UJIAN PEMAHAMAN TAHUN 5
Arahan Am:Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawpan iaitu A, B, C, dan D. Antaranyaada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca ucapan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Hajah Bibi MariaHussain, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (SATU), guru-guru dan rakansekalian. Selamat pagi diucapkan.Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana diberi peluanguntuk menyampaikan ucapan dalam majlis yang mulia ini. Saya bagi pihak murid-muridsekolah ini mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru di sekolah ini.Hadirin sekalian,Sempena dengan hari yang mulia ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadaguru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Kami amat menghargai jasa yang telahdicurahkan oleh guru sekalian. Para gurulah yang telah mencelikkan kami daripada duniakejahilan. Guru bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan kepada kami malah telah membentukperibadi kami supaya menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan. Bimbingan yangdiberikan sememangnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Berbekalkan didikan dan ilmu yang diberikan oleh guru itulah kami akan menempuhliku-liku hidup pada masa depan. Kami tahu bahawa tidak mungkin semua harapan yangdisandangkan pada bahu kami akan menjadi realiti, namun kami berjanji akan berusahasedaya upaya. Ini untuk diri kami sendiri, sekolah, masyarakat dan juga negara yangtercinta.Hadirin sekalianKami percaya guru-guru menghadapi pelbagai kesusahan atau kesulitan semasa mengajardan mendidik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Maklum sahajalah ada antara kami yang degil, nakal , malas dan bersikap tidak menghormati guru. Namun begitu, guru terusmendidik kami dengan penuh kesabaran.Oleh itu, pada hari yang mulia ini kami memohon kemaafan daripada guru-guru. Kamiakan cuba belajar lebih tekun dan mematuhi nasihat guru.Akhir kata, sekali lagi kami mengucapkan terima kasih dan “Selamat Hari Guru”.Sekian.(1)