• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Tun Fatimah
Tun Fatimah
adalah seorang serikandiMalaysiayang terkenal dan merupakan anak  perempuan kepada  BendaharaSri Maharaja. Beliau telah berkahwin denganSultan Mahmud  Shah  sebagai salah seorang gundik baginda selepas kesemua adik beradik lelaki beliau dihukumbunuh.Tun Fatimah mempunyai beberapa orang anak:
 
 
1.Raja Ala'uddin ibni Sultan Mahmud Shah, Sultan Muda Ahmad Shah
2.
 Raja Raden Aliibni Sultan Mahmud Shah, Sultan Johor ke-23.Raja Puteh binti Sultan Mahmud Shah4.Raja Khadijah binti Sultan Mahmud ShahTun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima. Beliau berketurunan Tamil Muslim,bapa beliau Tun Mutahair adalah bendehara Melaka pada waktu pemerintahan SultanMahmud. Mereka adalah keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri SultanMuzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak) dan juga Tun Ali.Tun Fatimah sudahpun berkahwin apabila Sultan Mahmud cuba memperisterikannya. SultanMahmud yang masih berdegil untuk memperisterikannya telah membunuh kesemua ahlikeluarga Tun Fatimah termasuklah Tun Mutahir.Tun Fatimah akhirnya berkahwin dengan Sultan Mahmud dan melahirkan empat orang anak, diantaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
Hang Tuah
 
 Hang Tuah
ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melakadi abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511 A.D.Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong,Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang  istanayang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunandayang  di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal  dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiadatolok bandingnya. Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat  ,  Hang Kasturi , Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama  Adiputra di Gunung Ledang .Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor 
 
 ,anak orang asliyang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesaimenuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri)daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasanmereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.Sejak itu, Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuahmendapat gelar  Laksamana.Semasa mengiringi Sultan Melaka keMajapahit di tanah  Jawa ,  Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari.Dalam  pertarungan itu, Taming Sari ialah seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan.Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalanTaming Sariterletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampaskerisberkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itukemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akanturut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari. Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkanTun Tejauntuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijayabagi dijadikan gundik   Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuahdisembunyikannya di sebuah hutan di  Hulu Melaka.  Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan kerisTaming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang  Jebat (menurut  Hikayat Hang Tuah
 
 ) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu
 
 ), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima diMelaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadikebal  kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itubaginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telahdipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat danmembunuhnya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...