You are on page 1of 2

Kaedah Proses Terjemahan Terjemahan merupakan satu aktiviti menggantikan bahan teks dalam bahasa

sumber kepada bahan teks dalam bahasa sasaran. Dalam aktiviti terjemahan, penterjemah akan menyalin semula maklumat dalam bahasa sumber kepada bahasa sasaran dari segi persamaan makna dan gaya. Terdapat tiga bentuk penterjemahan iaitu terjemahan penuh, terjemahan separa, dan terjemahan menyeluruh. Dari segi teknik terjemahan pula, terdapat tiga teknik yang terdiri dari terjemahan terus, terjemahan structural, dan terjemahan global. Teknik terjemahan global Teknik terjemahan global lebih mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah akan menyesuaikan dan mengubah perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran secara bebas dan keseluruhan agar pembaca memahami teks tersebut. Walaupun penterjemah bebas menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda baca dengan unsure-unsur bahasa dan budaya bahasa sasaran, idea, makna atau maksud asal teks tersebut masih kekal dan terpelihara dari asal. Secara keseluruhannya, teknik terjemahan global lebih mementingkan pemahaman kepada pembaca. Teknik ini sesuai untuk menterjemah karya-karya kreatif. Berikut adalah contoh teknik terjemahan secara global.

Teks Asal : Maintain good body resistance through a balanced diet, regular exercise, having dequate rest, reducing stress and not smoking.

Terjemahan teknik global : Kekalkan ketahanan badan yang baik melalui permakanan yang seimbang, senaman, rehat yang cukup, pengurangan stres dan tidak merokok.

You might also like