You are on page 1of 14

Penghargaan

Dengan nama Tuhan kami memulakan tugasan ini kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kami berdua dapat menyiapkan tugasan ini. Di sini kami mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih dan penghargaan khas kepada pensyarah saya, iaitu ENCIK FAUZI NGAH yang tidak kenal erti penat lelah dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan yang diberikan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu tetap kami abadikan dalam hidup kami. Ucapan yang sama juga ditujukan kepada ibubapa saya di kampung, yang telah memberi dorongan untuk menyiapkan tugasan ini .Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan yang telah sudi berbincang, memberi pandangan yang kritis dan sokongan moral hingga dapat menghasilkan sebuah hasil penulisan yang bersifat ilmiah ini. Akhir sekali, tugasan ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh golongan pelajar, para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan. Dipohon semoga Tuhan memberi ganjaran yang setimbal dengan jasa yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih

Pengenalan J.W.W Birch dilantik sebagai Residen Inggeris pada bulan Januari 1874 telah merubah segala-galanya landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak. Kematian J.W.W. Birch pada 2hb. November 1875 di Pasir Salak, Perak mencatatkan suatu trajidi penting dalam perkembangan sejarah perjuangan orang Melayu. Kematian ini bukan sahaja menggambarkan tentangan terhadap campur tangan British dan pengenalan unsur-unsur baru di Perak dan Tanah Melayu akibat daripada tindak balas orang Melayu ke atas campur tangan British.

Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W. Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14 hingga 22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri. Seteusnya, James Wheeler Woodford Birch (J.W.W Birch) adalah Residen British pertama di Perak. Rupa Birch adalah bertubuh kurus, bermisai melenting, berwajah bengis dan berambut kerinting. Beliau telah menjadi Residen pertama perak pada 3 April 1826 hingga 2 November 1875. Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya adalah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England. Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Birch adalah Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya, Ceylon pada Disember 1846. Kemudian, beliau menjadi penulis di Jabatan Perkhidmatan Awam, ditempatkan di Pejabat Wakil Kerajaan, Jaffna pada November 1852. Beliau juga pernah menjadi Majistret Polis di Jaffna pada April 1853, menjadi Galle pada Oktober 1853, menjadi

Mallakam pada Januari 1854

dan menjadi Chavakachcheri iaitu memangku pada

Januari 1854. Pada Ogos 1854 J.W.W. Birch menjadi Pemangku Penolong Wakil Kerajaan Trincomalee dan perlantikannya disahkan dalam bulan Disember 1854.

Beliau juga pernah menjadi hakim daerah Batticaloa pada Mac 1856 dan menjadi pemangku penolong wakil kerajaan, Batticaloa pada Januari 1859 hingga Mei 1862. Seterusnya pada September 1864 menjadi pemangku penolong wakil kerajaan, Ratnapura. Pada Ogos 1865 Birch memegang jawatan sebagai Kurunegala. Di Hambantota Birch menjadi pemangku penolong wakil kerajaan pada Julai 1866 dan pada Oktober 1867 beliau menjadi Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah timur. Perlantikan beliau disahkan dalam bulan Jun 1868. Pada Mei 1870 hingga 1874 baliau menjadi setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat dan menjadi Residen British Pertama di Perak pada 3 April 1826. Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya. Pada mulanya sistem Residen

dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Sebelum kedatangan James Wheeler Woodford Birch (J.W.W. Birch), pembesarpembesar Melayu telah berpecah tiga kerana merebutkan takhta berikutan

kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah, Sultan Perak yang ke-24 ( 1865-1871 ), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat kaya dengan bijih timah itu. Kehadiran Birch telah berubah landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak. J.W.W Birch merupakan seorang Residen yang paling angkuh, suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara di dalam dada orang-orang besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W Birch. Dato Maharaja Lela, Pembesar Perak yang pertama menyuarakan rasa tidak senang hati dengan tindak tanduk J.W.W.Birch.

Dato Maharaja Lela ialah Orang Besar Berempat Perak yang berkuasa di sekitar kawasan Pasir Salak. Selain itu, Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk

membolehkannya mengambil alih

kuasa

kerja-kerja mengutip

cukai daripada

pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah. Pada 20hb Julai 1875, J.W.W.Birch, sekali lagi beliau mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangan kali ini berserta dengan ugutan, Sultan Abdullah akan diturunkan daripada takhta seandainya enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut. Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875. Tambahan lagi, Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir. Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato Maharaja Lela, pada 30hb Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch. J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru sahaja Residen Birch baru saja balik dari lawatannya di Pasir Salak, melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih ke atas pungutan cukai. Mungkin cuaca petang itu panas, Birch mengambil keputusan

untuk mandi di rumah rakit yang dibina berhampiran perahu kenaikkannya. Beliau bercadang untuk bermalam dalam perahu dan akan balik ke Bandar Baru pada keesokkannya. Birch tiba di Pasir Salak dari Bandar Baru iaitu tempat kediaman Residen dengan menaiki Perahu Naga, pada pukul 10.00 malam, 1hb November 1875. Birch diiringi Lef. Abbot, Mat Arshad iaitu seorang juru bahasa dan 10 orang sepoi (askar). Saat yang ditunggu akhirnya tiba juga, perancangan sulit yang telah diaturkan oleh Dato Maharaja Lela telah disempurnakan oleh Pandak Indut dan Si Puntum. Birch sedang menjirus badannya, Pandak Indut, seorang pendekar terhandal perak merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman lembing tepat singgah di dada Birch, lantas jatuh berguling di dalam Sungai Perak. Pada pukul 2.00 pagi, 2hb November 1875, Birch menemui ajal, direjam dengan lembing Beliau masih bernyawa, beliau cuba berenang hendak naik sambil meminta tolong. Bagaimanapun, belum sempat Birch timbul, dengan pantas, Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjang. Semasa kejadian, askar J.W.W. Birch yang dipimpin oleh Left. Abbot sedang pergi memburu di Kampung Gajah. Mayat Birch tenggelam dan hanyut. Mayatnya ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian. Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan. Terdapat beberapa faktor penentangan rakyat tempatan dan pembunuhan J.W.W. Birch di perak. Antaranya ialah, kelemahan Perjanjian Pangkor. Kelemahan

Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871. Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-

pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan daripada Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim. Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen. Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu. Seterusnya kelemahan Birch. Kelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada tahun 1874 hingga tahun 1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan

peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 iaitu apabila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap

menegaskan ganti rugiakan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai dikawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 iaitu pada beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya History of Malaya menganggap Birch sebagai an idealist in a hurry kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa

memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.

Kemudiannya, Pembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch juga menjadi salah satu faktor kenapa J.W.W. Birch dibunuhakan. Pembaharuanpembaharuan tersbut telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa daripada Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat dan mendapati Birch bukan menasihatnya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawaipegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, seperti hukuman mati, kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisionalnya. Kerajaan

British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British sahaja.

Dari segi ekonomi, pembaharuan British telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawaipegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai RM26,000 setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai RM6,000 sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana

ia bertentangan dengan arahan.

Dari segi sosial pula, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambang status yang menentukan kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hambahamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hamba perempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup dua orang hamba perempuan berketurunan Melayu dengan berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan dua orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke keiaman Birch pada Oktober 1875. Kemarahan Sultan terhadap tindakan Birch bukan

sahaja kerana mereka menjadi tuan kepada hamba tetapi kerana tindakan Birch bertentangan dengan syarat Perjanjian Pangkor yang berkaiatan dengan adat resam orang Melayu. Oleh keran itu, sultan, pembesar-pembesar dan juga rakyat tempatan berasa tidak puas hati dengan J.W.W. Birch.

Tindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Selepas melawat Perak, William Jervois tidak puas hati terhadap pentadbiran Birch secara tidak langsung di Perak. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawaipegawai British. Beliau mahu Sultan dan pembesar membayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2hb Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof dan akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut. Perkara ini menambahkan lagi perasaan marah terhadap J.W.W. Birch dan menjadi salah satu faktor pembunuhan J.W.W. Birch.

Sebagai kesimpulan, Campur tangan Inggeris di negeri Perak bukan sahaja dicetuskan oleh Sultan Abdullah bahkan dicetuskan oleh salah satu kongsi gelap pelombong Cina di Perak bernama Ghee Hin. Menurut sumber dari buku The Golden Chersonese and The Way Thither (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan anak-anak), Raja Abdullah telah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching untuk merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke, meminta pertolongan campur tangan Inggeris di Perak. Begitu juga dengan kongsi gelap Ghee Hin yang mengutus surat meminta pertolongan daripada pihak Inggeris. Rentetan campur tangan Inggeris menyebabkan Perak terpaksa menerima seorang Residen British, iaitu J.W.W Birch. Akibat daripada tindak-tanduk dan keangkuhan Birch serta ekoran daripada Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah dan pengikut-pengikutnya bangkit menentang

Inggeris di Perak sehinggalah membawa kepada pembunuhan Birch. Pembesarpembesar Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch akhirnya ditangkap setelah mereka menyerah diri. Ramai antara mereka yang dihukum gantung dan dibuang negeri, diasingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi termasuklah Sultan Abdullah.

Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba Birch), Dato Laksamana, Swettenham dan Dato Syahbandar. Dato Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir Hamidi.

Raja Abdullah berpakaian ala Inggeris. Sumber gambar: wikipedia.

Dari kiri DatoMaharaja Lela,di tengah sultan abdullah,dari kananDatoSagor

Datomaharaja lela di hukum gantung sampai mati

Perjanjian pangkor

Tempat Birch Dibunuh DATO MAHARAJA LELA

Sultan Abdullah

Dato Maharaja Lela Pandak Lam

Datuk Sagor (Sri Agar)

Ngah Ibrahim

BIBLIOGRAFI
BUKU: Ahmad Subki bin Miskon dan Syed Ismail bin Syed Mustapa. (2010). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbitan Pelangi. Sdn. Bhd.

Dentan, R.K. (1979). The Malaysia Histroy, Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Buku teks sejarah tingkatan lima. Kuala Lumpur.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhirah Syed Ahmad, Zuraidah A.Majid. (2011). Sejarah politik. Selangor: Penerbitan Oxford Fajar. Sdn. Bhd.

LAMAN WEB:
Faktor-Faktor Penentangan Orang Melayu http://www.scribd.com/doc/24010375/Faktor-Faktor-Yang-Menyebabkan-Penentangan-Orang-MelayuMeletus-Di-Pahang-Dan-Perak (20 OGAS 2012)

Faktor- Faktor Penentangan


http://cikgusejarah.blogspot.com/2009/09/penentangan-di-perak.html Faktor Faktor Penentangan http://cikguyatieishere.blogspot.com/2009/08/sej-9402bhg-adiskusi_04.html

Pembunuhan J.W.W. Birch


http://cikgurazak.blogspot.com/2011/01/penentangan-di-perak.html

You might also like