• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
SeindahMawarBerduri
Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Seindah Mawar Berduri
Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN 
 
TINTA PENGARANGSelaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk menghasilkan karya ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala idea yang diilhamkan- Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…Senandung kasih buat ayahbonda tercinta, tak lupa buat seluruh ahli keluarga…kalianlah penyemarak obor mujahidah dalam hidup saya.Teristimewa buat kakanda Farah Najah Mohd Noordin, kakaklah cerminan peribadiKhazinatul Asrar buat saya. Seterusnya buat sahabat-sahabat tersayang, terima kasih atassegalanya. Menyedari hakikat dugaan cinta adalah dugaan paling besar melanda setiap jiwa remaja, sehinggakan setiap naluri remaja, tak terkecuali, pasti merasainya, saya rasaterpanggil untuk melebarkan sayap da’wah dalam dunia cinta remaja melalui mata pena.Cinta yang fitrahnya kudus dan suci sering disalah erti dan diselewengkan jauh daripadafalsafah asalnya. Lantaran itu, saya berasa bertanggungjawab untuk membetulkanfalsafah sebenar cinta yang dikatakan kudus dan suci dan boleh membawa kebahagiaan didunia dan di akhirat.Walaubagaimanapun, saya mengakui bahawa usaha kecil saya inisarat dengan kelemahan dan saya amat mengalu-alukan kritikan membina daripadasidang pembaca sekalian.Oleh sebab remaja sukakan bahan bacaan berbentuk majalah, cerpen dan novel, sayalantas mengambil inisiatif untuk menerbitkan Islamic-love story ini yang bermotifkan penyebaran kefahaman sebenar tentang cinta sejati. Moga-moga ianya diterima Allahsebagai satu method tarbiyyah dan dakwah yang diredhoi-Nya.Buat akhirnya, secebis harapan daripada saya… Taman Firdausi…di situlah destinasicinta yang abadi. Pimpinlah cinta itu ke sana kerana cinta itu buta, tak mengenaldestinasinya. Semoga, novel ini boleh membantu perjalanan untuk menunjuk jalan,memandu ke arah musafir cinta kita ke Taman Syurga, mendapat tempat di sisi yang Esa,Raja pemilik segala rasa cinta…..amin.FATIMAH SYARHA MOHD NOORDINKhazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.
 
Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi disebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafahcinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetapteguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi.Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cintaKhazinatul Asrar?Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar diTaman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkapseribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. BagaimanaKhazinatul Asrar akhirnya dimiliki?Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surahAn-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…FATIMAH SYARHA MOHD NOORDINBingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahidalam percintaan…Buatmu… pencari cinta sejati, cinta yang abadi….Terimalah….Seindah Mawar Berduri…S E.I N D A H M A W A R B E R D U R I
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...