You are on page 1of 31

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
SEMESTER 1

PANDUAN PEMBELAJARAN
___________________________
PENGAJIAN PROFESIONAL
_____________________________________

EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada November 2008
NAMA PELAJAR : SELVAM A/L PERUMAL

NO.K.P. : 660119-05-5409

OPSYEN : PGSR- BAHASA TAMIL

AMBILAN : November 2008

Semester : Satu

Nama Mata Pelajaran : EDU 3103 Murid Dan Alam Belajar

Email : selvamgel@yahoo.com.my

PENGENALAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam


belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan
individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian
pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda boleh


menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 – 7). Harap
anda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar.

HASIL PEMBELAJARAN

(1) Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran

(2) Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan


pembelajaran kanak-kanak.

(3) Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap


pengajaran dan pembelajaran.

(4) Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran


pembelajaran yang sesuai berdasarkan teori pembelajaran

(5) Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya


pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

(6) Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


TAJUK 1 ALAM BELAJAR

PENGENALAN

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan

nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemen-

elemennya.

Alam Fizikal:-

Fizikal boleh diibaratkan sebagai ‘guru yang kedua’ bagi seseorang pelajar

dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru

di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar

pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu

keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar

sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya

cluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

Psikososial:-

Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif ,

tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang

pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran

sekolah.Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah


didampingi, beramah tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang

keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan

psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi

Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap

perkembangan dan pembelajaran individu.

Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam

setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.

Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara

langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik

beradik,rakan-rakan,jiran dan guru.

2. Mesosistem.

Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah

boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah

jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem.

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung

tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh


sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi

perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem.

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan

masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik

beratkan (santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang

lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan

yang penting

5. Kronosistem.

Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini

lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak

dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi

Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.

Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan

rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu

pelajar mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak

sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar
tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah

laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang

demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid

secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID

Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu

permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah

dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional

untuk setiap kategori.

Permainan Sosial

1. Permainan congkak

2. Permainan batu seremban

3. Permainan main guli

Permainan Kognitif

1. Permainan galah panjang

2. Permainan lari ikat kaki

3. Permainan tingting

Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada


perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan

Perkembangan Intelek Perkembangan Perkembangan


sosioemosi Fizikal
Dapat belajar cara Dapat berkomunikasi Pergerakan kaki,
mengimbangkan bola dengan baik dan tunjuk tangan,mata dan
dalam bulatan yang ajar yang berterusan badan.Permainan
ditetapkan untuk mengimbangi bola. yang memerlukan
pergerakan pantas.
TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan, 3penyampaian,

4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk

menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,

menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar

untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep

pengajaran dan pembelajaran?

Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah.


Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah
kepeda proses pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.

Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru
mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan
membantunya dalam proses pembelajaran.

KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi

menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman

organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.


TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling

mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis

pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar

telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri

pembelajaran untuk setiap peringkat.

Hieraki Pembelajaran Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh


1. Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila
seseorang menguap, kita dapat isyarat dia
mengantuk.
2. Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk
memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi
secara konsisten dan tekal supaya gerak balas
yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali
menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80
%.Ibunya memberi pujian,”bagus,Ali pandai”.Ali
akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk
mendapatkan pujian daripada ibunya.
3. Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan
dalam pembelajaran kemahiran seperti
permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lain-
lain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku
yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang
dijalankan.
4. Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar
memerlukan kemahiran bahasa untuk
mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian
bahasa merupakan satu rangkaian
berbahasa.Ia memerlukan kemahiran
berbahasa yang telah dipelajari dahulu.
5. Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang
dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk
memudahkan proses mengkategori dan
menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang
sama,pelajar dapat membezakan rangsangan
atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting dan memberi gerak balas
berlainan untuk rangsangan yang
berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah
sangat penting dalam proses
pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat
penting daripada maklumat tidak penting dan ini
memudahkan proses pengkodan maklumat
untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep Pembentukan konsep bermula dengan


pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara
tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang
baik setelah membuat persepsi dan
pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan
banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia
dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.
7. Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua
atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan
generalisasi.
8. Peneyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan
prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu
situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam
penyelesaian masalah,iaitu mengenal
masalah,mencari maklumat,membuat
hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE

Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis

pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila

lengkapkan jadual di bawah.

Kategori Huraian
Maklumat lisan Mendapatkan semula maklumat yang
disimpan:
Keadaan dalaman yang menyokong
termasuk:
-ilmu sedia ada;
-strategi untuk memperoses maklumat
baru;
Kemahiran Intelek Operasi mental yang membolehkan
murid-murid memberi respon kepada
pelbagai konsapsi mereka berhubung
dengan persekitaran di mana mereka
berada.
Keadaan dalaman yang menyokong.
Strategi Kognitif Perencangan
Kawalan diri
Pemantuan pemikiran dan
pembelajaran oleh murid-murid
termasuk:
-khusus kepada tugas
-umum
-eksekutif
Sikap Satu keadaan dalaman atau
semulajadi yang mempengaruhi
pilihan tindakan seseorang;
Kemahiran motor Kebolehan untuk melakukan
pergerakan fizikal mengikut urutan;
Melibatkan tiga tahap:
(i) Belajar urutan yang
berkenaan;
(ii) Amalkan pergerekan
tersebut;
(iii) Murnikan pergerakan
berasaskan maklum balas
daripada persekitaran;

TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh

yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?:

Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey

Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah

yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda

pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil

perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.


Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat

catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta

hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil

penemuan tokoh berkenaan.

Tokoh Ujikaji Hasil Dapatan Komen

Kotak Skinner. Jika seorang Faktor ganjaran


Seekor tikus yang kanak-kanak diberi iaitu peneguhan
sedang pujian selepas positif dan
melompat-lompat melakukan susuatu dendahan iaitu
disekeliling kotak yang diingini ,makapeneguhan
tiba-tiba menekan kanak-kanak itu negatif akan
Burrhus F. Skinner butang yang akan akan mengulangi berperanan
mengeluarkan lagi tingkah laku membentuk
(1904 – 1990) seketul tersebut untuk perkembangan
makanan.Tanpa mendapatkan kanak-kanak.
membuang masa pujian atau pun Peneguhan
tikus itu akan peneguhan. positif perlu
mengulangi dipergiatkan dari
menekan butang masa kesemasa
tersebut untuk dan peneguhan
mendapatkan negatif perlu
makanan. dihentikan.
Kajian patung Kebanyakan Pemerhatian dan
Bobo yang kelakuan manusia pengekalan
berfokuskan dipelajari melalui merujuk kepada
kepada pola pemerhatian perolehan atau
tingkahlaku terhadap pembelajaran
berhubung kait permodelan.Melalui sesuatu
Albert Bandura dengan proses memerhati tingkahlaku,
tingkahlaku orang manakala
(1925 – agresif . lain,seseorang penghasilan
sekarang) individu semula dan
membentuk satu motivasi
idea bagaimana menentukan
kelakuan mutu atau kualiti
dilaksanakan dan mencontohi
apakah kesannya. tingkahlaku yang
dikenalpasti.
Melatih anjing Pavlov Pembelajaran
untuk berpendapat yang berlaku
mengeluarkan air pembelajaran melalui perkaitan
liur apabila boleh berlaku ini dinamakan
kedengaran bunyi akibat kaitan pelaziman dan
loceng.(konsep anatar rangsangan pembelajaran
Ivan Petrovich rangsangan dan dengan gerak yang berlaku
Pavlov gerakbalas) balas. akibat dua
(1849 - 1936) rangsangan
inimdikenali
sebagai
pelaziman klasik.
Hirarki keperluan Keperluan manusia Secara
Maslow.Keperluan boleh disusun semulajadi
Fisiologi, mengikut satu murid-murid kita
keselamatan, hirarki bermula hendaklah
kasih sayang, dengan keperluan mempunyai
harga diri dan fisiologi,diikuti kawalan kendiri
Abraham Maslow penyempurnaan dengan ke atas apa yang
kendiri. keselamatan,kasih hendak mereka
( 1908- 1970) sayang,harga diri pelajari,
dan berakhir bertindak ke ats
dengan persekitaran dan
penyempurnaan membuat pilihan
kendiri. atau keputusan,
setiap individu
berusaha
bersungguh-
sungguh untuk
menimba
pengalaman
seharian dan
guru menjadi
fasilitator.
Kanak-kanak aktif Dua proses penting Emapat tahap
membentuk dalam membina perkembangan
Jean Piaget kefahaman kefahaman tentang berkait rapat
terhadap dunia persekitaran dengan umur.
(1896- 1980) persekitaran ialah organisasi Setiap tahap
melalui empat dan perlu diberi
tahap adaptasi.Adaptasi penekanan
perkembangan dibahagikan khusus mengikut
kognitif. kepada asimilasi tahap
dan akomodasi. perkembangan
kognitif kanak-
kanak tersebut.
Kebolehan intelek Murid-murid Guru harus
adalah spesifik biasanya membina memberi peluang
Lev Vygotsky kepada budaya di pengetahuan kepada pelajar
mana kita secara individu untuk
( 1896- 1934) dipelihara dan serta sosial. berinteraksi
dibesarkan. Penyediaan mencari
Kebanyakan persekitaran yang inteprestasi
daripada apa yang kondusif akan maing-masing.
kita berfikir dan membantu pelajar Setiap murid
cara berfikir menilai dan adalah berbeza
dipengaruhi oleh memanipulasi dan guru harus
budaya. persekitara memainkan
tersebut. peranan sebagai
fasilitator dalam
proses
pembinaan
pembelajaran
murid-murid.

TUGASAN

Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori

pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang

berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori

pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan

teori pembelajaran sosial.

REFLEKSI

Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang

dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran

major masing-masing.

TAJUK 4 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH


PENGAJARAN

Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan

bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori

pembelajaran yang dibincangkan.

PENGENALAN

Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti

perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa

model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai

panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

berkesan

JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.

1. Model Pemprosesan Maklumat

• Konsep

• Pengajaran konsep

- Inkuiri

- Ekspositori

• Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan

pembelajaran.

2. Model Behavioral

• Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran


• Pembelajaran Masteri

• Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Model Sosial

• Pembelajaran Koperatif

• Main Peranan & Simulasi

• Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran

4. Model Personal

• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)

- Kesedaran Peribadi

- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi

• Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model Contoh Huraian Implikasi terhadap


Pengajaran Pengajaran dan
Pembelajaran dalam
bilik darjah

1. Model Inkuiri Model ini,murid Murid akan mengambil


pemprosesan melibatkan diri bahagian yang aktif
Maklumat dalam menguji dalam pembelajaran,
konsep dan menganalisis
hipotesis. data,menyemak
hipotesis dan membuat
refleksi terhadap
pembentukan ilmu
yang timbul.
Ekspositori Model ini murid Murid tidak digalakkan
akan akan memikirkan atau
menerima isi menyoal tentang apa
pelajaran dari guru. yang dipelajari.Mereka
hanya mempelajari apa
yang patut dipelajari
sahaja.
2. Model Pengajaran Model ini Kaedah ini agak sesuai
Behavioral Langsung berarahkan guru untuk mengajar bacaan
dimana guru akan dan metematik tetapi
menyampaikan isi kurang sesuai bagi
pengajaran secara matapelajaran yang
langsung kepada mirip kepada
murid-murid serta penerokaan dan
menstruktur masa penemuan.
pengajaran supaya
menyusun langkah
pengajaran dan
pembelajaran.
Pembelajaran Model ini Dalam kaedah ini isi
Masteri digunakan untuk pelajaran disusun
menyesuaikan daripada mudah
pengajaran dimana kepada kompleks
faktor perbezaan sebelum disampaikan
individu diambil kepada murid-murid
kira. agar murid dapat
mengikuti pengajaran
guru mengikut kadar
kecekapan masing-
masing
3. Model Sosial Pembelajaran Model pembelajar Kaedah ini akan
Koperatif ini berfokuskan meningkatkan
kepada kemahiran sosial dan
perkembangan perpaduan anatar ahli
konsep dan kumpulan dan
kemahiaran pembelajaran ini juga
melalui kerja mempunyai impak ke
berkumpulan. atas pencapaian
akademik dan harga
diri murid-murid.
Main peranan Main peranan amat
Main Peranan membantu murid- berguna dalam P&P
& Simulasi murid memahami sains sosial di mana
tingkahlaku sosial murid-murid kita dapat
,peranan mereka memahami
dalam interaksi keprihatinan,nilai dan
sosial dan cara- perspektif orang lain.
cara Simulasi membantu
menyelesaikan murid-murid untuk
masalah dengan melihat perwakilan
berkesan. (Watak objek yang sebenar.
lakonan) Simulasi
menggabungkan
maklumat
mengenai satu-
satu kemahiran
melalui
demonstrasi,prakti
s dan latihan
khusus.
4. Model Personal Synectics Model ini mengajar Murid-murid akan
kemahiran mengikuti satu siri
menyelesaikan bengkel sehingga
masalah,aktiviti mereka berupaya untuk
penulisan dan mengaplikasi prosedur-
bidang-bidang prosedur tertentu
yang lain. secara individu dan
kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat

beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu

pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.

AKTIVITI
Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk
setiap jenis pendekatan

Jenis Prinsip Pembelajaran Contoh aktiviti


Pendekatan

Induktif Mengajar dari spesifik ke Pengajaran mata


umum pelajaran Bahasa Melayu
penulisan.Tajuk yang
khusus perlu diberi
penerangan yang jelas
dengan membentuk
soalan-soalan yang
berkaitan secara lisan dan
mengembangkan tajuk
dengan fakta-fakta yang
relevan.
Deduktif Mengajar dari umum ke Pengajaran mata
spesifik pelajaran Sains.Membuat
ujikaji berkaitan tajuk yang
diajar supaya pelajar
dapat meneroka hubungan
antara elemen-elemen
yang khusus.
Integratif Mengintegrasi isi Tugasan kumpulan yang
kandungan & diberikan oleh guru.Pelajar
akan menggunakan
kemahiran ke dalam satu kemahiran asas
pelajaran komunikasi untuk
berfikir,mensistesis dan
memberi pendapat untuk
menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh
guru.Pendekatan ini lebih
berpusatkan kepada
pelajar.
Eklektif Kombinasi deduktif, Lembaran kerja yang
induktif atau diberikan oleh guru
Integrative kepada pelajar untuk
sesuatu mata pelajaran
akan lebih menitik
beratkan perbezaan
individu dari segi minat,
kebolehan,pengalaman,
pengetahuan sedia
ada.Pelajar dapat
menyiapkan kerja yang
diterima kerana ia
menepati aras
kebolehannya.
Tematik Mengajar pelajaran Guru mengajar tajuk yang
mengikut satu sama bagi satu minggu
tema sahaja untuk semua mata
pelajaran.Tema yang
sama akan diperjelaskan
mengikut mata pelajaran
yang diajar. Contohnya
pengajaran haiwan
peliharaan akan
diperjelaskan dalam
Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris,Metematik dan
Sains.Tema yang sama
akan diajar oleh semua
guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI

Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan

memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh

menghasilkan pencapaian yang optimum.

Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
• Strategi Pemusatan guru

• Strategi Pemusatan murid

• Strategi Berasaskan bahan

• Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

AKTIVITI

Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.

Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam

strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI


BESTARI

Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari

melibatkan:

4. Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya

pembelajaran)

2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,

berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,

mediatif, 19uclear19c19, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,

kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang

anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen


bestari yang sesuai ke dalam RPH anda.

Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Kemahiran 20uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,

kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi

maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini

amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba

dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan

persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik

(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam

portfolio anda

TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli

dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola

persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,

1997).

Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid

dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu

1. Budaya dan Etnik

2. Jantina

3. Kecerdasan

4. Gaya Pembelajaran

5. Sosio ekonomi

TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER

Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah

jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.

Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis

kecerdasan.

Kecerdasan Pekerjaan Sifat-sifat Utama


Logik Matematik Saintis, pakar statistik -Berminat dengan nombor.
-Suka pada penaakulan
ahli nuklear, ahli kaji dan penyelesaian
masalah.
bintang -Gemar menyukat,
mengukur dan mengurus
data.
Linguistik/Bahasa Pengarang,penyair, -Berminat dengan
perkataan,sama ada lisan
wartawan, pemidato, ahli atau bertulis.
-Mahir membaca, menulis,
politik bercerita dan menghafal
perkataan.
-Gemar membaca dan
mencatat nota.
Muzikal Penggubal lagu, penyanyi, -Gemar dengan ritma,
muzik dan pendengaran.
pemain alat-alat muzik -Peka terhadap bunyi,
ritma dan pic.
-Boleh menyanyi, bermain
alat muzik, dan
menggubah lagu.
-Menggunakan lagu atau
ritma untuk belajar.
Ruang (Spatial) Pelaut, juruterbang, -Gemar berkaitan ruang.
-Mahir dari segi visualisasi
pelukis dan manipulasi objek
secara mental.
-Mempunyai ingatan visual
yang kuat.
-Mahir dari segi kordinasi
mata-tangan.
-Cenderung kepada seni.
Kinestetik badan Penari, ahli sukan, ahli -Gemar dengan kemahiran
pergerakan motor halus.
Gimnastik -Cenderung kepada
sukan,tarian atau lakonan.
-Belajar melalui aktiviti
fizikal.
Interpersonal Juru jual, kaunselor, guru -Gemar berinteraksi
dengan orang lain.
-Bersifat ekstrovert dan
pandai berkomunikasi.
-Boleh bekerjasama dalam
kelompok.
-Gemar melibatkan diri
dalam perbincangan atau
perbahasan.
Intrapersonal Ahli ulama, ahli falsafah, -Berkaitan dengan kapasiti
introspektif dan refleksi
ahli psikologi dan ahli kendiri.
-Bersifat introvert dan
teologi. gemar bekerja
perseorangan.
-Mempunyai kesedaran
kendiri yang tinggi.
-Bersifat memahami
emosi, matlamat dan
motivasi sendiri.
Naturalist Ahli botanist, ahli pencinta -Gemar berkaitan dengan
alam semulajadi.
Alam -Berupaya
menghubungkait
maklumat dengan
persekitaran semulajadi.
-Gemar menanam
tumbuh-tumbuhan.
-Gemar berinteraksi
dengan haiwan.
Existentialist Individu yang berminat -Berkobolehan untuk
menimbulkan dan
tentang hayat, evolusi membuat refleksi
mengenai persoalan
manusia dan kematian berbentuk falsafah,
berkaitan dengan
kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)

Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah

perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada

stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran

iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)

memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang

memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.

Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor Faktor Huraian

Rangsangan Cahaya Ada pelajar yang suka


belajar suasana terang
Persekitaran dan sederhana terang.
Tidak ramai pelajar yang
suka belajar dalam cahaya
yang malap dan terlalu
terang.
Bunyi Ada pelajar yang suka
belajar dengan bunyi
muzik dan ada pelajar
yang suka belajar dalam
keadaan yang senyap dan
sunyi.
Suhu Suasana sejuk dan
nyaman dapat
mempertingkatkan
keberkesanan
pembelajaran
Reka bentuk tempat Susunan kerusi meja
Belajar dalam bilik darjah yang
selesa dapat
mempertingkatkan
keberkesanan
pembelajaran.
Rangsangan Emosi Motivasi Motivasi intrinsik dan
ekstrinsik.Motivasi intrinsik
suka belajar dengan
insiatif sendiri dan motivasi
ekstrinsik suka mengikut
yang berstruktur daripada
guru.
Keazaman & Tanggung- Pelajar yang mempunyai
keazaman yang kuat akan
Jawab mengambil insiatif sendiri
dan dapat belajar dalam
tempoh masa yang
panjang.
Struktur Pelajar yang struktur suka
membuat peraturan sendiri
dan mengikut apa yang
distruktur.
Sosial Perseorangan Suka belajar secara
sendiri dan tidak berharap
orang lain berdamping dan
mengganggunya semasa
belajar.
Berpasangan Belajar bersama rakan
karib dan boleh
memperolehi banyak
kemajuan melalui interaksi
dua hala.
Berkumpulan Gaya pembelajar
merangkumi ciri
perbincangan dan
kerjasama.
Orang dewasa Belajar bersama orang
yang disanjung contohnya
seperti ibubapa.Orang
dewasa dapat
menyelesaikan masalah
pembelajaran yang
dihadapi.
Fisiologi Masa Belajar Memilih waktu tertentu
untuk belajar.Ada pelajar
yang lebih suka belajar
pada waktu pagi ataupun
pada waktu malam.
Mobiliti Terdapat belajar yang
suka berdiri atau berjalan
sana sini semasa belajar.
Ada pelajar yang suka
menukar tempat duduk
kerap kali semasa belajar.
Pemakanan Terdapat pelajar yang
suka makan, atau minum
semasa belajar.
Persepsi Terdapat pelajar yang
membuat andaian semasa
belajar.
Psikologi Otak Kiri & Otak Kanan Mempunyai kemahiran
berfikir dalam bidang logik,
analitis, bahasa, fakta,
matematik dan
ingatan.(kiri)
Mempunyai kemahiran
berfikir dalam bidang
kreatif, sintesis, warna,
rekabentuk, perasaan,
irama, muzik dan
imaginasi.(Kanan)
Refleksi Pelajar yang suka belajar
dengan cara berfikir.

Gerak hati Belajar bergantung


kepada angin atau
moodnya.
Global/Analitik Suka belajar sesuatu
dengan teliti. Suka
menganalisis fakta dan isi
pelajaran secara terperinci
dan secara menyeluruh.

REFLEKSI DAN TUGASAN:

Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang

mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan

perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda,

sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang

bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.

Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah

kepada pensyarah untuk disemak.


TAJUK 6 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan

sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan

proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan

menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the

way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi

adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi

dengan contoh.

1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar

untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini hanya

berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.

Contoh: Ganjaran yang jelas dan nyata seperti member markah, gred,agregat,keistimewaan ,

penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan sesuatu

kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman pelajar.

Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Ia

melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan

praktikal perkara yang dipelajari.


Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan ribuan

ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang

melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada

murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai

utiliti.

Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.

Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.

Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu

tugasan.

Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.

AKTIVITI APLIKASI

Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai

nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan

perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang

isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.

Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.

Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak

jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan

mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi


Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun

menghadapi kekangan masa.

Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan

kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan

bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa

mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar ”professor”

oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau

tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai

prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya

sebagai seorang angkasawan.

Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan

bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar

tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan

alam sekitar.

Jawapan: Nilai Intrinsik


TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI

Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/

Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori

Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet

isikan jadual di bawah.

Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep Idea Utama Huraian


Perspektif tentang Behaviorisme Sumber motivasi ialah
Motivasi Ekstrinsik.Lebih
mementingkan
pengukuhan, ganjaran
,imsentif dan dendaan.
Ahli teoris Skinner.
Humanistik Sumber motivasi
intrinsik. Lebih
mementingkan
keperluan harga diri,
kepuasan kendiri dan
penentuan kendiri. Ahli
teoris Maslow, Rogers.
Kognitif Sumber motivasi
intrinsik.Mementingkan
kepercayaan, atribut
kejayaan dan kegagalan,
jangkaan. Ahli teoris
Weiner, Vroom.
Sosial- Sumber motivasi
Kognitif intrinsik.Mementingkan
penglibatan dalam
komuniti pembelajaran,
identiti melalui
penglibatan dalam
aktiviti kumpulan. Ahli
teoris Lave,Wenger.

TAJUK 7 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN


PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
HASIL PEMBELAJARAN

(1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran

bilik darjah

(2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran

yang kondusif

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling

mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda

sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?

Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran

pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi

sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah

yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah

aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran

pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa


Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya
tiga perkara ini dipatuhi.
1. Strategi Umum
2. Prosedur dan peraturan
3. Kerjasama murid

1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif
-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk
berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

Mengurus kumpulan
1. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.
2. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
3. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
4. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan
1. Rutin pentadbiran
2. Pergerakan murid keluar masuk kelas
3. Pengurusan bilik darjah
4. Rutin pengajaran dan pembelajaran
5. Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid
1. Membina hubungan positif dengan murid.
2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

You might also like