You are on page 1of 3

Muqaddimah is the greatest work of its kind that has ever been

created by any mind in any time or place

A.J. Toynbee seorang ahli


sejarah pernah mengungkapkan:

BIODATA IBN KHALDUN


Kebanyakan data-data penting berkenaan autobiografi Ibn Khaldun diambil
daripada
sumber asli yang terdapat dalam Kitab al-`Ibarnya. Autobiografi ini
mengandungi kronologi
kehidupan beliau yang mana catatan mengenai kehidupannya ini telah
membekalkan faktafakta
yang dikira lengkap untuk mengetahui tentang sejarah kehidupan beliau.
Ibn Khaldun, Wali al-Din `Abd al-Rahman b. Muhammad b. Muhammad b. Abu
Bakar Muhammad b. Al-Hasan (732-784H./1332-1406M.), salah seorang
personaliti yang
terkenal dalam sejarah kebudayaan Arab-Muslim, dilahirkan di Tunisia pada 1
Ramadan 732H.
bersamaan 27 Mei 1332 M, iaitu hampir 70 tahun selepas kematian Ibn
Taymiyyah. `Abd al-
Rahman merupakan nama sebenarnya, Abu Zaid adalah nama panggilan
keluarganya dan
gelarannya ialah “Wali al-Din”, sementara nama mashyurnya ialah Ibn
Khaldun. Nama Abu
Zaid diambil bersempena nama puteranya yang sulung iaitu Zaid,
sebagaimana kelaziman
orang-orang Arab. Gelaran “Wali al-Din” merupakan gelaran yang diberikan
kepada Ibn
Khaldun sewaktu beliau memegang jawatan di Jabatan Kehakiman Mesir
kerana jasa-jasa
dan peranan beliau. Sementara gelaran Ibn Khaldun pula merujuk kepada
moyangnya yang
bernama Khalid Ibn `Uthman yang dikatakan berbangsa Arab Yaman dan
telah memasuki
Andalus kira-kira pada abad ke 7 Masihi. Masyarakat Andalus dan Maghribi
telah menukar
panggilan “Khalid” menjadi “Khaldun” dengan tambahan “waw” dan “nun”
diakhir
perkataan “Khalid” sebagai simbol penghormatan dan sanjungan
terhadapnya. Kata “al-
Tunisi” merujuk beliau sebagai orang Tunisia dan kata “al-Hadrami” pula
diambil sempena
nama negeri asal beliau, Hadramaut. Kata “al-Ishbili” menunjukkan beliau
datang daripada
Seville dan “al-Maliki” pula dihubungkan dengan Iman Malik Ibn Anas, Imam
mazhab Fiqh.
Ibn Hazm pernah menyebut bahawa keluarga Ibn Khaldun berasal dari
wilayah
Hadramaut di Yaman. Salasilah keturunan beliau bersambung daripada Wail
Ibn Hajar,
seorang sahabat Nabi yang pernah meriwayatkan lebih kurang 70 hadith
daripada Rasulullah
s.a.w. Baginda juga pernah mengutuskan Wail bersama Mu`awiyah Ibn Abi
Sufyan kepada
penduduk Yaman untuk mengajar al-Qur’an dan memperkenalkan agama
Islam kepada
mereka. Khalid Ibn `Uthman adalah salah seorang cucu daripada keluarga
Wail Ibn Hajar,
yang kemudiannya lebih dikenali sebagai Khaldun. Khalid telah memasuki
Andalus dan
beliau dikatakan sebagai orang Arab Yaman pertama berada di situ.
Kemudiannya, daripada
keturunan Khalid ini, terbentuk beberapa generasi yang menetap di Seville,
Italy dan juga di
Sepanyol. Akhirnya keluarga besar ini berpindah menetap di Afrika Utara
semasa
pemerintahan Hafsid Abu Zakariyya (625-647H/1128-1248M), pemerintah
Tunisia pada
masa itu.
Ibn Khaldun dilahirkan dalam keluarga yang berpengaruh dan berpendidikan
tinggi.
Beberapa orang datuk dan moyangnya telah memegang beberapa jawatan
tinggi dalam
kerajaan Tunisia. Umpamanya, moyang beliau, Abu Bakr Muhammad Ibn al-
Hasan yang
menulis sebuah risalah berjudul Adab al-Khatib memegang jawatan Menteri
Kewangan
semasa pemerintahan Abu Ishaq (678-681H./1279-1283M.). Anaknya yang
bernama
Muhammad juga pernah memegang beberapa jawatan rasmi dalam kerajaan
sama ada di
Bougie atau di Tunis dan beliau meninggal dunia pada tahun 737H./1337 M.,
setelah tidak
terlibat dalam arena politik negara selepas kejatuhan Ibn al-Lihyani (711-
717H./1311-
1317M.) Walaubagaimanapun anak Muhammad yang juga ayah Ibn Khaldun,
Muhammad,
telah tidak terlibat dengan politik dan pentadbiran negara. Beliau lebih
menumpukan
kehidupannya kepada pengkajian fiqh, falsafah dan syair sehingga dapat
menguasai kesemua
ilmu-ilmu tersebut dengan baik.
Semenjak kecil, Ibn khaldun mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam
seperti
al-Qur’an, al-Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa,
mantik dan logik
sehingga menjadikan beliau seorang cendikiawan yang agung. Antara
gurunya ialah
Muhammad Ibrahim al- Abili, Abu `Abd Allah al-Jayyani dan `Abd Allah
Muhammad Ibn
`Abd al-Salam. Tidak seperti bapanya yang tidak mahu melibatkan diri dalam
politik dan
pentadbiran negara, beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam bidang
pendidikan,
pengajaran dan politik serta pentadbiran negara. Karier politik Ibn Khaldun
bermula ketika
beliau berumur 20 tahun apabila beliau dilantik sebagai setiausaha diraja
semasa
pemerintahan Sultan Abu Ishaq yang memerintah Tunis pada tahun
751H/1352M. Beliau
juga telah pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran negara
seperti menteri,
diplomat, jenderal dan qadi di bawah pemerintahan beberapa orang sultan di
Tunisia,
Granada, Algeria, Morocco dan Bougie dari tahun 1375 hingga 1378M.
Selepas lebih kurang
20 tahun melibatkan diri dalam pemerintahan dan politik, beliau menyisihkan
diri di Qal`ah
Bani Salamah, sebuah istana di wilayah Oran di Algeria dan memulakan
penulisan sejarah
dunianya di mana Muqaddimah (Prolegomena) merupakan jilid pertama dari
keseluruhan
penulisan tersebut. Pada tahun 1378M. Ibn Khaldun kembali semula dalam
kehidupan
masyarakat dan pada tahun 1382M beliau berpindah ke Kaherah dan
memulakan karier
barunya sebagai Ketua Qadi dan juga menjadi guru sehingga beliau
meninggal dunia pada
tahun 1406M.
Ibn Khaldun dikatakan mempunyai beberapa orang saudara lelaki. Salah
seorang
abangnya bernama Muhammad dan adiknya bernama Yahya. Ibn Khaldun
berkahwin dengan
anak perempuan Muhammad Ibn al-Hakim (M.1343M.) iaitu seorang Menteri
Peperangan
(Pertahanan) dan juga general dalam Dinasti Hafsid. Mereka telah
dikurniakan tujuh orang
cahaya mata, lima perempuan dan dua lelaki. Malangnya isteri dan kesemua
anak perempuan
Ibn Khaldun meninggal dunia dalam tragedi kapal karam pada tahun 1383M.
Ketika kejadian
itu berlaku, Ibn Khaldun dan keluarganya dalam perjalanan ke Mesir daripada
Tunisia.
Sementara kedua ibubapanya pula meninggal dunia akibat wabak penyakit
taun yang
melanda Tunisia pada tahun 1349M.

You might also like