You are on page 1of 15

RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN Pendahuluan Hutan merupakan aset negara yang tinggi nilainya dan diwarisi sejak turuntemurun

lagi. Namun begitu, seiring mengejar pemodenan, pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semula jadi hutan. Hal ini, telah mengancam kepentingan dan perlindungan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pembasmian hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus menjelang 2025. Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pemuliharaan perlu dilakukan melalui kerjasama daripada semua pihak bagi membendung kemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang. Hutan hujan tropika, di samping hutan-hutan beriklim sederhana, lautan dan sebagainya membantu memastikan keseimbangan alam. Menurut Organisasi Makanan dan Agrikultur Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), dalam masa 5 tahun terakhir ini, bumi telah kehilangan sebanyak 37 juta hektar hutan. Setiap tahun, Bumi kehilangan kira-kira 7.3 juta hektar hutan. Menurut FAO lagi, hutan-hutan di seluruh dunia berkurangan sebanyak 12 juta hektar setiap tahun. Laporan FAO yang diterbitkan pada 2005 itu menyatakan bahawa purata kadar kehilangan hutan di Malaysia setiap tahun pada 1990 dianggarkan sebanyak 237,000 hektar atau hanya 1.2% sahaja. Kadar kehilangan ini adalah berdasarkan perubahan pada perancangan guna tanah, seiring dengan polisi-polisi pembangunan negara. Oleh itu, sebagai generasi yang bertanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan hidup perlu memastikan khazanah alam ini dipulihara daripada kerosakan dan kerakusan manusia sendiri yang mengancam kelangsungan hidupan di hutan.

Pemuliharaan Hutan Malaysia telah mewujudkan Dasar Hutan Kebangsaan 1978 dan Akta Perhutanan Negara 1984 untuk menjamin pengurusan hutan secara mapan. Pindaan dibuat ke atas dasar ini pada 1992 bagi menangani isu semasa yang dibangkitkan oleh masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan sumber genetik, peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan sumber genetik, dan peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan hutan. Manakala Akta Perhutanan Negara (Akta 313) pula memberi kuasa untuk mewujudkan hutan simpanan kekal dan pengambilan tanah untuk dijadikan hutan simpan kekal. Pada tahun 1991 Universiti Pertanian Malaysia yang sekarang ini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi Corporation untuk menubuhkan satu model hutan untuk mengkaji teknik-teknik pemuliharaan hutan pada tanah-tanah yang merosot nilainya di kawasan seluas 47.5 hektar di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sehingga kini, projek tersebut telah diketuai oleh Prof. Dato Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid bagi pihak UPM dan Prof Dr. Akira Miyawaki mewakili Mitsubishi Corporation. Dewasa ini, manusia dengan sewenang-wenangnya telah melanggar hukum Allah. Buktinya telah banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar kita lantaran kerakusan sikap manusia yang lebih mengutamakan kepentingan duniawi semata-mata berbanding ukhrawi. Allah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat yang diberikan itu. Hal ini kerana, ada dalam kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menebang hasil hutan sewenangwenangnya. Allah telah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud, sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ayat ini jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang

lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan adalah berhubung isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar termasuklah hutan serta segala komponen yang ada di dalamnya. Dalam konteks ini, kita disarankan agar mengambil segala manfaat daripada alam dengan tidak mengabaikan aspek-aspek pelestarian. Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar antaranya termasuklah hutan yang merupakan elemen penting dalam alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk terus memulihara hutan sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Pencemaran perlu dielakkan di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan dan tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Pelestarian dan kepentingan alam sekitar antaranya termasuklah hutan disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (Ali-Imran: 191). Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal antaranya hutan dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar termasuklah hutan terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan. Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan

kebiruan langit, tertera ayat Allah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta. Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar amat penting dalam merealisasikan pembangunan lestari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerapan bermaksud perbuatan mempraktikkan. Nilai-nilai etika adalah prinsip akhlak yang baik serta positif seperti sikap bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berakhlak mulia, dan berdisiplin. Seharusnya sebagai masyarakat yang memiliki minda kelas pertama sikap tanggungjawab perlu diterapkan dalam memastikan hutan yang memiliki pelbagai fungsi terus dipulihara untuk generasi akan datang. Malah, peraturan yang telah diwujudkan perlu dipatuhi dalam mengawal kegiatan manusia yang rakus dalam mengejar kemajuan tanpa mempedulikan kesan lain yang timbul akibat sifat tamak mereka. Oleh itu, dengan adanya peraturan dapat mengehadkan kegiatan manusia terhadap hutan yang boleh merosakkan ekosistem ini. Terdapat banyak kepentingan penerapan nilai etika dalam membentuk alam sekitar yang bersih dan nyaman seperti ia dapat memastikan kelangsungan wujudnya persekitaran yang sihat dan bersih. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sebarang pengeksploitasian penggunaan seperti pencerobohan kimia yang hutan demi boleh kepentingan lapisan kewangan, ozon dan bahan-bahan menipiskan

menyebabkan pencemaran seterusnya dapat memastikan masyakat sentiasa hidup dalam keadaan kesihatan yang baik. Penerapan nilai menghargai setiap kurniaan Allah juga perlu, oleh itu manusia diterapkan untuk menghargai kewujudan hutan sebagai salah satu nadi dalam hidup mereka. Melalui kepentingan dan fungsi hutan itu sendiri kita sebagai masyarakat terdedah supaya lebih menghargai hutan dan bersama-sama dalam usaha memulihara hutan dari sebarang ancaman dan kerosakan dalam memastikan kesejahteraan hidup mereka. Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borneo. Walaupun bersama dengan arus kemodenan, hutan masih merupakan tempat tinggal ramai kaum peribumi di seluruh dunia. Begitu juga di

Malaysia hutan dijadikan tempat tinggal bagi masyarakat ini. Hutan mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan peribumi seperti memburu dan bercucuk tanam. Hutan merupakan perlindungan yang unik, hingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama. Bagi masyarakat orang asli yang sebati untuk tinggal di hutan adalah amat penting pemuliharaan hutan dilakukan dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Walaupun penempatan mereka tidak diganggu sepenuhnya, penerokaan hutan yang berleluasa mengurangkan bilangan flora dan fauna yang merupakan sumber makanan bagi mereka. Oleh itu, perkara ini menyebabkan sedikit sebanyak kehidupan mereka terancam. Sebenarnya masyarakat peribumi dahagakan pembangunan, kemajuan dan cara hidup moden yang selesa, namun pada masa yang sama mereka menuntut satu interaksi sosial yang harmoni dengan alam sekitar terutamanya hutan. Pembangunan yang tidak merosakkan hutan serta menjaga kelangsungan hidup generasi akan datang agar turut memperoleh keseimbangan hidup sewajarnya dikenali sebagai pembangunan mampan. Pembangunan sebegini yang dituntut dan diingini masyarakat peribumi. Penentangan dan protes yang dilakukan masyarakat peribumi hanyalah satu tuntutan ke arah hidup yang lestari, bukannya menolak pembangunan (Maharam, 2009). Bagi golongan tersebut, alam sekitar sangat penting di mana mereka akan memanfaatkan flora dan fauna, serta benda-benda bukan hidup dan segala macam unsur alam yang lain seperti bunyi-bunyian hidupan hutan, kilat, guruh dan hujan sebagai simbol yang membawa erti dalam kehidupan seharian mereka (Hanina dan Asnarulkhadi, 2008). Kepelbagaian unsur inilah yang telah banyak menentukan corak hidup seharian mereka. Masyarakat selalu salah tafsir tentang penebangan pokok-pokok hutan. Sebenarnya apabila cukup masa dan usianya, pokok-pokok ini memang perlu ditebang dan ditanam semula dengan pokok-pokok baharu. Namun kerakusan manusia menyebabkan pokok-pokok ini ditebang tanpa kawalan. Hal ini akan mengganggu

keharmonian dan kestabilan hutan itu yang memberi kesan kepada hidupan di dalamnya serta manusia sendiri. Hutan bukan sekadar menjadi tempat hidupan flora dan fauna secara amnya sebaliknya hutan juga adalah pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun, pembekal ubat-ubatan herba yang berguna kepada manusia bagi merawat pelbagai penyakit, pembekal bahan mentah industri seperti pokok rotan, daun nipah. Malah, hutan juga menjadi lokasi pelancongan, sumber penyelidikan serta sumber pendapatan melalui aktiviti pembalakan. Hutan juga membantu mengurangkan pencemaran udara dan membantu dalam kitaran gas, mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh, serta menjadi pengawal iklim yang mana ketebalan hutan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kepentingan inilah yang mahu kita sedarkan kepada masyarakat bagi melahirkan sebuah masyarakat yang tahu menghargai dan bersama-sama memeliharanya. Hutan mempunyai kitaran yang kompleks melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Di Malaysia, 77 peratus daripada keluasan keseluruhan hutan terdiri daripada pelbagai jenis hutan yang kebanyakannya terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung pula kebanyakan hutan terdapat di Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kesedaran yang rendah tentang hutan menyebabkan berlakunya konflik dengan manusia dan alam. Oleh itu, melalui aktiviti pemuliharaan hutan yang dilakukan dapat menjamin penghasilan kayu-kayan dan hasil hutan di samping memulihara kepelbagaian biologi bagi menjamin sumber air bersih, kestabilan tanah dan alam sekitar. Di samping itu, hutan mempunyai peranan yang amat besar untuk mengawal perubahan iklim yang tidak menentu akhir-akhir ini melalui kawalan karbon dioksida yang terdapat dalam atmosfera Bumi. Karbon dioksida dapat dikawal apabila terdapat pertambahan jumlah hutan. Hal ini kerana karbon dioksida akan dikurangkan dari atmosfera melalui serapan pada daun dan juga tanah. Hutan malah lautan sekalipun, berupaya menyerap dan menyimpan karbon dalam jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, karbon yang disimpan dalam ekosistem hutan, masih boleh dilepaskan ke atmosfera bumi apabila hutan dibakar. Peranan hutan dalam menyerap, menyimpan

dan membebaskan karbon adalah salah satu kunci untuk memahami kitaran karbon global dan seterusnya perubahan iklim. Hutan juga memainkan peranan sebagai penyerap air hujan dan mengalirkan semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku dalam hutan ini telah memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai. Kawasan hutan yang luas dapat menampung kandungan air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun, batang, akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan mengalir ke sungai, laut dan empangan supaya dapat disalurkan ke kawasan perumahan. Oleh itu, amat penting dalam memastikan usaha pemuliharaan hutan untuk kesejahteraan hidup generasi akan datang. Di samping itu, hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan akarnya dan mengekal serta mengukuhkan struktur tanah tersebut. Seterusnya, masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep ekopelancongan sangat bertepatan dengan negara kita sebenarnya. Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep ekopelancongan yang menarik untuk diterokai. Oleh itu, hutan mempunyai peranan besar dalam industri pelancongan negara. Contohnya, Taman Negara Endau Rompin yang memiliki tarikan tersendiri kepada pelancong yang datang. Pokok-pokok hutan menghalang hakisan tanah berlaku

Taman Negara di Malaysia

Pelbagai kesan terjadi apabila hutan tidak dipulihara selepas penebangan yang berleluasa. Antaranya ialah menyebabkan hakisan tanah. Curahan air hujan di permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butir-butir tanah tersebut longgar akibat ketiadaan pokok-pokok hutan. Tanah yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek ini tidak dapat menampung air tersebut. Ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Apabila air hujan mengalir melalui batang tumbuhan, air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi, sebaliknya mengalir turun melalui batang dan akar tumbuhan. Ini mengurangkan kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Sementara itu, melalui proses evolusi, ekosistem hutan boleh menjalani pengitaran nutrien dan meminimumkan kehilangan nutrien untuk hidup pada masa nutrien berkurangan. Kegiatan pelancongan juga terjejas akibat aktiviti pemuliharaan hutan yang tidak dilaksanakan dengan berkesan. Hutan yang memiliki kepentingan dalam menarik minat pelancong yang gemar akan keindahan alam tidak terpelihara menyebabkan tiada lagi yang boleh dipamerkan kepada orang awam terutamanya pelancong yang datang. Oleh itu, amat merugikan Malaysia sebagai negara yang memiliki aset penting ini tetapi tidak dipulihara dengan baik. Badan kerajaan merupakan badan yang berperanan besar dalam memastikan pemuliharaan hutan terus berlangsung. Kerajaan mempunyai kuasa yang luas dalam membuat dasar-dasar atau peraturan-peraturan yang berkaitan hutan. Kementerian yang berkaitan dengan alam sekitar ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesies, keutamaan diberikan kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semula jadi yang lebih berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.

Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenal pasti kawasan lindungan. Sebagai contohnya, Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia memfokuskan kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990. Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunaan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian, melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran dan pembangunan pantai sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan atau simpanan. Pemuliharaan yang telah diperkembangkan untuk 9 buah negeri di Malaysia. Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.

Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan. Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemuliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak tahun 1930 lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi

kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara. Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan Dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah mengalami pembalakan atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Sebagai contoh, Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada waktu itu, telah disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar. Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib. Selaras dengan dasar perhutanan negara, kerajaan terus memberikan penekanan terhadap pengurusan hutan dan pemuliharaan sumber hutan. Dalam konteks penebangan, Malaysia memberikan tumpuan terhadap beberapa sistem dan kaedah. Antaranya ialah sistem sebaya Malaya (MUS). Dalam sistem ini, kesemua pokok-pokok mempunyai nilai dagangan ditebang dalam satu operasi. Tempoh pusingan tebangan pokok-pokok ini adalah antara 60 hingga 80 tahun sekali. Selain itu, pelaksanaan sistem pengurusan memilih (SMS). Bagi sistem ini, satu inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat inventori yang diperoleh dua kaedah penebangan diamalkan iaitu kaedah politer dan sistem sebaya Malaya. Kaedah polikitar diamalkan di kawasan yang kaya dengan pokok dagangan muda. Sebilangan kecil pokok sahaja yang telah dipilih dan ditandai akan ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umur dan mempunyai diameter

minimum antara 45 cm hingga 50 cm. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah dab Sarawak. Bagi sistem sebaya Malaya pula, digunakan di kawasan yang tidak mempunyai pokok dagangan muda. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok sehektar selepas penebangan pokok dilakukan. Selain itu, Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) amat menyedari keperluan kepada pemuliharaan hutan bukan sahaja untuk memastikan bekalan kayukayan secara berterusan, tetapi juga untuk kepentingan kestabilan alam sekitar, perlindungan hidupan liar serta pengekalan kepelbagaian biologi. Mengikut perjanjian yang telah dipersetujui antara KPKSB dan PKINK, syarikat dikehendaki menjalankan kerja-kerja pemulihan hutan di kawasan-kawasan yang telah diusahakan. Operasi utama yang perlu dijalankan melibatkan kerja-kerja Inventori Hutan Selepas Tebangan dan Rawatan Silvikultur. Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) ialah inventori yang dijalankan ke atas sesuatu kawasan hutan selepas pengusahasilan untuk mengumpul maklumat yang tepat dan bererti mengenai kedudukan stok, isi kandungan, keadaan dan taburan semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui gambaran isi hutan yang sebenar serta dapat menentukan jenis Rawatan Silvikultur yang perlu dijalankan ke atas kawasan tersebut. Manakala rawatan silvikultur pula ialah rawatan yang dijalankan ke atas kawasan hutan yang telah diusaha hasilkan untuk membantu pemulihannya dan melibatkan salah satu atau lebih daripada jenis-jenis rawatan silvikultur antaranya ialah menggelang pokok dan memotong akar pepanjat (GCL). Menggelang pokok dan memotong akar pepanjat ialah suatu jenis rawatan silvikultur yang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diusaha hasilkan. Rawatan ini melibatkan aktiviti menggelang pokok yang bersifat buruk atau cacat bagi membuka naungan kepada anak-anak pokok pilihan secara beransur-ansur untuk membantu mengurangkan saingan serta memotong akar pepanjat bagi membebaskan dirian tinggal daripada gangguan untuk membolehkannya membesar dengan cepat.

Selain itu, rawatan silvikultur yang lain ialah memotong akar pepanjat ialah suatu jenis Rawatan Silvilkultur yang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diusahakan hasilnya. Rawatan ini melibatkan aktiviti memotong akar pepanjat bagi membebaskan dirian tinggal daripada gangguan untuk membolehkannya membesar dengan cepat. Seterusnya, tanaman mengaya ialah suatu jenis rawatan silvilkultur yang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diusahakan hasilnya bagi membantu meningkatkan isi kandungan hutan tersebut supaya mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi jenis-jenis pokok yang bermutu.

Pembalakan liar yang mengancam ekosistem hutan Rawatan bagi pemuliharaan hutan

Selain rawatan silvikultur, syarikat juga melaksanakan aktiviti tanaman kawasan lapang (TKL). Secara amnya TKL adalah suatu kaedah penghutanan semula secara menanam anak-anak pokok di kawasan-kawasan lapang yang terbentuk akibat operasi pembalakan di mana merangkumi kawasan-kawasan bekas betau, jalan-jalan penarik dan juga kawasan-kawasan yang dikenal pasti mengalami pembukaan tanah yang luas. Aktiviti TKL perlu dilaksanakan sebaik sahaja sesebuah kawasan itu selesai diusaha hasilkan.

Walaupun kerja-kerja pengusahasilan hutan dalam konsesi perjanjian KPKSB telah dimulakan sekitar tahun 1983, aktiviti pemulihan hutan di kawasan yang telah dibalak hanya dimulakan dalam tahun 1988. Dewasa ini, komitmen KPKSB terhadap usaha pemulihan dan pemeliharaan hutan bukan setakat hanya untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri dan bagi tujuan penyediaan laporan penutup semata-mata. Syarikat begitu menitikberatkan keberkesanan aktiviti rawatan hutan yang telah dilaksanakan dan keupayaannya dalam mengekalkan kualiti dan kuantiti pengeluaran kayu-kayan pada giliran tebangan seterusnya di samping mengekalkan fungsi dan kepentingan hutan kepada alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Oleh itu, sebuah rancangan pembangunan hutan secara menyeluruh dan bersepadu sedang dirangka dan akan direalisasikan bagi mencapai objektif sebenar aktiviti rawatan hutan dalam kawasan konsesi perjanjian KPKSB. Dikenali sebagai Program Pemuliharaan Bersepadu, konsep rawatan hutan ini merupakan usaha murni syarikat untuk mencapai hasrat Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di samping menjadi misi syarikat untuk melangkah ke hadapan sebagai forest model atau contoh terbaik pengurusan dan pembangunan hutan di negara ini. Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah dengan melaksanakan program ladang hutan bermutu tinggi. Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok jati dan mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam adalah masing-masing 750 hektar dan 1250 hektar. Melalui rancangan tersebut, kerajaan persekutuan membiayai dalam bentuk pinjaman untuk penanaman setiap 250 hektar tanaman setahun. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Dan Pembangunan Ladang Hutan Malaysia pada 18 November 1988. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). FRIM dan UPM menjalinkan kerjasama

untuk menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan terutama dalam aspek pengurusan, biak baik pokok dan sifat, serta penggunaan kayu. Program R & D akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada di samping memberikan penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesies, kesesuaian spesies dengan tapak tanaman, bekalan stok tanaman, silvikultur, kajian ekonomik spesies ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Malahan kerajaan juga berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat melalui kempen yang dilaksanakan. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar merupakan kaedah untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya merancang pemuliharaan ekosistem hutan. Langkah yang berkesan diambil dalam memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan hutan yang betul dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin ekosistem hutan terus terpelihara. Sebagai contoh, melalui kempen kesedaran iaitu Cintailah Hutan Kita dan kempen Penghijauan Bumi. Selain kerajaan, kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM). Subjek pemuliharaan hutan dan alam semula jadi untuk pembelajaran pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terus diutamakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pendidikan merentasi kokurikulum dan kokurikulum. Pengetahuan dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar dan pemuliharaan alam semula jadi telah diajar dalam mata pelajaran Geografi dan Sains sejak 1992. Selain itu, kementerian juga menyelitkan elemen alam sekitar dan ekosistem ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menerusi pendidikan merentasi kokurikulum. Mohd. Puad berkata, dalam usaha kementerian memperkukuhkan pembelajaran bagi subjek berkenaan, kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan dan Kehidupan Liar PERHILITAN sentiasa dilakukan dalam memastikan kesedaran generasi muda khususnya dalam penglibatan untuk pemuliharaan hutan di Malaysia.

Kerajaan juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara serantau dan pertubuhan alam sekitar dunia supaya pengurusan dan pemuliharaan hutan lebih berkesan. Sebagai contohnya, penglibatan Malaysia dalam Program Alam Sekitar ASEAN. Selain itu, menyambut Hari Hutan Sedunia pada setiap tahun dengan menganjurkan program menanam pokok di samping mengadakan pameran dan ceramah. Malahan, Malaysia juga terlibat dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Spesies- spesies Fauna dan Flora yang Terancam (CITES). Hasil kerjasama Malaysia dengan pertubuhan antarabangsa telah membolehkan World Wildlife Fund Malaysia (WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kuching. Pertubuhan antarabangsa tersebut membantu usaha-usaha perancangan dan pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dari segi bimbingan, perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan. Bagi media massa pula, sama ada penting mengimbau dan media cetak atau tentang media elektronik juga menjaga hiburan alam

menghebahkan

kepentingan dan

sekitar. Hal ini kerana masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi media massa itu sendiri sebagai saluran meningkatkan liputan mereka hutan mengenai yang komunikasi kepada masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap alam sekitar, pihak media massa telah masalah-masalah tanpa alam sekitar pihak yang nyata penebangan berleluasa kawalan

berwajib. Malah, jika sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian tanah runtuh, pembakaran terbuka dan kempen-kempen kesedaran pemuliharaan hutan turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio. Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan hutan, pastinya hutan yang merupakan nadi dalam kehidupan kita akan dapat diselamatkan dan dipulihara sepenuhnya sebagai khazanah alam yang dapat dinikmati oleh generasi muda.

You might also like