You are on page 1of 3

Esei Pertunangan Masyarakat India Adat istiadat kebudayaan perkahwinan orang Melayu dikatakan banyak dipengaruhi dengan kebudayaan

Hindu. Pernyataan banyak dipertikaikan kerana tiada bukti dan fakta yang kukuh untuk mengatakan kebudayaan perkahwinan masyarakat India banyak mempengaruhi adab pertunangan masyarakat Melayu. Oleh itu, kebudayaan adab perkahwinan masyarakat India perlu dikupas. Perbincangan pada kali ini juga menjurus kepada hal ehwal budaya mengenai pertunangan masyarakat India. Chetti Melaka banyak mengamalkan budaya dan cara hidup hampir sama orang Melayu, tetapi ada juga masyarakat India yang masih kuat mengekalkan adat lama dalam agama Hindu dengan berlaku sedikit pembaharuan mengikut perkembangan semasa. Pada masa dahulu, soal jodoh ditentukan keluarga dengan bakal pengantin langsung tidak berpeluang membuat pilihan sendiri. Malah, anak dara juga dilarang keluar rumah sebarangan dan menampakkan diri di hadapan orang lain. Peluang kepada anak teruna untuk melihat dan memasang niat mencari yang berkenan di hati hanya ketika pesta Kanni Ponggol. Adat dalam proses perkahwinan tidak jauh berbeza dengan masyarakat India tempatan. Cuma mungkin dalam sesetengah hal seperti pakaian dan makanan ketika kenduri, terdapat sedikit kelainan. Dalam masyarakat ini, proses perkahwinan juga membabitkan beberapa peringkat bermula dari perbincangan, pertunangan hingga majlis perkahwinan. Perkara pertama untuk menuju ke persetujuan perkahwinan adalah merisik. Adat merisik ini juga sama seperti amalan biasa orang Melayu. Wakil lelaki masyarakat India akan mengunjungi keluarga perempuan untuk bertanya sama ada pihak perempuan sudi menerima si lelaki sebagai menantu. Selalunya, jawapan tidak dapat pada ketika yang sama kerana keluarga perempuan akan meminta pandangan adik beradik serta saudara mara dan sudah tentu untuk mendengar sendiri jawapan si perempuan. Selepas jawapan diperoleh, barulah jawapan diberi dan proses seterusnya bermula.

Apabila pihak lelaki mendapat jawapan yang baik atau dipersetujui, mereka akan berjumpa pandaram (pengamal agama) untuk mendapatkan tafsiran mengenai keserasian kedua-dua pihak. Jika dalam tafsiran itu membenarkan berlaku

perhubungan, pihak lelaki perlu memaklumkan kepada Pemegang Amanah serta berbincang mengenai hari sesuai majlis dilangsungkan. Seterusnya, pertunangan akan dibuat. Masyarakat India memanggil adat ini sebagai parisam. Adat parisam ini terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa dan udan parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali. Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan tuhan. Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang

mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi.

Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orraimaalai atau kalungan tunggal. Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah parisam merupakan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

You might also like