESAR SEK. KEB. TITI GANTONG, BOTA.
1. PengenalanPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 adalah garis panduan pembangunanpendidikan negara secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun. Pelan Induk PembangunanPendidikan (PIPP) merupakan dokumen rangka kerja pelaksanaan KPM yang komprehensif bagi mendukung dan pencapaian menjayakan Misi Nasional serta bagi melaksanakan projek-projek KPM dalam RMK9. PIPP ini dirangka berdasarkan realiti semasa dan pencapaian sistempendidikan sedia ada.2. PIPP dan PerubahanMenurut Chek Mat (2003) hanya citra kepemimpinan yang berfikiran jauh, berwawasan,kreatif dan proaktif serta berani melakukan perubahan akan datang menangani cabaranmendatang. Manakala menurut Jay A. Conger (1997), pemimpin istimewa adalah pemimpinyang boleh menguasai perubahan, yang boleh mengilhamkan kita untuk menanggung risiko,dan yang memiliki pemikiran yang tajam terhadap kesempatan strategis.Dalam konteks pemimpin dan perubahan ini, Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteridan Presiden UMNO, membuat banyak kejutan yang sebelumnya tidak pernah terfikir olehrakyat dan pemimpin lain. Kejutan yang dimaksudkan termasuklah yang berbentuk perubahanatau pembaharuan pembangunan. Antara kejutan pertama yang beliau lakukan ialahmempercepatkan waktu Semenanjung Malaysia selama setengah jam. Sebagai pemimpinyang berkarisma pasti melakukan perubahan. Begitu jugalah dengan Menteri PelajaranMalaysia YB Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein.Dalam memperkatakan kepimpinan dan perubahan inilah satu misi nasional yang merupakantema bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dicetuskan olehMenteri Pelajaran Malaysia YB Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein dan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Januari, 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putra Jaya. Iamendapat sambutan yang baik semua pihak dan peringkat warga pendidikan.PIPP yang bertemakan ”Merintis Pembaharuan: Satu Misi Nasional” menjelaskan komitmendan kesungguhan warga Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan perubahan danpembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Demikian ditegaskan oleh Menteri Pelajaran,Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussein semasa menyampaikan Perutusan Tahun Baru (2007) diPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP dirangka bagi menyediakan asas-asas yangkukuh sebelum reformasi sepenuhnya dapat terlaksana.Menurut Dato’ Dr. Hj. Ahamad Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, pelancaran PIPPmelambangkan bermulanya gelombang perubahan yang akan dilaksanakan oleh KementerianPelajaran Malaysia. Matlamat yang hendak dicapai ialah Pendidikan Berkualiti Untuk Semua.Manakala dalam ucapan Datuk Dr. Zulkurnain Hj. Awang, Ketua Setiausaha KementerianPelajaran menyatakan bahawa sebagai warga KPM, setiap orang perlu memberi komitmen dankesungguhan untuk menjayakan PIPP selaras dengan misinya, ” Merintis Pembaharuan ”.Setiap pemimpin yang berkarisma akan melakukan perubahan dalam organisasipimpinanannya. Inilah perubahan yang dibuat oleh peneraju utama Menteri PelajaranMalaysia terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia.
Leave a Comment