Dimaksudkan dengan kalimat taqwa di sini ialah syahadatain. Dan orang yang bertaqwa iaitu orang yang dirinya zahir dan batin diresapi dengan syahadatain; dalam erti katalain orang yang bertaqwa ialah orang yang menerima akan dia dua kalimah syahadah,memiliki pengetahuan yang berhubung dengan syahadatain seta beramal akan segala tuntutan- Nya sepenuh dirinya rohani dan jasmani pada setiap masa, waktu dan ketika tidak kira walaudi mana berada.Lambang keagungan syahadatain ini dijelmakan melalui insanNya yang tersangatmulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. diikuti oleh para Rasul dan para Nabi, para sahabat,Tabiin, Tabiin Ittabiin dan para solehin (sebagaimana yang disebutkan di dalam Al-Quranterdiri dari empat golongan iaitu para Anbia’, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin) dalammelaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Khalifah Allah di atas muka bumi ini,memerintah dan mentadbir amanah Allah yang lahir dari jiwa taqwa yang murni berlandaskankalimat taqwa yang agung iaitu Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.Justeru itu, orang-orang yang mengikuti akan Sunnatullah dan Sunnah Rasulullahyang menerima kembali akan kalimah yang agung itu rohani dan jasmani serta memeliharaakan dia berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah (Hadis) akan terzahir pada dirinya ‘
RuhSyahadah
’ yang nurani yang dibangsakan kepada Rasulullah s.a.w.. Barang mana manusiayang mendapat seperti tersebut di atas itu jadilah ia seorang ‘
Khalifah
’ menggantikan Allahmentadbir bumi ini bagi menyatakan ‘
Ad-Din
’ pada dirinya serta mentarbiah mengikut panduan Ad-Din seperti Allah tetapkan dan luluskan di atas makna sekeliannya dan juzuk- juzuknya mengikut kemampuan dan ketinggian pangkat masing-masing di sisi Allah.Penggantian ini masyhur dengan nama “
Khalifah
” seperti mafhum firman-Nya:
ä¹Ã¾‹ keêZ ç• ç¾“ £‰ çœZ
Maka mereka-mereka yang menerima serta menunaikan sepenuh tenaga di diri sepertiAllah kehendaki dikenal dengan nama ‘
Ahlillah
’ atau orang-orang rohani, iaitu mereka-mereka yang telah dikhotobkan oleh Allah melalui firman-Nya:
äÀ“ZÂFey âÁÀ“ 侚Z çFe
Maksudnya:
Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya
.Demikianlah mereka yang benar-benar mentahqiqkan akan dua kalimah syahadah ini pada dirinya dengan bersungguh-sungguh melalui Iman dan Amal akan memberikan pulanghasil yang baik seperti firman Allah:Maksudnya:
Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Allah mengumpamakan kalimat yang baik, seperti sebatang pohon yang baik, pokoknya tetap (di bumi), sedang cabangnya (menjulang) ke langit
.(Ibrahim:24)Maka yang dikehendaki dengan pohon yang baik iaitu kalimah taqwa yakni kalimah‘Lailahaillallah’ (Syahadah Tauhid) yang diikrarkan dengan lidah; dan yang dikehendakidengan pohon kayu itu tetap di bumi iaitu menyungguhkan dengan penuh keikhlasan akan #mentasdikkan Maknanya yang benar iaitu; “Zat yang Maha Kaya daripada tiap-tiap barangyang lain daripadaNya dan berkehendak tiap-tiap barang lain daripadaNya itu kepadaNya”.Sekiranya diikrarkan dengan lidah semata-mata tanpa # ditashdidkan di dalam hati jadilah pohon kayu itu nyata pada zahirnya nampak indah dan baik, tetapi apabila ditiup anginkencang dengan mudah sahaja ia akan tumbang oleh kerana pokok itu tidak tetap berada di bumi.3