• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
WALI SYAITAN
Tiap-tiap Nabi, begitu juga orang yang hendak memperbaiki masyarakat suatu umatmesti ada musuhnya iaitu syaitan dari bangsa manusia dan bangsa jin. Syaitan itu pandai sekalimembisikkan kepada teman sejawatnya perkataan yang lemah-lembut dan manis untuk memperdayakan, menarik hati orang-orang yang tiada beriman teguh, supaya mereka-merekasuka mengerjakan pekerjaan yang keji, firman Allah:Maksudnya:
 Demikianlah Kami adakan musuh, bagi tiap-tiap Nabi, iaitu syaitan-syaitanmanusia dan jin; setengah mereka membisikkan perkataan yang manis kepada yang lain, untuk memperdayakannya. Kalau Tuhanmu menghendaki, nescayatiadalah mereka itu memperbuatnya sebab itu biarlah mereka bersama-samaapa-apa yang diadakannya.
(Al-An’am:112)Ingatlah dan berhati-hatilah wahai manusia sesungguhnya syaitan-syaitan yang darigolongan manusia dan jin itu sentiasa mengintai-intai untuk membinasakanmu. Setiapurusanmu untuk mengajak manusia kembali kepada jalan Allah, maka disitulah syaitan-syaitanini menunggu dengan lahapnya membisikkan bisikan-bisikan yang halus agar mereka itu laridaripadamu. Janganlah kamu terpedaya dengan bisikannya sebagaimana ia telah mengeluarkanibu bapamu dari dalam syurga dan yang menanggalkan pakaian keduanya sehingga terbukakemaluan mereka. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu dan bala tenteranya melihat kamu sedangkamu tidak melihat mereka.Apabila manusia itu mengingkari perintah Tuhannya, lalu Allah mengangkat syaitanmanusia menjadi pemimpin mereka supaya bertambah sesat mereka lantaran kedegilan merekaitu. Ia akan datang kepada mereka untuk memperdayakan mereka dengan bisikan dan tipumuslihatnya dari hadapan, belakang, kiri dan kanan mereka sehingga mereka itu tidak sedar akan kehadirannya kerana ketika itu kamu telah menjadi sebahagian daripada mereka.Perhatikanlah akan diri orang yang fasiq yang tidak mahu menerima hukum Tuhansepenuhnya, dan mereka lebih gemar kepada undang-undang dan hukum yang berasaskan otak manusia kerana pada mereka itu adalah lebih baik. Inilah jenis manusia yang mengaku adanyaTuhan tetapi enggan mengikuti sunnahNya kerana sesungguhnya mereka ini terdiri dari orang-orang yang fasiq; dengan sebab itulah mereka mengangkat orang-orang kafir dan syaitanmenjadi wali mereka, firman AllahMaksudnya:
 Engkau lihat kebanyakan mereka mengangkat orang-orang kafir jadi wali.Sungguh amat jahat mereka kerjakan untuk diri mereka, iaitu amarah Allahkepada mereka, sedang mereka itu kekal dalam siksaan.
(Al-Maidah:80)Lihatlah! Betapa orang-orang yang tidak beriman itu sanggup mengambil orang-orangyang kufur menjadi pemimpin-pemimpin mereka. Alangkah jahil dan bodohnya merekamelakukan perkara tersebut. Apakah mereka buta dan tidak berakal sehingga mereka tidak nampak dan berfikir bahawa orang-orang yang kufur itu sudah tentulah tidak akan melakukankebaikan di atas muka bumi ini. Orang-orang yang kufur ini adalah orang-orang tidak mahu1
 
mentadbir muka bumi ini dengan berlandaskan hukum Al-Quran, sebaliknya mereka lebih percaya dengan hukum yang terbit dari otak manusia yang bangsa zulmah itu. Inilah dia tipudaya syaitan yang sangat sesat itu. Syaitan mengajarkan kepada mereka alasan-alasan yang perlu diberikan apabila mereka ditanya mengapa mereka tidak menjalankan hukum Tuhan.Keadaan orang-orang ini samalah seperti keadaannya orang-orang Yahudi Madinahyang telah pergi mendapatkan orang-orang musyrik Mekah untuk mereka jadikan pemimpindan sahabat, asal saja orang-orang musyrik itu berjanji mahu bekerjasama dengan merekauntuk memerangi dan membinasakan Nabi Muhammad s.a.w.. Hal yang demikian itu samalahterjadi di mana-mana dunia Islam pada hari ini. Tidak hairanlah kerana syaitan-syaitan telah berjaya menduduki takhta hati mereka dengan menjadikan mereka itu khadam kepadanyasecara kebetulan mereka itu juga mahu disesatkan. Sesungguhnya perbuatan mengambil orang-orang musyrik yang kufur menjadi pemimpin, menyebabkan Allah murka kepada mereka. Danmereka akan diberi balasan yang seberat-beratnya yang tak dapat mereka elakkan, iaitu berkekalan mendapat seksa di dalam api neraka.Demikianlah apa yang terjadi di kebanyakan dunia Islam hari ini, ramai pemimpin- pemimpin yang diangkat terdiri dari puak-puak yang jahil tentang agama, sekadar mereka itumenyandar pula ulama-ulama yang dipilih mereka yang mahu mendengar kata mereka dandiberinya gaji serta kesenangan hidup supaya mereka itu mudah ditarik hidungnya. Maka pemimpin yang jahil itu pula akan bertidak melaksanakan hukum-hukum di dalam pemerintahannya dengan undang-undang ‘
Islam Sekular
berdasarkan hasil ciptaan otak manusia yang kufur dengan hukum Tuhan. Maka berlakulah permusuhan terhadap Al-Qurandan isi kandungannya.Hairannya! Alangkah butanya mata orang-orang yang memilih pemimpin mereka itusehingga langsung tidak dapat membezakan diantara manusia yang beriman dengan yang tidak  beriman? Maka nyatalah orang-orang yang memilih pemimpin itu juga adalah terdiri dariorang-orang yang juga tidak beriman sebagaimana pemimpin mereka.Kalaulah sekiranya orang-orang tersebut betul-betul beriman dengan Allah dan percayaterhadap Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah serta percaya pula kepada segala wahyu yangditurunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang-orang yang jahil agamamenjadi pemimpin-pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong-penolongnya. Tetapiternyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telah menjadifasiq (jahat), kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya.Pada fikiran mereka ulama-ulama adalah tidak layak duduk di takhta pemerintahan negarakerana mereka tidak punyai ilmu keduniaan sepertimana orang-orang kafir yang serba canggihitu.Sebenarnya mereka telah diperdaya oleh syaitan-syaitan, syaitan jin dan syaitanmanusia. Maka syaitan-syaitan inilah yang mempertakuti manusia-manusia itu supaya menolak  pimpinan Al-Quran dengan membisikkan pada hati mereka: “Sekiranya kamu memilih hukum-hukum Al-Quran sebagai pedoman penghukuman nescaya kamu akan berada di dalamkesusahan dan kesukaran, dan kamu tidak akan dapat mengecapi nikmat dunia dankesenangannya lagi sebagaimana yang engkau sedang miliki ini”, dan berbagai-bagai ugutanketakutan lagi. Apabila mereka menerima bisikan ini dan menurutnya maka hilanglah imanyang ada pada mereka kerana mengambil syaitan sebagai wali mereka bukan Allah s.w.t.Firman Allah:2
 
Maksudnya:
 Dan kalau mereka percaya kepada Allah, Nabi Muhammad dan apa-apa yang diturunkannya, tentulah mereka tiada mengambil orang-orang (yang kufur) itumenjadi pemimpin. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang  yang fasiq.
(Al-Maidah:81)Kalaulah sekiranya orang-orang yang ingkar tersebut betul-betul beriman dengan Allahdan percaya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah serta percaya pula kepadasegala wahyu yang diturunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang-orang yang kufur itu menjadi pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong kepada merekaitu. Tetapi nyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telahmenjadi fasiq, kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya.Lazimnya apabila di tiap-tiap tempat itu apabila ramai manusia yang tidak beriman dariyang beriman, maka pemimpin yang akan dipilih mereka juga tentulah dari kalangan yangserupa juga dengan mereka iaitu dari jenis manusia yang di dalam jiwa mereka telah diasuhdan dididik oleh syaitan yang menjadi wali baginya. Meskipun ia berkehendakkan kepadaagama, tetapi jalannya itu hanyalah yang mengikut kesesuaian dengan nafsunya serta yang boleh membawa kepada keuntungan dunia. Maka mereka yang mempunyai keimanan yangteguh diketepikan di dalam pemerintahannya, tetapi digunakan untuk menjadi imamsembahyang, tukang baca doa, tukang baca talqin orang mati dan tak lebih dari itu. Merekamengawal masjid-masjid dan surau-surau dengan guru-guru yang mereka pilih menjadi tenaga pengajar di situ untuk menyampaikan mesej agama yang terkawal mengikut pentadbiran
Allah Sekular
yang mereka cipta berdasarkan otak mereka.Firman Allah:Maksudnya:
 Barangsiapa yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka iatiada akan selamat (dari seksa) di muka bumi dan tak ada baginya wali-wali(penolong) selain daripadaNya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
(Al-Ahqaaf:32)Orang-orang yang tidak mengambil Rasul dan pewarisnya sebagai guru ikutannya sertamenyahut seruan Rasul yang diperintahkan oleh Allah di dalam perkara Tauhid dan beramaldengan mentaatinya (segala sunnahnya), dia tidak akan terlepas untuk menyelamatkan diri daridi seksa oleh Allah. Dan tidak ada sesiapapun yang boleh menolong dan menyelamatkannyakerana dia tidak ada penolong, melainkan Allah jualah yang boleh menolongnya. Tetapi olehkerana mereka ini terdiri dari orang-orang yang gemar mengingkari perintah Allah (meskipunmereka melakukan sembahyang, puasa, zakat dan haji kerana untuk menunjukkan Allah)kerana mengikut telunjuk syaitan dan menggunakan otak mereka. Dengan sebab itulah merekaini hanyalah Allah pada zahir sahaja tetapi tidak pada hakikatnya kerana mereka tidak berimandengan RasulNya serta barang yang dibawanya.Allah Ta’ala menempelak mereka ini di dalam firman-Nya:Maksudnya:
Sesungguhnya Kami angkat syaitan-syaitan itu menjadi wali-wali (penolong)bagi orang-orang yang tiada beriman.
(Al-A’raaf:27)3
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...