You are on page 1of 20

TEORI KEDATANGAN ISLAM DAN PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

WAJ3101

Disediakan oleh : MOHD FIRDAUS BIN SALAMAT

PENGENALAN
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat di Asia Tenggara menganut agama Hindu dan Buddha.
Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan Agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu.

TEORI

Teori Dari Arab


Teori Kedatangan Islam
Teori Dari India Teori Dari Cina

1. Teori Dari Arab Tokoh - John Crawford, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa Agama Islam itu dibawa secara langsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Antara bukti-bukti dan contohnya ialah : a) Pengislaman Golongan Raja Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri al- Yamani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman. (Abdullah Ishak, 1990)

b) Perkampungan Islam Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi. (Abdullah Ishak, 1990) c) Bidang Persuratan S.M. Naquib al-Attas menegaskan juga bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya (Hashim Musa, 2001)

d) Perdagangan Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islam di Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyai pelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

2. Teori Dari India Tokoh- Snouck Hurgronje, R.O.Winstedt, B. Harrison. a) bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. b) ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri daripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu.

c) Penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat dan Kolomandel berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut. (D.G.E. Hall, 1987) d) Masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Menerusi hubungan dua hala itu penduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telah pun dianuti oleh pedagang-pedagang India. (Abdullah Ishak, 1990)

3. Teori Dari Cina Tokoh- Emanuel Gadinho Eredia, S.Q.Fatimi a) Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapat ini terbukti hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. (Othman Soh) * Bukti lain - dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah, Batu bersurat Phan-rang di Kemboja, batu nisan Pahang.

b) Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang.

c) Hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiran Agama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, sutera dan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporan orang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telah pun datang ke negara China semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai T-sung dari Dinasti Pang (627-650M). (Abdullah Ishak, 1990)

PERANAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Agama dan Kepercayaan Sosial Pendidikan Bahasa Dan Kesusasteraan Perundangan Politik Dan Pemerintahan Sistem Kekeluargaan Adat Dan Cara Hidup

1.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabinabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab suci.

2. Sosial

Menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semua manusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengan sendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme. (Abdullah Ishak,1990)

3. Pendidikan
Memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metode ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam.

4. Bahasa Dan Kesusasteraan - Penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu. - Memperkenalkan tulisan Arab dan masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. - Menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undangundang dan pentadbiran. - Sasterawan dapat menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fiqah, ilmu tasawuf ilmu kalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985)

5. Perundangan

Mengubah sistem perundangan masyarakat Melayu kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka yang mempunyai Hukum Kanun Melaka dan menjadi asas kepada sistem perundangan.

6. Politik Dan Pemerintahan


- Mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. - Mengubah sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu dan dipadankan dengan ajaran Islam . - Mengajar tidak ada kasta dalam masyarakat seperti dalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan pada keadilan yang bersendikan agama.
-

7. Sistem Kekeluargaan
- Menggariskan peranan ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak-anak dengan didikan Islam. Selain memberikan perhatian dan kasih sayang anak-anak hendaklah dididik dengan ajaran agama seperti bersembahyang. - Menyusun institusi kekeluargaan masyarakat Melayu dengan lebih teratur.

8. Adat Dan Cara Hidup - Mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. - Menolak adat yang dianggap bercanggah dengan akidah dan kepercayaan Islam.

KESIMPULAN
Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat.
Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan.

Agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut Agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam.

You might also like