dimainkan di tempat yang berangin. Satu waktu, permainan tanpa nama itu putus talinya,dan anak itu pun menangis “wa,wa,wa,wa…”, maka, menurut yang empunya cerita,lahirlah perkataan "Wau".Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila DewiDewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda kelaut. Maka Mak si Dewa Dewa yang sedang bertapa di kayangan merasa tidak selesaduduk di kayangan, lalu dia turun ke Medan Kulum Laman Yang Rata, dan dilihatnyatembuni Dewa Muda terapung-apung di Sungai Nil. Tembuni itu dipulihkan menjadiseorang dewa yang dinamakan Awang si Jambul Lebat dan selaput tembuni Dewa Mudaitulah dijadikan “rangka” Wau untuk Dewa Muda.Untuk menyiapkan Wau itu, Mak si Dewa Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk dijadikan bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Mudadijadikan tangan dan badan wau serta rambut Dewa Muda dijadikan jambul Wau. BilaWau ini dinaikkan, maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah wujudnya nama "Wau". Mengikut asal usul ini juga, wau yang tidak ada busur atau busurnya tidak berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil"layang-layang".Mengikut asal usul yang lain pula, wau wujud dari semangat padi. Pada satu hari, seorang petani bersama isterinya yang tidak mempunyai anak terjumpa dengan seorang anak perempuan yang cantik, lalu dipelihara oleh mereka. Si suami tiap-tiap hari membawakanminuman dan makanan kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi,yang akhirnya menimbulkan perasaan cemburu di hati isteri. Anak perempuan itu dipukuloleh si isteri lantas melarikan diri dari rumah petani tersebut menghala angina barat.Berikutan dengan kejadian itu, padi petani suami isteri tadi, tidak berbuah dan diserang penyakit. Mengikut nujum, anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi.Untuk memohon maaf, petani itu harus membuat satu lembaga merupai Wau Bulansekarang ini dan dinaikkan setelah menuai.Mengikut asal usul yang lain, Wau Bulan lahir sebagai lambang penyatuan kembaliEmpayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Setelah kemangkatan pembina Empayar Srivijayaiaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar yang meliputi seluruh Asia Tenggara inimulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu MedangBhumi.Di awal abad ke-8 muncul seorang tokoh, iaitu cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama Jaya Sinha. Beliau mempunyai berbagai gelaran, antaranya Sabjaya atauSanjaya Putera, Inu Dewa, Seri Panji, Mahisa Kelana Seri Panji, Raden Inu Kertapatiatau Raden Asmarajaya dan Hyang Kamajaya, tetapi dia lebih terkenal dalam cerita-ceritatradisi sebagai Dewa Muda. Dewa Muda telah mengadakan beberapa serangan untuk menyatukan kembali Empayar Srivijaya.
Leave a Comment