You are on page 1of 22

Tajuk 1

KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, definisi dan matlamat kurikulum, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan proses-proses pembentukan kurikulum. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep, definisi dan matlamat kurikulum 2. Menyatakan Dasar Pendidikan Kebangsaan 3. Menjelaskan proses pembentukan kurikulum Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

Konsep, definisi dan matlamat kurikulum

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Proses pembentukan kurikulum

KANDUNGAN

PENGENALAN Sistem pendidikan yang tiada kurikulum ibarat sampan yang tiada dayung, yang akhirnya hanyut tanpa arah. Pembentukan kurikulum bukan dirancang secara tergesagesa dalam jangka masa yang pendek. Sebaliknya kurikulum dirancang dengan teliti serta berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Dasar Pendidikan

Kebangsaan. Membina kurikulum juga perlu mengambil kira keadaan dan kehendak sosial, ekonomi, politik, masyarakat, budaya dan bangsa. Kurikulum yang baik akan membentuk sistem masyarakat yang dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima dengan baik, berhemah dan berkualiti. Oleh itu kurikulum perlu adil, seimbang, fleksibel dan boleh diterjemah diperingkat perlaksanaan. 1.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sebuah sekolah dan institut pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran, 1980). Kurikulum adalah keperluan dalam pendidikan yang mempunyai konsep, definisi dan matlamat yang jelas. 1.1.1 Konsep dan Definisi Kurikulum

Kurikulum boleh didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang di hajati (Ornstein dan Hunkins 1993, 1998). Kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu (Mohd 1995). Daud,

Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai objektif psikomotor, afektif dan kognitif bagi satu mata pelajaran. Dalam mereka bentuk kurikulum, falsafah pendidikan kebangsaan, budaya serta masyarakat merupakan komponen yang penting. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan

kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi lain. Konsep kurikulum dikategorikan kepada lima, iaitu:

(a) Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri daripada cadangan-cadangan berhubung dengan matlamat, objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian. (b) Kurikulum perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Kaedah ini membolehkan pelajar dapat menguasai kemahiran dan isi kandungan dengan berkesan. (c) Kurikulum merupakan program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan. (d) Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Kurikulum bukan saja membolehkan pelajar menimba ilmu tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman sebanyak mungkin; dan (e) Kurikulum juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran terancang, pelajar akan memperoleh nilai-nilai sampingan. Contohnya, interaksi dan komunikasi memainkan peranan penting bagi menjadikan kanak-kanak lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan bermasyarakat. 1.1.2 Matlamat dan Objektif Kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu. Memandanglan pendidikan merupakan aset utama sesebuah Negara, kurikulum perlulah dirancang dengan teliti. Kurikulum disusun dan dirangka berdasarkan falsafah pendidikan, rukun Negara, agama, budaya setempat, politik dan ekonomi. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa releven dengan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran terkini. Kurikulum perlu di ubah suai mengikut keperluan semasa supaya pelajar sentiasa belajar mengikuti trend pengetahuan terkini.

Sesuai dengan keperluan membina modal insan di abad ke 21 dan hasrat kerajaan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berfitrah, berinovasi dan berinovatif.

Kurikulum pendidikan yang dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Selain daripada intelek kurikulum pendidikan di Malaysia menggabungjalinkan unsur nilai, moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini kurikulum perlu mengutamakan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang, beretika dan bermoral. Kurikulum yang sama digunakan oleh semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan lagi hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum pendidikan yang sama akan membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu di bawah satu Negara yang berdaulat kerana kurikulum yang sama akan menyingkirkan sikap prejudis sesuatu kaum. Kurikulum pendidikan juga diharap dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat syangkan dan cintakan tanah air. Semangat cintakan dan sayangkan Negara perlu dipupuk melalui semua mata pelajaran. Aktiviti kokurikulum juga merupakan cara yang terbaik untuk memupuk rasa sayangkan dan cintakan tanah air. 1.1.3 Hala Tuju Kurikulum Kurikulum yang dibina adalah berlandaskan dasar pendidikan, falsafah pendidikan, hala tuju dasar kerajaan serta masyarakat. Kurikulum di Malaysia bertujuan

membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Kerajaan Malaysia amat serius dalam membangunkan modal insan. Sedutan ucapan belanjawan 2006 dan pembentangan rancangan Malaysia ke Sembilan menunjukkan bukti kesungguhan hasrat kerajaan. Kurikulum yang dibina juga perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Kesemua ini diharap akan melahirkan insan yang berketrampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif bagi memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dari segi ekonomi dan pembangunan modal insan. Usaha juga bertujuan menyediakan masyarakat Malaysia yang bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020.

Dalam proses menyediakan warga negara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap mengikut keperluan semasa.,kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Kurikulum yang dibina perlu memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan generik . Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran mereka. Aspek ini penting kerana proses pendidikan berlangsung secara berterusan kearah melahirkan insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti k-ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi . Apsek pembangunan intelek tidak mencukupi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,kurikulum juga menekan aspek jasmani,emosi dan rohani . Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani,perlaksanaan aktiviti kokurikulum, penerapan nilai nilai agama dan moral pada semua peringkat pendidikan perlu diperkukuhkan. Kesemua ini jika dilaksanakan mengikut rancangan dan kurikulum yang tersusun akan melahirkan insan yang memiliki kesedaran ,jujur san bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan . Kesannya akan melahirkan insan yang mengamal cara hidup yang sihat ,menjadi anggota masyarakat yang berguna,sentiasa berusaha memajukan agama,bangsa dan negara serta memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenga pekerja yang berketrampilan dalam sektor sektor perindustrian. Aspek melahirkan usahawan yang berwibawa dan mempunyai perancangan dan ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi abad 21 yang mencabar juga diberi perhatian. Kurikulum yang dibina perlu bersifat futuristik, fleksibel, dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Pembina kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa diharapa dapat menangani cabaran yang dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Kurikulum ini akan membolehkan pelajar dan masyarakat Malaysia berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak, tepat serta sesuai dengan budaya dan nilai nilai semasa.

1.2 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewujudkan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998. Dasar Pendidikan Kebangsaan mendefinisikan kurikulum kebangsaan sebagai:

"Kurikulum kebangsaan ialah satu program pendidikan termasuk kurikulum dan


kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani dan emosi serta untuk menanam dan meningkatkan nilai moral yang di ingini untuk mencapai pengetahuan" (Akta Pendidikan 1996).

Implikasi kurikulum dari Akta Pendidikan 1996 ialah: (a) 15 akta ini mentakrifkan bahawa sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah menengah, pendidikan lepas

menengah dan pendidikan tinggi. Dengan ini kurikulum pendidikan pra sekolah digubal dan diseragamkan; dan (b) Seksyen 18 semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum piawai iaitu kurikulum kebangsaan. 1.2.1 Laporan Kabinet 1979 Laporan Kabinet 1979 bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut:

"Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid


yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara." (Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979).

Implikasi kurikulum dari Laporan Kabinert 1979 ialah: a) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) digubal dengan menekankan

perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi pendidkan asas dan perkembangan bakat. b) Kurikulum Baru Sekloah Menengah (KBSR) digubal dengan menekankan konsep pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengambil kira aspek kemahiran berfikir dan belajar. 1.2.2 Transformasi Kurikulum Kebangsaan Dalam konteks transformasi kurikulum kebangsaan, transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum: srukutur kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan kurikulum dan pengurusan sekolah. Kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan, sila rujuk Rajah 1.1. Hasrat pendidikan melalui transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan negara adalah satu penambahbaikan yang dilakukan selaras untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan dan berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang

menyeronokkan. Penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan pelajar dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah.

1983 KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH

1993 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) 2003 KBSR (SEMAKAN)

2010/2011 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Rajah 1.1 Perubahan kurikulum sekolah rendah di Malaysia Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi. Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental dalam kalangan pelajar melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang pelajar menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan pelajar untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi yang dilaksanakan telah

mengariskan enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik (sila rujuk Rajah 1.2)

Sains dan Teknologi Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

Komunikasi Penggabungan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. PEMIKIRAN KRITIS DAN INOVATIF INSAN SEIMBANG

Kerohanian, Sikap dan Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.

Perkembangan Fizikal dan Estetika Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aspresiasi. Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Ketrampilan Diri

Kemanusiaan Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

Rajah 1.2 : Reka bentuk transformasi kurikulum

Tumpuan perbincangan dalam subtopik ini adalah berkaitan dengan tunjang fizikal dan estetika di mana keperluan kepada insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui falsafah pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Kesihatan jasmani pelajar menjamin pembangunan potensi pelajar dalam domain yang lain. perkembangan jasmani dan kesihatan pelajar harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur serta tahap kematangan pelajar. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang perkembangan fizikal dan estetika. Kaedah pengoperasian bagi merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang dinyatakan sebelum ini, kurikulum prasekolah, rendah dan menengah diorganisasikan secara modular berasaskan standard. Kurikulum transformasi digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu di mana pelajar perlu menguasai pada suatu tempoh dan tahap persekolahan. Kompetensi ini diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Standard kurikulum disediakan berasaskan matlamat pendidikan dan dibina ke arah menggalakkan pembelajaran berasaskan sekolah. Dua standard yang perlu dicapai oleh pelajar adalah terhad standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard ini disediakan bagi setiap tahap. Standard Kandungan mengandungi pernyataan spesifik tentang apa yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard kandungan. 1.2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Huraian Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dikategorikan kepada 15 iaitu: (a) Pendidikan suatu usaha yang berterusan; (b) Memperkembangkan potensi individu; (c) Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu; (d) Insan yang seimbang dan harmoni; (e) Unsur intelek; (f) Unsur harmoni; (g) Unsur emosi; (h) Unsur jasmani; (i) Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; (j) Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan; 10

(k) Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia; (l) Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab; (m) Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, dan (n) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 1.3 PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

Sebelum merekabentuk kurikulum, pembangun kurikulum amat perlu mengkaji, menganalisis serta memilih: (a) Teori-teori berkaitan dengan kurikulum; (b) Falsafah pembentukan kurikulum; dan (c) Kriteria Pembentukan Kurikulum. Ketiga-tiga komponen ini menjadi teras dalam rekabentuk kurikulum. 1.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum Terdapat tiga teori utama dalam merekabentuk kurikulum iaitu seperti dinyatakan dalam Rajah 1.3

a) Teori Tradisional

TEORI-TEORI UTAMA MEREKABENTUK KURIKULUM

c)Teori Rekonseptualis

b) Teori Konseptual

Rajah 1.3: Tiga kategori teori utama dalam merekabentuk kurikulum

11

a) Teori Tradisional Teori ini didukung oleh ahli-ahli akademik seperti Dewey, Bobbit, Tyler, Taba, Dull dan lain-lain lagi. Teori ini lebih berfokus kepada pendekatan tingkahlaku. Kurikulum ini juga dikenali sebagai kurikulum tersukat. Ini adalah kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan, sama ada tercapai atau pun tidak. Teori ini mementingkan proses pemindahan pengetahuan. Teori tradisional menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, di jelaskan dan dikawal. Kurikulum dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkahlaku. Pengajaran bertindak sebagai penyampai maklumat dan dilatih dalam melaksanakan kurikulum dengan berkesan. b) Teori Konseptual Teori ini didokong oleh kebanyakan ahli akademik yang merupakan mereka yang berfahaman psikologi kognitif seperti Bloom, Brunner, stake dan lain-lain. Ahli akademik kumpulan ini berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama. Konsep-konsep utama ini akan diorganisasi untuk mendedahkan hubungan penting dan seterusnnya dapat menghasilkan kurikulum yang tersusun sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan mudah. Teori konseptual memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum. Teori ini menggunakan kaedah penelitian dalam sains bagi menghasilkan generalisasi yang membolehkan pendidik meramal dan

mengendalikan apa yang berlaku di sekolah. c) Teori Rekonseptualis Ahli-ahli akademik yang mendokong teori ini kebanyakan berfahaman Marxism dan neo-Marxism seperti James MacDonald, Michale apple, Harold Rugg, Robert Young dan lain-lain lagi. Teori ini berpendapat kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika membuat keputusan. Menurut Ornstein dan Hunkins 1988, manusia sering bertungkus-lumus mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding dengan menggunakan kebijaksanaan sendiri. Dengan kata lain teori rekonseptualis mengganggap kurikulum sebagai bahan penting yang boleh membawa membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum ini bertujuan untuk menwujudkan golongan pelajar yang mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat. Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi kehidupan. 12

1.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkajinya memahami pendidikan secara keseluruhan, mentafsir melalui konsep-konsep umum dan dasar pendidikan sesuatu negara. Kandungan falsafah akan membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara luaran dan dalaman arah tujuan pendidikan. Keperluan mengkaji falsafah amat perlu dalam membina kurikulum. Oleh itu falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum. Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi reka bentuk kurikulum. Antaranya dinyatakan di dalam jadual 1.1. Jadual 1.1 : Aliran Falsafah yang mempengaruhi Reka Bentuk Kurikulum. Aliran Falsafah Penerangan Idealisme menganggap ilmu diperoleh dari kebolehan berfikir. Menurut Plato ilmu diperolehi melalui deria amat kekal dan lengkap. Idealisme Menurutnya lagi ilmu yang benar akan datang dari kebolehan berfikir. Idealisme menganggap pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran yang kadangkala tidak dapat dinyatakan kebenarannya. Realisme Realisme menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran adalah apa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan tidak lengkap. Menurut fahaman realisme, ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia. Paramatism berpendapat sekiranya satu idea itu dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Dengan kata lain yang saha adalah idea yang dapat dibuktikan. Paramatim menganggap minda manusia bertindak dengan aktif.

Manusia berkebolehan untuk menaakul dan mempunyai Paramatism gaya fikiran yang pelbagai bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi pengetahuan ialah keperluan mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman hidup. Dengan kata lain pendidikan bukan semata-mata mengajar manusia

13

menghafalkan ilmu tetapi menggunakan ilmu. Arah aliran paramatisme dapat dilihat pada perubahan peperiksaan awam di Malaysia. Sistem peperiksaan awam di Malaysia berubah dari soalan dalam bentuk hafalan ke soalan yang berorientasikan pemikiran. Perianelisme adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel. Falsafah ini menganggap manusia dan pendidikan berada dalam keadaan tetap. Perbezaan

manusia dengan haiwan ialah keupayaan manusia berfikir, Perianelisme pendidikan ialah keperluan untuk hidup. Pelajar perlu melalui proses pembelajaran yang tetap melalui pengajian berstruktur. Dalam Falsafah ini kurikulum perlu mempunyai disiplin latih tubi dan latihan yang ketat. Di sekolah guru perlu mengajar dan murid sebagai penerima, kurikulum yang terbina adalah muktamat. Essentialisme menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam pembelajaran. Falsafah ini

berpendapat ahli pendidik hendaklah membezakan antara Essentialisme perkara yang diperlukan dan tidak diperlukan dalam pendidikan. Kurikulum perlu dibina bagi memenuhi

kehendak masyarakat semasa dan pada masa yang sama mengutamakan tamadun ilmu yang lampau serta

merangsang kebijaksanaan akan datang. Progressivesme menyatakan pembelajaran berlaku

berdasarkanperubahan, kemajuan dan bukan ketekalan. Falsafah ini memberi fokus kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar.

Progressivesme

Progressivesme lebih memberi penekanan pada demokrasi. Sekolah perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar bukan mewujudkan persaingan. Guru

berperanan sebagai fasilitator bukan sebagai guru tradisional.

Falsafah ini menganggap perubahan yang dihasilkan

14

bergantung kepada kecenderungan dan minat pelajar. Pelajar harus diberi bimbingan untuk mengubah pengalaman langsung menjadi pengetahuan. Pendidikan ialah proses pembentukan yang berterusan kerana manusia terus hidup dan berfikir. Falsafah rekonstrutionalisme menyatakan peranan

pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta Rekonstrutionalisme melahirkan masyarakat berilmu. Fahaman ini percaya manusia berupaya membina masyarakat baru melalui perubahan masyarakat. Eksistensialisme Falsafah Eksistensialisme Guru mementingkan pendidikan murid yang berkesan dalam pendidikan dan

melaluipersekitran.

berperanan membantu

dalam proses penerokaan. Sekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan. Dunia dilihat sebagai bahan pembelajaran yang boleh ditafsirkan secara individu.

1.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum

Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikriteriakan seperti dinyatakan di dalam Rajah 1.4.

KRITERIA TEORI REKA BENTUK KURIKULUM

Berpusatkan subjek

Berpusatkan pelajar

Berpusatkan masalah

(a) Reka Bentuk Berpusatkan Subjek Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada beberapa perkara seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1.2.

15

Jadual 1.2: Faktor-faktor dalam Reka Bentuk Berpusatkan Subjek Faktor-faktor Reka Bentuk Berpusatkan Subjek Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang Reka bentuk mata pelajaran terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi Penerangan

memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami. Setiap mata pelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan. Reka bentuk disiplin Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ini dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang. Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu mata pelajaran yang bersepadu. Reka bentuk ini akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ini menghilangkan sempadan Reka bentuk bersepadu matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

16

Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman

Reka bentuk korelasi

penjajah hingga ke sekarang.

Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu bekerjasama dan memberi komitmen yang tinggi. Mereka perlu berbincang dan bekerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan maklumat dari subjek-subjek yang berlainan.

b) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah

progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada tiga kategori iaitu seperti dinyatakan di dalam rajah 1.3.

17

Jadual 1.3: Faktor-faktor dalam Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Faktor-faktor Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk ini menganggap pemikiran pelajar Reka bentuk berpusatkan pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak-kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan. Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap Reka bentuk berpusatkan pengalaman minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. Namun kedua-dua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh dijangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidikan mengenali pelajar. Reka bentuk ini mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan Reka bentuk berpusatkan humanistik unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk ini memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain, reka bentuk berpusatkan humanistik menekanan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ini menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan. Penerangan

18

c) Reka Bentuk Berpusatkan Masalah Reka bentuk berpusatkan member fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan

pengalaman individu dan kemasyarakatan. Faktor - faktor dalam Reka Bentuk Berpusatkan Masalah Terdapat dua Faktor Reka Bentuk Berpusatkan Masalah. Yang pertama ialah Reka bentuk situasi - kehidupan. Reka bentuk ini lebih mirip kepada teori kontekstual. Reka bentuk situasi kehidupan berpendapat itu lebih diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini. Oleh itu kurikulum perlu dibina dengan member penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kurikulum yang berbentuk dalam reka bentuk ini akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia sebenar. Faktor kedua ialah reka bentuk semula masyarakat. Reka bentuk ini berorientasikan masyarakat, yang mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam masyarakat serta boleh menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi

melahirkan masyarakat yang berkualiti. 1.3.4 Kurikulum dan Hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif merupakan keperluan utama negara dalam membangunkan modal insan. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Dalam kurikulum pendidikan jasmani unsur psikomotor, afektif dan kognitif menjadi keutamaan. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, sukatan pelajaran pendidikan jasmani telah menyelit unsure sains dalam mata pelajarnya, oleh itu kesepaduan mata pelajaran dapat di bentuk. Selain mata pelajaran sains mata pelajaran lain seperti matematik, sejarah dan lain-lain juga dapat di sepadukan dalam mata pelajaran pendidikan jasmani.

19

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Pelajaran contohnya permainan merupakan kegemaran semula jadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar. Penggabungjalinan nilai dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan komponen utama dalam kurikulum. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerjasama, kepimpinan dan perpaduan dapat digabungkan dengan mudah. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dalam membina cara hidup sihat. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pragmatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif,

nilai,sistematik serta intituitif dapat dibina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitik dan kritis untuk memberi jawapan.

20

RUJUKAN

Bacaan asas

Briggs, F. & McVeity, N. (2000). Teaching Children To Protect Themselves. Crows Nest NSW: Allen & Unwin. Merki M.B. & Merki D. (1987). Health, A guide to wellness. Mission Hills, CA. Glencoe Pub.Co. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings. Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti.

Rujukan
Eva. L. Essa. (2003). Introduction to early childhood education. Canada: Delmar Learning. Marjorie, J. K., Anne, K. S., & Alice, P. W. (2004). Developmentally appropriate curriculum. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall. Nor Hasimah. H., & Yahya, C. L. (2003). Panduan pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS Publication Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. KPM. Radzi, S., & Yusuff, I. (1990). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur. Thomas, K.T., Lee, A.M., & Thomas, J.R. (2003). Physical education methods for elementary teachers (2nd edition). Champaign, IL: Human Kinetics. Wuest, D.A., & Bucher, C.A. (1999). Foundations of physical education and sport (13th edition). Boston: WCB McGraw-Hill. Zarina L.A., Abdul Latif A., Azali R., Norkhalid S., & Nur Akmal I. (2011). HBHE 1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. 21

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

LAMAN WEB www.cdc.gov/HealthyYouth/hecat/ cdc.gov/healthyyouth/sher/characteristics/ www.gnb.ca/0000/publications/curric/hcgr6.pdf www.moe.gov.my/ www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/ www.scribd.com/ www.vicmy.info/ mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/ www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/fpk.pdf www.moe.gov.my/bpk/

22

You might also like