You are on page 1of 7

LAPORAN LAWATAN

TARIKH : 25 Jun 2009

HARI : Khamis

TEMPAT : 1. Zoo Taiping


2. TESCO Taiping
AKTIVITI:

Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam telah


mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2009 ke Zoo Taiping dan TESCO Taiping. Rombongan
bertolak dari SK Bukit Bertam pada pukul 8.00 pagi.

Kami sampai ke Zoo Taiping pada pukul 9.00 pagi. Setelah mendapat tiket masuk ke
dalam zoo, kami menaiki keretapi dan dibawa mengelilingi kawasan zoo sambil diberi
penerangan mengenai haiwan-haiwan yang terdapat di sana. Keretapi berhenti berhampiran
pintu keluar setelah tamat sesi rondaan.

Pada jam 12.00 tengahari, kami bertolak ke TESCO Taiping untuk makan tengahari.
Setelah selesai makan, kami mengunjungi pasaraya TESCO untuk tujuan beli-belah. Murid-murid
dibawa berjalan dan memilih barang yang hendak dibeli. Mereka turut diajar cara-cara melihat
harga barang, menilai kecukupan wang, dan cara-cara membuat bayaran di kaunter bayaran. Di
samping itu, murid-murid juga turut diberi peluang untuk bermain di taman tema di situ yang
diberikan secara percuma oleh pihak TESCO.

Rombongan bertolak pulang dari TESCO pada jam 4.00 petang dan selamat tiba di SK
Bukit Bertam pada jam 5.00 petang.
Lawatan PPKI SKBB ke Zoo Taiping dan TESCO 2009

Bergambar kenangan di Zoo Taiping

Warga pendidik bersama anak murid di Zoo Taiping


Pose istimewa daripada Azani

Berlibur seketika di taman permainan kanak-kanak


Taman Permainan Kanak-Kanak TESCO.

Kek hari lahir warga PPKI


Menanti juadah

Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO


Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO

Bermain bersama rakan-rakan di Taman Permainan TESCO.

You might also like