You are on page 1of 31

TUGASAN A : PEMEROLEHAN ILMU

1.0

MAKLUMAT TEORI TELEOLOGIKAL, TEORI DEONTOLOGIKAL, TEORI KEMORALAN SOSIAL DAN TEORI KEPERIBADIAN MULIA DARI PELBAGAI SUMBER

1|Page

TUGASAN B : PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi interpersonal yang melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang individu. Haliza Hamzah & Joy N. Samuel dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(2009) menyatakan Piaget berminat mengkaji pemikiran kanak-kanak menaakul dan memberi hujah terhadap persoalan melibatkan moral. Beliau merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral: i. Umur 4 hingga 7 tahun- Peringkat moral Heteronomus, Peringkat pertama perkembangan moral, Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan tidak boleh diubah. Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat. Contoh: Mereka mengemaskan barang mainan sebab takut dimarahi, Mereka sukar mengubah sesuatu peraturan dan mementingkan akibat yang akan diterima daripada sesuatu perbuatan. ii. Umur 7 hingga 10 tahun - Peringkat transisi. Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

iii.

Umur 10 tahun ke atas - Peringkat Moral Autonomus Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oieh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak. Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat. Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.

2|Page

Seperti Piaget, Lawrence Kohlberg juga berpendapat penaakulan moral berkait dengan perkembangan kognitif seseorang induvidu walaupun kadangkadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih terperinci di dalam tiga tahap utama. Setiap tahap mempunyai dua peringkat penaakulan moral.
Tahap 1: Pra Konvensional (0-9 tahun) Peringkat 1: Orientasi Kepatuhun dan Hukuman Peringkat 2 : Orientasi Ganjaran Peribadi Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun) Peringkat 3: Orientasi Perlakuan Baik Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan Tahap 3: Pos Konvensional ( >20 tahun) Peringkai 5 : Etika Kontrak Sosial dan Hak individu Peringkat 6 : Etika Prinsip Sejagat
Peringkat Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1: Pra-Konvensional Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu. Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.

Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanakkanak kepada orang dewasa adalah untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima. Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada harapan masyarakat. Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.

Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah
3|Page

pihak. Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Tahap 2: Konvensional Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini, inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial. Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik

Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik. Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan rakan sebaya. Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan

Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.

Tahap 3: Pos - Konvensional Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg. Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri, Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak individu dari etika prinsip sejagat, Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu

Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan masyarakat.
4|Page

Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.

Peringkat 6: Etika prinsip sejagat

Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

Kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah selain daripada di rumah. Terdapat pelbagai faktor persekitaran di sekolah yang dapat mempengaruhi pembentukan moral seorang kanak-kanak seperti yang disarankan dalam teori Perkembangan Kognitif. Antara faktor-faktor ialah kurikulum tersembunyi iaitu kurikulum persekolahan kebangsaan, KBSR dan KBSM telah mengaplikasikan penerapan nilai-nilai moral, murni merentasi kurikulum. Walaupun nilai-nilai yang diajar dalam subjek pendidikan Agama Islam dan Moral, nilai-nilai murni ini juga merupaka kurikulum tersembunyi untuk subjek-subjek lain. Setiap guru yang mengajar mana-mana subjek harus menerapkan nilai-nilai murni secara tersembunyi (implisit) dalam strategi dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran mereka. Undang-undang yang dibentuk di dalam kelas atau sekolah juga salah satu faktor dalam pembentukan perkembangan moral seorang kanak-kanak seperti yang disarankan dalam Teori Perkembangan Moral Kognitif dimana dalam teori Kohlberg, tahap 2, peringkat 4 menyatakan mengenai etika undang-undang mempengaruhi pemikiran kognitif kanak-kanak. Undang-undang yang ada secara tidak langsung memberi pengaruh eksplisit kepada kanak-kanak dimana,kanak-kanak tidak akan melakukan sesuatu kesalahan dan pada masa yang sama membentuk keperibadian kanak-kanak yang bermoral. Seterusnya ialah Pembinaan Modal Insan.Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang berhasrat untuk menghasilkan inssan yang harmonis dan seimbang dalam semua sudut, pembinaan modal insan menjadi antara agenda utama dalam merealisasikan hasrat ini. Banyak aktiviti- aktiviti yang mengimplementasikan di sekolah untuk pembinaan modal insan
5|Page

selain daripada melengkapi kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan akademik seperti aktiviti ko-kurikulum, perkemahan ibadat dan motivasi, bulan moral dan nilainilai murni, bengkel-bengkel kemahiran berfikir dan mengawal emosi serta banyak lagi. Selain itu,penerapan budaya penyayang juga adalah salah satu faktor.Di mana kesemua murid sekolah adalah pentiing dan perlu diberi layanan yang sama rata. Hubugnan guru-murid bukan hanay setakat pemberi ilmu tetapi juga mengambil peranan sebagai ibubapa di sekolah. Guru juga menjadi pembimbing dan pendengar yang baik. Juga sebagai kaunselor, memberi nasihat dan mengatur strategi yang sesuai apabila berhadapan dengan murid yang bermasalah. Faktor yang seterusnya ialah iklim sekolah yang lebih kepada amalan di sekolah tersebut seperti amalan demokrasi di mana pandangan dan saranan murid diambil kira. Murid-murid juga perlu diberi peluang menerangkan sebab salah laku,hal ini kerana di dalam Teori Perkembangan Moral oleh Piaget menerangkan pada peringkat moral autonomus,kanak-kanak mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang bukan sesuatu yang mutlak, dan bolah dipertimbangkan sesuatu perlakuan berdasarkan aspek-aspek seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku. Guru-guru sentiasa membincangkan sebab-sebab dan akibat yang akan murid-murid hadapai sekiranya melanggar etika bilik darjah atau sekolah dan bukannya terus memberi hukuman. Persekitaran sekolah yang tenang tanpa ugutan boleh membangkitkan rasa selamat dalam kalangan murid-murid. Faktor seterusnya ialah guru, menurut Teori Kognitif Kolhberg pada tahap satu iaitu tahap pra-Konvensional, peringkat 1, orientasi kepatuhan dan hukuman.Pada peringkat ini kanak-kanak mematuhi arahan kerana takutkan hukuman dan akibat yang akan diterima daripada kesalahan yang dilakukan. Oleh itu, sebagai guru perlulah memberi didikan dan penegasan moral kepada kanakkanak. Hal ini akan menjadi tabiat kepada kanak-kanak secara tidak langsung telah membentuk moral kanak-kanak tersebut. Faktor yang terakhir ialah Khidmat sukarela. Pihak sekolah boleh mengadakan program-program seperti pembimbing rakan sebaya, prgram lawatan ke rumah kebajikan, menjadi pembantu sukarela di rumah-rumah anak yatim, orang tua, hospital atau membantu secara sukarela membersihkan kawasan sekolah. Peranan khdmat sukarela begini membantu murid-murid supaya tidak mementingkan diri sendiri dan memberi kesedaran kepada mereka bahawa ramai lagi golongan yang tidak bernasib baik yang memerlukan bantuan. Murid-murid yang terlibat dalam program sebegini selalunya mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, menunjukkan rasa tangungjawab dan menunjukkan kemahiran bersosial yang baik.

6|Page

TUGASAN C PEMINDAHAN ILMU KERTAS KERJA

7|Page

1.0

PENGENALAN Ceramah ini adalah bertujuan untuk untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya mengurus kewangan. Selain itu, ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi tips-tips/langkah-langkah untuk menguruskan kewangan secara bijak

2.0 MATLAMAT Kertas kerja dihasilkan adalah bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada Pengarah IPG Kampus Keningau bagi menjalankan Ceramah Pengurusan Kewangan. Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini termasuklah: 2.1 Memberi penerangan mengenai pengurusan kewangan. 2.2 Memberi penerangan mengenai pemberian elaun kepada guru pelatih dan akta yang berkaitan. 2.3 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada guru pelatih betapa pentingnya menguruskan kewangan dengan bijak. 2.4 Memberi peluang dan ruang kepada guru pelatih untuk menyedari penyalahgunaan elaun yang diberi kerajaan. 2.5 Memberi tips-tips/langkah-langkah bagaimana untuk mengurus kewangan.

3.0

OBJEKTIF

Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang diharapkan guru pelatih dapat: 3.1 Melahirkan insan guru yang serba berkebolehan. 3.2 Menjadi agen perubahan dan kemajuan yang progresif dan dinamik ke arah membina generasi yang berilmu dalam perancangan negara menuju Wawasan 2020 serta pendidikan bertaraf dunia. 3.3 Menjadikan seorang pendidik yang mampu menguruskan hal pentadbiran seperti pengurusan kewangan.

8|Page

4.0

TARIKH, HARI DAN LOKASI PROGRAM

Tarikh : 20 April 2012 Hari : Jumaat : 08.00 pagi 11.00 pagi.

Tempat : Dewan Tan Sri Sufian Koroh, IPG Kampus Keningau, Sabah Masa

5.0

KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 (Kehadiran Wajib)

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN JENIS / ITEM A. Hadiah / sijil Hamper JUMLAH (A) B. Makan dan Minum i. ii. Peserta Air mineral (kecil) Kudapan RM 2 x 137 RM 0.60 x 137 RM 274.00 RM 82.20 RM 356.20 RM 30 x 2 unit = RM 30.00 RM 60.00 RM 60. 00 HARGA DAN KUANTITI JUMLAH

JUMLAH (B) C. Publisiti Kain rentang JUMLAH (C) RM 150 x 1 unit = RM 150.00

RM 150.00 RM 150.00

JUMLAH (A) + (B) + (C) RM 566.20

9|Page

7.0

AHLI JAWATANKUASA KERJA PELAKSANA CERAMAH PENGURUSAN KEWANGAN Penasihat Pengerusi Tim. Pengerusi Setiausaha Tim. Setiausaha Bendahari : En. Donatus Justin : En. Mohd Hasnor Bin Hasim : Rynnora Lesley A/K Reinholl : Tengku Shazlin Bt Tg Shariffudin : Ami Harnani Bt Hj. Jemaat : Flavia Kong

AJK Peralatan

: Tang Kie Guan Ameerul Asyraf B. Jahangirali Muhd Hafiyuddin B Mssnani

AJK Backdrop

: Muhd Khairullah B Marzidi Zusyafirah Bt Zulkifli

AJK Makanan

: Syahirah Bt Che Hassan Chia Meu Hung

AJK Siaraya & Multimedia

: Muhd Husaini B Abu Hassan Azureen Bt Amjah

AJK Sambutan/ Jemputan

: Wendy Lim Xin Xin Michelle Lorna Miles

AJK Dokumentasi/ : Mohd Syafiee B Md Hasim Buku Program Rumaisa Bt Mohd Ashari

Pengacara Majlis

: Nasiha Sakina Anderson Dom

10 | P a g e

8.0

TENTATIF PROGRAM

Penceramah

: Encik Ibrahim Bin Wahab(Pegawai Eksekutif Kanan)

Jemputan

: Puan Rujinah Bt Miki (Pengarah) Tuan Hj Baharom B. Mohd Nor (Timb Pengarah) Tuan Mazlan B. Ngah (Ketua Jab. HEP) Ketua-ketua Jabatan & Unit Pensyarah-pensyarah

7: 15 pagi 7: 30 Pagi 7: 45 Pagi 8:00 Pagi

: Kehadiran pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 : Pendaftaran pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 : Ketibaan para jemputan dan penceramah : Nyanyian Lagu IPG & Sabah Tanah Air Ku Bacaan Doa

8: 15 Pagi 8: 20 pagi

: Ucapan Alu-Aluan Pengarah : Penerangan mengenai pemberian elaun kepada pelatih guru dan akta/pekeliling yang berkaitan

9: 50 pagi

: Memberi penerangan mengenai pengurusan kewangan. kesedaran dan pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang bijak

10: 20 pagi 10: 30 pagi

: Kudapan : Pemberian tips-tips/langkah-langkah menguruskan kewangan secara bijak.

11: 00 pagi

: Ceramah dijangka berakhir.

9.0

PENUTUP Akhir sekali, sokongan daripada pihak pentadbir dalam menjayakan program ini adalah sangat diharapkan bagi memastikan objektif program dapat dilaksanakan.

11 | P a g e

Disediakan oleh:

................................................ (TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) Setiausaha Program PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2011 Sem 3 Disemak Oleh: ................................................ (ENCIK DONATUS JUSTIN) Pensyarah Pelaksana Ceramah Tarikh: Tarikh :

Ulasan Setiausaha Akademik: Adalah disahkan bahawa aktiviti/ program ini merupakan status wajib / Sokongan / Pemurnian berdasarkan sukatan Pelajaran / Proforma / Arahan semasa IPGM Disemak oleh: ................................................ (VASANTHY A/P SUBRAMANIAM) Setiausaha Akademik Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah Disokong oleh: ..................................... (MAZLAN BIN NGAH) Ketua Jabatan HEP Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah
12 | P a g e

Tarikh:

Tarikh:

Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan: 1) Disahkan peruntukan mencukupi/ tidak mencukupi 2) Peraturan dipatuhi/ tidak dipatuhi 3) Permohonan disokong/ tidak disokong

................................................ (IBRAHIM BIN WAHAB) Pegawai Eksekutif Kanan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah DILULUSKAN OLEH: ................................................ (RUJINAH BINTI MIKI) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah Tarikh: Tarikh:

13 | P a g e

Pengenalpastian masalah/ gejala sosial yang meruncing di IPG kampus Keningau Hasil daripada kolaborasi bersama dengan para guru pelatih di IPG Kampus Keningau terutamanya bersama rakan guru pelatih senior, terdapat beberapa masalah/gejala sosial yang dapat dikenal pasti. Berikut merupakan masalah/gejala sosial yang terdapat di IPG kampus Keningau yang dapat saya kenal pasti. Masalah Pengurusan Masa Masalah Pengurusan Kewangan Masalah Pengurusan Emosi Masalah Pengurusan Sosial Lain-lain masalah (dinyatakan)

Berdasarkan masalah tersebut,saya membuat borang soal selidik untuk mendapatkan masalah yang paling dihadapai oleh pelatih guru pada setiap semester.Melalui soal sellidik tersebut,saya mendapati ramai guru pelatih yang mengalami masalah pengurusan kewangan terutama pelatih PISMP berbanding pelatih PPISMP.Melalui perbualan,saya dimaklumkan hal ini kerana, elaun pelatih PISMP diberi sekaligus untuk satu semester iaitu satu bulan.Berbeza dengan pelatih PPISMP yang mendapat elaun sebulan sekali. Oleh demikian,pelatih sukar untuk menguruskan kewangan mereka agar dapat digunakan sebaik mungkin selama 6 bulan tersebut. Berikut adalah bilangan bagi masalah-masalah yang dihadapai yang saya dapati melalui soal selidik.

14 | P a g e

Saya membuat soal selidik terhadap 10 pelatih lelaki dan 22 orang pelatih perempuan.
16 14 12 10 8 LELAKI 6 4 2 0 Masalah Pengurusan Masa Masalah Pengurusan Kewangan Maslah Pengurusan Emosi Masalah Pengurusan Sosial Lain-lain Masalah PEREMPUAN

Melalui carta bar ini,dapat saya jelaskan bahawa,ramai pelatih mengalami masalah pengurusan kewangan sama ada pelatih lelaki mahupun perempuan.Hampir 19 peratus pelatih lelaki dan hampir 44 peratus pelatih perempuan yang mengalami masalah kewangan. Ini bermakna,lebih separuh pelatih mengalami masalah kewangan jika dibandingkan dengan masalah yang lain. Berdasarkan soal selidik ini,saya telah memilih Masalah Pengurusan Kewangan,untuk melaksanakan KKBI Pendidikan Moral, tugasan C dan melakukan kertas kerja. Untuk mengukuhkan lagi pemerhatian saya,disini saya kepilkan beberapa keping gambar membuktikan sebab-sebab pelatih mengalami masalah kewangan.

15 | P a g e

Pembelian alat solek dan perhiasan yang berlebihan oleh pelatih perempuan

Penggunaan/pembelian barang/alat gajet yang mahal

16 | P a g e

Resit Pembelian pelatih menunjukkan pembelian barangan yang mahal

Resit ATM: Urusan Pengeluaran Wang, baki duit pelatih pada bulan Februari

17 | P a g e

Pembelian kasut yang banyak serta berjenama dan mahal bagi seorang pelatih

18 | P a g e

Isi kandungan ceramah PENGURUSAN KEWANGAN. (Tempat: Dewan Tan Sri Suffian Koroh). Penceramah Encik Ibrahim Bin Wahab

Apa itu pengurusan kewangan? Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi/ kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara perkara yang ingin dilakukan seperti, berkahwin, membeli aset kereta/rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak kita. Melalui perancangan kewangan kita dapat mengenalpasti cara cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu.

Kenapa pengurusan kewangan penting? Perancangan kewangan membekalkan diri kita untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup. Perancangan kewangan dapat membantu kita memperbaiki tahap hidup kita; serta mengecapi kepuasan berbelanja. Perancangan kewangan perseorangan turut membantu kita mengumpulkan harta dengan cara yang paling efisyen. perancangan ini turut menjamin kedudukan kewangan kita yang turut meningkatkan taraf hidup kita. perancangan kewangan membekalkan kita idea untuk menguruskan kedudukan kewangan kita agar mencapai matlamat kewangan kita untuk memenuhi keperluan fan kehendak hidup kita

19 | P a g e

Mengapakah simpanan itu penting? Simpanan kewangan boleh diibaratkan sebagai suatu transaksi perniagaan. Anda menukar ganti peluang anda untuk berbelanja sekarang dengan perbelanjaan yang bakal anda hadapi. Maka tujuan utama menabung adalah untuk menampung perbelanjaan mungkin anda hadapi. bak kata pepatah sediakan paying sebelum hujan. Anda boleh menabung untuk pembelian aset atau untuk memberikan anda peluang berbelanja yang lebih fleksibel agar mencapai matlamat anda. Berbelanja dengan berhemat dapat membantu kita menabung dengan lebih efektif. Sekiranya, jumlah pendapatan bulanan anda tidak menentu, anda boleh menyimpan sebahagian daripada pendapatan anda dari memyimpan suatu jumlah yang ditetapkan.

LANGKAH LANGKAH DALAM PENGURUSAN KEWANGAN Proses proses yang terlibat dalam perancangan kewangan:1. Menilai semula kedudukan kewangan anda dengan meneliti pendapatan dan perbelanjaan. 2. Merangka target kewangan yang ingin dicapai. jangka masa pendek (membeli kereta) & jangka panjang (membeli rumah) bersifat realistik dan spesifik (cth: menabung RM 3000 dalam jangka masa 5 bulan) 3. Merangka belanjawan. 4. Menilai semula perancangan kewangan dan membuat pelan/langkah yang seterusnya Mengenalpasti keperluan dan kehendak anda membuat pilihan dan alternatif lain. Menangguh perbelanjaan yang kurang penting

20 | P a g e

5. Merancang aliran kewangan anda dan mengambil kira hal hal yang harus didahulukan produk dan khidmat kewangan mengumpul harta menginsurans aset menguruskan hutang meneliti dan merancang cara pembayaran cukai

6. Meneliti dan menilai semula rangka kewangan bersandarkan kepada pengalaman anda

Berdasarkan pengisian ceramah, teori yang dapat dikaitkan disini ialah Teori Keperibadian Mulia (Virtues) iaitu jalan tengah ataupun bersederhana. Teori ini jelas melaui tips-tips dan langkah-langkah yang diberikan untuk menyelesaikan masalah/krisis pengurusan kewangan ini adalah bersikap sederhana dalam penggunaan wang ataupun berbelanja. Sebagai contoh tidak terlalu boros berbelanja tetapi tidak juga kedekut untuk berbelanja. Sebagai seorang pengguna yang berhemah, perlulah merancang perbelanjaan dan berjimat cermat-jalan tengah. Selain itu,ia juga dapat dikaitkan dengan Teori Moral Kognitif,di mana pelatih akan faham mengenai akibat bagi setiap penyalahgunaan wang elaun atau berlebihan dalam perbelanjaan.Oleh yang demikian, pelatih akan lebih berhati-hati dalam berbelanja setelah mengetahui akibat-akibat nya. Juga turut terlibat Teori Moral Humanis. Hal ini dimana,pengisian ceramah ini akan memberi kessedaran kepada pelatih untuk mengawal perbelanjaan mengikut keperluan bukan keinginan, bersesuaian dengan status kewangan mereka. Hal ini terjadi melalui usaha dan kesedaran pelatih tersebut setelah menghadiri ceramah.

21 | P a g e

Setiausaha, Jawatankuasa Ceramah Pengurusan Kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau. __________________________________________________________________

Encik Ibrahim Bin Wahab, Pegawai Eksekutif Kanan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Keningau, Keningau, Sabah. 03 Julai 2012

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERIKAN CERAMAH PENGURUSAN KEWANGAN

Sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Opsyen Pendidikan Seni Visual Semester 3 Institut Pendidikan Guru Kampus

Keningau ingin mengadakan Ceramah Pengurusan Kewangan.

3. Sehubungan dengan itu, Opsyen Pendidikan Seni Visual Semester 3 Kampus Keningau ingin menjemput Tuan untuk memberikan ceramah mengenai Pengurusan Kewangan seperti yang dijadualkan berikut:

Tarikh Masa Tempat

: : :

20 Julai 2012 8.00 Pagi Dewan TSSK IPG Kampus Keningau

4.

Atas keprihatinan tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

22 | P a g e

Saya yang menurut perintah,

(TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) Setiausaha, Jawatankuasa Ceramah Pengurusan Kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

23 | P a g e

TEKS CERAMAH/UCAPAN PENGURUSAN KEWANGAN Amalan Pengurusan Kewangan Peribadi yang Berhemah Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Rujinah bt Miki, Pengarah IPG Kampus Keningau, Yang Dihormati Tuan Hj Baharom B Mohd Nor, Timbalan Pengarah IPG Kampus Keningau, pensyarah-pensyarah dan para pelatih.Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi disebabkan oleh wang. Namun begitu pernah kah kita terfikir apakah punca kepada semua permasalahan yang timbul itu. Jika kita renungkan kembali, kitalah yang menentukan sama ada wang dapat memberi keselesaan atau pun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. Kita perlu tahu cara atau amalan yang betul dalam menguruskan kewangan peribadi supaya masalah ini tidak akan timbul. Konsep pengurusan kewangan peribadi itu sendiri sebenarnya amat ringkas; perbelanjaan tidak sepatutnya melebihi pendapatan dan simpanan perlu ditetapkan sebelum membuat perbelanjaan. Namun sejauh mana konsep ringkas ini dapat diikuti, itulah yang menjadi persoalan sehingga kini. Para hadirin, Tidak dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan. Berikut merupakan antara beberapa kesilapan yang kerap dilakukan dalam menguruskan wang: Sentiasa memberi alasan tidak ada masa sehingga gagal untuk merancang kewangan. Kerap berbelanja dengan menggunakan kad kredit tetapi bayaran bulanan pula hanya pada tahap minimum. Berbelanja mengikut nafsu sehingga melebihi kemampuan.. Tidak mempunyai simpanan khas untuk digunakan ketika kecemasan. Sentiasa menangguhkan untuk membuat simpanan kecemasan tanpa merancang dengan teliti keperluan sebenar sewaktu berlaku kecemasan yang memerlukan wang yang banyak seperti sakit.

Namun adakah kesilapan yang sering dilakukan ini tiada penyelesaiannya? Jawapannya adalah tidak. Dalam perbincangan ini, penekanan dari aspek pengurusan kewangan yang bijak dan juga cara melabur dengan bijak akan ditekankan dan diberi penerangan satu persatu. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dibuat, terdapat beberapa tip atau kaedah yang boleh dijadikan panduan dalam menguruskan kewangan peribadi dan kaedah yang sepatutnya diamalkan dalam menguruskan pelaburan anda.
24 | P a g e

Para hadirin, Kita sering kali akur tentang kepentingan menguruskan kewangan dengan bijak kerana setiap dari kita mempunyai sumber kewangan yang terhad. Namun kita haruslah mendisiplinkan diri bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan.Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan. Pastikan setiap kali menerima elaun bahagian wang yang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas. Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta. Rancang kewangan anda dengan teliti. Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian, mingguan, bulanan sehinggalah perbelanjaan tahunan. Elakkan diri dari berhutang.Jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguhkan dulu hasrat sehingga anda benar-benar mampu. Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli belah bagi mengelakkan anda dari membelanjakan wang untuk barangan yang tidak penting. Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Perkara ini hanya akan membebankan anda di kemudian hari. Pastikan anda mempunyai tabungan khas bagi digunakan ketika kecemasan. Membuat senarai semak perkara keperluan atau kemahuan,yang mana patut disegerakan atau dikemudiankan.

Secara dasarnya, sekiranya kita hendak berbincang mengenai wang, maka perkara ini mungkin tiada penamatnya. Pada pandangan saya, perkara yang paling utama yang harus ditekankan dalam diri setiap individu ialah disiplin. Hakikat tentang kepentingan disiplin dapat dilihat dengan jelas, contohnya melalui penggunaan kad kredit. Statistik menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia malahan penduduk di serata dunia muflis disebabkan kad kredit, walhal majoriti pengguna kad kredit terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan berkemampuan. Mustahil golongan ini tidak tahu walau sedikit pun cara menguruskan kewangan mereka, namun perkara yang mereka sendiri tidak ingini seperti muflis berlaku ke atas mereka. Hakikatnya, tahap disiplin yang rendah dan goyah dalam amalan pengurusan kewangan peribadi yang menjadi punca utama kepada fenomena ini. Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah mengenai pengurusan kewangan peribadi yang berhemah, tanpa digandingkan dengan sikap dan disiplin yang baik, nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Sekian terima kasih.

25 | P a g e

JADUAL PELAKSANAAN TUGAS NAMA PELAJAR KUMPULAN : TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEM 3

KOD/ NAMA MATA PELAJARAN: ELM 3101 PENGENALAN KEPADA KONSEP ASA S PENDIDIKAN MORAL PENSYARAH PEMBIMBING LANGKAH 1 : EN.DONATUS JUSTIN PENGLIBATAN/ TARIKH TANGGUNGJAWAB Pelajar dan 28.2.2012 pensyarah pembimbing

3
26 | P a g e

PERKARA YANG TEMPOH DIBINCANGKAN Menerima dan Minggu 1 berbincang tugasan daripada pensyarah pembimbing merujuk kepada format kerja kursus berasaskan ilmu. Mencari maklumat berkaitan denan tugasan A,B dan C. Tugasan A: Teori Etika (teori teleology,teori deontology,teori kemoralan sosial,dan teori keperibadian mulia) Tugasan B: teori perkembangan moral kognitif,teori perkembangan moral tingkah laku,teori perkembangan moral humanis dan/atau teori perkembangan moral sosial. Tugasan C:Gejala atau masalah sosial/moral yg meruncing di IPG. Mengumpul

9.3.2012

29.3.2012

6 7

semua hasil dapatan Mula menyiapkan tugasan dan membuat beberapa kolaborasi atau perbincangan. Mengemaskini semua kerja kursus dan membuat pembetulan pada kesilapan. Membuat semakan terakhir. Menghantar kerja kursus kepada pensyarah pembimbing.

3.4.2012

8.4.2012

11.4.2012 12.4.2012

T.tangan Pensyarah Pembimbing,

.............................. (TENGKU SHAZLIN BT TG SHARIFFUDIN) PISMP Pendidikan Seni Visual

........... (Donatus Justin)

27 | P a g e

REFLEKSI

Assalammualaikum w.b.t . Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ELM 3101 iaitu Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral. Tugasan KKBI ini terbahagi kepada 3 bahagian pelaksanaan tugasan iaitu : Tugasan A- Pemerolehan Maklumat Tugasan ini meminta pelaith untuk mencari maklumat dari pelbagai sumber mengenai 4 Teori Etika yang diberi,iaitu Teori Teleologikal, Teori Deontologikal, Teori Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia (Virtues). Pelatih perlu membaca dan memahami artikel/sumber yang didapati dan menyediakan satu nota ringkas dalam bentuk peta minda/konsep serta memberikan contoh yang sesuai dan perlu jelaskan dalam konteks masyarakat Malaysia. Untuk memahami mengenai pelaksanaan tugasan ini saya tidak mempunyai sebarang masalah.Namun, saya mengalami masalah untuk mendapatkan maklumat dari sumber internet. Hal ini kerana internet bergitu terhad penggunaannya. Melalui tugasan ini juga,saya dapat mengingati kembali tentang konsep-konsep teori etika yang telah saya pelajari di dalam kelas sebelum ini. Secara tidak langsung mengukuhkan lagi kefahaman dan ingatan saya mengenai teori-teori tersebut.Sebagai contoh Teori Teleologikal yang menggunakan konsep matlamat menghalalkan cara.Terbahagi kepada dua iaitu Teori Egoisme berkonsepkan pulangan baik kepada diri sendiri/pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain dan Teori Utilitiarisme yang mementingkan kesan kepada orang ramai berbanding kepentingan diri sendiri.berbeza dengan Teori Deontologikal yang memfokuskan kepada proses sesuatu tindakan itu diambil tanpa melihat kesan/hasil.Teori ini juga terbahagi kepada 2 iaitu Prinsip Ekstinsialisme dimana tindakan itu dianggap baik jika ia adalah dari kerelaan sendiri buka
28 | P a g e

daripada orang lain secara paksaan. Manakala Prinsip Kewajipan berbeza dengan prinsip Ekstinsialisme dimana tindakan seseorang itu mestilah mengikut tanggungjawab mereka,tidak kira secara paksaan ataupun sukarela. Teori Keperibadian Mulia pula menggunakan konsep dari Aristotle iaitu konsep jalan tengah atau bersederhana dalam melakukan sesuatu akan dianggap baik. Teori yang terakhir ialah teori kemoralan sosial. Teori ini cukup berkait rapat dengan adat dan pantang larang dalam sesebuah masyarakat dan individu bertanggungjawab untuk mematuhinya.

Tugasan B Penguasaan Ilmu dan Kemahiran Tugasan ini memerlukan pelatih untuk membaca dan memahami mengenai beberapa teori iaitu Teori Perkembangan Moral Kognitif, Teori Perkembangan Moral Tingkah laku, Teori Perkembangan Humanis dan Teori Perkembangan Moral Sosial. Daripada kesemua teori tersebut,pelatih boleh memilih salat satu atau lebih teori dan kaitkan dengan faktor-faktor persekitaran di sekolah dapat membentuk moral seseorang kanak-kanak. Sewaktu melaksanakan tugasan ini,saya mengalami masalah sama ada untuk memilih teori-teori tersebut. Setelah itu, saya juga turut mengalami masalah apabila sukar untuk menghubungkaitkan antara pengaruh faktor persekitaran sekolah dengan teori-teori yang telah saya pilih. Selain itu, dalam subjek ELM 3101 saya belum didedahkan oleh pensyarah mengenai teori-teori ini. Namun, saya telah pelajari serba sedikit mengenai teori ini di dalam subjek lain pada semester yang lepas. Dalam tugasan ini,saya dapat memahami mengenai perkembangan moral kanak-kanak. Secara tidak langsung ia adalah ilmu tambahan kepada saya untuk berhadapan dengan murid-murid di sekolah kelak. Apabila saya cuba untuk mengaitkan toeri-teori tersebut dengan pengalaman berasaskan sekolah,saya mula memahami dan mendapat gambaran mengenai sikap dan tingkah laku seseorang murid itu. Banya yang saya dapat kaitkan dengan teori perkembangan moral Piaget dan Teori perkembangan Kohlberg. Selain itu, mengenai teori Humanis Maslow dan Teori Humanis Carl Rogers.

29 | P a g e

Tugasan C Pemindahan Ilmu Tugasan ini meminta pelatih untuk menghasilkan satu kertas kerja yang lengkap bagi perancangan aktiviti untuk penyelesaian masalah gejala sosial yang dikenal pasti yang meruncing di IPG Kampus Keningau. Bagi tugasan ini,say mengalami sedikit masalah pada awal pelaksanaan di mana saya mengalami kesukaran untuk mengenal pasti maslah gejala sosial yang meruncing di IPG ini. Namun setelah berkolaboratif dengan beberapa orang rakan dari kelas saya dan kelas lain,saya dapat mengenal pasti masalah gejala yang meruncing di IPG. Setelah mendapat persetujuan dari pensyarah pembimbing , Encik Donatus, saya melaksanakan kaji selidik untuk mengenal pasti masalah ini. Oleh itu,say mendapati ahawa,salah satu masalah gejala yang meruncing di IPG ini ialah pengurusan kewangan. Mungkin banyak pihak yang tidak menyedari mengenai masalah ini kerana dianggap remeh dan tidak begitu member kesan buruk kepada IPG dan akademik pelajar. Namun dapat saya simpulakn bahawa, sekiranya pelatih mengalami masalah pengurusan kewangan,secara tidak langsung, akan menjejaskan emosi mereka sekaligus pembelajaran.Oleh itu,dalam kertas kerja saya,saya mencadangkan untuk melaksanakan ceramah bagi satu aktiviti. Selain dapatan maklumat mengenai gejala sosial di IPG, saya juga sekali lagi cuba mengaitkan objektif dan pengisian aktiviti dengan teori-teori yang saya pelajari. Bukan sahaja saya mendapat ilmu baharu untuk menyediakan format kertas kerja,tetapi juga bagaimana untuk memastikan objektif kertas kerja itu tercapai iaitu dengan mengaitkan teori-teori moral. Secara rumusnya, tugasan ELM 3101 ini telah member banyak ilmu tambahan/baharu kepada saya sepanjang melaksanakan dan pencarian maklumat bagi menyiapkannya. Selain itu, ia juga secara tidak langsung mengajar saya untuk menghasilkan satu penulisan yang berkualiti. Oleh itu,dapat saya menambahbaikkan hasil penulisan ilmiah saya kelak. Sekian,terima kasih.

30 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Buku : Eow Boon Hin (2007) , Moral Education . Selangor Darul Ehsan . Longman Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Choong Lean Keow ( 2009) , Murid dan Alam Belajar .Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Haliza hamzah dan Joy N. Samuel ( 2009 ) , Perkembangan Kanak-kanak . Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Modul Pendidikan Moral KPLI

http://www.docstoc.com/docs/22158882/HBME http://www.scribd.com/doc/13967080/TEORI-KEMORALAN-SOSIAL http://perkembangan-moral-norliani.blogspot.com/

31 | P a g e

You might also like