You are on page 1of 22

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST , JALAN SLIM, 35900, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA: ENGLISH DAY BAGI TAHAP SATU DAN TAHAP DUA, SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST.

PENGELOLAAN: PERSATUAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST.

DENGAN KERJASAMA: SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJUNG MALIM.

TARIKH DAN HARI: 15 APRIL 2013 (ISNIN).

TEMPAT: DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

ENGLISH DAY BAGI TAHAP SATU DAN TAHAP DUA, SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJUNG MALIM, PERAK.

1.0

PENGENALAN Program English Day merupakan program yang dirancang bagi

memperlihatkan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris. Oleh itu, penggunaan Bahasa Inggeris telah diterapkan melalui lakonan, nyanyian, choral speaking, spelling bee dan pertandingan bercerita. Program ini melibatkan murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua, Sekolah Kebangsaan Methodists Tanjung Malim, Perak. Tujuan program ini antaranya adalah untuk menunjukkan kepentingan menguasai Bahasa Inggeris kepada semua murid sekolah rendah. Melalui program ini, murid-murid akan dapat pendedahan terhadap kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan dalam diri untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan adanya program English Day ini, murid-murid dapat mencungkil bakat masing-masing dalam bidang kesenian. Selain itu, murid-murid juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta-peserta lain. Di samping itu, murid-murid boleh mengemukakan idea mereka dalam bidang Inggeris. Secara tidak langsung, mereka boleh menerapkan sikap kepimpinan dalam diri masingmasing melalui penyertaan mereka dalam pertandingan yang telah dianjurkan.

2.0

MATLAMAT Antara matlamat program English Day ini diadakan adalah untuk muridmurid mengasah bakat dalam kesenian dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, murid-murid turut dapat memupuk sikap sukakan dan sayangkan Bahasa Inggeris. Selepas ini, murid-murid akan lebih senang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi seharian mereka. Murid-murid juga dapat mendidik diri untuk menjadi berani untuk mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan yang diadakan di sekolah. Selain itu, matlamat pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,

persefahaman dan interaksi yang sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, program ini yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.

3.0

OBJEKTIF

Agar murid mendapat pendedahan tentang kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian dengan orang lain. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri murid-murid. Mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan murid-murid. Membentuk murid-murid agar sentiasa bersikap positif. Memberi peluang kepada murid-murid dalam menunjukkan bakat masing masing. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam program yang dijalankan.

4.0

TARIKH, HARI, DAN MASA PELAKSANAAN TARIKH HARI MASA : 15 APRIL 2013. : ISNIN. : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI.

5.0

TEMPAT PELAKSANAAN 5.1 5.2 DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST, TANJUNG MALIM. Dengan ini, disertakan bersama-sama surat permohonan menggunakan dewan bagi melaksanakan program yang telah dirancang ini. (SILA RUJUK LAMPIRAN 1.)

6.0

PENGELOLAAN PERSATUAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TANJUNG MALIM.

7.0

PENYERTAAN MURID-MURID TAHAP SATU DAN TAHAP DUA, SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST TANJUNG MALIM.

8.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN : Encik Hasan Bin Said : Cik Ng Hung Chi Puan Laila bt Karim.

Guru Besar Guru Penasihat

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: Mohd Fakir bin Shamsul : Nurathirah Binti Shamsuddin : Amira Nazneen Binti Abd Rahman : Nur Fatihah Hanim Binti Mohd Zahir

8.1

AHLI JAWATANKUASA TUGAS KHAS : Rachel Lyne G. Pius (Spelling Bee) Azura Binti Zulkufli ( Story Telling) Anis Suraya Binti Zulkifly (Drama) Hazwani Aqila Binti Mohd Rashid (Choir)

Perancangan program

Persiapan tempat dan siar raya

: Mohammed Izzat Syimir Bin Salleh Cornelius B. Gaulus Abdullah Muhaimin Bin Ahamad Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin

Promosi/ Hebahan dan Sambutan

:Mohd Fadhli Bin Mohd Nasir Nur Amalina Binti Mohamad Noor Ilya Adira Binti Jainin

Barangan dan Disiplin

:Zul- Farhan Bin Elyas Nurul Ilina Syazwani Binti Zamuri Nurul Izzah Syazwani Binti Md Redzon

Dokumentasi dan Penerbitan

:Hazman Bin Azhar Mohamad Hazwan Adip Bin Nadzri Nurhanis Binti Zamshah

Hadiah

:Haini Shafikah Binti Mohd Shaharuddin Siti Hasaniah Binti Che Omar

Natrah Binti Alias Persembahan :Ku Mohamad Amirudin Bin Ku Azahar Nurul Izni Binti Ishak Nur Amira Binti Shaukat Ali

8.2

JAWATANKUASA PENGADIL : Miss Chua Ng Lin (Guru Bahasa Inggeris) Encik Rashdan Bin Baba (Guru Bahasa Inggeris)

Pertandingan Spelling Bee

Pertandingan Story Telling

: Mrs. Ranjani a/p Ramasandran (Guru Drama) Puan Rafidah Binti Abdullah (Guru Seni Tari)

9.0

PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN YANG AKAN DIJALANKAN iaitu

Sewaktu hari pertandingan nanti, akan dijalankan dua jenis pertandingan

pertandingan Spelling Bee. Spelling Bee merupakan sebuah jenis pertandingan mengeja dalam Bahasa Inggeris. Peserta dikehendaki mengeja satu perkataan dalam masa yang terlah ditetapkan. Seterusnya, turut dijalankan pertandingan Story Telling. Pertandingan ini seperti yang kita semua sedia maklum merupakan

pertandingan bercerita. Para peserta perlulah menunjukkan kreativiti sewaktu menyampaikan cerita mereka kepada umum. Turut diadakan persembahan pembukaan iaitu drama yang bertajuk Red Riding Hood dan persembahan koir sewaktu persembahan penutup oleh ahli -ahli Persatuan Bahasa Inggeris.

9.1 SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN SPELLING BEE

1. Bagi Tahap Satu, peserta haruslah berumur 7 tahun hingga 9 tahun. 2. Bagi Tahap Dua, peserta haruslah berumur 10 tahun hingga 12 tahun. 3. Bagi Tahap Satu, peserta akan diberi perkataan yang lebih mudah berbanding Tahap Dua. 4. Oleh itu, masa yang diberikan bagi Tahap Satu untuk mengeja satu perkataan ialah 25 saat sahaja. 5. Bagi Tahap Dua pula, masa yang diberikan ialah 60 saat sahaja dan perkataan yang diberikan agak susah sedikit berbanding Tahap Satu. 6. Setiap peserta perlu mengharungi tiga peringkat pusingan bagi menentukan pemenang. 7. Di setiap pusingan, peserta perlulah mengeja tiga patah perkataan. Markah akan diambil di setiap pusingan. 8. Hal ini bermakna, sekiranya peserta mendapat markah yang sedikit di pusingan pertama, tidak semestinya peserta akan disingkirkan atau kalah. 9. Setelah lengkap ketiga-tiga pusingan barulah markah akan

dikumpulkan dan pemenang dapat ditentukan.

9.2 SYARAT SYARAT PERTANDINGAN STORY TELLING

1. Bagi Tahap Satu, peserta haruslah berumur 7 tahun hingga 9 tahun. 2. Bagi Tahap Dua, peserta haruslah berumur 10 tahun hingga 12 tahun. 3. Bagi Tahap Satu, peserta diberi masa 5 minit untuk menghabiskan penceritaan mereka. 4. Bagi Tahap Dua, peserta diberi masa 7 minit untuk melengkapkan penceritaan mereka. 5. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan kreativiti, gaya penyampaian dan persembahan, keyakinan, intonasi suara, dan sebutan. 6. Cerita yang hendak disampaikan adalah mengikut tema Fairy Tale.

10.0

PESERTA PERTANDINGAN : Tahap Satu 5 orang : Tahap Dua 5 orang

Pertandingan Spelling Bee

Pertandingan Story Telling

: Tahap Satu 5 orang : Tahap Dua 5 orang

11.0

TENTATIF PROGRAM. (SILA RUJUK LAMPIRAN 2. )

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN 3.)

13.0

SURAT PANGGILAN MESYUARAT (SILA RUJUK LAMPIRAN 4.)

14.0

SURAT SIARAN (SILA RUJUK LAMPIRAN 5.)

15.0

SURAT KEBENARAN PERTANDINGAN (SILA RUJUK LAMPIRAN 6.)

16.0

SURAT MEMOHON BANTUAN KEWANGAN (SILA RUJUK LAMPIRAN 7.)

17.0

PENUTUP Kerjasama dari seluruh sama ada yang terbabit secara langsung atau tidak langsung amatlah kami harapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program English Day yang diadakan ini.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Disediakan oleh: ________________________________ (AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Tanjung Malim, Perak.

LAMPIRAN 1 (SURAT PERMOHONAN MENGGUNAKAN DEWAN) Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. __________________________________________________________________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. 1 APRIL 2013

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN. Merujuk kepada perkara di atas, saya wakil daripada Persatuan Bahasa Inggeris ingin memohon kebenaran tuan untuk menggunakan dewan Sekolah Kebangsaan Methodist bagi mengadakan satu program English Day. 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk murid-murid mengasah bakat dalam kesenian dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung, murid-murid turut dapat memupuk sikap sukakan dan sayangkan Bahasa Inggeris. 3. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan segera. Sekian,terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas, ___________________________ (AMIRA NAZNEEN BINTI ABD RAHMAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjung Malim.

LAMPIRAN 2 (TENTATIF PROGRAM) Tarikh : 15 APRIL 2013 (ISNIN). Masa : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

MASA 8.00 a.m 8.30 a.m

AKTIVITI Ketibaan tetamu dan peserta .

PENGLIBATAN Semua

8.30 a.m 9.00 a.m

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah. Bacaan doa. Ucapan aluan dan perasmian guru besar.

Semua

9.00 a.m 9.30 a.m.

Pembukaan majlis oleh Persatuan Bahasa Inggeris dengan drama Red Riding Hood

Ahli Persatuan Bahasa Inggeris

9.30 a.m 10.30 a.m 10.30 a.m 11.30 a.m

Spelling Bee bagi Tahap Satu Spelling Bee bagi Tahap Dua. Story Telling bagi Tahap Satu Story Telling bagi Tahap Dua

Peserta

Peserta

11.30 a.m. 12.30 p.m

Persembahan penutup (Choir) Majlis penyampaian hadiah Nyanyian lagu sekolah Bersurai

Ahli Persatuan Bahasa Inggeris

LAMPIRAN 3 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILANGAN

PERBELANJAAN

WANG (RM)

1.

HADIAH

Story Telling Tahap Satu Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga (RM10 X 1= RM 10) (RM 8 X 1 = RM 8) (RM 5 X 1 = RM5) (RM 23)

Story Telling Tahap Dua Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga (RM10 X 1= RM 10) (RM 8 X 1 = RM 8) (RM 5 X 1 = RM5) (RM 23)

Spelling Bee Tahap Satu Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga (RM 8 X 1= RM 8) (RM 6 X 1 = RM 6) (RM 4 X 1 = RM 4) (RM 18)

Spelling Bee Tahap Dua Tempat Pertama Tempat Kedua (RM 8 X 1= RM 8) (RM 6 X 1 = RM 6) (RM 18)

Tempat Ketiga

(RM 4 X 1 = RM 4)

2.

Alat Tulis

RM 10

3.

Perhiasan pentas Mounting Board ( RM 8 x 3 = RM 24) Kain Putih meter (RM 5 x 1 = RM 5) Pistol Mainan (RM 5 x 1= RM 5) Cat Warna (RM 5 x 1 = RM 5) RM 39

JUMLAH

RM 131

LAMPIRAN 4 (SURAT PANGGILAN MESYUARAT)

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST , JALAN SLIM, 35900, TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN. No tel 03-5680 9279 ______________________________________________________________________ Rujukan kami :SKMTM/05/01/11(01) Tarikh Ke majlis, 1. Mohd Fakir bin Shamsul (Pengerusi) 2. Nurathirah Binti Shamsuddin (Naib Pengerusi) 3. Amira Nazneen Binti Abd Rahman (Setiausaha) 4. Nur Fatihah Hanim Binti Mohd Zahir (Bendahari) 5. Rachel Lyne G. Pius 6. Azura Binti Zulkufli 7. Anis Suraya Binti Zulkifly 8. Mohammed Izzat Syimir Bin Salleh 9. Cornelius B. Gaulus 10. Abdullah Muhaimin Bin Ahamad 11. Muhammad Fakhrurrazi Amin Bin Senin 12. Haini Shafikah Binti Mohd Shaharuddin 13. Siti Hasaniah Binti Che Omar Tuan/puan, MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2013 Merujuk kepada perkara di atas, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat yang akan diadakan sebagaimana berikut: :10 Januari 2013

Tarikh Masa Tempat

: 14 Januari 2011 (Selasa) : 9.00 a.m. 11.00 a.m. : Bilik Mesyuarat Chempaka

2. Agenda : 1. Ucapan Pengerusi Persatuan Bahasa Inggeris 2. Pengesahan minit mesyuarat lepas 4. Perkara berbangkit 5. Cadangan Aktiviti Tahunan 2013 6. Hal-hal lain

3. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

............... (AMIRA NAZNEEN BT ABDUL RAHMAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 5. (SURAT SIARAN) Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. __________________________________________________________________ Guru-Guru Kelas, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. 25 FEBRUARI 2013

Tuan dan Puan, Pemberitahuan Tentang Program English Day. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Inggeris akan

mengadakan aktiviti sepertimana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai aktiviti pertandingan melukis poster adalah seperti berikut : 2.1 Tajuk 2.2 Tarikh 2.3 Masa 2.4 Tempat 2.5 Sasaran : Pertandingan Spelling Bee dan Story Telling. : 15 April 2013 : 8.00 a.m. 12.30pm : Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist : Murid-murid Tahap 1 & 2

Sekian untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, terima kasih. Diharapkan juga agar program ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

............... (AMIRA NAZNEEN BT ABDUL RAHMAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 6. (SURAT KEBENARAN PERTANDINGAN) Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Tuan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. 2013 12 FEBRUARI

Tuan, Mohon Kebenaran Untuk Mengadakan Program English Day

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Cadangan program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 15 April 2013 Hari Masa : ISNIN : 08.00 pagi 12.30 tengah hari

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist

3. Adalah diharapkan permohonan mengadakan pertandingan ini mendapat pertimbangan dan kebenaran daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah, ....................................................................... (AMIRA NAZNEEN BT ABDUL RAHMAN) Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris, Sekolah Kebangsaan Methodist, Jalan Slim, 35900, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 7 (SURAT MEMOHON BANTUAN KEWANGAN)

BAHAGIAN PENGESAHAN BAHAGIAN A : GURU PANITIA BAHASA INGGERIS

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

ULASAN : ..................................................................................................................... ...................................................................................................................... Tarikh: ..................................... Tandatangan & Cop

BAHAGIAN B : PENGURUS KEWANGAN SEKOLAH

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan Peruntukan yang akan digunakan ialah :

Ulasan( jika ada )

(Tandatangan& Cop) (Tarikh)

___________________________________________________________________ BAHAGIAN C : PENOLONG KANAN SATU

Tarikh sesuai / tidak sesuai Masa sesuai / tidak sesuai Pensyarah pengiring diluluskan untuk orang sahaja (.lelaki / .perempuan) DISOKONG / TIDAK DISOKONG Ulasan (jika ada) (Tandatangan& Cop) (Tarikh)

BAHAGIAN D : GURU BESAR . . ..

(Tandatangan& Cop) (Tarikh)

You might also like