You are on page 1of 14

5.

TINDAKAN

5.1 5.1.1

Prosedur Tindakan Pemilihan Pendekatan dan Teknik pengajaran Teknik yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik SAM dan SAD. Gambar

rangsangan berserta jadual digunakan sebagai media untuk menjayakan kajian ini. Jadual dibahagikan kepada tiga bahagian dengan diberi tajuk Siapa, Apa, Mengapa atau Dimana. Bahan ransangan yang menunjukkan gambar orang dibulatkan

manakala kata kerja dituliskan pada bahan rangsangan tersebut . Bahan disediakan untuk memotivasikan murid-murid untuk membina ayat penyata . 5.1.2 Ujian Pra

Ujian pra telah diberikan kepada semua responden untuk mengesan murid-murid yang lemah dalam membina ayat. Ujian ini dijalankan pada 11 Januari 2013.

5.1.3

Pelaksanaan Kajian

Kajian tindakan dilaksanakan semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara langsung di dalam kelas dan di luar waktu Pengajaran danPembelajaran. Tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini adalah dari 10 Jun 2013 hingga 30 Jun 2013. Langkah-langkah pelaksanaan tindakan bermula dengan memperkenalkan teknik SAD (Siapa Apa Dimana) dan SAM (Siapa Apa Mengapa). Salah satu teknik

untuk menjawab Bahagian A dalam Kertas Bahasa Melayu Penulisan bagi memindahkan maklumat bergambar dalam bentuk ayat yang mudah di Tahap 2 sekolah rendah ialah. Teknik ini memudahkan murid-murid untuk mengenali pelaku dalam gambar yang seterusnya mengenal pasti perkara, tempat dan sebab melakukannya. Teknik ini dilaksanakan secara terancang dan berfokus yang melibatkan murid-murid secara aktif untuk menguasai teknik ini. menggunakan teknik SAM dan SAD dalam membina ayat bahagaian Cara A (

memindahkan maklumat). Murid akan membulatkan 5 orang yang terdapat di dalam gambar rangsangan. Kemudian menuliskan aktiviti /kata kerja di atas orang yang telah dibulatkan. Aktiviti/kata kerja yang dipilih perlulah sesuai dengan aktiviti dalam gambar dan aktiviti yang tersurat. Murid membina ayat lengkap berdasarkan teknik SAM dan SAD. Pangkah gambar yang telah dibina ayat untuk mengelakkan ayat ditulis semula, Akhir sekali semak huruf besar,ejaan dan tanda baca. Latihan seterusnya menggunakan instrumen intervensi 1. Dalam intrumen tersebut pengkaji menyediakan satu gambar yang aktiviti/kata kerja yang telah di tulis pada gambar orang yang telah dibulatkan. Murid hanya perlu melengkapkan jadual dengan merujuk kepada siapa yang terdapat dalam gambar, menyalin semula aktiviti yang terdapat pada gambar dan memilih ruangan mengapa atau di mana aktiviti itu berlaku. (Rujuk lampiran A) Intervensi 2 pula, instrumen yang digunakan adalah gambar yang sama tetapi aktiviti tidak dinyatakan pada gambar tersebut. Gambar orang masih lagi dibulatkan. Tujuan instrumen ini diubah adalah untuk menilai keupayaan murid mengingat semula kata kerja yang telah dipelajari. Selain itu, dapat menilai murid dari segi ejaan , tanda baca dan struktur ayat yang betul. Situasi gambar ini sama dan

dijalankan

pada

minggu

yang

sama

dengan

intervensi

pertama.(contoh

instrumenrujuk Lampiran B ) Intervensi yang ke-tiga ini, pengkaji menggunakan situasi gambar yang berlainan. Aktiviti/kata kerja ditulis pada gambar tersebut bagi memudahkan murid membezakan kata kerja contohnya: menyusun dan mengatur.Murid hanya perlu melengkapkan ruangan jadual yang telah disediakan.(Rujuk Lampiran C) Pada akhir intervensi, pengkaji menggunakan instrumen yang berlainan situasi. Dalam gambar rangsangan tersebut , lima aktiviti dibulatkan. Murid-murid sendiri mencari aktiviti/kata kerja yang sesuai dengan gambar tersebut. Murid membina ayat dengan menggunakan teknik SAM dan SAD .(Rujuk Lampiran D)

5.2 Instrumen Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri 3 jenis iaitu ujian pra/pasca, soal selidik dan temu bual.

5.2.1 Ujian Pra / Pasca

Kertas Ujian ini mengandungi gambar rangsangan situasi dalam rumah. Ujian Pra ditadbirkan sebelum tindakan dilaksanakan. Murid mengambil ujian ini pada waktu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ujian Pasca ditadbirkan selepas tindakan dilaksanakan. Ujian Pra dan Ujian Pasca bertujuan untuk menilai penguasaan kemahiran mencari idea-idea utama dan penggunaan sistem bahasa bagi pengolahan jawapan yang bernas serta

tepat berdasarkan teknik menjawab yang telah dipraktikkan. (Contoh Ujian Pra/Pasca Rujuk Lampiran A)

5.2.2 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set pernyataan atau soalan yang diberikan kepada respondan secara langsung untuk meminta pendapat tentang kajian yang dikaji.Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian terhadap keberkesanan teknik menjawab soalan. Soal selidik ini mengandungi 5 item serta keseluruhan item yang perlu dijawab oleh responden ialah 5 item. Bahagian A bertujuan untuk menilai kemahiran murid memindah maklumat. Pengkaji memilih untuk menggunakan soal selidik kerana faktor mudah ditadbir yang merupakan aspek utama dalam pembinaan soal selidik. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam soal selidik adalah bertujuan memudahkan responden menjawab dengan cepat dan tepat. Mohd. Majid Konting (1994) menyatakan bahawa penggunaan soal selidik dalam penyelidikan berupaya mengelakkan jawapanjawapan responden yang bertujuan mengelak kepincangan mereka sendiri serta

mengelakkan sebarang perasaan berat sebelah dengan meletakkan kepentingan peribadi dalam menyetujui kehendak dan penerimaan sosial. Di samping itu, datadata yang dikumpul melalui soal selidik adalah lebih teratur dan jelas
5.2.3 Temu Bual Dalam kajian ini, pengkaji menemu bual 10 orang pelajar yang telah memperoleh keputusan ujian pasca yang tertinggi markahnya dan petah bercakap. Dalam temu bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan

keberkesanan teknik menjawab yang disyorkan. Temu bual ini dilaksanakan selepas markah ujian pasca diperoleh murid. (Contoh soalan temu bual rujuk Lampiran C) 5.3 Cara Pengumpulan Data Dalam kajian ini data-data akan dikumpulkan oleh pengkaji sendiri. Data-data itu dikutip dengan cara melihat markah pelajar yang telah menduduki ujian pra. Ujian pra ini akan ditadbir dalam sebuah kelas Tahun 4 Arif selama 15 minit. Seterusnya skrip jawapan pelajar akan disemak oleh guru bahasa Melayu. Selepas disemak, pengkaji akan memilih skrip jawapan pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mendapat 0 hingga 3 markah dalam ujian pra tersebut. Pengkaji akan melihat hasil dapatan kelemahan murid dalam menjawab ujian pra membina ayat dari bahan rangsangan (Memindahkan maklumat). Seterusnya pengkaji akan mengesyorkan cadangan teknik yang boleh dipraktikkan dalam menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Penulisan. Teknik yang disyorkan akan diaplikasikan oleh pelajar dalam masa selama 3(tiga) minggu. Selepas itu, pengkaji akan menguji pelajar sekali lagi dengan ujian pasca. Ujian pasca ini akan diduduki oleh murid yang dijadikan sebagai responden untuk melihat keberkesanan teknik yang telah disyorkan. Pengumpulan data soal selidik akan dilakukan dalam tempoh 15 minit dan diharap soalan-soalan yang dikemukakan akan dijawab oleh murid-murid dengan baik dan memuaskan. Borang soal selidik diedarkan kepada responden oleh pengkaji sendiri dalam satu kelas tanpa diganggu oleh bukan responden. Sebelum mengisi soal selidik, pengkaji akan memberi taklimat tentang cara menjawab soal selidik tersebut. Dalam temu bual, pengkaji akan menemu bual secara formal, dirancang dengan teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden. Dalam temu bual responden dikehendaki menjawab soalan yang sama. Fungsinya ialah untuk memberi rangsangan yang serupa kepada semua responden supaya maklumat-maklumat

yang dikumpulkan daripada mereka dapat dibezakan dengan tepat. Bagi memudahkan pengumpulan data pengkaji telah menyediakan jadual cadangan pelaksanaan kajian seperti di bawah: 6.0 Analisis

6.1 Kaedah Analisis Data Kaedah analisis data dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab persoalan yang dikemukakan dalam kajian. Data kuantitatif dan kualitatif yang diperoleh dianalisis untuk mendapatkan frekuensi. Data ini diproses secara manual kerana jumlah item yang dikemukakan dalam soal selidik dan bahan ujian tidak begitu banyak. Hal ini bermakna ujian pra/pasca dibuat dalam bentuk markah ujian. Markah-markah ujian akan dikategorikan kepada 4 tahap iaitu tahap Cemerlang, Baik, Memuaskan dan Lemah. Markah ujian pra dan pasca dibandingkan dalam keempat-empat tahap pencapaian tersebut. Keberkesanan teknik akan terbukti apabila ramai murid menunjukkan peningkatan dalam tahap pencapaian pada ujian pasca. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Pengkaji akan mengira kekerapan respons ya atau tidak terhadap setiap item dalam soal selidik. Selepas itu, pengkaji akan menukarkan kekerapan kepada peratusan. Jika peratusan peningkatan prestasi markah pelajar tinggi, bermakna kajian menunjukkan adanya keberkesanan dalam teknik menjawab yang disyorkan. Data temu bual pula dianalisis secara analisis kandungan. Respons temu bual yang menyokong tindakan kajian akan menunjukkan keberkesanan tindakan kajian ini.

6.2

Analisis data
Bahagian ini membincangkan hasil kajian yang diperoleh daripada responden melalui

ujian pra dan pasca, borang soal selidik dan temu bual terhadap 10 orang murid yang dipilih

sebagai sampel kajian. Peratusan dan frekuensi digunakan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan teknik SAM/SAD dalam menjawab kertas Bahasa Melayu Penulisan Bahagian A ( memindahkan maklumat) 6.3 Latar Belakang responden Kajian Responden adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Bestari di Sekolah 34 orang murid dalam kelas 4 Bestari .

Kebangsaan Pulo, Kuching sahaja. Terdapat

Daripada jumlah keseluruhan murid yang seramai 34 murid, hanya 10 murid sahaja iaitu 29.4% yang masih belum mencapai tahap penguasaan sekurang-kurangnya markah 4. Pengkaji telah mendapatkan maklumat tentang latar belakang sampel melalui borang soal selidik yang diedarkan. Jadual 6.3.1 di bawah menunjukkan maklumat muridmurid yang dipilih sebagai sampel kajian dari segi demografi

Latar Belakang Lelaki Jantina Perempuan Jumlah Bumiputera Bangsa Bukan Bumiputera Jumlah Kakitangan Kerajaan Bekerja Sendiri Pekerjaan Ibu Bapa Buruh Swasta Jumlah

Frekuensi 8 2 10 10 0 10 1 2 5 2 10

Peratusan 80 20 100 100 0 100 10.0 20.0 50.0 20.0 100

Jadual 6.3.1: Demografi Murid

Berdasarkan Jadual 6.3.1, murid-murid yang dikaji sebagai sampel berjumlah 10 orang iaitu 8 orang murid lelaki (80.0%) dan 2 orang murid perempuan (20.0%). Kesemua murid terdiri daripada (100%) bangsa Bumiputera iaitu Melayu. Dapatan juga menunjukkan 6 atau 20% ibu bapa murid tersebut adalah kakitangan kerajaan, 4 atau 13.3% bekerja sendiri, 8 iaitu 26.7% bekerja sebagai buruh manakala 12 orang atau 40 % bekerja dengan pihak swasta. Demografi ini jelas menunjukkan bahawa jumlah murid lelaki yang paling ramai gagal menguasai kemahiran penulisan berbanding murid perempuan. Selain itu, pekerjaan ibu bapa juga turut mempengaruhi pembelajaran murid tersebut.

Data-data yang diperoleh, dianalisis secara holistik berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM, 2005). Standard atau mutu ayat yang dibina oleh murid akan diukur mengikut justifikasi LPM bagi penskoran markah. Ini merujuk kepada kriteria ayat yang dibina oleh murid yang dibahagikan kepada empat kategori markah sebagaimana dalam Jadual 6.3.2

Penskoran

markah

Kreteria Ayat gramtis menepati bahan grafik Ejaan dan tanda baca yang betul 1 atau 2 kesalahan tatabahasa Pelbagai kaa dan kosa kata yang meluas, sesuai dengan grafik.

Cemerlang

9 - 10

Baik

7-8

Ayat jelas menepati bahan grafik 3 atau 5 kesalahan tatabahasa Ada beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak menjejaskan mutu ayat Pelbagai kata dan kosa kat yangsederhana,sesuai dengan grafik Ayat mudah, ringkas dan sesuai dengan grafik Kosa kata yang terhad dan sesuai dengan grafik. 6 atau 10 kesalahan tatabahasa. Banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

memuaskan

4- 6

Tahap minimum

0-3

Ayat tidak sesuai dengan grafik. Terhad kosa kata, tidak sesuai dengan grafik. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan. 11 kesalahan atau lebih

Jadual 6.3.3 Skor pemarkahan

Analisis Data Ujian Pra Ujian pra merupakan ujian yang dijalankan ke atas sampel dari kalangan murid Tahun 4 Bestari. Ujian ini bertujuan untuk melihat dan menentukan aras pencapaian murid-murid tersebut sebelum intervensi dijalankan. Skor ujian pra dapat dilihat pada jadual di bawah. Dilihat daripada skor yang dperolehi menunjukkan 10

responden dalam tahap minimum. Seorang responden mendapat

markah paling

rendah iaitu 1 daripada 10 markah atau 10% manakala markah tertinggi yang diperolehi adalah 3 daripada 10 atau 30% yang diperoleh oleh 4 orang responden. Tahap pencapaian 10 responden ini boleh dipertingkatkan lagi melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Responden Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Responden 6 Responden 7 Responden 8 Responden 9 Responden 10 2 2 2 2 3 3 3 3 1 2 Skor Ujian Pra 20 20 20 20 30 30 30 30 10 20 Peratus Skor

Analisis Data Ujian Pasca Ujian pasca merupakan ujian yang dijalankan ke atas 10 responden yang sama. Ujian ini bertujuan untuk melihat dan menentukan aras pencapaian muridmurid tersebut selepas intervensi dijalankan. Intervensi yang dimaksudkan merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dengan

menggunakan teknik SAD dan SAM. Teknik ini hanya dilaksanakan kepada muridmurid di dalam kumpulan eksperimen Skor ujian pasca membina ayat penyata bagi kumpulan eksperiman dapat dilihat dalam jadual di bawah. Markah terendah yang diperolehi ialah 4 daripada 10 markah atau 40%. Manakala markah tertinggi yang diperolehi adalah 6 daripada 10 atau 60%. Secara umumnya pencapaian 10 responden adalah sederhana.

Dilihat daripada skor yang diperolehi bolehlah dikatakan 10 responden ini telah mencapai satu tahap penguasaan dalam membina ayat adalah memuaskan. Ini menunjukkan bahawa teknik SAD dan SAM yang digunakan bagi mengajar

membina ayat penyata ini telah membantu meningkatkan penguasaan membina ayat. Responden Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Responden 6 Responden 7 Responden 8 Responden 9 Responden 10 5 4 5 6 6 6 6 6 4 5 Skor Ujian Pasca 50 40 50 60 60 60 60 60 40 50 Peratus Skor

Perbandingan Data Ujian Pra dan Ujian Pasca Dapatan ujian pasca menunjukkan peningkatan dalam skor. Ini menunjukkan teknik yang digunakan dalam membina ayat penyata Bahagian A telah memberi impak positif. Melalui perbandingan data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca akan dapat menunjukkan peratus peningkatan pencapaian dengan lebih jelas. Perbandingan data ujian pra dan ujian pasca ditunjukkan dalam jadual di bawah. Perbezaan skor antara ujian pra dan ujian pasca dalam jadual tersebut menunjukkan sejauh mana peningkatan pencapaian 10 orang responden. Semua responden menunjukkan peningkatan skor antara 2 hingga 4. Jika dilihat dalam bentuk peratusan, peningkatan adalah antara 20 hingga 40. Seorang responden menunjukkan peningkatan 40%, lapan orang responden menunjukkan peningkatan 30% dan seorang responden menunjukkan peningkatan 20%

Responden Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 Responden 6 Responden 7 Responden 8 Responden 9 Responden 10

Skor Pra 2 2 2 2 3 3 3 3 1 2

Ujian Skor Pasca 5 4 5 6 6 6 6 6 4 5

Ujian Perbezaan 3 2 3 4 3 3 3 3 3 3

Peratus Perbezaan 30 20 30 40 30 30 30 30 30 30

7 6 5 4 PRA 3 2 1 0 R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 PASCA

Analisis soal selidik dan temubual

Analisis soal selidik berkaitan penggunaan Teknik SAM/SAD berdasarkan format kertas Bahasa Melayu Penulisan ditunjukkan seperti jadual

Bahagian A (Memindah Maklumat) YA BIL ITEM Bil 1 Adakah anda suka teknik SAD (Siapa Apa Di mana) dan SAM (Siapa Apa Mengapa) yang digunakan oleh guru dalam pengajaran membina ayat. Saya dapati teknik SAD dan SAM ini membantu saya memindah maklumat gambar/grafik dalam bentuk ayat. Saya dapati teknik SAD dan SAM ini membantu saya menentukan kosa kata yang sesuai dalam penulisan ayat. Saya dapati teknik SAD dan SAM ini amat mudah difahami saya. Saya juga mendapati teknik ini membantu saya membina ayat yang tepat berdasarkan kehendak soalan serta grafik yang diberi. % Bil % TIDAK

10

100

10

100

10

100

10

100

10

100

Dalam Jadual , data telah menunjukkan semua responden (100%) telah menyatakan bahawa mereka mendapati Teknik SAM/SAD, dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam membina ayat penyata Bahagian A. Kesemua responden (100%) bersetuju bahawa teknik ini membantu mereka dalam proses memindah maklumat bergambar ke dalam bentuk ayat, dengan berkesan. Pada keseluruhannya, dapatan soal selidik telah membuktikan bahawa responden berpandangan positif terhadap tindakan yang

dilaksanakan oleh pengkaji. Analisis soal selidik selepas Ujian Pasca telah menunjukkan responden bersetuju bahawa teknik ini telah membantu mereka untuk membina ayat Bahagian A kertas Penulisan Bahasa Malaysia. Dapatan temu bual juga telah menunjukkan responden bersetuju bahawa tindakan yang dilaksanakan memang membantu mereka meningkatkan penguasaan mereka dalam membina ayat Bahagian A Kertas Bahasa Melayu Penulisan. Berikut adalah contoh-contoh pandangan yang diberikan o!eh responden berdasarkan soalan-soalan yang ditanya oleh pengkaji: Bagus, menarik dan amat berkesan suka, Responden juga mengajar rakan-rakan mereka menggunakan teknik SAM/SAD, membina ayat yang gramatis. dalam

You might also like