You are on page 1of 32

JURNAL 1

Jurnal 1:
1

Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran

Pengenalan

Mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1995 dalam Seminar Sekolah Efektif yang telah dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Iklim sekolah:-Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran

Ciri Iklim Sekolah Berkesan

(1) kawasan sekolah bersih, cantik, selamat dan cukup tempat ruang belajar (2) Pengetua mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru dan pelajar (3) Amalan sifat muraqabah, iaitu merasakan Allah sentiasa memerhatikan setiap tindakan yang dilakukan (4) Pelaksanaan amalan hidup Islam dalam setiap aspek pembelajaran dan pekerjaan (5) Komitmen guru terhadap sekolah adalah tinggi

Perbincangan dan Implikasi Kajian

Amalan hidup Islam dalam pembelajaran dan pekerjaan Pengamalan sifat Muraqabah Komunikasi terbuka dalam pergaulan Komitmen guru terhadap sekolah Guru bekerjasama da;am menyelesaikan masalah Suasana sekolah Sikap pelajar

Esei Sepertimana yang kita ketahui, iklim sekolah sememangnya menjadi salah satu isu yang selalu di bincangkan di dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat juga beberapa kajian yang dilakukan terhadap iklim sekolah ini samada ianya mempengaruhi pembelajaran ataupun tidak. Saya telah memilih salah satunya. Kajian ini dilakukan di sekolah menengah agama. Saya amat tertarik dengan kajian yang dilaksanakan oleh saudara Ahmad Zabidi Bin Abd Razak ini. Ini kerana, sepanjang pengalaman saya ke sekolah, saya belum pernah lagi melihat pengamalan beberapa ciri iklim sekolah yang terdapat di dalam jurnal ini. Dan saya berpendapat bahawa ianya juga boleh dilaksanakan di dalam kelas pendidikan pemulihan Sebagai salah satu contoh ciri iklim sekolah yang terdapat di dalam kajian berkenaan ialah amalan hidup Islam dalam pembelajaran dan pekerjaan. Budaya hidup beragama ini membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Sebagai contoh, di dalam kelas pemulihan, guru pemulihan boleh mengamalkan cara hidup Islam di dalam kelas dengan cara membaca doa sebelum belajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini sedikit sebanyak akan membantu pelajar pemulihan ini untuk mudah menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru. Sepertimana yang kita tahu, murid pemulihan kebanyakannya mengalami masalah di dalam pembelajaran. Selain itu terdapat juga murid pemulihan yang mengalami masalah tingkah laku. Jadi dengan menerapkan amalan hidup Islam yang penuh dengan kesopanan ini, maka guru dapat mengawal tingkah laku pelajar sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru pemulihan juga perlu selalu menerapkan nilai-nilai murni ketika mengajar. Pepatah Melayu ada mengatakan,hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Di usia kecil ini lagilah sepatutnya murid-murid ini diterapkan dengan unsur-unsur keislaman agar kelak apabila dewasa mereka tidak akan tersasar dari jalan yang benar, jalan yang diredhai.

Selain itu, saya juga perhatikan, di pihak guru besar sekolah, mereka tidak mengamalkan sikap komunikasi terbuka di dalam pergaulan. Komunikasi terbuka di dalam pergaulan ini merupakan salah satu ciri iklim sekolah yang terkandung di dalam kajian berkenaan. Guru besar seharusnya mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan antara guru besar dengan guru mahupun dengan keluarga murid. Ini penting dalam konsep pendidikan pemulihan khas di mana ibu bapa murid pemulihan perlu diberikan pendendahan bahawa kelas pemulihan itu tidak akan menjadikan anak-anak mereka semakin tertinggal dan dianggap bodoh. Marcapada ini, ramai ibu bapa yang memberi tanggapan yang salah terhadap pelaksanaan kelas pendidikan pemulihan. Jadi guru besar sebagai tunggak di sekolah harus memainkan peranan yang penting untuk memberi maklumat dan informasi yang telus kepada ibu bapa murid berkenaan dengan kelas pendidikan pemulihan. Inilah pentingnya kemahiran berkomunikasi secara terbuka di dalam pergaulan yang harus dimiliki oleh setiap yang bergelar guru besar ataupun pengetua di sekolah. Di samping itu, guru-guru yang lain juga perlu ada kemahiran ini supaya ukhwah antara pihak sekolah dan ibu bapa murid dapat dieratkan lagi.Maka perpaduan yang jitu dapat diwujudkan antara guru-guru di sekolah dan ibu bapa murid. Seterusnya, saya ingin mengupas tentang ciri iklim komitmen guru terhadap sekolah. Ciri ini turut dinyatakan di dalam kajian yang saya pilih. Bagi pendapat saya, guru pendidikan pemulihan perlulah memberi komitmen yang tinggi terhadap sekolah serta bidang tugasnya. Ini kerana, saya berpendapat bahawa guru pendidikan pemulihan umpama seorang doktor. Mereka bukan sahaja mengajar malah mereka turut merawat murid-murid yang istimewa ini. Jika seoarang guru pemulihan tidak memberikan komitmen yang padu lagi jitu terhadapt sekolah dan bidang tugasnya, masakan dia dapat merawat murid-murid istimewa ini-murid pemulihan. Komitmen ini penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang harmoni.

Sebagai kesimpulan, jelas bahawa ciri iklim sekolah yang telah digunakan di dalam kajian berkenaan perlu ada dan digunakan di semua jenis sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan jayanya. Di samping itu, guru pendidikan pemulihan juga perlu menerapkan unsur iklim sekolah seperti yang terdapat pada kajian berkenaan di dalam pelaksanaan kelas pendidikan pemulihan. Ini kerena tanggungjawab seorang guru pendidikan pemulihan amatlah besar. Mereka perlu merawat murid-murid pemulihan ini sehingga pulih. Salah satu cara untuk memastikan guru pendidikan pemulihan berjaya merawat murid-murid pemulihan adalah dengan cara mengamalkan ciri-ciri iklim sekolah yang berkesan ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

JURNAL 2

Jurnal 2:
6

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah

Strategi sebegini akanmemudahkan murid memahami dan menguasai kemahiran menulis yang diajar

tidak memahami kandungan sukatan pelajaran terkini guru juga tidak mahir mengajar kemahiran menulis guru juga tidak mahir teknik penilaian hasil karangan murid

Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis

Masalah Guru dalam Pengajaran Kemahiran Menulis

Cadangan

MasalahMurid dalam Pembelajaran Kemahiran Menulis


tidak memahami bahan rangsangan murid yang menyalin soalan sahaja semasa latihan atau ujian muridmurid juga tidak memahami kehendak soalan dalam penulisan karangan

Kreativiti seseorang guru memainkan peranan penting dalam kecekapan guru mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu bijak menggunakan pelbagai kaedah dan bahan pengajaran yang berkesan sentiasa memantau pemahaman dan pencapaian murid dari semasa ke semasa Pihak pentadbir sekolah perlu memberi galakan dan menyediakan kemudahan kepada panitia Bahasa Melayu

Esei
7

Seterusnya, saya akan pergi kepada jurnal yang ke2. Juranal ini lebih kepada kajian terhadap kaedah iaitu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Mengapa saya memilih jurnal ini? Ini kerana kemahiran menulis ini amat sinonim dengan dunia pendidikan pemulihan khas. Murid yang dihantar ke kelas pemulihan khas kebanyakannya mengalami masalah dari segi bacaan dan tulisan. Justeru guru pendidikan pemulihan khas perlu mengajar murid-murid berkenaan menulis misalnya dari asas terlebih dahulu. Pembinaan asas menulis ini amat penting bagi membolehkan murid-murid ini berjaya menulis dengan baik. Kemahiran menulis amat penting kerana dengan menulis, murid dapat mengeluarkan idea kefahaman mereka tentang sesuatu dalam bentuk penulisan. Berdasarkan kajian berkenaan, penulis, Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman telah mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dijalankan. Antara masalah yang dihadapi oleh guru ialah,guru tidak mahir mengajar kemahiran menulis. Ini suka untuk saya kaitkan dengan dunia pendidikan pemulihan khas di mana terdapat segelintir guru yang kurang arif tentang bagaimana hendak melaksanakan pengajaran kemahiran menulis. Guru pemulihan perlu mahir dalam melaksanakan pengajaran kemahiran menulis kerana murid yang bakal masuk ke kelas pemulihan akan di uji terlebih dahulu di dalam ujian diagnostik. Salah satu aspek yang akan diuji ialah aspek kemahiran menulis. Jika seorang guru pemulihan itu tidak mahir dalam mengajar kemahiran menulis, masakan dia boleh menjalankan ujian diagnostik berkenaan. Justeru seorang guru pemulihan itu haruslah mahir untuk mengajar kemahiran menulis kerana kemahiran menulis ini akan diterapkan seawal yang mungkin kepada murid-murid pemulihan khas. Guru pemulihan juga perlulah tahu asas/peringkat kemahiran menulis. Ianya bermula dengan peringkat pra menulis, peringkat mekanis dan peringkat mentalis. Kebiasaannya, murid-murid pemulihan akan didedahkan dengan sebanyak yang mungkin aktiviti di dalam peringkat pra menulis. Ini kerana di dalam peringkat ini, muridmurid akan dilatih bagaimana hendak memegang pensil dengan betul sebagai
8

contohnya. Jika seorang guru pemulihan tidak tahu tentang aspek/peringkat-peringkat ini, ia akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis kepada murid pemulihan hanya sia-sia sahaja. Selain itu, berdasarkan jurnal berkenaan,penulis juga turut sertakan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya ialah tidak memahami bahan rangsangan. Mengapa bahan rangsangan?Ini kerana pendidikan pemulihan merupakan satu bidang yang memerlukan penggunaan bahan rangsangan yang kerap dan banyak. Hal ini disebabkan, murid pemulihan merupakan golongan yang berfikir di luar kotak kebiasaan murid-murid yang lain. Jika guru pemulihan hendak mengajar tentang sesuatu perkara, guru perlu mengajar di luar kebiasaan seperti mengajar murid-murid biasa. Justeru penggunaan bahan rangsangan amat penting dalam menarik perhatian dan minat murid pemulihan semasa proses pengajran dan pembelajaran berlangsung. Tetapi, bahan rangsangan ini mestilah mudah difahami oleh murid-murid pemulihan. Jiak murid-murid pemulihan tidak faham akan bahan yang digunakan oleh guru, maka proses pengajaran dan pembelajaran adalah dianggap gagal. Kesimpulannya, guru pemulihan khas perlulah menyediakan bahan rangsangan yang mudah untuk difahami oleh murid-murid mereka. Penulis juga turut menyediakan beberapa cadangan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ini. Cadangan ini tidak hanya tertumpu kepada guru sahaja malah ia meliputi semua pihak. Dalam pendidikan pemulihan khas, cadangan-cadangan seperti ini boleh diambil dan digunapakai dalam usaha memperhebatkan lagi system pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan khas. Kesimpulannya, guru pemulihan khas perlulah memahami dengan lebih lanjut tentang apa itu yang dinamakan kemahiran menulis. Ini kerana kemahiran menulis ini amat penting untuk diajar kepada murid-murid pemulihan khas.

JURNAL 3

Jurnal 3:
10

Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran, Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Pemulihan Khas
Mengenalpasti sejauh mana minat guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi muridmurid program pemulihan khas Mengenalpasti tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi murid-murid program pemulihan khas. Mengenalpasti sejauhmana beban tugas guru di sekolah mempengaruhi pengajaran dalam penguasaan 3M bagi muridmurid program pemulihan khas. Mengenalpasti faktor paling dominan yang mempengaruhi pengajaran dalam penguasan 3M murid-murid program pemulihan khas

Tujuan Kajian

Perbincangan

1. Tahap Minat Guru Pemulihan Khas 2. Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Pemulihan Khas 3. Tahap Latihan Guru Pemulihan Khas 4. Beban Tugas Guru Pemulihan Khas

Cadangan

a. Pemilihan Calon Guru Pemulihan Khas Yang Berkualiti b. Program Latihan Guru Pemulihan Khas c. Penyelarasan Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas d. Penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) e. Pengikhtirafan dan Elaun Insentif Khas f. Peruntukan Kewangan (PCG) Program Pemulihan Khas g. Pemantauan Pencerapan Dan Penilaian Program Pemulihan Khas h. Keperluan Kemudahan Kelas Yang Kondusif

Esei
11

Pemulihan khas merupakan satu bidang yang mungkin dianggap mudah oleh sesetengah individu. Namun disebalik itu, realitinya, hanya guru pemulihan sahaja yang mengerti akan perit getir menjadi seorang pendidik bagi murid-murid pemulihan khas. Sebelum seseorang itu menjadi guru pemulihan khas, perkara asas pertama yang perlu ada ialah minat. Berdasarkan kajian yang saya pilih, saya dapati keputusan kajian berkenaan pada kritirea minat adalah di tahap yang sederhana. Ini jelas

menggambarkan bahawa kebanyakan guru pemulihan tidak mempunyai minat yang sepenuhnya terhadap bidang kerja mereka ini. Minat merupakan perkara paling penting jika seseorang itu hendak melakukan sesuatu. Tanpa minat, sebagai contoh, guru pemulihan akan mengajar secara sambil lewa. Ini akan memberi kesan buruk terhadap murid-murid pemulihan kerana jika mereka di ajar secara sambil lewa, maka proses untuk memulihkan mereka akan berjalan dengan tidak lancar dan hasilnya murid-murid pemulihan ini masih kekal tidak dapat menguasai kemahiran 3M sepertimana murid-murid di kelas arus perdana yang lain. Seterusnya, seorang bakal atau guru pemulihan perlu memiliki pengetahuan yang mendalam tentang bidang pemulihan ini. Berdasarkan kajian, lebih separuh daripada keseluruhan respondan bersetuju bahawa seorang guru pemulihan khas perlu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang pemulihan. Ini bertujuan untuk memudahkan guru itu sendiri mengawal persekitaran bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Di samping itu, pengetahuan ini juga dapat membolehkan guru-guru pemulihan khas ini membina bahan bantu yang sesuai untuk meningkatkan lagi kefahaman murid-murid pemulihan khas. Bahan bantu amat sinonim dengan kelas pemulihan khas. Justeru bahan bantu perlulah dibina dengan baik dan sesuai untuk digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan ini juga penting kepada guru pemulihan khas sebagai bekalan untuk mereka berjaya memulihkan murid-murid pemulihan khas.

12

Selain itu, berdasarkan kajian, unjuran peratusan bagi tahap latihan guru pemulihan khas untuk kawasan kajian adalah berada pada tahap sederhana. Sebagai seorang pendidik yang mengajar murid-murid pemulihan, seharusnya seseorang itu memiliki latihan keguruan yang cukup sebelum mereka keluar untuk mengajar di sekolah. Apa yang berlaku di sekolah,guru disuruh untuk mengajar subjek atau kelas yang diluar bidang mereka semasa mereka menerima latihan keguruan. Sebagai contoh, guru kemahiran hidup diarahkan untuk mengajar kelas pendidikan khas. Ini adalah berada di luar tahap kemahiran dan kemampuan mereka. Justeru bagi seorang guru pemulihan khas, mereka perlu menerima latihan yang secukupnya bagi mengelakkan sebarang permasalahan ketika mengajar murid-murid yang istimewa ini. Latihan ini penting bagi membolehkan guru pemulihan ini mengawal kelas mereka supaya menjadi sebuah kelas yang kondusif dan ia juga penting untuk membolehkan guru pemulihan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh setiap anak didiknya. Tidak dapat dinafikan, guru pemulihan khas memang tidak akan dapat lari daripada beban tugas sebagai seorang guru. Berdasarkan kajian, unjuran untuk beban tugas adalah di paras sederhana. Seorang guru pemulihan mestilah bijak dalam menguruskan segala hal samada di sekolah mahupun di rumah supaya segala masalah mengenai beban kerja ini dapat di atasi. Guru pemulihan perlu menjadi seorang guru yang aktif dan kreatif. Ini kerana, bukan mudah untuk melaksanakan program pemulihan. Seharusnya, jika seseorang guru pemulihan khas itu betul-betul minat akan bidang kerjanya, masalah beban tugas ini tidak akan timbul .Ini hanya akan menjejaskan sahaja prestasi guru berkenaan sekaligus menimbulkan masalah di dalam proses pembelajaran murid pemulihan khas. Kesimpulannya, seorang guru pemulihan khas mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum dia melangkah masuk ke dalam dunia pendidikan pemulihan. Ini kerana, pemulihan khas merupakan satu dunia pendidikan yang nyata berbeza dengan dunia pendidikan yang lain. Guru pemulihan khas mengajar,mendidik, dan memulihkan murid-murid yang istimewa.Justeru guru itu sendiri perlu menjadi guru yang istimewa bagi memastikan murid-murid ini berjaya kelak.

13

JURNAL 4

Jurnal 4:
14

Multimedia Interaktif Mempertingkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid PROBIM

Objektif Kajian

Mengenal pasti penggunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi membaca dalam kalangan murid PROBIM. Mengkaji penggunaan multimedia interaktif dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid PROBIM Mengenal pasti multimedia interaktif sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan dalam P&P kemahiran membaca dalam kalangan murid PROBIM.

Persoalan Kajian

Sejauh manakah persepsi murid PROBIM terhadap penggunaan multimedia interaktif dapat meningkatkan prestasi membaca? Adakah penggunaan multimedia interaktif dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif dalam kalangan murid-murid PROBIM? Sejauh manakah multimedia interaktif berkesan dalam pembelajaran kemahiran membaca dalam kalangan murid PROBIM?

Perbincangan

Didapati bahawa murid-murid PROBIM bersetuju bahawa penggunaan multimedia membantu mereka mengenal huruf-huruf abjad dan juga mengenal vokal dan konsonan. Perisian multimedia berupaya membantu mereka untuk menyebut vokal dan konsonan dan juga menyebut dan membunyikan suku kata terbuka. mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif khususnya dalam kemahiran membaca. Penerimaan yang sangat positif daripada muird-murid

Esei
15

PROBIM merupakan salah satu program yang berada di bawah naungan pendidikan pemulihan. Ianya merupakan program bagi memberi bimbingan membaca dan menulis kepada murid-murid. Kemahiran membaca dan menulis ini amat berkait rapat dengan pendidikan pemulihan. Ini kerana murid-murid pemulihan sememangnya mengalami masalah di dalam kemahiran membaca dan menulis ini. Justeru pelbagai pendekatan digunapakai dalam memastikan pengajaran kemahiran membaca dan menulis ini dapat dijalankan dengan lancar. Di dalam jurnal yang saya pilih ini, penulis telah menjalankan satu kajian terhadap keberkesanan multimedia interaktif dalam pembelajaran kemahiran membaca murid-murid PROBIM. Berdasarkan kajian ini, saya dapati, penggunaan multimedia interaktif ini telah membantu melancarkan lagi proses pembelajaran membaca muridmurid. Sebagai seorang guru pemulihan,adalah digalakkan menggunakan multimedia interaktif ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Dengan bantuan media interaktif ini, murid-murid akan lebih memahami apa yang disampaikan kepada mereka. Sebagai contoh, data di dalam kajian ini menunjukkan bahawa murid memberikan persepsi yang baik terhadap penggunaan multimedia interaktif dalam meningkatkan prestasi kemahiran membaca mereka. Murid-murid sememangnya akan lebih seronok belajar jika adanya bahan multimedia interaktif ini. Justeru, sebagai seorang guru pemulihan khas, mereka perlu mempunyai sebanyak yang mungkin bahan berasaskan multimedia interaktif ini dalam usaha menambah lagi minat murid pemulihan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Jika muridmurid pemulihan ini minat di dalam pembelajaran mereka, tidak mustahil mereka dapat menguasai kemahiran membaca misalannya dengan kadar masa yang cepat. Selain itu, penggunaan multimedia interaktif ini juga dapat membantu dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang aktif. Pembelajaran aktif ini amat perlu dan berguna kepada murid-murid pemulihan. Ini kerana, melalui pembelajaran yang aktif, murid-murid dapat membina pengetahuan mereka dengan lebih mudah lagi. Guru pemulihan seharusnya mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif kepada

16

murid-murid pemulihan. Ini penting dalam usaha melengkapkan murid-murid pemulihan ini dengan kemahiran 3M yang perlu mereka kuasai. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penggunaan multimedia interaktif ini berkesan dalam membantu murid-murid mengenal huruf-huruf abjad dan mengenal vocal dan konsonan. Maka jelaslah bahawa penggunaan multimedia interaktif ini amat berguna di dalam pembelajaran murid-murid. Guru pemulihan seharusnya

menggunakan multimedia interaktif ini ketika mengajar murid-murid membaca kerana ia lebih mudah difahami oleh murid. Ini disokong dengan adanya kajian seperti yang saya telah pilih ini. Kesimpulannya, pembelajaran multimedia interaktif ini amat berkesan untuk digunakan bukan sahaja oleh guru biasa, malah ianya juga berkesan kepada guru pendidikan pemulihan. Murid-murid sememangnya meminati pembelajaran yang menyeronokkan. Justeru, amatlah bersesuaian jika penggunaan multimedia interaktif ini diperluaskan lagi kegunaannya di sekolah. Ianya akan dapat membantu murid-murid dalam memahami lagi apa yang diajar dan disampaikan oleh guru kepada mereka.

17

JURNAL 5

Jurnal 5:
18

Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar
Pengenalan Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal Objektif Kajian Mengenal pasti masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Mengenal pasti masalah menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu muridmurid sekolah rendah di luar bandar. Sejauh mana persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam pengajaran membaca dan menulis.

Persoalan Kajian Apakah masalah kemahiran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah di luar bandar? Apakah masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah di luar bandar? Sejauh manakah persepsi murid terhadap pengajaran guru dalam kemahiran membaca dan menulis?

Dapatan Kajian
- Permasalahan Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah di Luar bandar - Permasalahan Kemahiran Menulis Bahasa MelayuMurid Sekolah Rendah di Luar Bandar

Esei

19

Kemahiran membaca dan menulis merupakan anatara kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran ini penting kepada murid-murid dan ianya digunapakai di dalam kehidupan seharian. Jadi tidak hairanlah jika ada sesetengah sekolah yang mengambil pelbagai langkah demi memastikan semua murid-murid di sekolah mereka dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ini. Namun terdapat juga permasalahan yang timbul dalam kemahiran membaca dan menulis ini. Maka, terdapat individu yang peka telah menjalankan satu kajian berkenaan dengan permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah luar Bandar. Kajian ini sebagai satu bukti untuk menunjukkan bahawa beberapa masalah benar-benar timbul dalam kemahiran membaca dan menulis ini lebih-lebih lagi oelh murid-murid yang bersekolah di luar Bandar. Pada pendapat saya pula, masalah seperti ini lebih banyak timbul dan lebih serius pada murid-murid pemulihan khas. Ini kerana, bukan mudah untuk melengkapkan mereka ini dengan kemahiran mambaca dan menulis. Berdasarkan kajian, dapatan menunjukkan bahawa murid paling lemah dalam memahami isi kandungan teks yang dibaca. Dalam dunia pendidikan pemulihan, masalah seperti ini sememangnya berlaku. Murid-murid pemulihan sukar untuk memahami apa yang dibacakan kepada mereka. Sebagai contoh, murid-murid pemulihan acapkali gagal untuk memahami arahan yang disampaikan oleh guru. Untuk menyampaikan maklumat ataupun arahan kepada mereka, guru pemulihan haruslah menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Bahasa yang digunakan juga biarlah bahasa yang selalu mereka dengari. Guru yang mengajar di arus perdana juga perlu untuk membantu murid-murid kelas arus perdana untuk mereka lebih mudah memahami apa yang guru sampaikan. Ini merupakan salah satu masalah yang kerap timbul di dalam kemahiran membaca murid sekolah rendah Kajian juga menunjukkan bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus belajar. Cadangan ini boleh diaplikasikan oleh guru pemulihan ketika menjalankan sesi
20

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas. Ini bagi memastikan murid-murid pemulihan tidak ketinggalan dalam menguasai kemahiran membaca ini. Bagi kemahiran menulis pula, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan murid sekolah rendah diluar Bandar ialah mereka tidak dapat membezakan antara huruf kecil dan besar semasa menulis karangan. Masalah seperti ini juga timbul di dalam kelas pendidikan pemulihan. Muridmurid pemulihan ternyata sukar untuk membezakan anatara huruf kecil dan huruf besar. Di samping itu, murid pemulihan juga sering tertukar sebutan huruf yang bentuknya lebih kurang sama. Sebagai contoh huruf b-p. Masalah seperti ini perlu segera diselesaikan untuk mengelakkan murid-murid pemulihan khususnya daripada mengalami masalah menulis yang lebih rumit lagi apabila mereka berada di dalam kelas arus perdana. Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu dapat diperbaiki dengan bantuan guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha membina persekitaran yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar. Jelas di sini bahawa guru perlu memainkan peranan yang amat penting dalam membantu murid-murid untuk menguasai sekaligus dapat menulis dengan baik. Begitu juga halnya dengan guru pemulihan khas. Seorang guru pemulihan khas perlulah kreatif dalam merancang pengajaran untuk disampaikan kepada murid-murid berkperluan khas ini. Dapat disimpulkan bahawa, kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Justeru guru perlulah memainkan peranan yang mereka dalam membantu murid-murid ini untuk menguasai kemahiran penting ini supaya mereka dapat mengecap kejayaan kelak.

21

BUKU 1

Sumber

: Buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia


22

Tajuk

: Modal Insan dan Kerjaya Guru

Bab ini memberi satu gambaran mengenai modal insan dan kerjaya guru. Melaui pembacaan saya, modal insan ini boleh ditafsirkan sebagai satu kelengkapan di mana guru perlu melengkapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang kerjanya mendidik anak bangsa. Mungkin sesetengah masyarakat memandang remeh akan kerjaya seorang guru ini. Namun disebalik itu, mereka tidak tahu akan keperitan seorang guru. Lebih-lebih lagi guru yang mengajar anak-anak yang istimewa. Suka saya untuk mengambil contoh dan pendekatan terhadap guru pemulihan khas iaitu bidang yang saya ceburi ini. Berdasarkan tajuk di dalam buku ini, ciri-ciri modal insan yang berkualiti boleh dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan yang unggul. Tetapi untuk menjadi seorang guru pendidikan pemulihan, seseorang itu perlulah memiliki lebih lagi aspek selain aspek yang tertulis di dalam buku ini. Sebagai contoh guru pemulihan perlulah menjadi seorang doktor. Mengapa doktor?Ini kerana guru pemulihan khas bukan sahaja mengajar tetapi mereka ini memberi rawatan kepada murid-murid yang istimewa. Bukan semua guru boleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan khas. Seterusnya, di dalam tajuk modal insan ini, terdapat satu sub tajuk berkenaan dengan kerjaya guru sebagai satu ibadah. Ringkasnya, setiap agama yang wujud di muka bumi ini telah mengiktiraf kerjaya seorang guru sebagai satu kerjaya yang mulia dan ianya juga dianngap ibadah. Mengapa ibadah?Ini kerana seorang guru itu merupakan insan yang bijaksana,berilmu dan berupaya untuk memimpin murid-murid mereka ke jalan yang benar.

23

Dari perspektif agama seperti Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian, konsep guru mempunyai satu pengertian yang sama iaitu seorang yang mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai agama yang berkenaan serta mempunyai budi pekerti yang baik agar menjadi rol model kepada murid-murid yang diajar. Ahli-ahli falsafah seperti Socrates, Plato, dan Aristotle serta pemimpin Negara India yang terkenal dan masyhur iaitu Mahatma Gandhi merupakan guru-guru zaman masingmasing yang melambangkan guru yang berkesan dan baik. Kejaya guru sebagai satu ibadah membawa implikasi bahawa seorang guru perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab professional dengan sebaik mungkin di samping meningkatkan profesionalisme agar mengikuti perkembangan terkini dalam bidang pelajaran agar menunaikan kewajipan sebagai guru seterusnya menghasilkan murid-murid yang berkualiti selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan hasrat Wawasan 2020. ` Berbalik semula kepada bidang pendidikan pemulihan, seorang guru yang

menjejakkan kaki ke dalam bidang ini seharusnya memiliki kemampuan yang lebih lagi berbanding dengan guru-guru di arus perdana yang lain. Guru pemulihan khas perlu tahu serba serbi kerana mereka bukan sahaja mengajar pelajaran kepada murid-murid pemulihan malah mereka juga perlu mengajar dan menerapkan norma-norma budaya yang baik ke dalam diri setiap murid yang diajarnya. Guru pemulihan juga perlulah ikhlas di dalam kerjayanya kerana keikhlasan itu akan menjadikan apa sahaja yang diberi oleh guru pemulihan kepada murid-murid pemulihan sebagai satu ibadah dan pasti ganjaran dariNya kelak adalah lumayan. Justeru pemilihan bidang pemulihan khas ini bukanlah sesuatu yang merugikan. Ini kerana guru pemulihan khas berpeluang untuk mengajar murid-murid yang istimewa. Istimewanya murid-murid ini ialah mereka ini lain daripada murid-murid biasa dan setiap daripada murid pemulihan memiliki kebolehan dan bakat mereka yang tersendiri dan menjadi tanggungjawab guru pemulihan untuk mencungkil kemahiran dan bakat yang ada di dalam diri setiap murid pemulihan khas.

24

BUKU 2

Sumber

: Buku Perkembangan Kanak-Kanak


25

Tajuk

: Kanak-Kanak Berkeperluan Khas-Mengenal pasti jenis kanak-kanak berkeperluan khas Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang

berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. Pada dasarnya murid ini bersikap normal tetapi oleh kerana masalah kesukaran memberi tumpuan dengan kerap ini akan menunjukkan sikap yang tidak diingini seperti mengamuk di dalam kelas atau pun terlalu aktif di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran tersebut. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan. Ianya perlu dibawa berjumpa dengan pihak yang sepatutnya untuk dinilai atau didiagnos dengan lebih lanjut. Para ibubapa hendaklah meminta pihak pakar kanak-kanak atau pun doktor keluarga merujuk anak-anak mereka ini kepada pakar psikiatri kanak-kanak dan dewasa untuk proses diagnostik anak-anak mereka dengan lebih lanjut bagi tujuan perubatan. Dalam arena pendidikan pemulihan khas, guru pemulihan khas juga berdepan dengan situasi murid yang berkeperluan khas. Murid-murid seperti ini adakalanya tidak akan dihantar ke kelas pendidikan khas kerana masalah yang dihadapi mereka tidak begitu ketara. Justeru adalah menjadi tanggungjawab guru pemulihan khas untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah masalah yang dihidapi oleh murid-murid ini. Kemudian, guru pemulihan perlu merancang strategi pengajaran apakah yang hendak digunapakai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemilihan strategi ini penting supaya murid-murid ini tidak berasa tersisih kerana mereka ini mengalami masalah di dalam pembelajaran. Ini juga penting bagi memastikan mereka berjaya untuk memperolehi input yang disampaikan oleh guru semasa berada di dalam kelas. Tidak seperti kanak-kanak yang normal, tingkah laku kanak-kanak bekeperluan
26

khas memerlukan pengurusan tingkah laku yang baik. Oleh itu pengurusan tingkah laku penting dalam mewujudkan tingkah laku yang diingini dan mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini. Dalam pengurusan tingkah laku aspek utama yang dititikberatkan adalah mengukur sasaran tingkah laku yang ingin perubahan. Pengukuran sasaran tingkah laku ini juga dikenali sebagai penaksiran tingkah laku. Bagi menaksir tingkah laku ini, penaksiran hendaklah dilakukan dengan cara secara langsung mahupun tidak langsung. Untuk tujuan pemerhatian sasaran tingkah laku, pemerhati hendaklah merancang jenis perekodan data yang sesuai. Apa yang penting pemerhati mesti mempunyai definisi sasaran tingkah laku yang tepat supaya kejadian tingkah laku itu dapat dibezakan daripada yang lain. Kesimpulannya, guru pemulihan khas perlulah bersedia dalam melayani dan menerima murid-murid yang berkeperluan khas ini. Murid-murid ini perlu diberi layanan yang sama rata seperti murid-murid yang lain.

Hasil Temubual

27

Bagi memenuhi kehendak soalan tugasan ini, saya telah menyediakan beberapa soalan berbentuk bebas untuk ditemubual kepada guru di SK Pengkalan Chepa. Guru berkenaan ialah Pn Siti Fatimah. Beliau merupakan guru pemulihan di sekolah berkenaan. Skop soalan saya adalah berkisarkan tentang tulisan murid pemulihan. Saya telah bertanyakan kepada beliau tentang tempoh masa seseorang murid pemulihan itu untuk menguasai sepenuhnya kemahiran menulis. Beliau memberitahu kepada saya, melalui pengalaman beliau, murid pemulihan yang rajin datang ke sekolah akan dapat menguasai kemahiran menulis ini dengan lebih cepat lagi. Beliau turut menambah, beliau pernah mengajar murid pemulihan yang langsung tidak pandai menulis dalam masa 2-3 bulan,murid itu sudah boleh menulis seperti murid-murid normal yang lain. Disamping itu, Pn Siti Fatimah juga turut menambah, faktor kesediaan murid di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran menulis ini. Kemahiran menulis ini amat penting dan perlu dikuasai oleh semua murid. Saya Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya. Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia. Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .

Berbalik kepada temubual saya bersama guru pemulihan berkenaan, saya bersetuju dengan jawapan dan respon yang diberikan oleh beliau. Faktor kehadiran
28

murdi ke sekolah memainkan peranan penting dalam membolehkan murid untuk menguasai bukan sahaja kemahiran menulis, malah kemahiran-kemahiran lain juga. Jika murid itu kerap ponteng ke sekolah, maka dia akan jarang untuk memegang pensil. Apabila jarang memegang pensil,masakan dia dapat menulis ataupun belajar menulis sedangkan pensil itu merupakan alat yang penting di dalam kemahiran menulis. Justeru, murid-murid ini perlu dikawal dan dipantau supaya mereka hadir ke sekolah untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan guru di sekolah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya. Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Justeru,jelaslah bahawa kemahiran menulis ini sangat penting kepada murid-murid dan perlu diajar kepada mereka seawal yang mungkin.

Refleksi

29

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebu t sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Pada semester ini, saya telah mengambil subjek Isu dan Trenda di Dalam Pendidikan Pemulihan. Subjek ini diajar oleh Pn Nor Laini Bte Che Mat,yang saya kira sebagai seorang pensyarah yang berkaliber dan mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam di dalam bidang pemulihan khas. Di dalam subjek ini, saya telah didedahkan dengan pelbagai isu yang wujud di dalam dunia pendidikan pemulihan. Ada di antara isu ini merupakan isu yang hangat diperkatakan di mana-mana sekolah di Malaysia. Untuk itu, dalam usaha menguji sejauh mana tahap kefahaman kami, bakal guru dan pendidik generasi baru di dalam pengkhususan pemulihan, satu tugasan telah diberikan kepada kami mengenai isu-isu yang terdapat di dalam dunia pendidikan pemulihan. Berdasarkan soalan, saya diminta untuk mencari sekurang-kurangnya 5 bahan daripada jurnal dan tambahan 2 lagi bahan daripada buku ilmiah. Bahan-bahan ini mestilah menepati dan berpadanan dengan isu-isu yang terdapat di dalam pro-forma mata pelajaran isu dan trenda. Pada mulanya, ia agak sukar bagi saya untuk mencari bahan-bahan daripada jurnal ini. Ditambah pula dengan kekangan masa bagi pelajar semester 5 yang sibuk menyiapkan persiapan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan(KOT), ini sedikit memberi tekanan kepada saya. Namun saya perlu akur kerana inilah dia nilai dan pengorbanan yang saya perlu hadapi sebelum keluar kelak dan bergelar seorang warga pendidik. Semasa saya mula mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan pendidikan pemulihan, saya sekali lagi diuji dengan kesulitan untuk mencari bahan-bahan ini. Ini kerana tidak banyak yang saya perolehi yang berpadanan dengan kehendak soalan. Saya telah
30

mengadakan perbincangan berkumpulan bersama-sama dengan ahli kelas yang lain dan syukur ke hadrat Illahi, rakan-rakan sekelas saya tidak kedekut dalam memberi idea dan tunjuk ajar kepada saya yang lemah ini. Masa berjalan begitu pantas. Tarikh untuk serahan tugasan telah hampir tiba. Namun tugasan saya masih banyak lagi yang belum disiapkan. Saya serta beberapa orang rakan sekelas yang lain telah datang berjumpa dengan pensyarah pembimbing untuk meminta belas kasihan daripadanya supaya kami diberi tambahan masa lagi untuk menghantar tugasan yang diberikan. Allah maha Esa. Dengan rahmatNya, pensyarah pembimbing kami telah bermurah hati untuk memberi sedikit kelonggaran kepada kami untuk menghantar tugasan yang diberikan ini selepas kami pulang dari cuti. Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga dapat saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana beliau bermurah hati untuk memberi sedikit peluang dan kelonggaran kepada kami. Melalui tugasan ini, saya telah memperolehi pelbagai maklumat di dalam pendidikan pemulihan yang saya rasa sangat berguna untuk saya sebagai bekalan apabila keluar menjadi guru kelak. Berdasarkan daripada tugasan, saya melihat bahawa isu yang paling popular pada masa ini adalah sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas. Sekalipun di sekolah mempunyai guru pendidikan khas, namun guru yang dilantik bukanlah guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan. Hal ini disokong dengan keterbatasan dalam penemuan jurnal yang ditulis sendiri oleh guru pemulihan khas. Namun ini tidak mematahkan semangat saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Di samping itu, daripada tugasan ini, saya juga telah mempelajari sedikit sebanyak tentang dunia pendidikan pemulihan yang sebenar. Ini kerana, bukan mudah untuk menjadi seorang guru pemulihan. Pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi. Dan antara cabaran sebagai guru pemulihan ialah berkisar tentang penglibatan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Membiarkan mereka dirumah tanpa hadir kesekolah bukan satu cara yang harus diberikan pujian. Malah membiarkan anak kesekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik.
31

Anak harus diberikan pendidikan yang baik dari rumah. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka, maka berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. Murid boleh belajar bersama kawan-kawan mereka untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Paling penting mereka siapkan kerja rumah kerana melalui kerja rumah itu, guru berusaha untuk membina kemantapan konsep dan isi pembelajaran yang telah diajarkan disekolah pada sesi pembelajaran disekolah. Selain pelajaran, kemudahan dan makanan anak-anak juga harus diambilkira. Guru pemulihan memang tidak dapat dipisahkan dengan kelompok ibu bapa murid-murid. Ini kerana, guru pemulihan dan ibu bapa perlu sentiasa berkolaborasi dalam memastikan murid pemulihan ini mendapat pendidikan yang sewajarnya sewaktu di sekolah. Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak sepertimana yang disangkakan. Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid menjadi sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar sabar, didik jangan diherdik

32

You might also like