You are on page 1of 6

Soalan 2: Peranan Ibu Bapa Mengatasi Masalah Sosial Remaja Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penemuan seorang

bayi yang baru lahir dalam bilik air di sebuah sekolah menengah di Gurun. Apa yang lebih menyedihkan ialah masalah ini melibatkan golongan remaja yang diharapkan bakal mencorak kegemilangan negara kelak. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung masalah ini. Namun, masalah ini masih gagal diatasi. Dalam hal ini, ibu bapa selaku golongan yang paling hamper dengan remaja perlu memainkan peranan yang besar dalam menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Kasih sayang yang mencukupi akan dapat menghalang anak-anak untuk mencari keseronokan di luar. Namun, sering kali kita lihat, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak kepada pembantu rumah lantaran sibuk dengan kerjaya, seperti kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tidak dapat dinafikan pada zaman ini, ibu bapa perlu bekerja keras demi menjamin kehidupan yang stabil. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlulah bijak membahagikan dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa membawa anak-anak bersiar-siar pada hujung minggu. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mencari keseronokan di luar dan terjebak dengan budaya yang tidak sihat seperti melepak, merempit, dan mengunjungi pusat-pusat hiburan. Selain itu, ibu bapa juga perlulah sentiasa menjaga kerukunan rumah tangga.
Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan bahawa

statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun 2007, 90 peratus daripada pelajar yang bermasalah mempunyai latar belakang keluarga yang juga bermasalah. Ibu bapa seharusnya berusaha untuk mewujudkan suasana `Rumahku Syurgaku supaya anak-anak berasa seronok dan tidak tertekan berada di samping keluarga. Bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ada menyatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Masalah dalam keluarga

memang tidak dapat dielakkan, namun ibu bapa perlu bijak menyelesaikannya, tanpa perlu sama mengheret anak-anak. Anak-anak yang berasa tertekan dengan keadaan keluarga, mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mereka melepaskan tekanan tersebut di luar rumah. Biar kita ambil contoh, mereka akan membuli rakanrakan di sekolah. Oleh itu, untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi, ibu bapa perlulah terlebih dahulu memelihara keharmonian rumah tangga. Di samping itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap kehidupan sosial anak-anak. Sepertimana yang kita ketahui, rakan merupakan golongan kedua terhampir dengan remaja selepas ibu bapa. Pepatah arab ada menyebut, sekiranya kita berkawan dengan penjual minyak wangi, nescaya kita turut berbau harum dan sekiranya kita berkawan dengan pembuat besi, kita juga akan turut terkena percikan apinya. Ibu bapa seharusnya mengetahui dan memastikan anak-anak mempunyai rangkaian rakan-rakan yang positif dan berminat untuk belajar. Sifat lepas tangan sesetengah ibu bapa yang tidak menghiraukan keadaan anak-anak, mereka akan mendedahkan remaja tersebut untuk berkawan dengan mereka yang bersifat negatif dan terdorong untuk terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merokok, mencuri, dan penyalahgunaan dadah. Sesungguhnya, keprihatinan ibu bapa sangat penting dalam memastikan remaja tidak terlibat dengan masalah sosial dan jenyah. Ibu bapa juga perlu menunjukkan teladan yang baik dan menerapkan budaya-budaya sihat kepada anak-anaknya. Kebiasaannya, anak-anak akan terdorong untuk mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah terlebih dahulu membudayakan sifat-sifat positif seperti menghormati orang tua, bersifat penyayang dan berdisiplin dengan harapan anak-anak akan berasa hormat kepada kedua-dua ibu bapa mereka dan seterusnya terdorong untuk mencontohi sifat-sifat tersebut. Dalam hal ini, ibu bapa seharusnya menyiapkan anak-anak dengan sifat-sifat terpuji sejak kecil lagi sebelum mendedahkan mereka kepada masyarakat kini yang semakin buas seperti kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak yang dapat membezakan antara baik dan buruk serta mempunyai jati diri yang utuh bagi melawan serangan-serangan pemikiran dan budaya negatif. Namun, ibu bapa kini lebih cenderung untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas-kelas tambahan akademik berbanding program-program kerohanian, dengan alasan unsur-unsur kerohanian tidak memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan diri seseorang. Pandangan ini sudah semestinya salah dan harus diubah. Sesungguhnya, tamadun Rom yang pernah gah suatu ketika dulu mampu membina tamadun dan melakar sejarah yang agung kerana rakyatnya mementingkan kestabilan antara unsur rohani, mental, dan fizikal. Tegasnya, didikan agama penting dalam mengawal perlakuan remaja supaya mereka tidak terjebak dengan budaya negatif. Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah remaja pada masa ini. Ibu bapa haruslah menyedari bahawa anak-anak ibarat pohon kecil yang perlu sentiasa dibaja dengan kasih sayang dan digemburkan dengan semangat dan harapan agar mereka dapat tumbuh menjadi remaja yang mampu menggalas aspirasi negara pada masa hadapan.

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak


Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Bincangkan.

Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakanoleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh dengan harapanmasa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukandisiplin anak-anak.

Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri merekadengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi tamparaninsaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas dan mendisiplinkan anakanak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.

Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan sekolahyang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi tulang belakang

pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang mencontengarang di muka ibu bapa. Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama danmoral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.

Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak -anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi. Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat berkesan.Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-

anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran membina d a r i p a d a m e r e k a . Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan k e j a y a a n a k a d e m i k d a n kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesalselepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Keburukan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

You might also like