You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH Bilangan Jurnal : Ke-2 Minggu Praktikum : Kedua Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 30 Julai

hingga 03 Ogos 2012 Tajuk Jurnal : Kawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah dari segi kawalan kelas. Beberapa orang murid sudah kurang mendengar kata-kata dan arahan saya. Hal ini menyebabkan sesi pengajaran saya sedikit terganggu disebabkan oleh beberapa orang murid yang tidak mahu mendengar kata ini. Sehubungan dengan itu, perasaan dan semangat saya juga terganggu. Konsentrasi saya untuk mengajar sedikit terganggu disebabkan murid-murid nakal ini.

2. Analisis Setelah dikaji dan diteliti, saya dapati puncanya datang daripada diri saya sendiri. Saya terlalu manjakan mereka. Saya kurang tegas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya tidak mengenakan denda seperti yang tercatat dalam peraturan kelas yang lalu. Selain daripada itu, saya tidak pandai menarik minat mereka untuk belajar. Aktiviti yang tidak menarik menyebabkan mereka cepat bosan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

a. Saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan rakan-rakan, meminta pandangan mereka mengenai langkah-langkah yang boleh saya ambil bagi mengatasi masalah saya.

b. Saya akan cuba bertindak lebih tegas dan saya juga akan cuba berkeras dalam mengambil tindakan terhadap kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. c. Saya akan kuatkan kembali semangat untuk mengajar dengan meminta nasihat daripada guru-guru, ibu bapa dan orang-orang di sekeliling saya.

4. Tempoh masa

Dalam tempoh cuti hujung minggu,iaitu selama 2 hari, saya akan cuba buat perancangan rancangan pengajaran harian lebih awal untuk hari pada minggu seterusnya. Persediaan awal diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

_________________________ Tandatangan Nama: ___________________ Tarikh :___________________

_______________________ Tandatangan Nama: ________________________ Tarikh :________________________

You might also like