You are on page 1of 16

KDP 4 MINGGU (25 JUN 20 JULAI 2012) IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KUMPULAN : PEMIKIRAN DAN

KRITIKAN SASTERA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU


TAJUK : TEKNIK TEATER

PEMBACA DAN TEKNIK BERCERITA

AHLI KUMPULAN
1.HAMIDAH BINTI HANIB (SM SAINS REMBAU , 0172395121 2.NOR AISAH BINTI OMAR ( SMK TUNKU SYED IDRUS,

0172093647) 3.SITI MAHERAN BINTI MAT ( SMK DATO MOHD YUNUS SULAIMAN, 0132313338) 4.SITI HAFIZAH BINTI ABDULLAH (SMK RAJA JUMAAT, 0176398665) TARIKH : 2 JULAI 2012

KONSEP TEATER PEMBACA


Melibatkan beberapa orang murid yang membaca

skrip sesebuah cerita di hadapan.


Membantu penonton (murid)

memahami,menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
Sesuai dalam melatih ketrampilan

berbahasa, melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja serta bersesuaian dengan situasi dan watak yang dilakonkan.

Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak

badan dan mimik muka sahaja.


Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting

berdasarkan aktiviti yang dijalankan.


Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan

prosa klasik.

Beberapa orang pelajar dipilih berdasarkan kehendak

skrip. Pelakon yang tiba gilirannya akan bergerak selangkah ke hadapan dan membaca dialog dengan penuh perasaan. Setelah selesai membaca dialognya, dia akan berundur ke belakang dan diikuti oleh pelakon berikutnya, begitulah seterusnya.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA TEATER PEMBACA


Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara

individu daripada skrip pendek.

Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens

dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yangsimbolik daripada pembaca.

Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.

Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.


Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan

tekanan.

Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara

bahasa denganpemikiran dalam dimensi yang luas.


Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca

cerita dengan lancar.


Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi

yang betul berdasarkancerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.

Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara,

sebutan, gerak badan dan mimik muka.


Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik

muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek

yang sesuai dan mengandungi dialog.

Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk

memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.
Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki

duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masingmasing.
Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater

pembaca seperti yangdikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu(a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.

Pencerita yang berada dalam kelompok cerita,

membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.
Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya

dibacakan.
Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula

hanya membaca cerita dari suatu tempat lain. Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita

TEKNIK BERCERITA
KONSEP
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976). Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.

KEMAHIRAN BERCERITA
1. Kemahiran Lisan

2. Kemahiran Bukan Lisan

PERBEZAAN KEMAHIRAN LISAN DAN BUKAN LISAN


KEMAHIRAN LISAN KEMAHIRAN BUKAN LISAN MIMIK MUKA HUBUNGAN MATA BAHASA BADAN PEKA DENGAN REAKSI PENDENGAR DAN GANGGUAN

BAHASA SUARA SEBUTAN NADA DAN INTONASI

KRITERIA PEMILIHAN CERITA


Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak Plot yang mudah, kronology & happy ending Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan Melibatkan watak kanak-kanak Menonjolkan watak yang boleh dicontohi Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK) Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek Bersifat universal

CONTOH TEKNIK BERCERITA


Bercerita tanpa alat
Bercerita berpandu Bercerita berdasarkan gambar bersiri Bercerita menggunakan bahan maujud Teka-teki Teater bercerita Boneka

IMPLIKASI BERCERITA
meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya

lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata memahami dan menghayati cerita meningkatkan kemahiran mendengar mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menambah pengalaman dan pengetahuan menanam sikap cinta akan warisan budaya menerapkan unsur nilai murni memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling mencungkil dan mengasuh bakat membentuk insan yang harmoni dan seimbang menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like