You are on page 1of 14

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

PENGENALAN

Makmal Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Di dalam setiap makmal, terdapat peraturanperaturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran matapelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru dan pelajar sekolah.

Di samping itu juga guru-guru Kemahiran Hidup boleh mempertingkatkan kecenderungan pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup, dengan adanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyelenggaraan dan

penyelenggaraan.

Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di agihkan kepada tiga organisasi yang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusan-urusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjamin kelancaran proses PdP yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan bersistematik, selamat dan memberangsangkan.

1 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Pengurusan dan pentadbiran sumber manusia dalam kemahiran Hidup terbahagi kepada tiga bahagian iaitu struktur organisasi, panitia dan pengurusan pelajar.

Berikut merupakan struktur organisasi sekolah :

Selain dari itu, dalam memastikan pengurusan lebih sistematik, bengkel kemahiran hidup perlu mempunyai dokumen-dokumen dalam bengkel tersebut. Contohnya Buku Rekod Mengajar guru yang mempunnyai kelas pada waktu tersebut. Ianya mempunyai tarikh, masa, kelas, tajuk (bidang dan unit pembelajaran) hasil pembelajaran, aktiviti & bahan bantu mengajar. Selain itu, perlu diletakkan Buku rekod penggunaan bengkel yang terkandung tarikh, masa, kelas dan amali atau teori. Seterusnya buku stok dan kad inventori yang mengandungi nota

penghantaran. Invois, bil dan resit tunai. Selain daripada itu, bengkel kemahiran hidup juga perlu mempunyai buku rekod kecederaan, buku rekod pinjaman alatan dan mesin serta buku rekod

penyenggaran. Ini bagi memastikan keadaan bengkel terkawal, teratur dan selamat. Selain dari struktur organisasi, bengkel Kemahiran Hidup juga perlu mempunyai organisasi Bengkel Kemahiran Hidup, Ini bagi memastikan pengurusan bengkel KH lebih sistematik dan murid mempunyai tugas masing-masing yang perlu dijalankan Struktur bengkel KH adalah seperti berikut :

2 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Seterusnya bagi meningkatkan pengurusan mata pelajaran Kemahiran Hidup. Panitia matapelajaran memainkan peranan yang penting bagi melancarkan pergerakan aktiviti yang berkaitan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup. Tugastugas panitia matapelajaran adalah seperti berikut : a. Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester. b. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan. c. Membuat pesanan bahan dan alatan d. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KH. e. Menentukan penggunaan ABM/BBM dan kaedah mengajar yang kemaskini. f. Menjalankan mesyuarat panitia. g. Menguruskan sesi perkembangan staf.

Selain dari peranan panitia, para pentadbir juga memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan minat dan pencapaian bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Antara tugas guru besar ialah bertanggungjawab menentukan peraturan keselamatan sentiasa kemaskini dan dipatuhi, bertanggungjawab memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera dan bertanggungjawab mengenalpasti tindakan yang perlu diambil sewaktu kecemasan. Manakala tugas penolong kanan ialah bertanggungjawab membantu guru besar dan pelajar mengenai aspek keselamatan.

3 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Selain dari tugas yang perlu dipikul oleh pentadbir, guru KH juga perlu menjalankan tugas iaitu peka kepada kemungkinan berlakunya kemalangan,

memastikan peraturan makmal sentiasa dipatuhi, menentukan alatan/perkakas yang akan digunakan selamat, sentiasa mengawasi penggunaan alat dengan betul, memastikan pelajar melakukan kerja amali secara sistematik dan memastikan alat kawalan dan perlindungan elektrik dalam keadaan selamat.

Seterusnya bahagian ketiga dalam pengurusan dan pentadbiran sumber manusia ialah pengurusan pelajar. Sehubungan dengan itu Ketua panitia KH perlu menyediakan Peraturan Keselamatan Makmal yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar. Seterusnya memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat serta bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian pelajar seperti di bawah :

Para pelajar bertanggungjawab terhadap tugas yang di amanahkan kerana setiap tugas yang diberi mempunyai peranan masing-masing bagi menjamin keselamatan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Tanggungjawab Formen ialah bertindak sebagai ketua kelas dan bertanggunjawab terus kepada guru Kemahiran Hidup. Seterusnya memastikan semua penolong-penolong di bawahnya

4 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Selain dari itu, formen juga bertanggungjawab melaporkan kepada guru jika berlaku kejadian seperti

kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang.

Seterusnya ketua unit kebersihan pula bertanggungjawab membersihkan tempat kerja, menyapu lantai, membuang sampah. Selain itu, memastikan lantai bersih dan jika ada kesan minyak, ianya perlu dibersihkan serta melaporkan kepada formen setiap kerja yang telah dilaksanakan. Manakala ketua unit alatan pula

bertanggungjawab mengagihkan alatan kepada pelajar mengikut kumpulan kerja, memungut alatan dan menyimpan semula di rak alatan serta melaporkan kepada formen jika terdapat alatan yang rosak atau hilang.

Selain daripada itu, terdapat juga ketua unit projek yang bertanggungjawab mengedar bahan projek kepada kumpulan pelajar, mengumpul bahan projek yang belum siap di dalam rak atau almari simpanan serta melaporkan kepada formen jika terdapat bahan projek yang rosak atau hilang. Seterusnya ketua unit keselamatan yang bertanggungjawab memastikan tingkap ditutup, pili air ditutup ketat, pintu dikunci, plag ditanggalkan setiap kali tamat sesi pengajaran dan pembelajaran serta melaporkan kepada formen jika tingkap pecah, kunci pintu rosak, plag rosak dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pengurusan dan pentadbiran sumber manusia ini amat penting dalam sesuatu organisasi khususnya organisasi Kemahiran Hidup. Ini kerana ianya akan menyebabkan organisasi tersebut bersistematik, teratur dan selamat. Begitu juga dalam matapelajaran Kemahiran Hidup, bagi memastikan matapelajaran ini dapat dilaksanakan dengan lancar, pengurusan panitia dan bengkel kemahiran hidup haruslah lebih menitikberatkan bahagian di dalam pengurusan dan pentadbiran sumber manusia iaitu, struktur organisasi, panitia dan pengurusan pelajar. Ini bagi menjamin kecenderungan minat pelajar dalam matapelajaran meningkat dari semasa ke semasa seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang gemilang dan terbilang.

5 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

PENGENALAN

Bengkel merupakan tempat berlakunya proses pengajran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk teori atau latihan praktis, di mana pelajar akan mempraktikkan teori yang dipelajari ke dalam bentuk amali. Di dalam setiap bengkel, terdapat peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamtan yang tertentu yang mesti dipatuhi demi menjamin proses pembelajaran dapat berlaku dengan efisyen. Oleh yang demikian, amalan pengurusan bengkel yang baik dan sistematik perlu sentiasa dilaksanakan, di selia dan ditambahbaikkan mengikut keperluan kerja di bengel. Bengkel yang diurus dengan baik akan memberikan persekitaran yang kondusif dan selamat.

Mengikut Kamus Dewan (2002), takrifan pengurusan ialah perihal (kerja dan sebagainya) mengurus sesuatu seperti syarikat, badan perniagaan dan lain-lain. Bengkel pula dalam skop ini, ditakrif sebagai kilang kecil iaitu tempat pertukangan. Oleh yang demikian, pengurusan bengkel bolehlah dijelaskan sebagai satu proses social yang sistematik, merangkumi perancangan, kawalan dan penyelerasan berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkesan dan ekonomi terhadap pekerja yang bekerja pada suatu tempat/ruang yang telah disediakan. Ia merupakan satu proses pengintegrasian sumber organisasi iaitu manusia, bahan dan alatan.

Konsep pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran membuat lakaran bentukbentuk asas, mereka bentuk dan penghasilan projek, mengenal pasti dan membezakan litar elektrik, menyenggara dan membaik pulih alatan dan

menghasilkan tumbuhan hiasan, mengusaha niaga barang

6 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan

pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang pelbagai perlu seperti kaedah tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik supaya proses penerimaan ilmu yang disampaikan oleh guru-guru lebih mudah dan berkesan.

Oleh itu, salah satu lokasi penting yang perlu dititik beratkan pengurusannya supaya menjadi sebuah bilik yang sangat kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran ialah bengkel Kemahiran Hidup (KH). Peranan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup sama ada di sekolah menengah atau rendah amat diperlukan bagi memastikan bengkel KH ini sentiasa sedia untuk digunakan secara kondusif dapat direalisasikan.

Demi mewujudkan satu sitem pengurusan bengkel yang efisyen dan berterusan, beberapa kepentingan dan keperluan perlu dipenuhi. Antaranya ialah mengelakkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan wang. Ini kerana bagi menguruskan sesebuah bengkel memerlukan masa yang banya, panjang serta berterusan. Pengurusan yang baik dan sistematik akan dapat mengurangkan masa yang terbuang dan seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga. Melengkapkan

sesebuah bengkel juga memerlukan kelengkapan dan peralatan atau mesin yang banyak. Sekiranya semua itu dapat diurus dan diselia dengan efisyen, maka tentunya akan menjimatkan kos. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah :

a. Merancang ruang pengajaran dan pembelajaran supaya dapat dijalankan dengan baik. b. Penyelenggaraan alatan, mesin dan kelengkapan lain dengan sistem rekod dan inventori.
7 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

c. Penstoran dan penyimpanan peralatan atau mesin mudah alih.

Selain dari itu, bengkel KH juga perlu penjagaan dan kawalan keselamatan. Ini kerana pengurusan bengkel yang baik dan kemas secara langsungakan dapat mengawal dan mengelakkan dari berlaku kemalangan. Amaan kerja yang betul di samping menggunakan alatan atau mesin yang tepat tentunya akan dapat mengelak atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan risiko kemalangan. Keseluruhan ahli bengkel, sama ada penyelia atau guru atau pelajar adalah sama-sama

bertanggungjawab dalam menjaga keselamata di bengkel.

Seterusnya, mewujudkan persekitaran dan pembelajaran yang kondusif. Selain daripada penyediaan ruang pengajaran dan pembelajaran yang baik, semua alatan atau mesin yang berkaitan termasuk bahan bantu mengajar mestilah disediakan sepenuhnya. Kesemua itu perlu terutama semasa membuat perancangan pembelian setiap akhir tahun.

Selain daripada itu, penghasilan produk juga haruslah yang berkuaiti. Amalan keselamatan bengkel, penyelenggaraan alatan atau mesin serta pengajaran dan pembelajaran yang kondusif adalah sangat perlu diurus dengan baik bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti. Secara jelas, jika alatan atau mesin tidak diselenggara dengan baik tentunya akan menghasilkan produk tidak seperti yang dikehendaki. Contohnya pahat yang tumpul tentunya tidak akan dapat menghasilkan tanggam yang tepat.

Selain dari itu, bengkel tersebut juga akan dapat menjadi contoh kepada sekolah yang lain. Ini kerana sekiranya kesemua keperluan dapat diurus dengan efisyen, ia akan menjadi kebanggaan sekolah berkenaan. Pihak Nazir yang datang akan memberikan komen yang terbaik dan tentunya akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain. Ini adalah penting kerana setiap anugerah atau pengiktirafan yang diperolehi akan menambahkan lagi azam keseluruhan ahli bengkel untuk mengekal dan menmbah baik sistem pengurusan bengkel yang sedia ada.

8 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Selain dari kepentingan pengurusan bengkel, perkara yang perlu dititikberatkan juga adalah tentang pengurusan ruang kerja. Perancangan penyediaan bengkel merupakan suatu kerja yang agak kompleks. Perincian banyak faktor yang terlibat perlu diambilkira dengan sebaik mungkin. Ini bagi memastikan bengkel tersebut memenuhi segala ciri-ciri keperluan semasa dan masa hadpan. Penyedian pelan lantau yang baik adalah penting bagi menyediakan setiap ruang dapat dipenuhi dengan berkesan.

Antara aspek dalam pengurusan ruang kerja adalah perancangan ruang dan kawasan kerja. Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Kawasan kerja pula adalah keluasan ruang yang diperlukan bagi pelajar untuk mengendalikan mesian atau alatan dengan selesan dan selamat. Kawasan juga melibatkan penempatan mesin-mesin, penstoran, laluan untuk bekerja, penempatan kit kecemasan dan alat pemadam api dan juga kawasan untuk menjalankan proses PdP. Sebelum merancang pelan

lantai bengekel, pelukis pelan perlu mengenal pasti jenis ruang dan kawasan yang diperlukan oleh bengkel tersebut berdasarkan jenis pembelajaran yang akan dilaksanakan. Ini adalah sangat penting bagi memastikan luas ruang dan kawasan yang disediakan sesuai dengan kerja atau fungsinya. Dalam membuat perancangan tersbut, garis panduan asas boleh di ambil kira seperti ruang pengajaran dan pembelajaran secara teori. Ruang ini sebaiknya berasingan dari kawasan kerja. Ini untuk mengelakkan kemalangan dan kebisingan. Jika ruang tersebut berhampiran dengan kawasan kerja, maka perlu itetapkan maasa bekerja dan kelas teori tidak boleh berjalan serentak.

Seterusnya ruang alatan dan bahan. Bagi memudahkan penyelenggaraan dan kawalan, biasanya terletak berhampiran dengan bilik guru. Namun demikian tidak sesuai jika berjauhan dengan tempat kerja. Cabinet yang sesuai juga boleh digunakan bagi penyimpanan alatan atau mesin yang seuai. Susun atur alatan dan mesin yang kemas dan penjagaan kebersihan yang baik akan dapat meningkatkan muti kerja yang lebih berkualiti.

9 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Susun atur bengkel yang kemas dan bersih

Selain dari itu, ruang kerja juga erupakan aspek yang penting dalam membuat perancangan tersebut. Ini kerana ianya merupakan ruang pelajar menjalankan aktiviti amali. Dihadapan ruang kerja, perlu ada satu ruang tunjuk cara. Bagi kerjakerja kemasan atau penyudahan, perlu ada satu ruang khas mengikut kesesuaian kerja. Ruang mesin pula sebaiknya disusun mengikut proses kerja. Ruang antara mesin mestilah mencukupi dengan kadar kerja. Contohnya, mesin ketam kayu, perlu ada satu ruang yang mencukupi bagi kayu panjang untuk masuk dan keluar mesin.

Akhir sekali adalah ruang simpanan barang pelajar. Satu ruang di luar bengkel perlu disediakan bagi penyimpanan barangan pelajar seperti beg, dan lain-lain. In boleh mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini seperti kesesakan dan kecurian alatan di dalam bengkel.

Selain dari kepentingan dan perancangan penyediaan pelan lantai bengkel, satu lagi aspek yang paling penting dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup adalah penyusunan alatan dan bahan. Alatan dan bahan di bengkel adalah berbeza mengikut jenis pembelajaran yang dlaksanakan. Guru atau penyelia dalam bidang berkenaan perlu mahir tentang fungsi dan langkah kerja bagi setiap alatan atau mesin kerana jika kaedah penyimpanan dan penyusunan alatan atau mesin tidak sesuai, akan menyebabkan gangguan kerja dan boleh mendatangkan bahaya. Alatan dan bahan yang berlainan perlu kepada kaedah atau ruang penyimpanan yang berbeza.
10 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penyusunan dan penyimpanan alatan dan bahan di dalam bengkel seperti berikut :

Kaedah yang pertama adalah panel alatan. Panel alatan terdiri dari panel umum, panel terbuka panel tertutup, panel, berkumpulan, panel bergerak dan panel pameran. Panel alatan akan memperlihatkan penyusunan alatan dengan kemas dan menarik. Tempat panel ini mestilah diletakkan di tempat yang sesuai bagi memudakan pelajar mengambil dan menyimpan. Dengan penggunaan panel, guru data memastikan dengan mudah alatan yang diguakan pelajar disimpan atau tidak. Berikut adalah beberapa panel alatan yang terdapat di dalam bengkel Kemahiran Hidup. a. Panel umum Panel yang menempatkan beberapa alatan yang berbeza pada satu panel

Panel Umum Panel alatan tangan

11 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

b. Panel Terbuka penyediaan ruang untuk alatan sejenis sahaja dan disusun atur dengan kemas.

Panel Terbuka

Panel Tertutup

c. Panel Tertutup Panel ini biasanya berkunci kerana melibatkan alatan atau mesin yang terhad atau memerlukan pengawalan penggunaannya. Formen bengkel yang dilantik akan bertanggungjawab mengurus selia

penggunaannya. d. Panel berkumpulan Disediakan bagi kerja-kerja amali secara berkumpulan. Kebiasaannya ketua kumpulan diberi tanggungjawab untuk mengawal selia semua alatan supaya sentiasa cukup dan berkeadaan baik selepas selesai kerja. e. Panel individu Setiap pelajar mempunyai alatan asas mereka sendiri. Kaedah ini sangat baik kerana setiap pelajar bertanggungjawab ke atas alatannya sendiri Namun begitu ianya memerlukan kos yang tinggi kerana memerlukan alatan yang banyak.

Panel individu kerja kayu

12 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

f. Panel Bergerak kebiasaanya digunakan apabila bengkel mengalami masalah ruang untuk menyimpan alatan secara tetap. Ini bagi memudahkan alatan diletakkan berhampiran dengan kawasan kerja. Ianya amat sesuai digunakan sekiranya memerlukan kerja di luar kawasan bengkel. g. Panel Pameran digunakan sebagai bahan bantu mengajar seperti panel yang menunjukkan jenis-jenis alatan dan juga sebagai panel konsep contohnya pemasangan sebuah enjin.

Panel lekapan dan pemasangan sistem perpaipan Manakala kaedah yang kedua dalam penyusunan dan penyimpanan alatan adalah stor utama. Stor umum merupakan stor utama bagi sesebuah sekolah. Stor ini digunakan untuk menyimpan alatan untuk beberapa bengkel yang berbeza pembelajarannya. Pembantu bengkel diperlukan bagi mengawal selia serta merekodkan keluar masuk alatan supaya alatan yang hilang atau rosak dapat dikenalpasti serta-merta.

Kaedah yang seterusnya adalah stor bahan. Stor ini mestilah direka bentuk mengikut kesesuaian bahan yang hendak disimpan. Ini bagi memudahkan bahan tersebut di simpan dan dikeluarkan daripada stor. Penyusunan yang sistematik diperlukan supaya tidak menyusahkan ketika untuk mengambil bahan yang berada di dalam stor tersebut.

13 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

Pengenalan Kepada Pendidikan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

RBT3117

Panel lekapan dan pemasangan sistem perpaipan

Guru yang rajin dan tekun akan dapat menggunakan kreativitinya untuk menghias bengkel dengan maklumat yang berguna untuk menceriakan bengkel dan membantu p&p guru supaya lebih berkesan.

Akhir sekali, pengurusan dan pentadbiran Bengkel Kemahiran Hidup in amat penting kerana ianya terdapat pelbagai alatan yang berbahaya dan mahal. Bengkel juga perlu di kawal selia supaya lebih tersusun dan bersistematik. Ini kerana bengkel merupakan tempat kerja-kerja kemahiran dilakukan dan mempunyai pelbagai alatan kemahiran yang perlu di kawal selia. Oleh yang demikian, pengurusan dan pentadbiran bengkel perlu dititikberatkan supaya proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan dan mempunyai ruang yang selesa dan selamat.

14 KHAIRULNIZAM B. ABD. AZIZ (781103-07-5027)

You might also like