You are on page 1of 4

KUMPULAN 8

KETUA KUMPULAN : WAN DONNIE KHALID BIN WAN ABDULLAH

AHLI-AHLI KUMPULAN : 1) ZULKIPLI BIN SAWI


2) SAMAJAMAL
3) HASMIN ZAKIEYAH BINTI AMIN
4) NOORAZLINA BINTI IBRAHIM
5) NOORASHIKIN

BAHAGIAN A (SOALAN 3)
DEFINISI KEPIMPINAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan
manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke
arah pencapaian gal organisasi. Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam
kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau
mencucuk suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan din di hadapan
knitpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk mencapai go1
organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk
menghasilkan bunyi-bunyian yang diselaraskan dan irama lagu yang betul, melami usaha-usaha
bersatu abli-abli inuzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga faktor penting tentang definisi kepimpinan. Pertama, kepimpinan mesti melibatkan
orang lain atau pihak lain sama ada pekenja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau
para pengikut. Ahli-ahli kumpulan rnembantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan
proses kepimpinan melalni kesanggupan mereka untuk menenima pengagihan kuasa yang tidak
seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua, para pemimpin rnempunyai
autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan setengab danipada kegiatan-kegiatan anggota
kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak boich mengarab aktiviti-aktiviti pemimpin
mereka. Ketiga, selain daripada berkuasa untuk mernbeni arahan tentang apa yang penlu
dilakukan, pemimpin boich juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleb pekerja-
pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin dapat mengarah stafnya untuk melakukan
sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar dikendalikan
dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN

1. BERIMAN DAN ADIL

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan sifat-sifat
yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah
tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu
terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan kesejahteraan
bersama.

2. MENGENALI JIWA

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan yang ada
pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi
pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai
kemudharatan dan malapetaka terhadap kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.


b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan
memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan banyak
mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik, sosial,
ekonomi dan lain-lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta
mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan
mereka.

3. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka sekadar yang
perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama merasai riang dan duka dan
bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah mereka. Semua ini dapat membantu
pemimpin itu untuk mengawal serta membina thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya
dapat mengambil faedah daripada suasana tersebut.

Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan antara
kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan
mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan
yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya unutk
mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa
dikongkong dan tidak bebas.

4. TELADAN YANG BAIK

Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai model yang
baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata dan segala
perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap pengikutnya.
Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh umat manusia. Firman
Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik” Sedang Para sahabat pula
merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang mendapat petunjuk Ilahi
yang disifatkan sendiri oleh baginda : “ Sahabat-sahabatku umpama bintang di langit, siapa
sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti kamu akan beroleh petunjuk” ( al Hadith)

5. PANDANGAN YANG TAJAM


Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi mana-mana
masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai situasi dan
keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan penghargaan orang bawahan terhadap
dirinya.

Sebaliknya sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas daripada pemimpin semuanya boleh
mencetuskan keadaan kucar- kacir dan menyebabkan menurunnya kepercayaan orang bawahan
dan menyebabkan hilangnya pengawalannya terhadap mereka. Sesungguhnya benar sabda
Rasulullah :

“ Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketika berhadapan dengan kekeliruan dan
Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang”.

6. KEKUATAN

Kekuatan adalah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian pemimpin. Dengannya segala
kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini memerlukan tekad yang kuat dan tegas
serta tidak mempedulikan segala tribulasi yang mendatang. Setiap pemimpin haruslah sedar
bahawa bukanlah sesuatu yang mudah untuk melaksanakan amanah kepimpinan ini. Namun dia
tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh
dalam setiap perencanaan dan perlaksanaan untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah
digariskan akan tercapai.

7. MATANG DALAM TINDAKAN

Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat rujuk untuk
menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah menunjukkan kematangan
dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan meningkat. Hikmah di sini bermaksud
supaya semua tindakan dan keputusan yang berhasil kesan yang positif dan perlaksanaannya
tidak bercanggah dengan syariat. Oleh itu sekiranya perlu kepada ketegasan atau kelembutan
maka ia perlu diberikan penekanan sepenuhnya.

8. OPTIMISME

Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang memimpin.
Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh dan berlapang dada.
Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat perhitungan di atas sebab yang boleh
menggagalkan usahanya pada masa-masa yang akan datang.

Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan
keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan
tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu kebijaksanaan
sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu. Begitu juga harapan itu
janganlah ditundukkan kepada tekanan-tekanan sentimen tapi hendaklah selaras dengan suara
akal serta perencanaan yang teratur.

Agama Islam hari ini sedang mengharungi perjuangan yang sengit sama ada di dalam mahupun
di luar perjuangan, di segenap pihak dan di pelbagai bidang serta lapisan. Oleh itu tidaklah sama
sekali sesiapapun melarikan diri daripada medan perjuangan dan membelakangkan diri
daripadanya. Malah perjuangan itu harus dihadapi dengan hati yang gigih dan tabah disertai
tekad dan azam untuk melawan kebatilan dan menegakkan kebenaran.

12. DAYA TARIKAN SEMULAJADI


Ia adalah satu tabie yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik hati orang lain
tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang peramah merupakan penarik
zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan asa kepimpinan yang baik dan berkesan.
Dan inilah adalah satu unsur pembentukan peribadi yang kuat sekali.

13. Minat dan Kebolehan yang Luas

Dia bukan saja aktif dalam satu bidang sahaja. Dia mempunyai kefahaman yang luas,
kecenderungan yang banyak dan pelbagai. Dia seorang yang peka, mempunyai
minat yang luas terhadap kerja-kerja yang melibatkannya secara langsung, termasuk
pelbagai perkara dan aktiviti-aktiviti penting di persekitarannya. Jelasnya dia seorang
yang dikurniakan kelebihan yang luas.

14. Kemahiran Komunikasi


Salah satu gelaran yang diberi kepada Nabi Muhamamd s.a.w. ialah orang yang
paling fasih bertutur bahasa Arab. Mengikut Cambrige History of America Literature:
‘Bukan polisi dan tindakkannya yang menyebabkan kemenangan Lincoln menerajui
partinya pada tahun 1680, tetapi cara ianya menyampaikan sesuatu. Dalam setiap
revolusi orang yang dapat menyampaikan sesuatu dengan baik dapat memimpin.

15. Kematangan
Seorang pemimpin yang berjaya bebas dari sifat kebudakbudakkan; sikap dan
tingkahlakunya adalah tindakan orang yang dewasa yang bertanggungjawab dan
matang. Dari segi psikologinya dia seorang yang stabil dan menggambarkan
kestabilan peribadi kepada pengikut-pengikutnya.

16. Kekuatan Motivasi


Dorongan, tenaga, inisiatif, ketabahan, keupayaan memuliakan diri sendiri, dan
pendirian yang tetap telah lama diterima sebagai tanda pemimpin yang kuat.
Pemimpin yang berjaya suka merancang, mengurus dan mengarah usaha yang lain.
Dia mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

17. Kemahiran sosial.


Kepimpinan pada dasarnya memperoleh sesuatu melalui orang lain, yang
menunjukkan secara jelas bahawa pemimpin yang jelas mesti bergantung kepada
kemahiran sosial. Dia mesti peka terhadap perasaan dan sikap manusia, sama ada
jelas atau tidak ; Dia mesti tegas untuk mempengaruhi orang lain dengan berkesan.

18. Keupayaan Mentadbir


Kebolehan membayang, memulakan, merancang, mengarah, menyelesaikan, menilai
orang lain, memilih, mengajar, meransang, mengkaji, meneliti, memerhati,
memperbaiki, melihat dengan pandangan yang jauh, meringkaskan, memutuskan,
memastikan kerja dilaksanakan; perkara-perkara ini merupakan kemahiran yang
dipegang oleh pemimpin lebih daripada teknologi. Meskipun dalam situasi yang
berlainan, sifat-sifat yang diutarakan oleh para ulama’ mempunyai signifikasi untuk
melahirkan kepimpinan yang berkesan, iaitu bukan sahaja berkesan dari kacamata
para pengikut, tetapi juga pada pandangan Allah S.W.T. Dalam konteks Islam Hadhari,
konsep kepimpinan Islam perlu bergerak dalam semua lapangan kehidupan dan
dipraktikkan oleh semua pihak dari para ustaz, ahli politik, jurutera, arkitek, ahli
perniagaan, guru, peniaga dan sebagainya. Dalam konsep Islam yang syumul, apa
sahaja bidang berkaitan profesion pekerjaan yang menyumbang kepada kebaikan
rakyat dan negara perlu dianggap sebagai ibadat dengan mendahului niat kerana
Allah sesuai dengan tanggungjawab sebagai khalifah Allah yang memakmurkan
muka bumi.

You might also like