2. Latar Belakang.a) Asal – usul.
Pulau Pinang ialah sebuah pulau milik kesultanan Kedah sebelum pengambilalihan Pulau Pinang oleh Inggeris pada tahun 1780. Kota Cornwallis telah dibina ditempat Captain Francis Light mula mendarat di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786 diTanjong Penaga. Light telah mendiami kota ini semasa beliau tinggal di Pulau Pinang.Kota Cornwallis dibina menghadap ke arah pelabuhan Pulau Pinang.
b) Pengasas.
Kapten Francis Light adalah pengasas petempatan British yang pertama di PulauPinang, Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1740 di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Beliaumeninggal dunia pada tahun 1794. Selain itu, beliau juga merupakan pengasas bandar Georgetown pada tahun 1768. Francis Light mempunyai anak bersama-sama denganMartina Rozells, tetapi tidak pernah berkahwin dengannya secara rasmi. Anak luar nikahnya, Kolonel William Light ialah pengasas Adelaide,Australia.