• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 3
    CommentGo Back
Download
 
ISLAM TULIN DAN ISLAM BAKA (ISLAM KETURUNAN)
Orang-orang yang beriman ialah mereka yang menyungguhkan dan yangmembenarkan akan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah yang membawamanusia dari kegelapan kepada nur, dari kafir kepada Islam dan dari syirik kepada tauhidserta barang yang dibawa dan disampaikan baginda itu adalah dari Allah. Dan mereka ini jugamengamalkan apa jua dari sunnah baginda s.a.w. sepenuhnya pada diri , keluarga danmasyarakat sekadar kemampuan mereka pada zahir dan batin. Inilah dia dari golongan yangsebenarnya; dan mereka ini juga yang berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w. melaluiguru-guru yang muktabar salasilahnya. Firman Allah:Maksudnya:
 Hanyasanya orang-orang beriman itu, ialah mereka yang percaya kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak pula ragu-ragu dan merekaberjihad dengan harta mereka dan diri mereka pada jalan Allah, merekaitulah orang-orang yang benar.
(Al-Hujurat:15)Kaum Mukminin yang benar-benar beriman itu hanyalah mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:1.Percaya kepada Allah dan RasulNya.2.Tidak terdapat di dalam hati mereka perasaan ragu-ragu dan syak wasangka, tidak  bergoncang imannya, bahkan tetap teguh di dalam satu keadaan.3.Berjihad, iaitu berjuang pada jalan Allah dan mencari keredhaanNya, denganmembelanjakan harta yang disayanginya dan mengorbankan nyawa yang dikasihinya.Mereka itulah orang-orang yang tulen imannya, dan benar kalau menuturkan kata,“Kami beriman”. Bukanlah seperti setengah sikap orang-orang Melayu hari ini yang berkata,“Kami telah beriman” hanya di mulut sahaja, kerana mereka menjadi Islam hanyalah secarakebetulan emak dan bapa mereka orang Islam mungkin juga Islam keturunan. Satukenyataan palsu yang perlu dibuang ialah perkataan yang terbit dari orang-orang Melayu yang jahil iaitu: “melayu itu Islam, dan Islam itu Melayu”. Jika demikian apalah salahnya pulaorang Arab berkata: “Arab itu Islam dan Islam itu Arab”. Sedangkan di dunia Arab hari iniramai dikalangan mereka terdiri dari orang-orang Yahudi, orang Nasrani, orang Kristianseperti di Lebanon. Dan bagaimana pula sekiranya orang Pakistan atau orang Cina yangMuslim mengatakan perkataan yang sama. Kalau demikianlah keadaannya bukanlah Islam ituuntuk semua bangsa, tetapi hanyalah dikhususkan untuk sekian-kian bangsa sahajalah!Demikianlah singkatnya ilmu mereka terhadap Islam. Islam bukanlah diturunkanhanya untuk orang-orang Melayu atau orang-orang Arab sahaja, tetapi ia diturunkan kepadasesiapa jua dari mana-mana bangsa dan keturunan yang mahu mengucap dua kalimahsyahadah, membenarkan Rasulullah s.a.w. serta barang yang dibawanya dan mengamalkansegala Sunnatullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. di dirinya zahir dan batin di bawah bimbingan guru mursyid dan bukan dibimbing oleh akal fikirannya sendiri atau di bawah
 
telunjuk wali (penolong) syaitan. Timbulnya keraguan dan kejahilan di diri mereka itu adalahdisebabkan oleh sangkaan mereka bahawa mereka telahpun menjadi Islam sejak kecil lagi.Sangkaan mereka itu adalah berdasarkan semasa kecil lagi mereka telah disuruh menghadirimajlis-majlis pengajian Al-Quran dan fardu ain. Sebenarnya, tujuan mereka dihantar ke majlistersebut adalah untuk mempersiapkan diri apabila sampai umur akil baligh mereka akandipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam setelah mereka mengucap dua kalimahsyahadah iaitu menerima secara rasmi daripada guru mursyid. Inilah sangkaan mereka yangsalah, tambahan pula sangkaan mereka itu hanya berdasarkan hukum akal mereka sendirisahaja tanpa ada nas yang mengukuhkannya.Inilah dia golongan yang mengaku beriman dengan Nabi s.a.w. tetapi tidak mentashdidkan kebenaran baginda, yakni tashdid mereka semata-mata hanyalah percayadengan lidah terhadap Nabi s.a.w. dengan keyakinan yang datang dari dirinya sendiri ataudengan mendengar ceramah-ceramah (bukan Mengaji) atau mendapat cerita buku secarasambil lewa sahaja. Sekiranya ditanya kepada mereka bagaimana keadaan diri Nabi yangmenjadi utusan Allah itu dan bagaimanakah pula jalan hidup baginda sebagai seorang utusanAllah? Mereka hanya menjawab dengan jalan yang mudah sahaja tanpa menampakkankeyakinan terhadap Rasul itu. Tanda keimanan itu dapat dinilai dari ‘komitmen’ merekaterhadap sunnah baginda sendiri.Maka golongan ini, Islam mereka hanyalah Islam zahiriah semata-mata. Sungguhpunmereka juga sembahyang, puasa, zakat dan haji serta mengamalkan suruhan Tuhan yang lain,tetapi kerana mereka itu tidak bersungguh-sungguh membenarkan kerasulan Nabi s.a.w.,maka mengikut qaul yang sahih daripada ulamak muhaqqiqin mereka adalah golongan yangsesat jua kerana tidak tepat iktiqad mereka.
Kaum Yang Mengikut Amalan Orang-Orang Tua Mereka.
Firman Allah:Maksudnya:
 Apabila dikatakan orang kepada mereka: “Ikutlah perintah diturunkan Allah!” Maka jawab mereka: “Bahkan kami mengikut apa-apa yang kami peroleh dari orang tua-tua kami. Sekalipun bapa-bapa mereka tidamemikirkan sesuatu dan tidak mendapat petunjuk (jahil).
(Al-Baqaroh:170)Apabila diseru kepada mereka, yakni golongan-golongan yang masih belum menerimadua kalimah syahadah yang wajib atas diri mereka untuk membuktikan keIslaman mereka,ikutlah perintah yang diturunkan Allah melalui RasulNya yang mulia supaya kamu berimandan menyembahNya serta membenarkan dan mengikuti segala barang yang dibawa olehRasulNya itu, dan meninggalkan segala amalan-amalan yang diperolehi dari orang-orang tuamereka, iaitu dengan menerima kembali akan dua kalimah syahadah dengan diikrarkan dan #ditashdidkannya akan ketuhanan Allah s.w.t. dan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. apabilasampai peringkat akil baligh dengan meniatkannya fardhu sekali seumur hidupnya daripadamualim-mualim atau guru-guru pewaris Nabi. Lalu mereka menjawab: “Bahkan kamimengikut apa-apa yang kami perolehi daripada orang tua-tua kami”.
 
Inilah rupa keengganan mereka yang keras hati tidak mahu menyambut seruan Tuhansupaya mengikut akan NabiNya, lalu mereka berasa puas dan bangga dengan mewarisiamalan-amalan dari datuk nenek mereka meskipun mereka sendiri tidak berapa mengetahuitentang hal tersebut. Kedegilan mereka ini ketara kerana mereka telah dididik sejak dari kecillagi dalam mentaati adat istiadat keagamaan turun-temurun di dalam kehidupan mereka.Sesetengahnya begitu bangga dengan keturunan mereka, ilmu datuk nenek mereka dan yangseumpamanya. Islam pada mereka cukup dengan apa yang sedia ada. Buat apa perlu bersusah payah mengucap syahadah lagi, sedangkan datuk nenek kami telah lama menjadi Islam.Allah mengeji pekerti mereka dengan firman-Nya:(Hairan sungguh, adakah begitu gayanya, mereka masih mengikut bapa-bapa mereka),sekalipun bapa-bapa mereka itu jahil (dalam hal agama – sesetengahnya hanya tahu secaralebih kurang sahaja dan sesetengahnya tidak layak langsung dipanggil orang Islam (penuhdengan maksiat dan perjudian) dan setengah yang lain pula hanya tahu tentang hal-halkeduniaan sahaja – itupun masih kuat mendakwa mereka itu orang Islam kerana namamereka juga Islam) dan tidak pula mereka itu mendapat petunjuk ke jalan yang benar.Bukanlah salah Tuhan tidak menunjukkan jalan kebenaran kepada mereka tetapi merekasendiri yang menolak jalan kebenaran itu. Allah menyuruh mereka mengikuti segala apa yangditurunkanNya melalui NabiNya tetapi mereka menolak dan mereka lebih senang lagimengikut petunjuk hawa nafsu mereka yang dipimpin oleh syaitan, sedangkan Allah telah berpesan syaitan itu adalah sebesar-besar musuh kepada umat manusia dan patut dijauhi.Lihatlah akan kedegilan mereka yang tidak mahu menerima seruan Nabi s.a.w..Mereka tetap juga berkeras dengan mempercayai amalan orang tua-tua mereka. Kata merekaamalan yang mereka pegang sekarang ini adalah terdapat di dalam Islam. Adakah denganmencampur-adukkan amalan kuno jahiliah dengan amalan yang terdapat di dalam Islamdikatakan itu Islam dan sunnah Nabi s.a.w.? Sekiranya ada, tentulah ada Allah menyatakannyadi dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.! Tambahan pula keadaan hidup mereka itu yangmasih diselubungi dengan kehidupan jahiliah dengan sendirinya menafikan pegangan Islamitu pada mereka. Adalah suatu yang mustahil untuk mencampurkan diantara yang haq denganyang batil!Seruan Rasulullah s.a.w. tetap bergema sepanjang zaman kepada umatnya agar kembali mentauhidkan Allah s.w.t. dengan meninggalkan segala perkara-perkara syirik.
Mengikut Jejak Langkah (Bertaqlid)
Firman Allah:Maksudnya:
Sebaliknya mereka berkata: “Sesunguhnya kami mendapati bapa-bapa kamimenganut suatu agama. Dan sesungguhnya kami – lantaran mengikut jejak langkah mereka – menjadi orang yang mendapat petunjuk”.
(Az-Zukhruf:22)Sebenarnya mereka tidak berdaya mengadakan bukti, baik secara akal mahupun naqli(pengambilan dari kitab) yang diturunkan dari langit untuk membuktikan yang amalanmereka lakukan itu adalah benar mengikut sebagaimana yang ditetapkan oleh agamanya.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...

id celcom same je bagi semua pengguna. minta jasa baik attach PDF "Islam Tulin Dan Baka " ke e-mail aedosthejohn@yahoo.com

matnorqq minta tolong hantar PDF file tajuk "Islam Tulin Dan Baka "... saya ada masalah dalam download sebab menggunakan Celcom Broadband

salam...apa maksud guru yang tulin, adakah contoh dibumi malaysia pada masa ini.......tq /aufaa_asrar@yahoo.com

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...