You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM TELUK SEPANGGAR, KOTA KINABALU SABAH

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP


PROJEK: KECERIAAN BILIK KSSR
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN TLDM, TELUK SEPANGGAR, KOTA KINABALU, SABAH TEMPOH ANJURAN : 1-26 JULAI 2013 : GURU PELATIH PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 IPG KAMPUS GAYA

1.0 PENGENALAN Transformasi Kurikulum Kebangsaan adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bilangan 6 Tahun 2008 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Sehubungan itu, kertas konsep kurikulum persekolahan rendah telah dibentang dan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bilangan 3 Tahun 2009 pada 2 Oktober 2009. Transformasi ini merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa bagi menyediakan generasi yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21. Penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1. Seterusnya, pelaksanaan KSSR secara berperingkat dan penglibatan pelbagai Jabatan/agensi di KPM memerlukan kerjasama secara bersepadu dan sistematik agar maklumat dapat dikongsi bersama. Selaras dengan saranan Kerajaan, penyampaian maklumat khususnya pelaksanaan KSSR ini perlu dipertingkatkan untuk makluman warga pendidik. Oleh itu, pengoperasian Bilik Gerakan KSSR (BGKSSR) perlu diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan KSSR dapat diurus dengan cekap dan berkesan. Penubuhan BGKSSR adalah bertujuan sebagai pusat pengumpulan data,

pendokumentasian bahan dan juga pusat penyebaran KSSR. Segala maklumat berkaitan KSSR dan aktiviti yang telah dilaksana akan didokumentasi dan dipamerkan di BGKSSR tersebut. Bilik gerakan ini merupakan One-stop Center dalam penyampaian maklumat kepada stakeholder dan pelanggan sistem pendidikan negara.

2.0 RASIONAL
Konsep pengoperasian BGKSSR yang diperkenalkan ini bertujuan memperkasakan pelaksanaan KSSR di setiap peringkat dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pelaporan. BGKSSR yang disyorkan bagi peringkat Bahagian dan JPN adalah sebuah bilik khusus tanpa ketetapan saiz fizikal yang standard. Bagi peringkat PPD dan sekolah, BGKSSR boleh dioperasikan secara minimum seperti di suatu sudut. Sekiranya mempunyai kemampuan dan kemudahan, BGKSSR sebaik-baiknya dioperasikan di dalam sebuah bilik khas. BGKSSR juga boleh menggabungkan pelaksanaan dasar atau program penting KPM yang lain. Ini bermakna, BGKSSR tidak dioperasikan secara tersendiri tetapi boleh digabungkan dengan pelaksanaan dasar atau program lain yang sedang dalam pelaksanaan.

3.0 OBJEKTIF BGKSSR adalah berperanan sebagai one-stop centre bagi pelbagai maklumat dan data khusus untuk mencapai objektif seperti berikut: 1. Menceriakan Bilik KSSR. 2. Memastikan Bilik KSSR berada dalam keadaan kemas dan teratur. 3. Memudahkan guru-guru mencari maklumat berkenaan murid-murid. 4. Menyimpan maklumat murid-murid dalam keadaan yang selamat. 5. Menyampaikan pelaksanaan kurikulum kebangsaan secara sistematik dan profesional. 4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN Tempoh : 12-26 Julai 2013 Tempat : Bilik Gerakan KSSR 5.0 SASARAN Pelawat, Guru-guru dan Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Teluk Sepanggar.

6.0 AHLI JAWATANKUASA Pengerusi Naib Pengerusi Penyelaras Projek/ AJK Pelaksana : En. Geoffrey Geimin Sinteh (Guru Besar) : En. Mohd Hussain Bin Haji Othman (Penolong Kanan Kurikulum) : Mohd Norhaffizie Bin Durahim : Nur Azimah Binti Abdul Min : Nur Afiqah Binti Azhar

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. 1 2 3

Perkara Bunga Hiasan Pembalaut Hadiah Gam Uhu Jumlah

Harga seunit RM 4 RM 0.50 RM 2.90

Kuantiti 5 5 2

Jumlah RM 20.00 RM 2.50 Rm 5.80 RM 28.30

8.0 SUMBER KEWANGAN Pelajar PISMP MT Sem 8 Ambilan Januari 2010

9.0 PENUTUP

Pewujudan BGKSSR memerlukan perancangan dan komitmen menyeluruh oleh setiap anggota Bahagian, Jabatan atau agensi yang berkaitan agar dapat memberi impak positif dari aspek penyelarasan, pelaporan, penyebaran dan perkongsian maklumat. Sehubungan itu, setiap warga sekolah mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam memastian Bilik KSSR terus berfungsi sebagaimana yang dihasratkan. Justeru, Bilik KSSR yang dioperasikan secara sistematik dan cekap dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan KSSR secara menyeluruh di setiap peringkat.

Disediakan oleh: ....................................... (NUR AZIMAH BINTI ABDUL MIN) Setiausaha Projek.

Disemak oleh: ........................................ (En. Mohd Hussain Bin Haji Othman) Penolong Kanan Kurikulum SK. Pangkalan TLDM Disahkan oleh: ......................................... (En. Geoffrey Geimin Sinteh) Guru Besar SK. Pangkalan TLDM

You might also like