You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN, 55100 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN KALI PERTAMA 2009 Tarikh Hari Masa Tempat : 10 Januari 2009 : Sabtu : 10.30 pagi : Bilik Penjana Minda

KEHADIRAN: 1. Pn. Nik Aziah binti Nik Yusof 2. Pn. Hamidah binti Abu 3. Pn. Hjh Saodah binti Hj. Omar 4. Cik Noor Hazra bt Mohd Rashid 5. Pn. Siti Nur Farah Hasna bt M. Nawi 6. Pn. Nazariyah Saad 7. En. Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah 8. En. Azmi b. Ahmad 9. Pn. Roslinawati Ngah 10. Cik Noor Akma Yahya 11. Pn. Flora Lim Mei Ching 12. En. Hanif Mohd Yusof 13. En. Yahya b Ibrahim 14. En. Mohd Zaki b. Inche Mat 15. En. Shahrulizam b. Subari 16. En. Faridzuan Abd Ghani 17. En. Zainudin b Ramli 18. En. Mohd Rizal b M Yussof 19. Pn. Ainal Yasmin bt A. Hamid TIDAK HADIR: 1. En. Abdul Latif Ab Rashid (bersebab) 2. En. Ser Cheng Hoon 3. En. Rahim Ramli 4. En. Shafie b Abu Bakar 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir pada mesyuarat kali ini.

2.0

UCAPAN PENASIHAT 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Semua guru hendaklah memberikan perhatian terhadap peranan panitia pelajaran. Semua guru PJK perlulah mengikut panduan-panduan yang patut dipatuhi oleh guru PJK. Panitia PJK perlulah bergerak aktif seperti melakukan ujian-ujian kecergasan terhadap murid iaitu Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) dan SEGAK. Panitia juga perlu merancang dan bekerja dalam satu pasukan untuk mempertingkatkan tahap kecergsan murid dan kemahiran yang membanggakan dari Tahun 1 hingga 6. Mesyuarat Panitia perlulah diadakan 4 kali setahun.

3.0

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT 3.1 Minit mesyuarat bertarikh 7 Ogos 2009 diterima dan disokong dengan sebulat suara.

4.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. AGENDA BARU 5.1 SUKATAN PELAJARAN, HURAIAN SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN, RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 Semua Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran perlulah di fotostat dan diletakkan dalam buku Rancangan Mengajar. Rancangan Pengajaran Tahunan telah diberikan kepada semua guru PJK dari Tahun 1 hingga 6. Untuk makluman guru Pn. Nurul dari PPD telah melawat ke SK Taman Nirwana dan bertanya kepada guru perbezaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) perlu disemak dan dibuat semula pada setiap tahun dan disediakan dalam 2 penggal.

5.0

5.2

BUKU RANCANGAN MENGAJAR 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 Semua guru perlu menulis tarikh di dalam RPT apabila selesai membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH guru PJK perlu detailkan terutama bagi yang opsyen PJK. Objektif PJK tidak perlu sama dengan subjek lain dan perlu ikut dalam RPT. Cikgu Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah meminta Ketua Panitia memberitahu cara-cara pengajaran PJK kepada guru-guru yang bukan opsyen. Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru PJK.

5.3

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA 5.3.1 Semua perancangan telah disediakan oleh Ketua Panitia sepanjang tahun 2009.

5.4

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN / TAKWIM PANITIA 5.4.1 Dalam perancangan perlulah dirancang aktiviti panitia yang pelbagai seperti mesyuarat penitia, mengadakan bengkel atau ujian, ceramah tentang kepentingan sukan dalam kehidupan, bulan kecergasan, penilaian UDTA dan SEGAK. Cikgu Zainudin b. Ramli memberitahu bahawa banting bagi SEGAK sudah ada pada Ketua Panitia. Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru PJK

5.4.2

5.5

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 5.5.1 5.5.2 5.5.3 Pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan perlulah mengikut RPH yang telah dibuat. Dalam RPH perlu ada tunjang, tajuk, sub-tajuk, objektif, aktiviti, nilai dan bbm. Dalam aktiviti perlu ada set induksi (memanaskan badan), aktiviti mengenai tajuk, permainan kecil dan cooling down. Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru PJK

5.6

ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (TAHUN 1-6) 5.6.1 5.6.2 5.6.3 5.6.4 Murid mestilah mendapat skor A kecuali kelas-kelas yang lemah dan tidak menjalani aktiviti sukan. Perlu sediakan kerja-kerja khusus kepada murid. Sediakan borang pemarkahan PJK. Penilaian kesihatan kepada murid. Tindakan: Semua guru PJK

5.7

PENYELIAAN PANITIA DAN PENCERAPAN 5.7.1 Ketua Panitia dan guru opsyen PJK perlu memantau guru-guru bukan opsyen semasa menjalani aktiviti PJK. Tindakan: Ketua Panitia dan guru opsyen PJK

5.8

PERANAN PANITIA DALAM PSS 5.8.1 Dicadangkan supaya membantu Pusat Sumber Sekolah untuk membuat ruangan PJK seperti peraturan penggunaan peralatan dan sebagainya. Tindakan: Ketua Panitia dan semua guru PJK

5.9

SEGAK 5.9.1 Guru-guru yang telah pergi berkhusus perlu membuat SEGAK untuk murid-murid Tahap 2. Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

6.0

PERUNTUKAN KEWANGAN 6.1 6.2 Ketua Panitia perlu membuat peruntukan kewangan alatan-alatan PJ yang telah rosak kepada pihak pentadbiran. Ketua Panitia perlu membuat senarai barang-barang baru dan rosak. Tindakan: Ketua Panitia PJK

7.0

HAL-HAL LAIN 7.1 7.2 Bilik PJK perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau pihak pentadbiran. Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.

7.3 7.4 7.5 7.6 7.7 7.8

Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur. Laporkan alat-alatan sukan yang telah rosak kepada Ketua Panitia. Semua guru perlu menulis nama di dalam buku log yang telah disediakan di dalam stor PJK. Cikgu Zainudin b Ramli telah memberitahu kepada murid bahawa murid petang tidak boleh memakai baju sukan dari rumah sebaliknya perlu menyalin pakaian sukan selepas rehat. Tetapi bagi murid sesi pagi pula boleh memakai pakaian sukan dari rumah. Cikgu Azmi pula menyatakan supaya alatan sukan bagi murid Tahun 1 dilengkapi. Tindakan: Semua guru PJK

8.0

UCAPAN PENANGGUHAN 8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang dengan bacaan surah AlAsr.

Disediakan oleh:

Disemak dan disahkan oleh:

. Cik Noor Hazra bt Mohd Rashid Setiausaha Panitia PJK, SK Pandan Indah.

. Pn. Hamidah binti Abu GPK Kurikulum, SK Pandan Indah.

You might also like