You are on page 1of 2

PENCEMARAN AIR

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
DEFINISI - perubahan air yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. - Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab -Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan - Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Industri perlombongan yang melibatkan cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak . - Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut - Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku.

KESAN PENCEMARAN

- Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal - Suhu dan pH dalam sungai terlalu tinggi juga akan menyebabkan penyusutan DO dalam sungai kerana perubahan penggunaan dan penghasilan DO oleh akuatik dan tumhuhan -Aspek kesan fizikal pula, akan menyebabkan permintaan BOD (Biochemical Oxygen Demand) yang tinggi sekaligus penyusutan DO akan berlaku dan sungai akan menjadi anaerob. - Mengurangkan hidupan akuatik dalam sungai kerana sebahagian akuatik tidak sesuai dengan keadaan sekelilingnya - Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung.

PENCEMARAN AIR

CADANGAN MENGATASI ISU PENCEMARAN - penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. - bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. - Penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. - peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.

KEPENTINGAN MENGATASI ISU PENCEMARAN - Malaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. - Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar.

You might also like