PENGENALANKesihatan dan keselamatan pekerjaan
meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungikesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatuaspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satutanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysiauntuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja didalam sesebuah organisasi. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan KeselamatanPekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
•
Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusandan kemahiran yang baik
•
Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerjabebas daripada sebarang kemalangan
•
Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaankeselamatan di tempat kerja
•
Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui olehsemua pekerja di tempat kerja
•
Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagimenyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
•
Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Akta –akta dan Peraturan Yang berkaitan Dengan Unit Keselamatan Dan KesihatanPekerjaanAkta-Akta
Antara akta-akta yang berkaitan dengan tugas serta tanggungjawab Unit Persekitaran,Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ialah:
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
Akta Racun 1952 (Akta 366)
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
Peraturan-Peraturan
Antara peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan &Kesihatan Pekerjaan ialah:
Peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994(Akta 514)
Peraturan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Leave a Comment